TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA

Sunday, August 30, 2009

Panglima mengucapkan Selamat Menyambut Merdeka ke 52. Hayatilah kemerdekaan dengan keinsafan. Sambutan kemerdekaan bukannya bertujuan untuk berpesta atau berparti sehingga malam, tetapi ianya sebagai peringatan ke atas usaha-usaha pejuang-pejuang kita dahulu yang membebaskan Negara Malaysia ini dari belenggu penjajah yang mengaut segala hasil mahsyul Negara disamping merosakkan budaya, agama dan bangsa ini.

Oleh itu panglima menyeru semua rakyat Malaysia supaya insaf dan sedarlah bahawa nikmat kemerdekaan itu akan hancur jika kita tidak menjaganya dengan baik. Jangan harapkan kepada bangsa asing, mereka suka kita hancur.


Kepada rakyat yang suka sangat mengajak bangsa asing untuk masuk campur tangan hal ehwal dalaman negara kita, sedarlah bahawa usaha anda dilaknati oleh majoriti rakyat dan Allah.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Baca lagi ....

Milik siapakah Laman ini?

Wednesday, August 26, 2009

Saya sebenar sedang cuba untuk layari website AIDC atau http://anwaribrahim.blogspot.com/ tetapi dengan secara tak sengaja telah menaip http://anwaribrahim.blogpsot.com/. Boleh para pelayar membezakan antara kedua-dua url tersebut?



Inilah hasilnya.


Siapakah pemilik laman ini? Apakah kaitan laman ini dengan nama URL tersebut. Kenapa nama tersebut dipilih? Hanya yang berkaitan saja yang boleh menjawab dan tahu jawapannya.






Baca lagi ....

EnteGriti ala MaHfuZ

Tuesday, August 25, 2009

Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir, Mahfuz Omar telah menggunapakai taktik "character assasination" dalam kempen beliau untuk mengekalkan DUN Permatang Pasir di tangan PAS. Pelbagai isu peribadi calon UMNO diserang tanpa merujuk kesahihannya.

Taktik ini adalah usaha terakhir PAS untuk mendapatkan undi dari pengundi. Tetapi nampaknya ada beberapa perkara baru timbul hasil dari pendekatan beliau ini.

1. Terbongkar juga kisah-kisah peribadi calon PAS yang nampaknya lebih teruk perangai dan sifat-sifatnya. Ini tanpa disedari telah dibongkar oleh mereka-mereka yang merasakan PAS aka Mahfuz Omar telah menyediakan satu 'playing field' yang tida samarata. Mereka menyerang peribadi calon UMNO sebaliknya menutupi keburukan calon mereka.

2. Mahfuz Omar sering bercakap berkaitan integriti. Tetapi nampaknya beliau bukanlah orang yang sebenarnya mengamalkan integiti. Banyak perkara yang sengaja disorokkan. Malahan masalah beliau sendiri disorok dibawah karpet sehingga tiada bercakap mengenainya. Tapi bangkai gajah tidak dapat ditutupi dengan sehelai daun ...
lihat disini

3. Terserlahlah sikap pemimpin utama PAS yang dari dulu kini dan selamanya mengkafirkan ahli-ahli UMNO.


Baca lagi ....

Pecahkan Orang Melayu, betulkah PAS memperjuangkan Islam ?

SOALAN ''Betulkah Pas memperjuangkan Islam'', perlu diajukan kepada orang Melayu, umumnya, dan anggota-anggota Pas, khususnya, sekarang, dan mereka perlu menjawabnya dengan betul dan ikhlas.

Ini adalah kerana dua bahaya besar sedang mengancam negara kita dan jika tersilap langkah boleh menyebabkan negara kita dijajah semula dan ketuanan Melayu lupus di tanah air orang Melayu sendiri.

Dua bahaya besar itu ialah, pertama, kebangkitan semula imperialisme Inggeris-Amerika Syarikat selepas tamatnya Perang Dingin, dan kedua, kebangkitan kaum ulama jumud dan oportunis dalam percaturan politik Islam di negara kita sejak Revolusi Islam Iran bermula dahulu.

Sejak penyingkiran Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan pada September 1998, satu kekeliruan politik yang besar telah berlaku dalam masyarakat Melayu.

Ramai pengulas politik, termasuk pemimpin-pemimpin parti pembangkang, menghuraikan kekeliruan ini kerana pengaruh dan wibawa Anwar Ibrahim didakwa sebagai seorang ahli politik dan pemimpin. Pada fikiran saya, pandangan dan dakwaan ini tidak benar sama sekali.

Mereka yang mengikuti kerjaya politik Anwar Ibrahim dan peristiwa yang menjadikannya sebagai seorang pemimpin tentu tahu bahawa Anwar bukan seorang pentadbir atau pemimpin yang baik.

Semasa beliau menjadi seorang pemimpin dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama enam belas tahun, tidak siapa pun boleh menunjukkan satu jasa beliau yang menonjol sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.

Apa yang jelas, beliau mempunyai dua kebolehan yang tidak ada pada Dr. Mahathir, pengasuh dan pendidik beliau dulu, dan musuh ketat beliau sekarang; iaitu Anwar seorang ahli pidato dan seorang pelakon yang baik!.

Jika Anwar bukan seorang pemimpin dan pentadbir yang hebat, apakah yang menyebabkan kekeliruan politik sekarang? Jawapannya mudah saja; kaum penjajah baru Inggeris-Amerika Syarikat di satu pihak, dan kaum agama jumud yang dipimpin oleh Pas. Di pihak lain.

Kedua-dua tenaga ini telah bergabung dan bersekongkol untuk menghancurkan benteng nasionalisme Malaysia di negara kita, iaitu UMNO umumnya, dan pimpinan Dr Mahathir khususnya.

Di antara kedua-dua gergasi ini terselit segelintir pembela 'hak asasi' dan 'demokrasi', dalam bentuk empat lima kerat peguam yang mempunyai cita-cita yang sama.

Ketiga-tiga kuasa ini, yang telah pun curiga terhadap Dr. Mahathir sejak satu dekad yang lalu, melihat peluang mereka yang keemasan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dan bersama-sama Dr. Mahathir, UMNO sendiri, inilah rahsia ''kekuatan'' Anwar.

Oleh yang demikian, pimpinan UMNO dan kerajaan dan penyokong-penyokong mereka tidak harus membesarkan perkara Anwar, tentang kepandaiannya membohong dan berlakon dan tentang pengaruhnya. mereka harus menumpukan perhatian mereka kepada mengkritik dan mendedahkan dua kumpulan ini, iaitu kaum penjajah baru Inggeris-AS dan kaum jumud Pas.

Mereka harus menggemblengkan tenaga-tenaga patriotik dalam negeri untuk menghancurkan dua musuh bangsa kita ini sekarang. Oleh kerana kedua-dua musuh ini juga bersifat antarabangsa, maka strategi luar kita hendaklah juga menggemblengkan tenaga anti-imperialis dan humanis untuk menumpaskan kedua-dua tenaga anti-kemanusiaan ini.

Gerakan Pas sekarang amat berbahaya kepada orang Melayu kerana tiga sebab. Pertama, mereka menggunakan sentimen Islam untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyokong politik sektarian dan oportunis mereka.

Kedua, fahaman Islam mereka menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Contohnya, teori 'kepimpinan ulama' mereka itu ialah ajaran kaum paderi Kristian pada zaman Pertengahan Eropah dulu, yang ditolak dalam Islam.

Ketiga, fahaman mereka yang menolak patriotisme atau fahaman kebangsaan Malaysia menguntungkan kaum penjajah dan akan menyebabkan Malaysia dijajah semula.

Pas lebih berbahaya daripada kaum penjajah baru dalam ertikata kaum penjajah baru ini lebih mudah dilawan daripada Pas. Pas sukar dilawan oleh kerana ia berselindung di sebalik agama Islam yang suci.

Oleh yang demikian, pimpinan UMNO dan cerdik pandai yang patriotik mestilah menyusun satu strategi yang menyeluruh untuk mengoyakkan topeng agama Pas serta mendedahkannya sebagai kaum oportunis, dan di samping itu, menunjukkan kepada rakyat perjuangan Islam yang sebenar sebagai satu cara hidup.

Untuk menunjukkan ajaran Islam yang sebenar, kita perlu berbalik kepada ajaran Quran sebagai sumber utama dan pokok. Sumber-sumber lain, seperti sejarah (termasuk hadis), falsafah dan sains perlu ditapis oleh sumber utama Quran.

Tidak ada jalan lain untuk menjawab dan meruntuhkan teori, dasar dan hujah-hujah Pas, kecuali dengan berbalik kepada ajaran Quran.

Quran mengajar kita supaya mewujudkan sebuah pimpinan masyarakat yang jujur dan berprinsip, tetapi pimpinan Pas sekarang mengajar rakyat menabur fitnah, berbohong, memaki hamun dan mencarut.

