TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Fatwa seleweng pecah belah ummah

Friday, December 25, 2009



Sebagai contoh, antara ucapan yang paling bahaya ialah Amanat Tuan Guru Haji Ab. Hadi yang dipetik daripada ceramah beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hukum yang boleh difahami daripadanya ialah mati syahid kerana lawan UMNO dan BN.

Kesan buruk dari amanat itu telah mencatat 'hari ini dalam sejarah ibadat umat Islam' kerana menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan sembahyang dua Jumaat sekampung. Amalan ini masih berterusan sehingga sekarang di 39 buah kariah di Terengganu.

Peristiwa orang Pas menunggu orang UMNO selesai sembahyang Jumaat baru mereka menunaikan Jumaat berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di masjid kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Saya mempunyai rakaman video peristiwa itu sebagai bukti.

Peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 juga ada kaitan dengan amanat tersebut. Dalam video yang saya rakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan rumi.

Amanat Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Saya sendiri berada di dalam DUN itu ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan iringan tangis kerana sedih dengan fatwa karut itu. Abdul Hadi bangun mencelah, "itu memang benar ucapan saya''.

Peristiwa Memali adalah suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis daripada menjalankan tugas. Golongan lemah ini kelihatan terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Penjenayah yang sebenar berlindung di dalam kawasan rumah pemimpin mereka, Ibrahim Libya.

Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin Pas akan terus menyelewengkan fakta bahkan mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut di samping terus menegakkan hukum ciptaan mereka.

Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut, Terengganu pada 29 Disember, 1985 mengulangi ketegasan hukum syahidnya itu (rakaman video ada pada saya).

Katanya; Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syhuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid.

Fatwa yang sama juga pernah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buktinya ada dalam buku Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi karangan Omar Khalid, bekas aktivis Pas.

Omar pada muka surat 26 dalam buku berkenaan menyebut: Saya telah mendengar sendiri daripada mulut ustaz Nik Abdul Aziz semasa dia mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid.

Bagaimanapun, nampaknya akhir-akhir ini pimpinan Pas cuba menafikan seboleh-bolehnya tentang tindakan mereka mengkafirkan orang UMNO. Berita Harian 3 Jun 1999 melaporkan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan pelampau-pelampau Pas di mana beliau menganggap merekalah yang mengkafirkan orang UMNO.

Mingguan Malaysia 6 Jun 1999 pula melaporkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dengan terang-terang menyalahkan UMNO mengenai isu mengkafirkan ahli UMNO ini. Pokoknya apabila sudah terkepung terpaksalah mencari pelindung. Belum lagi sampai ke akhirat sudah pun tidak sanggup bertanggungjawab. Apa pula halnya dengan ahli-ahli Pas yang sekian lama bermusuhan sesama saudara, bercerai-berai suami isteri dan sembahyang berlawanan selama ini? Sudahkah pemimpin Pas isytiharkan kepada ahli Pas bahawa orang UMNO tidak kafir dan parti mereka tidak boleh menjamin syurga dan neraka? Bagaimanakah pula kepada mereka yang telah mati?

Bagaimanapun, penafian mengkafirkan ahli UMNO ini nampaknya tidak disampaikan kepada ahli-ahli Pas. Dengan itu tidak hairan jika mereka tetap terus berpegang kepada fatwa lama dan menganggap orang UMNO kafir. Buktinya sangat mudah. Jika penafian berkenaan sudah sampai kepada ahli Pas dan mereka menerimanya, sudah tentu pemulauan tidak akan berlaku dan sembahyang Jumaat dua sekampung akan berhenti. Itulah jawapan praktikal saya.

Abdul Hadi juga cuba membuat penafian mengenai amanatnya dalam akhbar tabloid Eksklusif 21-27 Jun 1999 di mana beliau berkata: Malahan dalam ucapan saya itu tidak pernah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma saya menyatakan batasan antara iman dan kufur.

Hairannya, jika Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang diungkap oleh beliau, bagaimana boleh timbul hukum "mati kita adalah mati syahid'' kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir?

Kalau dikatakan hukum itu tidak ditujukan kepada UMNO, ia juga tidak benar kerana beliau begitu jelas berkata: Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO ....

Dengan itu saya berani menegaskan bahawa Amanat Haji Abdul Hadi mengandungi hukum yang bercanggah dengan Islam iaitu Lawan UMNO mati syahid. Saya yakin itulah juga kefahaman ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ketika bersidang di Pekan, Pahang pada 19 Februari 1986.


RUJUK JUGA DOKUMEN DEWAN NEGARA 
DN.18.4.2000  Mukasurat 64
Baca lagi ....

