Kita adalah manusia yang sentiasa menggunakan rasional bila melakukan sesuatu. Kita tak boleh membiarkan diri dikuasai oleh emosi. Apa buruk sangatkah Perdana Menteri kitat itu sampai ianya digelarkan Maha Firaun, maharaja yang paling zalim, angkuh, gila betina, kejam dan pelbagai lagi di dalam sejarah peradaban manusia? Janganlah lebih-lebih sangat menghina orang.
Sesiapa saja yang cuba menulis yang baik dan yang betul tentang Kerajaan dan UMNO dianggap sebagai pengampu. Ini sudah lebih. Kalau semua orang telah keroyok orang tua ini, gajah pun mati. Ini sudah zalim dan kejam. Tetapi ini adalah satu tanggungjwab menyedarkan mereka yang sudah terpesong bermain dengan perasaan dan emosi, satu tugas yang mesti dipikul sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini. Allah memerintahkan kita supaya mengamalkan amar makrufnahi mungkar.
Apa yang berlaku pada ulama di zaman mutakhir yang mahukan hudud tapi dalam masa yang sama hanyut dalam kewujudan sekularisme di tengah-tengah kaum Muslimin sama ada dalam bentuk memisahkan agama secara bertentangan dengan urusan kenegaraan, atau secara tidak memberi peranan kepada hukum Allah memerintah negara atau kumpulan yang menganggap dirinya berkuasa dan setelah Tuhan memberi kuasa? Sebagai contoh, kita ambil sahaja soal perkahwinan yang diperleceh-lecehkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Ada keluarga berminggu atau berbulan-bulan menunggu untuk perrnohonan nikah diluluskan. Padahal Nabi SAW telah memerintahkan kita agar mempermudahkan urusan ini bagi menjauhkan fitnah dan dosa. Kalau soal nikah dilengah-lengahkan, macam mana kalau pasangan yang terlibat berzina? Siapa nak tanggung dosa? Bila orang bemikah dekat Siam, kita kata "tak sah". Dan bagaimana pula dengan soal kebersihan. Cuba lihat tandas-tandas umum di Kelantan. Bukankah kebersihan itu adalah sebahagian dari iman. Bilakah kita akan bertemu seorang juara dan seorang wira yang betul-betul berani memperjuangkan Islam? lnilah penyelewengan yang besar dari prinsip akidah Islam apabila pemimpin yang melaung-laungkan Islam itu sendiri berlaku double standard. Parti PAS adalah warisan dari zaman kolonialisme dan menjadi neo-kolonisme yang terus menerus tidak berjaya menyelesaikan masalah umat Islam dan hingga ke hari ini. Sekiranya kita bertanya kepada Presiden PAS sendiri, apakah manifesto PAS? Jawab Presiden PAS, "PAS tak ada manifesto". PAS juga tidak mempunyai "shadow cabinet".
Allah membangkitkan kami untuk membebaskan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah.
Ada ke Tok Guru dalam PAS yang mempunyai mukjizat macam Nabi Musa a.s. yang boleh membelah laut atau kekuatan mistik seperti yang ada pada tongkat Nabi Musa a.s. yang boleh menelan ular tukang sihir Firaun? Kalau tak ada pi main jauh-jauh. Modal Asobiyyah dah tak laku lagi.
Satu lagi pertanyaan yang ingin dikemukakan apabila melihat PAS begitu ghairah untuk mengambil alih negara dari BN pada pilihanraya lalu ialah ada ke ulama PAS yang mempunyai keramah dan kuasa mistik yang setaraf dengan Tok Ku Paluh di mana pada zaman Sultan datang kepada Tok Ku bukan Tok Guru pergi ke Istana mengadap dan menyembah sultan. Bolehkah Haji Hadi Awang menakutkan Armada British dengan hanya menyengitkan serban di kepala Armada di tengah laut pun sengit sama? Islam dan ketuhanan bukan boleh dipermain-mainkan? Berapa ramai dari ulama PAS yang boleh berkomunikasi dengan Nabi Allah Hidir?
Kebanyakan orang dengan senang dan mudah saja berbicara tentang agama tetapi tentang "perlaksanaan", berapa peratus saja yang dicakapkan memenuhi apa yang di bicarakan. Berapa peratus pula yang benar-benar dapat dilaksanakan? Bagi mereka yang seperti ini kebenaran memang ada pada mereka. Namun mereka tidak mampu melaksanakan kebenaran kerana diri mereka masih dibaluti oleh kekotoran dunia dan dosa-dosanya. Puncanya ialah kerana tidak mengenal Allah seperti mana ianya dikenal.
Apabila cerita fasal sunnah-sunnah Nabi apa yang orang pentingkan hanya tentang janggut, serban, kopiah, jubah, purdah atau tutup kepala. Dan syaitan tahu perkara-perkara ini tidak pun menakutkan syaitan maka dibiarkan mereka itu menghiasi hal-hal luaran itu sepanjang hayat. Inilah cara syaitan mengatur strategi yang amat halus hingga yang mengakui ulama pun terperangkap apalagi yang baru kelmarin kenal Islam.
Tengok apa jadi pada Anwar Ibrahim yang cuba masuk dalam istana Firaun hendak kalahkan Firaun, akhimya dia dan kronisnya telah terbukti mengumpul harta macam manusia lain yang gila dan tamak harta. Bila dah ada kuasa Abim ke mana, Islam ke mana. Tak semena-mena Anwar jatuh dalam lubang najis kerana kes liwat. Anwar menjadi hancing, pering kerana telah bermandi-mandian dengan air kencingnya sendiri. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.
Andaikata saudara Anwar tidak bersalah pastilah dirinya merasa puas dipenjarakan kerana yakin tidak bersalah! Bak Kata pepatah: "Berani kerana benar". Dia akan sabar dan menunggu Tuhan sendiri yang melepaskan dirinya dari cengkaman penzaliman, jika benar itu suatu penzaliman dan jika itu kesalahan dirinya pastikan dia bertaubat dan mengakui juga bersalah walau pun pahit yang diterimanya. Inilah sifat-sifat mukmin sejati bukan sifat muslim sejati. Orang yang percayakan Allah saja tidak menoleh kepada yang lain sebab yang lain itu tidak ada kuasa. Dia tidak mengharapkan pengikut atau rakan taulan sekali pun dia hanya berserah dirinya kepada Allah zahir dan batin. Tetapi rasanya saudara Anwar tidak mencapai taraf itu. Dia juga tidak berbeza dengan orang lain yang mengakui Islam. Sebab itu boleh dikatakan memang mudah dan senang cakap fasal Islam!!
0 comments:
Post a Comment