Quran mengajar kita bahawa tidak ada perantaraan antara seseorang individu atau masyarakat dengan Tuhan, tetapi pemimpin-pemimpin Pas melantik diri mereka sebagai ''ulama'' (baca; paderi) yang boleh memberikan kita syurga dan neraka! Pas menganjurkan hukum hudud yang tidak ada, malah ditentang dalam Quran, manakala Quran menyuruh kita memerintah dengan adil dan rahim dan membenarkan undang-undang nasional yang berbeza antara negara dengan negara.

Pas mengasingkan dunia dari akhirat dengan menganjurkan cara hidup yang mundur, beku dan pasif bagi umat Islam, sedangkan Quran menganjurkan cara hidup yang aktif, dinamik dan maju tanpa mengasingkan dunia dan akhirat.

Pas mendiskriminasi antara kaum lelaki dan wanita, sedangkan Quran mengajar kita persamaan antara kaum lelaki dan wanita. Pendek kata, pemimpin-pemimpin Pas tidak layak untuk mentadbirkan sebuah negara moden, kerana mereka tidak mempunyai sebuah falsafah politik Islam yang moden.

Ini semua bukan salah Islam, tetapi salah pimpinan Pas yang menyempitkan pemahaman Islam kepada pemikiran mereka yang amat terbatas.

Perkara-perkara yang kita sebut itu perlu dihuraikan kepada rakyat melalui buku, risalah, artikel syarahan dan ceramah.

Ini satu cabaran besar kepada pimpinan UMNO dan kepada cerdik pandai kita yang patriotik, kerana kebanyakan mereka selama ini, dari segi agama, menerima ajaran-ajaran 'ulama' (yang tidak banyak berbeza dari fahaman Pas) tanpa soal.

Walaupun ini satu cabaran besar, ia perlu dipikul sekarang, dan dipikul dengan berani dan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Jika mereka gagal berbuat demikian, padahnya sangat berat. Ia boleh menyebabkan tanah air kita dijajah semula dan melupuskan ketuanan Melayu sama sekali.
Kita harap cerdik pandai Melayu yang berada dalam dan di luar UMNO, malah semua rakyat Malaysia yang patriotik, akan mengambil berat tentang perkara ini dan bertindak segera, mengikut apa yang kita cadangkan di atas.

Kritikan kita terhadap Pas tidak bermakna kita menganggap UMNO dan Barisan Nasional sempurna dan tidak ada cacat celanya. Tetapi cara kita membaiki kelemahan-kelemahan kita harus dibezakan dengan sikap musuh terhadap kita. Tujuan masuk (kaum penjajah baru) ialah meruntuh dan memusnahkan negara dan bangsa kita.

Oleh itu mereka mencerca pemimpin kita dengan membohong dan membuat fitnah tentang negara kita. Di sesetengah negara, mereka bertindak lebih ganas, mereka mengenakan sekatan dan membom negara itu. Kita tidak boleh melakukan terhadap bangsa kita seperti yang dilakukan oleh kaum penjajah baru! Pemimpin-pemimpin Pas yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam sepatutnya menunjuk teladan yang baik kepada rakyat bagaimana hendak membaiki pemerintahan dan negara kita, dan bukan mencaci, membuat pembohongan dan menabur fitnah.

Mereka patut berusaha untuk menyatupadukan dan bukan memecah-belahkan rakyat. Kita menyeru kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya insaf dan balik ke pangkuan bangsa dan ke pangkal jalan, dan jangan jadi alat kaum penjajah baru untuk menghancurkan bangsa kita.
Baca lagi ....

Kegiatan yang Berbahaya

Monday, August 24, 2009

Kegiatan yang diasaskan atas nama lslam tulen, walaupun tidak boleh diterima oleh akal manusia, atau akal manusia menghukum berbahaya, maka Islam menganggap tidak berbahaya dan mesti diteruskan. Apa yang berlaku dalam organisasi PAS ialah pemusatan fikrah pemimpin PAS bukan ke arah Islam tulen, bahkan menuju ke arah memaju dan mencari kepentingan politik PAS, serentak mencari sesuatu demi kepuasan pemimpinnya bukannya kerana memenuhi tuntutan Allah. Sebagai contoh, di bawah ini disenaraikan beberapa kegiatan yang dianggap berbahaya:

1. Suatu ketika dulu ada seorang hamba Allah yang bergelar "Tok Wali Hasan"; beliau tidak mempunyai ilmu Islam yang banyak (kini sudah meninggal dunia). Beliau secara terus terang telah menuduh orang-orang UMNO kafir, segala sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Selepas fatwa tersebut dikeluarkan kita dapati banyak suami isteri yang telah bercerai, masjid berasingan, kubur berasingan, bernikah 2 kali, anak dan ibu bapa sudah tidak berpemergian, pulau-memulau, sembelihan korban berasingan dan lain-lain lagi. Fatwa tersebut telah direstui oleh pemimpin PAS, sebagai bukti kita dapati bahawa selepas itu Tok Wali Hasan telah dipilih menjadi calon PAS melawan Tengku Razaleigh di Parlimen Ulu Kelantan (ketika itu mewakili UMNO). Sehingga sekarang peminipin PAS belum membatalkan fatwa tersebut.

2. Ayat ini telah disebut sendiri oleh mulut Ustaz Nik Ab. Aziz semasa beliau mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan : "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid". Kaset ucapannya itu tidak diizinkan diedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semata-mata.

3. Sewaktu Omar Khalid terlibat secara langsung dalam kegiatan apa yang disebut "Jundullah" yang berakhir dengan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penglibatannya memang mendapat restu daripada pimpinan PAS. Sebagai bukti kebanyakan usrah, tamrin, kiamullail ke arah ekstrim, kursus-kursus dan sebagainya telah dihadiri oleh kebanyakan, pemimpin besar PAS. Dan apabila sesetengah pihak daripada kalangan PAS mempertikaikan kegiatan tersebut maka berkatalah kepimpinan PAS. "Apa salahnya mereka itu orang-orang yang berani". Kalau yang penakut diam-diam sajalah.

4. Segala keputusan dan resolusi hasil daripada beberapa ijtimak PAS telah memberi keyakinan kepada ahli-ahh ijtimak PAS bahawa UMNO adalah kafir, sesiapa yang menentang UMNO ia tetap mendapat balasan Syurga, nyawa dan harta UMNO adalah halal disisi lslam Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS diarah menikah pasangan yang telah dinikahi oleh Imam UMNO dan sekirannya wali si perempuan itu terdiri daripada penyokong UMNO maka mereka terpaksa mencari pemimpin PAS yang lebih tinggi untuk menjadi "Wali Hakim".

5. Setiap pemimpin besar PAS mempunyai pengawal peribadinya sendiri. Pengawal peribadi ini diasuh dan diberi kursus untuk mempertahankan pemimpin PAS walaupun terpaksa mati. Seandainya mati kerana mempertahankan pemimpn PAS maka pengawal itu dianggap mati syahid, mereka diberi hujah ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi bagi memberi keyakinan kepada pengawal bahawa arahan tersebut adalah arahan Islam

6. PAS telah membentuk Pengawal keselamatannya sendiri, mereka diberi latihan yang yang sesuai. Sebelum sesuatu majlis yang mungkin dihadiri oleh orang ramai maka pemimpin PAS akan memberi arahan agar pengawal-pengawal keselamatan PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan hatta terpaksa bertumpah darah sekalipun. Sebelum pengawal keselamatan PAS memulakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang memberi perangsang kepada pengawal untuk berlawan, mereka membaca ayat-ayat mengenai orang-orang Mukmim pada zaman Nabi yang melawan Para kafir dahulu, guna memberi semangat jihad kepada pengawal PAS agar jangan takut menghadapi UMNO bahkan melawan polis dan tentera sekalipun. Sebab itu, kita dapati di segenap pelosok kawasan ceramah PAS dipenuhi oleh pengawal keselamatan PAS. Antara pasukan pengawal PAS ini ada yang telah terbunuh di medan "Memali" dan masih ramai lagi yang masih hidup sedang bersiap sedia untuk mati syahid bagi melawan UMNO.

7. PAS mempunyai pasukan penggempur semangat dan pengganggu ceramah UMNO. Tugas penggempur ialah menghadiri mana-mana majlis ceramah PAS yang dianggap strategik walaupun terpaksa meninggal kerja harian, adapun tugas pengganggu pula ialah melakukan apa sahaja asalkan ceramah atau kerja-kerja UMNO tidak sampai kepada matlamat. Sebagai contoh kita dapati malam forum "Hukum Hudud" anjuran PAS di Balai Islam Kelantan yang dipaneli oleh Prof. Dr Mahmood Zuhdi, beliau telah diganggu gugat sehingga tidak dapat meneruskan ucapannya. Hal ini terjadi disebabkan ada kata-kata Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak sesuai dengan pemikiran orang-orang PAS, sedangkan kita dapati ucapan beliau benar-benar menepati kehendak Islam.