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.


Amanat Dato Haji Abdul Hadi Awang

“Saudara-saudara sekalian!”

“Percayalah, kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama dia BN. Kita menentang dia kerana dia menegakkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir.”

“Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana itulah kita berjuang dengan puak-puak ini. Kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.”

“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Budha tetapi kita akan menjadi kafir dengan mengatakan politik suku (asing) agama suku.”


Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
Kuala Terengganu,7 April 1981.




Fatwa 12
Amanat Haji Abdul Hadi

LATARBELAKANG

• Amanat Haji Abdul Hadi adalah petikan kata-kata bercirikan hukum agama yang telah diucapkan oleh Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah politik di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Amanat Haji Abdul Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya pada 11 Ogos 1983 oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Wan Mokhtar Ahmad di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

CIRI-CIRI AMANAT

• Terdapat tiga perkara pokok dalam Amanat Haji Abdul Hadi yang dianggap menjadi punca yang menyebabkan sesetengah ahli dan pengikut Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengkafirkan ahli-ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malayan Nation Organization (UMNO) sebagaimana yang berikut:

1. Mendakwa menentang UMNO dan Barisan Nasional bukan kerana nama UMNO dan Barisan Nasional, tetapi UMNO dan Barisan Nasional mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan peraturan jahiliyah.

2. Mendakwa perjuangan menentang UMNO dan kerajaan adalah jihad dan mati dalam perjuangan itu adalah mati syahid.

3. Mendakwa sesiapa menganggap politik suku dan agama suku adalah kafir.

• Ketiga-tiga perkara ini terkandung dalam Amanat Haji Abdul Hadi seperti berikut:
“Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama BN, menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah, oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.

Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.”

• Berdasarkan petikan ucapan inilah menguatkan kepercayaan penyokong-penyokong PAS bahawa perjuangan PAS melawan UMNO adalah jihad, begitu juga ucapan dan derma mereka itu termasuk juga di dalam jihad. Dengan sebab itulah penyokong-penyokong PAS berjuang menentang UMNO sehingga sanggup menumpahkan darah. Demikian juga sekiranya mereka mati kerana melawan dengan penyokong-penyokong UMNO, mati mereka adalah mati syahid dan mati dalam Islam. Maka muncullah keyakinan sesetengah ahli dan pengikut PAS yang fanatik bahawa ahli UMNO betul-betul kafir.

• Akibat daripada fenomena tersebut, timbul pula amalan agama yang bercanggah dengan Islam di kalangan pengikut PAS di sesetengah kampung di negeri Kelantan dan Terengganu seperti sembahyang dua imam, memulau sembahyang jemaah, mengakadnikah semula pasangan Islam, tidak makan daging sembelihan, berbalah dan tidak bertegur sapa sesama ahli dan sanak saudara, tidak hadir kenduri-kendara dan bermacam lagi.

KEPUTUSAN FATWA

• Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mengambil maklum dan bersetuju menerimapakai keputusan fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 16 pada Februari 1986 di Pekan, Pahang Darul Makmur yang memutuskan bahawa:

1. Setelah meneliti dan berbincang mengenai perkara ini, Muzakarah telah bersetuju bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi ini:

a) Bercanggah dari segi ajaran Islam.

b) Bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agamanya.

c) Bercanggah dengan prinsip da`wah Islamiyyah.

2. Muzakarah juga telah bersetuju supaya perkara ini dihebahkan kepada orang ramai. Untuk maksud ini, pihak Pusat Penyelidikan Islam diminta supaya menyediakan risalah mengenai Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi dengan mengambil kira keputusan yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini serta hujah-hujah dan dalil-dalil terhadap perkara-perkara tersebut. Risalah tersebut hendaklah diedarkan kepada orang ramai.

3. Muzakarah juga bersetuju supaya keputusan mengenai amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi ini disiarkan di dalam media tempatan.
Baca lagi ....

ULASAN KHAS LIKU-LIKU AMANAT HAJI ABDUL HADI

Tuesday, December 22, 2009


1. Amanat ini dipetik daripada ucapan YB. Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

2. Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya. Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jamaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi. Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga. Akhbar Berita Harian 19hb. Julai 1982 juga turut menyiarkannya. Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu.

3. Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan. Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB. Haji Abd. Hadi Awang (Sahabat sendiri) ini. Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu. Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB. Hj. Ab. Hadi tiba-tiba bangun mencelah, "Itu memang benar ucapan saya".

4. Pada 1 9 November 1985 berlaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah. Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI. Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi. Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985.

5. Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya. Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa. Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

6. Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab. Hadi Awang 07.04.1981. YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAHID nya dulu (Rakaman video masih ada). lkutilah sedutan ucapannya di bawah ini:

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid" (YB. Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).

7. Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh YAB. Datuk Haji Nik Abd. Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan YAB Datuk Haji Nik Ab. Aziz, dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa". Setelah dirasakan begitu menyesal dengan kegiatannya selama ini memperdaya muslim mengundi PAS sedangkan begini sahaja jawapannya maka beliau pun menulis buku Parti Islam - Antara Realiti dan Fantasi dan beliau sedia bertanggung jawab dengan segala kenyataan di dalam bukunya itu pada bila-bila masa jua. Para yang kedua muka surat 26 tersebut dinyatakan seperti berikut:

(Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab. Aziz semasa dia mengajar di Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid").
Baca lagi ....

ULASAN KHAS LIKU-LIKU HUKUM KAFIR BERIKAT



1. Kertas Putih 08/11/1984  melaporkan pada Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa seperti berikut::

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".

2. Kemudian hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT. Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkannya fatwa itu dari mulut ke- muiut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan sakit mati, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan. Pusat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua se kampung ialah di Felda Kampung Rahmat Chalok, Setiu pada tahun 1975. Seterusnya berjangkitlah ke seluruh daerah dalam negeri Terengganu, kecuali Kemaman percubaan mendirikan Jumaat asing gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah Kemaman.

3. Dengan kuasa Allah s.w.t. melalui usaha murni AYRH Tun Haji Ab. Razak Husein Perdana Menteri Malaysia ketika itu, maka pada tahun 1974 PAS masuk bergabung dalam kerajaan Barisan Nasional. Segala hukum agama yang menyeleweng pun terhenti dan perhubungan masyarakat Islam pun bersatu kembali tanpa mengira parti lagi. Untuk membuktikan kebenaran memerintah kongsi kuasa tajaan UMNO selama ini, keluarlah sebuah buku karangan Ustaz Haji Nik Ab. Aziz Nik Mat yang ketika itu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Buku ini dinamakan SIKAP SAYA bertarikh 4.1.1398 Hijrah bersamaan 15.12.1977 masihi, tersiar di muka surat 03 perenggan 04 dan 05 buku SIKAP SAYA itu keputusan Dewan Ulamak PAS Pusat berbunyi:

"Apa hukum PAS menyertai Kerajaan Campuran ? "

"Kes ini atau sebagainya yang bersifat pokok dan menyeluruh, memang tepat untuk dibahas oleh dewan ulama. Sebab itu ianya telah dibahas satu masa dulu dengan sepuas hati dan telah pun memberikan jawapannya: HARUS, dan kemudian dibahas sepenuhnya oleh kongres untuk 'diterjih' mana satu pihak yang mesti diambil".


4. Dengan itu maka jelaslah hukum yang dibawa oleh PAS untuk menuduh UMNO kafir bekerjasama (BERIKAT) dengan orang kafir dahulu bercanggah dengan hukum Allah dan ternyata ianya hukum ciptaan sendiri ulamak PAS. Pimpinan PAS tidak berterus-terang dengan pengikutnya. Sebab itulah setelah PAS keluar daripada BN hukum kafir itu dihidupkan semula. Kalau dikirakan sudah jelas, hukum apakah untuk UMNO sahaja menjadi kafir, tetapi apabila PAS turut menyertai sama jadilah HARUS. Inilah kata orang "Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi duwwa".


5. Untuk lebih jelas lagi pendapat hukum PAS palsu dan bersifat fatwa karut mengenai KAFIR BERIKAT ialah sekarang PAS bekerjasama dengan DAP secara rasmi sebagaimana yang diumumkan oleh Harakah 12 April 1999. Ketika ini terdedahlah segala yang tersembunyi. Dalam kenyataan YAB Datuk Haji Nik Ab. Aziz bin Nik Mat yang disiarkan oleh Berita Harian 12 Mei 1999 barulah diberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menandatangan perjanjian kerjasama dengan musuh tradisi lslam iaitu kafir Yahudi di Madinah. Oleh itu kata Datuk Nik Aziz, "PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP". Soalannya mengapakah sejarah nabi s.a.w. berkongsi kuasa di Madinah dengan kafir Yahudi yang sudah berlaku lebih seribu tahun lalu disembunyikan oleh ulamak PAS ketika menjatuhkan hukuman KAFIR BERIKAT ke atas UMNO tahun 1963 dahulu ? Ketika itu Ustaz Haji Nik Ab. Aziz Nik Wat inilah juga orangnya yang menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Kalau mengikut hukum Allah yang sebenar orang yang menyembunyikan keterangan (Saksi dan bukti) sebenar di sisi Allah adalah orana yang paling zalim. Demikian maksud ayat 140 surah al-Baqarah. Berdasar kepada kebenaran yang terserlah maka cara pendekatan politik kongsi kuasa yang ditaja oleh UMNO semenjak tahun 1955 adalah bertepatan dengan sejarah Rasulullah s.a.w. di Madinah. PAS sekarang mula meniru cara pendekatan politik UMNO setelah 36 tahun berlaku fitnah PAS bermaharalela dengan hukum "Kafir Berikat " ke atas UMNO.