8. Pemimpin PAS memberi kesedaran kepada penyokong-penyokongnya agar mendahului kegiatan parti PAS daripada kegiatan harian sendiri, termasuk untuk anak isteri masing-masing. Sebab itu, kita dapati bahawa penyokong PAS boleh hadir ke majlis ceramah ditempat-tempat yang jauh walaupun terpaksa membayar tambang atau menyewa kenderaan. Kadang-kadang kita dapati di antara para penyokong PAS yang hadir itu ialah mereka yang kurang berada sehingga hendak memberi belanja anak sekolah masing-masing pun tak cukup, tetapi mereka rela berkorban kepada parti PAS daripada keluarga sendiri. Ada yang terpaksa meninggalkan isteri yang sedang sakit untuk bersalin, kerana sanggup hadir berceramah atau bermuktamar PAS semasa gawat tersebut (diceritakan oleh bekas ahli PAS sendiri dari pengalamannya sendiri). Yang lebih menyayatkan lagi pernah dia meninggalkan anaknya yang sedang nazak kerana berceramah PAS, yang berkesudahan anaknya itu telah meninggal dunia pada malam itu juga.

9. Orang PAS menganggap orang-orang UMNO adalah lebih kotor daripada orang bukan Islam yang asli, sebab itu pemimpinnya mengarah agar jangan bermuamalat seperti berjual-beli dengan orang-orang UMNO, bahkan orang-orang PAS lebih suka membeli-belah di kedai orang bukan Islam jikalau tidak ada kedai orang-orang kita (PAS). Segala arahan PAS disertai dengan hujah syarak yang didapati melalui al-Quran tentang orang-orang kafir pada zaman Nabi s. a. w. dulu. Semua ayat al-Quran dan al-Hadis yang memberi gambaran sifat-sifat kafir, syirik, murtad, zalim dan fasik semuanya menjadi sasaran untuk puak-puak UMNO. Manakala ayat-ayat yang memberi gambaran orang baik-baik seperti para Anbia', para Aulia', para Solihin, para Mujtahidin, Siddiqin dan Muhsinin adalah kepunyaan orang-orang PAS.

10. Ustaz Omar Khalid pernah menerima arahan daripada kepimpinan PAS Terengganu supaya memberitahu penyokong-penyokong PAS jangan memberi zakat fitrah kepada 'amil yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional, penyokong-penyokong PAS wajib memberi zakat fitrah kepada 'amil yang dilantik oleh parti PAS di daerah masing-masing. Zakat yang dikeluarkan kepada 'amil kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sah. Arahan ini telah dia laksanakan sepenuhnya di dalam daerah Besut, Terengganu. Namanya dan juga pemimpin PAS yang lain ada tercatat dalam laporan kertas putih kerajaan Malaysia pada ketika itu. Apa yang mendukacitakan setelah kutipan zakat fitrah yang berpuluh-puluh ribu itu dipungut daripada penyokong PAS maka wang itu dipergunakan untuk kepentingan pemimpin PAS bahkan ada pemimpin PAS yang memilik ikereta mewah pada ketika itu (1970), pada hal mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan kurang berada pula. Perkara yang seperti ini pernah ditimbulkan dalam Mesyuarat Agung Parti PAS Besut oleh ahli-ahli yang hadir, tetapi telah ditutup rapat oleh pemimpin PAS Besut. Kenyataan ini boleh dirujuk pada bila-bila masa jua kerana kebanyakan ahlinya ada yang masih hidup lagi.

11. Dan terkini Nik Aziz dengan kata-katanya yang sentiasa menyakiti hati ahli-ahli UMNO dengan mengatakan yang Islam yang dibawa oleh UMNO seperti Islam yang dibawa oleh Palestin dan ajaran ini tidak akan membawa mereka kemana-mana. Adakah ini bermaksud Islam yang diamalkan oleh ahli-ahli UMNO tidak akan membawa ahli-ahli UMNO ke syurga? Apakah ini juga membawa maksud yang Nik Aziz menguyakan semua fatwa-fatwa terdahulu?

Demikianlah antara lain kegiatan parti PAS yang dianggap berbahaya, yang perlu dibendung segera agar ia tidak menular kepada anggota masyarakat seluruhnya. Musibah yang seperti ini jikalau tidak ditangani dengan bijaksana ia akan menjadi lebih buruk dan lebih besar lagi, di kala itu alangkah sukar untuk membendungnya. Apa yang membimbangkan mungkin pada suatu masa nanti nyawa manusia yang tak berdosa akan terkorban hasil daripada fatwa karut pemimpin PAS.
Baca lagi ....

Suara Kebenaran

Wednesday, August 19, 2009

Manusia yang tidak lagi mahu mendengar suara kebenaran sedangkan suara kebenaran adalah suara Tuhan, adalah manusia yang berada dalam kerugian. Bolehkah kita biarkan nasib masa depan anak cucu kita di tangan mereka yang jahil semata-mata kerana mereka telah berjaya menguasai media masa, media cetak dan media internet? Apa dah jadi sehingga apa saja yang diperkatakan orang lain mereka tolak, tutup telinga dan pintu hati sekalipun benar?  Kita sepatutnya jangan bertanya siapa yang berkata tapi yang penting apa yang dikatakannya.

Kita adalah manusia yang sentiasa menggunakan rasional bila melakukan sesuatu.  Kita tak boleh membiarkan diri dikuasai oleh emosi.  Apa buruk sangatkah Perdana Menteri kitat itu sampai ianya digelarkan Maha Firaun, maharaja yang paling zalim, angkuh, gila betina, kejam dan pelbagai lagi di dalam sejarah peradaban manusia? Janganlah lebih-lebih sangat menghina orang.

Kemajuan dan teknologi yang dibawa telah digunakan sepenuhnya oleh orang yang tidak tahu bersyukur nikmat untuk cuba menghancur dan menjatuhkannya.  Pengunjung laman web tertentu yang popular di mana sehingga hari ini laman itu dikunjungi oleh visitor  semata-mata untuk memburukkan UMNO. Apakah kerana ramainya pengunjung laman web berkenaan maka Pakatan Rakyat merasa mereka sudah kuat? Kuat atau lemah, rugi atau untung adalah ketentuan Allah. Tuhan boleh memberikan kemenangan atau keuntungan atau kekuatan kepada siapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Maka bila Tuhan mengkehendaki BN menang, ia tetap akan menang. Yang jelas, rakyat mahukan kerajaan yang boleh menjamin kestabilan politik, ekonomi dan negara. Rakyat hendak hidup tau? Hendak selamat tau? Dan semua perkara ini telah dibuktikan oleh UMNO. Sebab itu pemimpin UMNO tak peduli apa pun pembangkang nak kata. Yang penting semua orang boleh hidup.

Sesiapa saja yang cuba menulis yang baik dan yang betul tentang Kerajaan dan UMNO dianggap sebagai pengampu. Ini sudah lebih. Kalau semua orang telah keroyok orang tua ini, gajah pun mati. Ini sudah zalim dan kejam. Tetapi ini adalah satu tanggungjwab menyedarkan mereka yang sudah terpesong bermain dengan perasaan dan emosi, satu tugas yang mesti dipikul sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini. Allah memerintahkan kita supaya mengamalkan amar makrufnahi mungkar.

Firman Allah:  Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku akan jadikan atas muka bumi itu khalifah.

Apa yang berlaku pada ulama di zaman mutakhir yang mahukan hudud tapi dalam masa yang sama hanyut dalam kewujudan sekularisme di tengah-tengah kaum Muslimin sama ada dalam bentuk memisahkan agama secara bertentangan dengan urusan kenegaraan, atau secara tidak memberi peranan kepada hukum Allah memerintah negara atau kumpulan yang menganggap dirinya berkuasa dan setelah Tuhan memberi kuasa? Sebagai contoh, kita ambil sahaja soal perkahwinan yang diperleceh-lecehkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Ada keluarga berminggu atau berbulan-bulan menunggu untuk perrnohonan nikah diluluskan. Padahal Nabi SAW telah memerintahkan kita agar mempermudahkan urusan ini bagi menjauhkan fitnah dan dosa. Kalau soal nikah dilengah-lengahkan, macam mana kalau pasangan yang terlibat berzina? Siapa nak tanggung dosa? Bila orang bemikah dekat Siam, kita kata "tak sah". Dan bagaimana pula dengan soal kebersihan. Cuba lihat tandas-tandas umum di Kelantan. Bukankah kebersihan itu adalah sebahagian dari iman. Bilakah kita akan bertemu seorang juara dan seorang wira yang betul-betul berani memperjuangkan Islam? lnilah penyelewengan yang besar dari prinsip akidah Islam apabila pemimpin yang melaung-laungkan Islam itu sendiri berlaku double standard. Parti PAS adalah warisan dari zaman kolonialisme dan menjadi neo-kolonisme yang terus menerus tidak berjaya menyelesaikan masalah umat Islam dan hingga ke hari ini. Sekiranya kita bertanya kepada Presiden PAS sendiri, apakah manifesto PAS? Jawab Presiden PAS, "PAS tak ada manifesto". PAS juga tidak mempunyai "shadow cabinet".

Walaupun penjajah asing telah meninggalkan negeri jajahan takluk mereka dan tibanya zaman kemerdekaan, tetapi PAS masih mengekalkan ideologi dan sistem mereka dalam urusan pentadbiran agama dan telah membuktikan kegagalan dalam menyelesaikan masalah manusia bahkan menonjolkan masalah-masalah baru selepas gagal menyelesaikan masalah yang sedia ada. Hakikat ini sudah cukup untuk kita mengajak manusia kembali ke pangkal jalan, iaitu kembali kepada Din Allah yang dibawa oleh nabi-nabi sejak Adam a. s. yang menjadi bapa kepada seluruh manusia dan nabi-nabi yang selepasnya sehingga Nabi Muhammad SAW. Itulah ajaran sebenarnya yang memberi kemerdekaan kepada manusia seperti yang dinyatakan oleh Rub'iyy Bin'Amar:

Allah membangkitkan kami untuk membebaskan manusia dari mengabdikan diri kepada sesama hamba kepada mengabdikan diri kepada Allah.

Kenapa perlu kita memilih lautan yang luas sebagai padang untuk berjuang.  Mari kita bertanya ada ke pemimpin PAS yang sudah begitu berkeyakinan mahu menghancurkan kerajaan yang ada ini. Apakah mereka terlupa dunia ini Allah yang cipta? Tahukah mereka apakah akibatnya? Betul ke mereka bersimpati dan menyokong Anwar atau bukan mereka simpati atau menyokong Anwar. Mereka ambil peluang yang keemasan ini untuk membidas dan mengkritik kerajaan yang majoritinya orang Islam menjadi pemimpin.

Ada ke Tok Guru dalam PAS yang mempunyai mukjizat macam Nabi Musa a.s. yang boleh membelah laut atau kekuatan mistik seperti yang ada pada tongkat Nabi Musa a.s. yang boleh menelan ular tukang sihir Firaun? Kalau tak ada pi main jauh-jauh. Modal Asobiyyah dah tak laku lagi.

Satu lagi pertanyaan yang ingin dikemukakan apabila melihat PAS begitu ghairah untuk mengambil alih negara dari BN pada pilihanraya lalu ialah ada ke ulama PAS yang mempunyai keramah dan kuasa mistik yang setaraf dengan Tok Ku Paluh di mana pada zaman Sultan datang kepada Tok Ku bukan Tok Guru pergi ke Istana mengadap dan menyembah sultan. Bolehkah Haji Hadi Awang menakutkan Armada British dengan hanya menyengitkan serban di kepala Armada di tengah laut pun sengit sama? Islam dan ketuhanan bukan boleh dipermain-mainkan? Berapa ramai dari ulama PAS yang boleh berkomunikasi dengan Nabi Allah Hidir?

Kebanyakan orang dengan senang dan mudah saja berbicara tentang agama tetapi tentang "perlaksanaan", berapa peratus saja yang dicakapkan memenuhi apa yang di bicarakan. Berapa peratus pula yang benar-benar dapat dilaksanakan? Bagi mereka yang seperti ini kebenaran memang ada pada mereka. Namun mereka tidak mampu melaksanakan kebenaran kerana diri mereka masih dibaluti oleh kekotoran dunia dan dosa-dosanya. Puncanya ialah kerana tidak mengenal Allah seperti mana ianya dikenal.

Apabila cerita fasal sunnah-sunnah Nabi apa yang orang pentingkan hanya tentang janggut, serban, kopiah, jubah, purdah atau tutup kepala. Dan syaitan tahu perkara-perkara ini tidak pun menakutkan syaitan maka dibiarkan mereka itu menghiasi hal-hal luaran itu sepanjang hayat. Inilah cara syaitan mengatur strategi yang amat halus hingga yang mengakui ulama pun terperangkap apalagi yang baru kelmarin kenal Islam.

Sebenamya bukan syaitan sahaja yang menggoda manusia, malah malaikat juga turut menguji manusia. Cuba baca AI-Quran tentang kisah dua orang malaikat Harut dan Marut. Berapa ramaikah pengikut-pengikut PAS yang sedar tentang kehadiran Harut dan Marut ini dalam kehidupan mereka? Kalau sedar, baguslah. Berhentilah buat kerja yang karut marut ini.

Tengok apa jadi pada Anwar Ibrahim yang cuba masuk dalam istana Firaun hendak kalahkan Firaun, akhimya dia dan kronisnya telah terbukti mengumpul harta macam manusia lain yang gila dan tamak harta. Bila dah ada kuasa Abim ke mana, Islam ke mana. Tak semena-mena Anwar jatuh dalam lubang najis kerana kes liwat. Anwar menjadi hancing, pering kerana telah bermandi-mandian dengan air kencingnya sendiri. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka.

Mengenai pengakuan mereka yang tidak percaya apa yang berlaku kepada saudara Anwar saja tidak menjawabnya secara terperinci di sini kerana ia memerlukan banyak tenaga untuk menerangkannya. Mahkamah telah menentukannya dan kalau ingin jawapan sendiri maka sembahyang hajatlah. Dan perkara ini sudahpun diseru oleh Perdana Menteri ketika dulu supaya rakyat mohon jawapan secara langsung dari Allah. Pasti ada jawapannya. Pastikan juga sembahyang dan doa anda "sampai" kepada Allah dan cucilah kekotoran batin sebelum bermunajat.

Andaikata saudara Anwar tidak bersalah pastilah dirinya merasa puas dipenjarakan kerana yakin tidak bersalah! Bak Kata pepatah: "Berani kerana benar". Dia akan sabar dan menunggu Tuhan sendiri yang melepaskan dirinya dari cengkaman penzaliman, jika benar itu suatu penzaliman dan jika itu kesalahan dirinya pastikan dia bertaubat dan mengakui juga bersalah walau pun pahit yang diterimanya. Inilah sifat-sifat mukmin sejati bukan sifat muslim sejati. Orang yang percayakan Allah saja tidak menoleh kepada yang lain sebab yang lain itu tidak ada kuasa. Dia tidak mengharapkan pengikut atau rakan taulan sekali pun dia hanya berserah dirinya kepada Allah zahir dan batin. Tetapi rasanya saudara Anwar tidak mencapai taraf itu. Dia juga tidak berbeza dengan orang lain yang mengakui Islam. Sebab itu boleh dikatakan memang mudah dan senang cakap fasal Islam!!
Baca lagi ....

Malu

Antara sifat yang sangat dipertahankan oleh Islam ia mempunyai kaitan yang rapat dengan iman, ialah sifat malu. Orang yang suka menggunakan perkataan yang lucah dan keji mencerminkan ketandusan sifat tersebut dalam dirinya. Sabda Nabi S.A.W. (maksudnya):

"Malu itu sebahagian daripada iman, dan iman itu dalam syurga; manakala kelucahan adalah daripada perangai yang kasar (al-jafa'), dan perangai yang kasar itu dalam neraka" (al-Bukhari dan al-Baihaqi).

Memandangkan pentingnya menjaga lidah daripada menuturkan kata-kata yang keji, kerana ia mempunyai kaitan yang rapat dengan iman, Rasulullah melarang umatnya memaki sekalipun terhadap syaitan.
Abu al-Malih menceritakan daripada seorang Sahabat katanya: Satu ketika aku menaiki kuda bersama Rasulullah S.A.W.; tiba-tiba kudanya tergelincir, Ialu aku berkata: "Celaka syaitan". Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jangan kamu berkata: Celaka syaitan; kerana jika kamu berkata begitu syaitan akan membesar hingga menjadi sebesar rumah. Sebaliknya katakanlah: Bismillah;  jika kamu berkata demikian syaitan akan mengecil hingga menjadi sebesar Ialat" (Abu Daud).
Dalam sebuah Hadis yang lain Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu maki syaitan, tetapi hendaklah kamu mohon perlindungan Allah daripada kejahatannya" (lihat al-Suyuti, al-Jaami' al-Soghir).

Daripada nas-nas yang dipaparkan di atas jelas menunjukkan bahawa memaki dan mengucapkan kata-kata yang kotor, hinaan dan lucah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Dan saya berpendapat apa yang dipaparkan itu sudah memadai bagi mereka yang ingin mencari kebenaran semata-mata untuk menentukan pendiriannya.

Malukah Nik Aziz terhadap ahli UMNO? Dimana keimanan beliau?
Baca lagi ....

CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI

Berbalik kepada hukum mencarut, memaki dan menggunakan kata-kata yang keji, pertamanya kita perlu merujuk kepada Quran sebagai sumber hukum Islam yang paling utama.  Dalam surah Al-Baqarah ayat 197 Allah berfirman (maksudnya):

"Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasik (fusuk), dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji".

Terdapat beberapa pengertian mengenai makna "rafath".  Menurut Ibnu Umar, "Rafath ialah bersetubuh dan bercakap mengenainya".  Ata' Bin Abi Rabah berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh dan mengucapkan kata-kata lucah.  Hukumnya adalah haram".  Mengenai perkataan "Fusuq" pula,  Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat".  Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki".  Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji" (Ibnu Kathir, Tasfir al Quran al-Azim).