6. Ulamak yang memberikan hukum haram untuk orang dan harus untuk diri beginilah yang mesti ditentang bukan sahaja oleh Perdana Menteri Malaysia dan UMNO bahkan oleh seluruh umat Islam. Apa tidaknya ? Akibat hukum yang bersifat fatwa oleh golongan berkepentingan ini umat Islam purak-peranda.
Baca lagi ....

PEMBENTANGAN BEBERAPA TOPIK ISU YANG BERSIFAT FATWA

Monday, December 14, 2009


1. Tahun 1959: PAS SALAHGUNA separuh hujung ayat 15 surah Saba' (Baidatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur) dalam manifesto PAS Kelantan untuk piiihanraya umum, sebagai umpan memancing undi dengan janji kononnya inilah negeri yang PAS akan bina sebagaimana kehendak ayat 15 surah Saba' dalam manifesto tersebut. Sebenarnya ayat ini membawa amaran balasan baik kepada orang yang syukur nikmat dan balasan azab bagi orang yang kufur nikmat. Sayang seribu kali sayang, demi kerana kepentingan pilihanraya sahaja maka pengajaran yang sepatutnya diperolehi daripada ayat-ayat 15, 16 dan 17 surah Saba' ini tidak bermakna apa-apa.

2. Tahun 1963: Dewan Ulamak PAS Kelantan SEMBUNYI FAKTA sejarah nabi s.a.w. kongsi kuasa di Madinah dan maksud asal ayat 28 surah aali-Imran; lalu memutuskan hukum bersifat fatwa "Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir". Ayat 28 surah aali-Imran disalahtafsir dengan membaca separuh awal sahaja; hujungnya tidak dibaca. Sejarah Nabi s.a.w. mengikat janji bekerjasama dengan kafir Yahudi memerintah Madinah dahulu terus disembunyikan. Keputusan hukum yang bersifat Fatwa karut ini boleh dilihat dalam kertas putih kerajaan Malaysia mengenai ancaman keselamatan bertarikh 08 Nov. ,1984 muka surat 8. Urutannya akan dihuraikan selepas ini nanti .

3. Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah". Ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah menjadi kafir. Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan. Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorana ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada majlis tersebut tidak diterima. Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya untuk UMNO. Walaupun PAS bersama memerintah dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara (1974-1977) hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS. Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu. Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan seperti yang dituntut oteh Allah s.w.t.; PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.

4. 24 September 1980: YB. Haji Abdul Hadi Awang SALAH TAFSIR maksud ayat 251 surah al Baqarah dengan kata, "Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia ini bergaduh, bermusuh, berkelahi; nescaya akan rosaklah muka bumi". Ayat cerita Nabi Daud a.s.w. bersama tentera Thalut yang berjaya membunuh Jalut telah ditukar tafsirannya menjadi hukum HARUS BERMUSUH. Pengajaran yang terkandung dalam ayat-ayat 249 (Dalam peperangan, berbagai tipu muslihat musuh mesti diawasi) hingga ayat 252 surah al-Baqarah (Yang menegaskankan bahawa inilah cerita) itu tidak pula diperjelaskan. Pengikut PAS menjadi berani bermusuh kerana ada hukum yang difahami mereka sebagai fatwa "Tuhan Mahu Kita Bergaduh" itu. Ucapan asal YB. Haji Abd. Hadi ini ada dalam kaset rakaman audio.

5. 07 April 1981: YB . Haji Abdul Hadi Awang MENCIPTA HUKUM yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Maksud hukum itu ialah "LAWAN UMNO/BN MATI SYAHID". Akibatnya sangat besar sehingga membawa kepada Sembahyang Dua Imam dalam masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu (Jun-Julai 1982) dan sembahyang Jumaat dua se kampung berjumlah 39 buah qariah seluruh negeri Terengganu, berlarutan hingga akhir tahun sekarang. Tiga tahun kemudian hilang 18 jiwa dalam Peristiwa Berdarah Memali, Baling Kedah 19 Nov., 1 985. Urutannya akan dihuraikan khusus selepas ini.