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut:  "Antara dosa lidah ialah:  Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy),  memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".  Memulakan perbincangannya beliau menyebut:  "Perkara-perkara di atas adalah tercela,  dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".  Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.  Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban);  "Bukanlah mukmin (yang baik) itu:  Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);  "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);  "Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);  "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).  Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:

"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".

Setelah menyebut Hadis-Hadis diatas, Imam Ghazali mengulas : "Itulah Hadis-Hadis yang mencela percakapan yang keji (alfuhsy).  Adapun takrif dan hakikatnya ialah:  mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang.  Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin).  Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut.  Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang,  sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina.  Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya;  sebahagiannya lebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adat sesebuah negeri"  (Lihat al- Gha'zali, al- Ehya, jld. 3).

Adakah Nik Aziz belajar perkara-perkara yang dibantangkan oleh bijak pandai Islam ini? Kini kata-kata keji menghina ahli UMNO yang tidak akan masuk syurga kerana mambawa ajaran Islam ala Palestin. Adakah ini bukan sebutan keji atau hinaan? 

Baca lagi ....

KESILAPAN NIK AZIZ

Pada pandangan saya, kesilapan pertama yang dilakukan oleh Haji Nik Aziz ialah beliau berijtihad di tempat yang ada nas. Ini menyalahi manhaj ijtihad yang disepakati oleh para ulama. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz menyatakan: "Tidak boleh berijtihad apabila terdapat Sunnah Rasulullah S.A.W. Menurut Imam Syafiei: "Seluruh ulama telah ijma'(sepakat) mengatakan bahawa apabila terdapat Sunnah yang jelas daripada Rasulullah S.A.W., maka tidak harus sesiapa meninggalkan beramal dengan Sunnah tersebut untuk mengambil pendapat orang lain" (lihat Ibnu al-Qayyim, I'laam al-Muwaqqi'in jld. 4).

Kesilapan kedua ialah: Cara istidlal atau berdalil yang beliau gunakan tidak mengikut mana-mana kaedah yang diterima oleh para ulama mujtahid seperti yang terdapat dalam ilmu Usul alFiqh. Umat Islam dilarang menggunakan fikiran semata-mata tanpa mengikut kaedah yang sah dalam soal pengambilan hukum seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam sebuah Hadis yang bermaksud: "Umatku akan berpecah kepada lebih daripada tujuh puluh puak; yang paling besar kerosakannya ialah golongan yang memakai kias dalam menentukan agama dengan menggunakan fikiran mereka semata-mata. Melaluinya mereka mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, dan menghalalkan apa yang diharamkan olehnya". Saidina Umar Bin al-Khattab berkata: "Sesungguhnya mereka yang menggunakan fikiran semata-mata (dalam menentukan hukum-hukum agama) merupakan musuh pada Sunnah. Mereka tidak mengetahui Hadis-Hadis dan tidak pula mengingatinya, Ialu mereka mengeluarkan pendapat dalam hukum agama dengan fikiran semata-mata" (Ibid, jld. 1).

Dalam menyokong fatwanya bahawa: "Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada tempatnya", beliau berhujah: "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang mengunakan maki hamun, tetapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya"(Utusan Malaysia, Rabu 28 April 1999). Ada beberapa pemerhatian yang ingin saya bangkitkan mengenai hujah tersebut. Pertamanya, kita Umat Islam diperintahkan mengikut apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah S.W.T.; bukan melakukan apa yang Allah lakukan. Dalil mengenainya terlalu banyak sama ada dalam Quran mahupun Sunnah dan diketahui umum. Sebelum ini saya telah memetik nas-nas yang jelas daripada Quran dan Sunnah yang melarang umat Islam memaki, mencarut dan mengucapkan kata-kata yang kotor.

Pemerhatian saya yang kedua ialah mengenai kaedah yang beliau gunakan, iaitu "manusia boleh melakukan apa yang Allah lakukan". Apa yang disebutkan itu tidak terdapat dalam kaedah-kaedah pengambilan hukum yang digunakan oleh para mujtahid. Menggunakan kaedah seperti ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah dosa besar, malah boleh membawa kepada syirik. Misalnya, dalam Quran Allah bersumpah dengan makhluk, seperti: "Demi masa", "Demi waktu fajar", "Demi matahari" dan sebagainya; sedangkan manusia dilarang bersumpah dengan mahkluk, malah ianya termasuk dalam dosa besar seperti yang dinyatakan dalam Sabda Nabi yang bermaksud: "Barang siapa bersumpah dengan yang lain daripada Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan perbuatan kufur dan syirik"(al-Tirmizi). AlQuran menerangkan bahawa: Allah menghalal dan mengharamkan sesuatu; menyembuhkan penyakit; memberi pemerintahan kepada orang yang dikehendakinya; memberi hidayat kepada orang yang dikehendakinya; memasukkan orang dikehendakinya ke dalam syurga atau ke dalam neraka dan seterusnya. Apakah manusia juga boleh melakukan perkara-perkara di atas kerana Allah boleh melakukannya? Tidakkah ini syirik namanya?

Dalam mempertahankan fatwanya, Haji Nik Aziz membawa sebuah Hadis yang bermaksud: "Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah". Penggunaan Hadis ini memperlihatkan bahawa fatwa telah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum mencari dalilnya. Ini ialah kerana Hadis yang disebutkan itu bukan sahaja tidak menunjukkan keharusan mencarut, malah penggunaannya tanpa kefahaman yang betul boleh membawa satu kesalahan lain yang lebih besar. Hadis di atas perlu difahami bersama dengan sebuah Hadis lain yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mempunyai seratus tujuh belas akhlak (sifat); sesiapa yang berakhlak dengan salah satu daripadanya, ia akan masuk syurga" (al-Baihaki dan al-Tirmizi). Imam Ghazali dalam kitabnya "al-Maqsid al-Asna Fi Syarh al-Asma' al-Husna" telah membuat huraian yang agak panjang tentang maksud kedua-dua Hadis ini, kerana kesalah fahaman tentang pengertiannya boleh membawa kepada syirik.

Menurut al-Ghali, maksud daripada Hadis di atas ialah: seseorang hamba itu hendaklah berusaha menghayati makna yang sesuai dengan makhluk daripada makna sifat-sifat Allah (al-Asma' al-Husna) supaya dengan itu ia dapat mencapai mertabat 'rabbaniy', yakni hampir dengan Allah. Misalnya, penghayatan seseorang hamba daripada sifat "Arrahim" ialah kasih sayang dan belas kasihan terhadap sesama makhluk. Oleh itu Hadis di atas sama sekali tidak boleh dijadikan dalil bagi keharusan mencarut atau memaki, kerana ini membawa makna bahawa antara akhlak atau sifat Allah itu ialah "Pencarut" dan "Pemaki" (Maha Suci Allah daripada sifat-sifat kekurangan yang tidak layak dengan keagungan, kebesaran dan kesempurnaanNya). Seperkara lagi yang menimbulkan kemusykilan ialah Haji Nik Aziz tidak menjelaskan tempat dan keadaan bagaimanakah seseorang itu diharuskan mencarut. Perkara ini perlu dijelaskan dan tidak boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja menentukannya, kerana ia adalah masalah hukum syarak. Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai hukum berdusta menjelaskan keadaan di mana seseorang itu harus berdusta dengan dalilnya sekali (lihat al-Ehya' jld. 3).

Oleh kerana fatwa beliau timbul daripada soalan tentang novel yang ditulis oleh Shannon Ahmad, dan novel tersebut jelas membicarakan suasana politik semasa; bolehkah kita mengatakan bahawa kata-kata maki hamun dan carut yang terdapat dalam novel tersebut ditujukan kepada golongan pemerintah yang ada pada hari ini ? Dan inikah tempat yang dikatakan mencarut dan memaki itu harus dalam Islam ? Maka bagi menguji kebenaran fatwa Haji Nik Aziz ini, kita perlu merujuk kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama berasaskan Quran dan Sunnah dan mereka pula tidak terlibat dalam pertikaian politik semasa serta tidak juga menjadi pemimpin mana-mana parti politik.

Kini Nik Aziz mengeluarkan perintah mengatakan ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana membawa Islam ala Pelstin. Sekali lagi beliau melakukan kesilapan seperti dalam isu mencarut di atas.  Bertaubatlah!

Baca lagi ....

RENUNGI DIRI SENDIRI

Kita renungkan dan fikirkan saja berapa kerat orangkah dapat melaksanakan satu dari sunnah Nabi SAW mengenai makan. Ini baru soal makan belum lagi kita bincang masalah yang mendalam seperti wa haqqul yakin mengenai akidah. Nabi SAW makan sekali sehari semalam! Berapa orang dapat ikut macam baginda?

Dan agama memuliakan keutamaan lapar dari kenyang tetapi bagi orang yang patut dikasihani ini dengan rakus menjilat dunia serta isinya, dan syariat agama sentiasa dikoyak oleh mereka. Mereka berani mengakui diri mereka sebagai pejuang kebenaran. Iblis pun ketawakan mereka kerana merekalah yang menipu diri mereka sendiri.

Tidaklah semudah itu untuk melaksanakan syariat Islam kalau dengan hanya pelihara yang "kulit-kulit" saja sedangkan yang batin diabaikan! Nabi SAW bersabda:

"Bahawa kamu berada pada suatu masa yang banyak ahli fiqihnya, sedikit ahli qiraat dan ahli pidato, sedikit orang meminta dan banyak orang pemberi. Dan amal pada masa tersebut lebih baik daripada ilmu. Dan akan datang kepada umat manusia suatu masa di mana yang sedikit ahli fiqihnya, banyak ahli pidato (penceramah), sedikit yang memberi dan banyak yang meminta. Ilmu pada masa itu lebih baik dari amal".

Orang yang fanatik tidak berupaya melihat kebenaran, mereka ada akal tetapi tidak dipergunakan untuk "merenung" ciptaan-ciptaan Allah. Mereka lebih sesat dari binatang. Kerana binatang tidak dibekalkan oleh Allah akan akal sedangkan manusia diberi akal tetapi tidak dipergunakannya.

Imam Ghazali pernah berkata:

Akibat buruk kepada pihak yang menolak amatlah berat, kerana golongan yang lemah pemikirannya menyangka bahawa jikalau sabda Nabi dan ungkapan sufi ini bercampur-aduk tertulis dalam kitab-kitab falsafah, bercampur dengan kepalsuan mereka maka kitab-kitab itu mestilah dipulaukan dan jangan disebut namanya sama sekali. Malah jika terdapat orang yang masih mahu menyebutnya, orang itu mestilah disalahkan, kerana daripada orang inilah perkara itu mula-mula sekali didengar. Dengan serta-merta, menurut pertimbangan akal mereka yang lemah, terus menghukum salah, kerana orang yang menyebutnya ini pembuat salah. Contohnya, seorang Kristian mengucap "La Ilaha illa Llah 'Isa Rasulullah, lalu disalahkan dengan alasan kerana ia mengucap katakata orang Kristian. Ia tak bersabar dan berfikir dengan tenang adakah orang Kristian itu jadi kafir dengan mengucap ucapan itu atau ia menjadi kafir kerana ingkar pada kenabian Muhammad SAW. Kalaulah ia menjadi kafir dengan sebab ingkar pada kenabian Muhammad SAW maka tidaklah boleh disalahkan ungkapannya atau perbuatannya yang lain yang tidak boleh menjadikannya kafir. Benda yang diucapkannya itu memang benar begitu dan memang benar pula di sisi orang Kristian itu sendiri. Orang yang lemah daya pemikirannya selalulah menjadi begini. Mereka kenal kebenaran dengan melihat orang yang mengatakannya, bukan mengenal orang dengan kebenaran yang diucapkannya.

Orang yang berfikiran waras mengenali kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar diterima, sama ada keluarnya daripada mulut pendusta atau orang benar. Malah lebih jauh daripada itu seboleh-bolehnya ia menapis kebenaran yang datang daripada ungkapan-ungkapan orang sesat, seperti mengayak emas daripada campuran tanah dan lumpur. Tukang wang berpengalaman tidak teragak-agak memasukkan tangannya ke dalam dompet dan memisahkan wang tulen daripada wang tiruan (yang palsu). Orang hulu yang tak pernah mendengar loceng yang akan tercengang-cengang tak dapat membezakan yang mana emas tulen dan yang mana pula emas tiruan. Jangan bimbangkan itik jatuh ke kolam, tapi orang yang tak pandai berenanglah yang mesti diawasi. Jangan sekali-kali mendekati ular. Jangan bimbangkan pekerja mengendali ular kerana itu memang menjadi kebiasaannya.

Bumi ini yang kita pijak maka langit inilah yang kita junjung dan kita patut sedar tanggungjawab kita. Jadikan diri yang mempunyai sekeping hati dan jiwa yang tunduk terhadap segala kekuasaan Allah. Kita mengenal penciptanya dan mengenal kita. Kita faham mengapa kita dihidupkan di muka bumi. Kita yakin bahawa setiap yang di buat di dunia ada hubungannya di akhirat. Kalau yang dilakukannya baik, kita bakal mendapat pahala, kalau buruk balasannya dosa, dan dosa itu membawa ke neraka.

Hindarkan daripada sifat-sifat mazmumah. Jangan cepat lupa diri apabila dipuji, tidak ego, tidak gila nama, tidak gila dunia, tidak gila harta dan jangan jadi seseorang yang boleh diperalat oleh sesiapa kecuali Allah. Kita tidak menjadi 'kecil' dengan kejian, kita jangan gentar dalam melaksanakan tugas demi menegakkan kebenaran.

Sedaya mungkin gunakan bakat yang diberikan Allah untuk mendorong manusia menuju tahap-tahap kehambaan, kemakrufan dan kesolehan.

Kita mesti saling ingat-mengingatkan akan kebenaran atau haq dan kita juga mesti menyampaikan tentang betapa pentingnya kesabaran kerana kebenaran tidak akan wujud tanpa kesabaran. Terimalah ajakan surah AI-Ashr ayat 3 sebagai langkah menuju ke masa hadapan yang lebih cerah.

Bagi PAS, ingatlah, bahawa pilihan raya bagi menentukan proses memilih seorang pemimpin sekumpulan umat Islam hanyalah merupakan proses yang berlaku di peringkat manusia sahaja. Allah mempunyai perancangan-Nya yang tersendiri. Pemimpin umat Islam adalah pemimpin yang terpilih ialah dipilih oleh Allah seperti Ayatollah Khomeini untuk rakyat Iran atau Muammar Ghadafi untuk rakyat Libya dan yang terbaru sekali ialah untuk rakyat Malaysia yang mana pilihan Tuhan adalah DS Najib. Berkumpulan macam mana pun, pasanglah bendera di setiap jalan, kibarkan sepanduk, adakan ceramah di sana sini. Kalau Tuhan tak pilih, maka tak ada sesiapa pun yang boleh jadi pemimpin. Itu kerja Tuhan.

Allah telah tidak memilih PAS untuk memimpin umat Islam Malaysia sejak parti itu ditubuhkan lagi. Nikmat sedikit yang diberikan oleh Allah kepada PAS untuk memimpin Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan telah tidak disyukuri dalam ertikata yang sebenarnya. PAS pernah kehilangan ketiga-tiga tersebut di atas. Kedah baru saja diberi Allah kepada PAS. Perak diberi kepada PAS, tetapi diambil kembali oleh Tuhan kerana banyak kerosakan yang telah dilakukan. PAS pemah kehilangan keanggotaannya didalam kerajaan yang memerintah apabila tersingkir dari Barisan Nasional. Tidak mustahil PAS akan sekali lagi kehilangan Kelantan dan Kedah pada satu hari nanti akibat dari tindakan para pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mahu belajar dari kesilapan mereka.

Begitulah keadaan realiti politik Malaysia hari ini yang tidak mahu belajar politik itu apa, untuk apa dan siapa?  
Baca lagi ....

SIAPAKAH YANG SESAT - UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)

Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".

Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ? Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.

Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie,  Imam Maliki,  Imam Al Ghazali,  Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului  Dato Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut ? Bagaimana kata-kata Nik Aziz yang ahli UMNO tidak masuk syurga sedangkan Fatwa Majlis Ulama melarang mana-mana pihak mengatakan sebegitu!

Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS,  mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Allahyarham Fadzil Nor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar menjadi ulama.  Mereka semua mengaji kat mana ?  Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ? Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.
Baca lagi ....

Pelakon & Penipu Terbaik

Tuesday, August 18, 2009


Abad ini kita dapat menyaksikan begitu ramai pelakon terbaik yang muncul hasil dari kebijaksanaan Pak Lah, Perdana Menteri Ke 6 Malaysia.










Terbaru, selepas menampar polis yang sedang menjalankan tugas, Gobalakrishnan terseliuh tangannya dan tak boleh berjalan. Apa dah jadi? Pagi beliau berteriak macam orang muda, tapi esoknya berada di atas kerusi roda! Pelakon dan Penipu!


Anwar juga pernah berlakon macam Gobalakrishnan. Dalam penjara asyik pakai pembalut tengkuk dan sakit belakang. Keluar saja dari penjara, terus sihat walafiat. Pelakon dan Penipu!

Ini pun boleh dikatakan pelakon dan penipu juga.





















































































































































Apa dah jadi dengan puak-puak PR ni? Penyakit ketua sudah merebak ka?









Baca lagi ....

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA

Adakah Nik Aziz dan penyokongnya saja yang masuk syurga? Ulama besar tidak pernah menghukum umat Islam lain sebagai ahli neraka atau ahli syurga. Memang benarlah yang Nik Aziz sudah bermain Tuhan disini. Dulu Tuhan mencarut, boleh berkawan dengan syaitan dan lain-lain

Wahai semua, inilah janji syurga Dajjal. Neraka Dajjal ialah syurga Allah dan syurga Allah adalah Neraka Dajjal. Adakah syurga yang dimaksudkan Nik Aziz ini adalah syurga Dajjal? .. Elok sangatlah kita menjauhi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya.

"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.

"Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. surah an-Nisa' ayat 59

Menurut ulama Salaf as-Soleh yang bersandarkan kepada dalil-dalil syara, bahawa orang yang suka menghukum masuk neraka dan mengkafirkan pemerintah, mengkafirkan penyokong pemerintah tersebut dan mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar, kerana mereka (yang mudah mengkafirkan seperti itu) adalah golongan Khawarij dan Muktazilah.

Jangan kamu memaki hamun para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki kepada mereka dan janganlah kamu membenci para pemimpin kamu. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkaranya (bertakwa dan bersabar) adalah dekat.” – Hadith diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Asim. Disohihkan oleh Nasruddin al-Albani

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29
Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

Rasulullah telah menjelaskan tanda tanda khawarij :"Mereka suka membunuh(menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang orang yang benar benar jelas kekafirannya)" - Hadith Riwayat Bukhari, Muslim

Nik Aziz perlu ingat kembali apa yang telah diminta oleh DS Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan

DS Najib meminta beliau menjaga perasaan ahli UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri

Dan ini jawapannya "beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu".

Tapi inilah perangai orang yang berkawan dengan syaitan demi mencapai matlamatnya.
Baca lagi ....

KEMAMPUAN NIK AZIZ MEMBERI FATWA

Saya ingin berbalik kepada persoalan tentang kemampuan Nik Aziz untuk memberi fatwa. Adakah beliau menguasai dengan mendalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fatwa dan ijtihad seperti ilmu fiqh, usul al-fiqh, qawa'id al-fiqh, maqaasid al syariah dan seterusnya, yang mana ia dipelajari secara mendalam dalam jurusan Syariah dengan pengkhususan dalam ilmu usul al-fiqh. Menurut al-Syaukani, ilmu usul al-fiqh merupakan tiang seri kepada ijtihad dan menjadi asas untuk tegak segala sendinya. Al-Fakh al-Razi menegaskan: "Sesungguhnya ilmu yang paling penting bagi seseorang yang ingin berijtihad ialah ilmu usul al-fiqh". Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Imam Ghazali: "Sesungguhnya pengetahuan yang paling penting dalam berijtihad mengandungi tiga cabang ilmu, iaitu Hadis, Bahasa Arab, dan usul al-fiqh" (lihat al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul). Persoalan pengkhususan tidak boleh dipandang ringan dalam berurusan dengan hukum Allah. Ini kerana terdapat peringatan yang agak berat daripada Rasulullah melalui sebuah Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi fatwa tanpa ilmu yang mencukupi, ia akan dilaknat oleh Malaikat di langit dan di bumi" (Ibnu 'Asakir).

Kenyataan kedua oleh Haji Nik Aziz yang boleh mengelirukan jika tidak diberi penjelasan ialah tentang keharusan berkawan dengan syaitan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam. Ini ialah memandangkan Quran dan Sunnah dengan jelas dan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjadikan syaitan sebagai musuh mereka yang paling utama tanpa sebarang kompromi. Kerana syaitan itu sendiri merupakan punca kejahatan yang tidak boleh diharapkan apa-apa kebaikan daripadanya pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun, seperti yang ditegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya laknat itu tetap menimpamu (iblis) sampai hari kiamat" (Thoha. 35). Menurut Ibnu al-Qayyim: "Sesiapa yang meneliti Quran dan Sunnah akan mendapati kedua-duanya memberi penekanan yang lebih banyak dalam memperingatkan manusia tentang tipu helah syaitan dan keperluan memeranginya, berbanding dengan peringatan tentang bahaya nafsu" (Ighathah al-Lahfan, jld. 1). Ibnu Kathir, ketika mengulas ayat yang memerintahkan umat Islam berbuat baik terhadap manusia yang bermusuh dengan mereka (Fushshilat: 34), beliau menyatakan: "Allah memerintahkan umat Islam supaya berdamai dengan musuh yang terdiri daripada manusia serta berbuat baik kepada mereka; supaya dengan itu permusuhan dapat dijernihkan disebabkan terdapat asas kebaikan dalam diri setiap manusia. Tetapi Allah memerintahkan supaya mereka memohon perlindungan daripada syaitan, kerana permusuhannya dengan manusia bersifat total dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk berdamai dan berbaik-baik lagi. Ini ialah memandangkan seluruh usaha syaitan ditumpukkan untuk membinasakan anak Adam disebabkan permusuhan yang sangat ketat antaranya dengan bapa mereka Adam sebelum ini" (Tafsir al-Quran al-'Azim, jld. 1).

Apa yang disebutkan oleh Ibnu Kathir ini dapat disaksikan dalam banyak ayat Quran, antaranya firman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh; kerana sesungguhnya syaitan itu hanya menyeru puaknya supaya mereka menjadi penghulu neraka sa'ir" (Faathir: 6). Menurut AI-Quran, hanya orang yang tidak beriman sahaja yang menjadikan syaitan sebagai pembantunya, seperti yang dinyatakan dalam surah al-A'raaf ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu sebagai pembantu-pembantu kepada orang-orang yang tidak beriman". AI-Quran seterusnya menegaskan bahawa orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai kawan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerugian di dunia dan di akhirat: "Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai penolong selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Maksud ayat 119 surah Annisaa').

Jadi persoalan syaitan sebagai musuh utama umat Islam dan tidak boleh dijadikan kawan atau pembantu dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam adalah merupakan perkara yang qat'ei (tidak terdapat perbezaan pandangan atau tafsiran mengenainya). la termasuk dalam hukum yang dikategorikan oleh ulama sebagai "al-ma'lum min al-din bi al-dharurah" (hukum yang diijmak oleh ulama dan dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu kajian yang mendalam). Hukum seperti ini tidak boleh dipermainkan; kerana mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu sebarang bentuk kenyataan yang boleh menampakkan percanggahan dengan keterangan Quran yang jelas dan qatei ini boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai, memandangkan ia menyentuh persoalan akidah yang tidak boleh ada sebarang ijtihad lagi mengenainya.

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini saya berharap telah dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Bagi pihak orang ramai pula, mereka berpeluang meneliti manakah pandangan yang benar dan menyakinkan untuk dijadikan pegangan dan amalan, yang mana mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak terhadap pegangan tersebut secara bersendirian - bukan secara berparti. Wallahu A'Iam.



Wan Zahidi Wan Teh
Baca lagi ....

Nik Aziz Kata Ahli Umno Tak Akan Masuk Syurga

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. -- BERNAMA


Di Dunia kita ada beberapa perhubungan. Pertamanya perhubungan Manusia dengan Tuhannya. Jika kita melakukan kesalahan atau doa, maka kita boleh memohon bila-bila masa sahaja kemapunan dari Nya.

Kedua, ialah perhubungan sesama mahkluk terutama manusia. Jika kita melakukan kesalahan kepada sesama makhluk, maka kita diminta memohon maaf dari makhluk yang mana kita berlaku salah kepadanya.

Tetapi nampaknya Nik Aziz dah hilang perhubungan kedua tersebut.

Pas membawa ajaran kebencian sesama Umat

UMNO membawa ajaran menyatukan umat.

Syurga Neraka adalah milik Allah, dia yang menentukan sesiapa yang layak masuk syurga atau neraka ... bukan Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Umat Islam terutamanya yang bergelar pendakwah perlu sentiasa menjaga akhlak dan percakapan agar apa yang dipertuturkan itu tidak melampaui batas kewajaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Datuk Jamil Khir Baharom.

Katanya sejauh mana seseorang itu mengaku dirinya sebagai arif dalam hukum Islam, dia tetap manusia biasa dan ada batas dan hukum yang perlu dijaga.

"Allah mengingatkan kita (dalam menyampaikan sesuatu) supaya jangan menggelarkan sesuatu yang tak baik pada orang lain, dan sentiasa menjaga keharmonian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program televisyen Tijarah Ramadan di sini Isnin.

Oleh itu amat penting bagi seseorang pendakwah yang bertanggungjawab menyebarkan perkara kebaikan untuk menjaga akhlak dan percakapan supaya tidak melampaui batas kewajaran.

"Walaupun berbeza parti, asalkan dia hamba Allah ada akhlak dan tatasusila yang perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

-- BERNAMA

"Salam ini bukan antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dengan Pusat, tak timbul masalah UMNO, pergi jahanamlah UMNO.” Ini petikan kenyataan Nik Aziz yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Apakah mungkin Utusan Malaysia sengaja “memutarbelitkan” dan tidak mungkin seorang yang digelar Tok Guru oleh Pas mengeluarkan kenyataan, “pergi jahanamlah UMNO”.

Dalam blog pro Pas, tidak pula disebut kenyataan Nik Aziz ini, yang ditulis oleh tukang-tukang sorak dalam blog pro Pas adalah benda-benda lain. “Seburuk-buruk” ahli UMNO, mereka belum pernah menggunakan, “Pergi jahanamlah Pas.”

Kalau ada tentu surat khabar Pas dan blog pro Pas sudah melaporkan.

Barangkali ahli-ahli UMNO termasuk pemimpin UMNO tidak cukup ilmu agama yang membolehkan mereka mengeluarkan kenyataan begitu.

Daripada berita Utusan Malaysia hari ini, apa yang dapat pelajari adalah bukan semua orang boleh berkata, “pergi jahanam” yang sama ertinya dengan “pergi mampus”. Orang yang berkata demikian mesti mempunyai ilmu agama yang tinggi kerana itulah lesen untuk menghina atau mempersendakan orang lain.

Sebab itu kadang-kadang kita macam tidak percaya apabila disindir atau dipersenda oleh kalangan yang “arif agama” dan berilmu tinggi dalam agama. Orang yang tak berilmu tinggi kena menerima hakikat ini bahawa itulah lesen mereka(yang bergelar ilmu tinggi) untuk berkata atau menulis apa saja.

Mulai hari ini kita semua yang kurang arif bab agama, tak belajar tinggi ilmu agama jangan berasa kecil hati apabila dihina kerana mereka yang berilmu agama tinggi boleh menghina. Jangan sama sekali mempertikaikan kerana apa yang mereka tulis atau katakan itu lahir dari ketinggian ilmu mereka.

Nik Aziz sebagai pemimpin utama Kelantan sepatutnya telah memberikan satu teladan yang baik kepada orang yang dipimpinnya dan rakyat jelata Kelantan. Kalau ada orang Kelantan bersikap seperti Nik Aziz itu adalah keberkesanan “kepimpinan melalui teladan” atau "kepimpinan Ularmak".
Baca lagi ....

Bila SI KAFIR Berlakon!

Sunday, August 16, 2009

Semakin seronok melihat Wong Chuan How yang terus berlakon untuk menagih simpati rakyat TANAH MELAYU dengan sokongan sebilangan manusia yang 'kelihatan' seperti orang Melayu dan beragama Islam. Wong Chuan How ini juga mendapat sokongan padu daripada rakyat kebanyakan yang juga kebanyakannya kelihatan seperti orang Melayu dan beragama Islam.

Luka sedikit di kaki, dibalut tebal-tebal supaya kelihatan kakinya sudah patah riuk. Kes-kes yang melibatkan penyelewengannya yang menjadi proksi kepada Ronnie Liu, disembunyikan dengan tuduhan SPRM yang zalim. Pada masa yang sama, satu resolusi dibuat oleh kepala Dajal Tanah Melayu dengan dibantu oleh dua pendokongnya bahawa UMNO dan BN yang sebenarnya mencabuli Islam dan umatnya di TANAH MELAYU ini.

Gelagat yang sama apabila Koperal Gillard Shalit yang sememangnya salah seorang pembunuh rakyat Palestin ditangkap oleh pejuang Arab Palestin dan ditahan, maka keseluruhan ketumbukannya termasuklah Amerika Syarikat yang menjadi dalang, BERLAKON bahawa merekalah yang jadi mangsa, bukan mereka memangsai rakyat Gaza, Palestin dan Beirut.

Lebih berjaya apabila Pengarah Siasatan SPRM mengambil keputusan untuk membekukan semua siasatan terhadap orang politik serta penyelewengan dan kedajalan mereka dengan alasan paling TIDAK MUNASABAH. Dengan kata lain, apa yang dihajati oleh Dajal dan para pendokongnya telah pun berjaya - bebas daripada siasatan dan undang-undang.

Di satu ketika yang lain, penjawat-penjawat awam terus dilontarkan dengan kata keji dan hina agar mereka lemah semangat serta gagal menjalankan fungsi yang dibayar dengan wang cukai rakyat. Tujuannya agar kaum Dajal ini bebas dan digeruni. Anak-anak Dajal pula bertebaran ke serata alam dan pelusuk untuk mengiyakan kata-kata bapa Dajal mereka, bahkan secara terang-terangan berani menyanggah perintah Allah Taala tentang kasih sayang sesama muslim tetapi bersikap keras terhadap bukan Islam dengan alasan-alasan yang akal mereka fikirkan, munasabah.

Di Iran, negara yang dilabelkan sebagai 'Sarang Rafidhah' cuba menunjukkan teladan kepada umat Islam di seluruh dunia tentang erti pemerintahan dan rakyat yang diperintah menurut Islam. Terbaru, 25 orang lagi penunjuk perasaan anti kerajaan dibicarakan selepas 110 orang yang lain dibicarakan dan didapati bersalah. Hukuman yang menanti mereka ialah MATI! Itu adalah fatwa Majlis Ulama Iran, sepakat di kalangan para ulamanya.

Beberapa ratus tahun yang lampau, seorang bekas raja yang menjadi ulama sufi, Ibrahim Adhan melarikan diri apabila diketahui Hajjaj Yusuf As-Tsaqafi memburunya setelah dia SECARA TIDAK SENGAJA mengkritik Khalifah Yazid bin Muawiyyah di khalayak awam. Tidak pula Ibrahim Adhan berkelakuan sebagaimana yang dilakukan oleh dajal di sebelah sini, bahkan akur bahawa dia yang melakukan kesalahan, meskipun Yazid bin Muawiyyah dan Hajjaj Yusuf As-Tsaqafi diberikan pelbagai gelaran yang menjijikkan.

Baca lagi ....

PAS Halalkan Tindakan DAP

Saturday, August 15, 2009

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pas terpaksa membisu apabila pemimpin DAP menghina Islam demi menjaga hubungan mereka dalam pakatan pembangkang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu dengan sinis berkata, apabila seseorang mahu berkawan, mereka mestilah mencari alasan untuk menghalalkan tindakan rakan mereka.

"Datuk Nik Aziz Nik Mat kata tidak apa kerana dia (DAP) bukan orang Islam, jadi orang bukan Islam boleh hina Islam dan hanya orang Islam yang tak boleh hina.

"Kalau kita nak berkawan dengan orang, kita kena cari alasanlah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran 1Malaysia Lat di Bangsar Shopping Centre di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beranggapan parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.




Oleh Saiful Haizan

Buat hal lagi Nik Aziz ni! Dulu boleh mencarut kerana dlm Quran pun Tuhan mencarut, lepas tu boleh berkawan dengan syaitan. Kita orang bukan Islam boleh hina Islam kerana mereka jahil tentang Islam. Nampak dah semakin sesat Tok Guru PAS ini.

Saya cadangkan Tok Guru buat kelas kepada semua pemimpin2 DAP supaya mereka arif tentang Islam, jadi taklah menghina sembarangan.

Hina Ketua tertinggi Islam bagaimana pulak?

Sudah mengarut Tok Guru orang PAS ni. Sedarlah
Baca lagi ....

Bukti Anwar Peliwat

Thursday, August 13, 2009

Munawar fails again to clear name - 2009/08/13

PUTRAJAYA: It is the end of the road for Datuk Seri Anwar Ibrahim's former speechwriter Dr Munawar Ahmad Anees, who has battled for 11 years to clear his name of a sodomy charge.

A Court of Appeal panel, comprising Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Hasan Lah and Datuk Sulaiman Daud, yesterday unanimously dismissed his application on the grounds that the issues raised had been considered by the Federal Court.

Dr Munawar sought to have his appeal against conviction and a six-month jail sentence for sodomy remitted to the High Court.

The High Court, on Sept 9, 2003, struck out the appeal without hearing the merits of the case on the grounds that he had failed to appear at any of the proceedings, although his absence was explained by his counsel.

His attempt to reverse the decision was also turned down by the Court of Appeal on Oct 30, 2007.

Munawar then took the matter to the Federal Court for review, but was also unsuccessful as the apex court held that it did not have the power to hear the matter because the case originated from the subordinate court and its final appeal was at the appeals court.

Dr Munawar then filed a review application at the Court of Appeal.

The court struck out his appeal against the High Court's dismissal of two of his applications.

The two applications were for an order that the inspector-general of police and the director-general of prisons provide a detailed schedule of his movements during his detention and a copy of the schedule of all his visitors since his incarceration in 1998.

With the decision, the conviction against Dr Munawar, 61, who served six months in prison in 1998 after he pleaded guilty to allowing Anwar to sodomise him in Anwar's house in Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, in March 1993, is affirmed.

Dr Munawar served his sentence but challenged the court's decision to clear his name, claiming that he was coerced into pleading guilty.

At yesterday's hearing, his counsel, Manjeet Singh Dhillon, urged the court to give Dr Munawar another opportunity to fight his case.

Deputy public prosecutor Awang Amardajaya Awang Mahmud submitted that Dr Munawar was seeking to re-litigate on an issue which had been deliberated on by the High Court, the Court of Appeal and the Federal Court. -- Bernama

To supporters of Keadilan or Anwar Berahim, open your eyes. Munawar already admitted that he allowed Anwar to sodomize him; it's a clear proof that Anwar is really Peliwat. Period.

Baca lagi ....

Apa kata Blogger

  • GELOMBANG MERAH 2.0 - Salam Semua peminat KedahTimes, Jom kita mulakan semual gelombang yang satu masa dulu telah menjadi fenomena di Kedah dan Di Malaysia. Dulu Gelombang Mer...
    3 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    6 years ago