6. Dalam AMANAT Haji Hadi itu juga terdapat para akhir satu HUKUM CIPTAAN lagi seperti fatwa iaitu "Kita boieh menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". ATAU isu ini disebut juga dengan nama SEKULAR. Penyelewengannya ialah konsep memisahkan agama daripada politik itu tidak diperjelaskan. Buku lslam & Politik, kajian Dewan Ulamak PAS Pusat (Sept., 1980) ada menerangkan konsep memisahkan agama dengan politik (Muka surat 19 dan 23) iaitu negara yang punya ketua agama dan politik berlainan orang. Mengapakah buku Islam & Politik itu tidak diedarkan lagi selepas sekali edar ketika perbicaraan kes fatwa Allayarham Tuan Guru Haji Mustafa di Kampung Raja, Besut tempohari ? Jelas di dalamnya menyebut konsep memisahkan agama dengan politik ialah agama di bawah seorang ketua lain dan politik pentadbiran negara keseluruhannya di bawah ketua yang lain pula. Konsep inilah disembunyikan. Berdasarkan konsep sekular ini maka Malaysia tidak boleh menjadi negara memisahkan agama dengan politik kerana mengikut perlembagaan negara Malaysia sendiri, sudah menetapkan agama dan politik terletak dibawah kuasa raja yang sama iaitu seorang ketua sahaja bagi kedua-duanya iaitu agama dan politik tidak terpisah sama sekaii. Perlembagaan tubuh UMNO juga tidak memisahkan agama iaitu jelas tersurat dalam fasal 3 "Mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara". Kemudian diperkukuhkan lagi dengan fasal 3.3 "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam..."

7. Mengenai kata-kata "Pisah agama dengan politik" atau sebaliknya itu pula membawa maksud "Pisahkan parti politik, khususnya PAS itu dengan agama"; dan bukannya politik SIASATUL-MUDUN yang sememangnya satu daripada cabang kecil atau ranting Islam di bawah ibadat am. Namun begitu ada ketikanya politik siasatul-mudun juga mesti dipisahkan dalam perjuangan agama dimana umat Islam tidak punya kuasa memerintah negara. Walau bagaimana pun yang timbul di Malaysia ialah politik PARTI ciptaan manusia untuk pilihanraya. Inilah yang mesti dipisahkan dengan agama demi mengelakkan salah faham berlakunya dua FITNAH ini:

i) Fitnah pertama yang timbul ialah salah faham bahawa PAS yang bukan agama itu akan disangka iaitu PAS Islam dan Islam itulah PAS. lnilah realiti yang sedang bercelaru dalam masyarakat Islam Malaysia sekarang. Orang awam tidak dapat membezakan antara parti PAS dengan agama Islam terutama selagi PAS terus menggunakan nama Islam pada partinya. PAS adalah ciptaan manusia, ditubuhkan untuk berebut kerusi dalam pilihanraya walaupun tidak mampu memerintah negara (Parlimen). Agama Islam ciptaan Allah dan tidak terikat dengan kehendak se masa semata-mata. Agama Islam adalah ad-Din iaitu "Barang yang diturunkan (syariat) dari Allah, melalui lidah para nabiNya mengandungi segala hukum". Islam adalah panduan cara hidup yang berterusan tanpa mengira keadaan di mana berada serta kepentingan sesiapa dan semasa. Islam sesuai pula pada sebilang ketika.

ii) Fitnah kedua yang lebih berat akan timbul dan sudah pun ada berlaku sekarang ialah kepada orang fanatik menyokong PAS dengan cara yang melulu membuat anggapan bahawa semua orang atau kumpulan lain di luar PAS adalah tidak Islam. Agama Islam sama sekali tidak boleh menjadi parti; kerana parti itu adalah puak yang berbeza-beza dan bermusuhan antara puak itu dilarang oleh Islam. Islam adalah mengandungi rumpun umat yang satu (Ummatan Waahidah) tanpa mengira lokasi dan ideologi. Maka puak parti itulah yang dikatakan pisah agama dengan politik.

8. Tahun 1982: Timbul lagi satu fatwa "Perjuangan Kebangsaan Melayu UMNO adalah Asobiyyah dan Nabi s.a.w. tidak mengaku umat". Hukum ini dibuat menerusi SALAH TAFSIR hadis Nabi s.a.w. riwayat Abu Daud; sedang tafsiran yang diberikan olehnya itu bercanggah dengan konsep Asobiyyah yang disebut dalam hadis jawapan nabi s.a.w. kepada pertanyaan sahabat baginda dan bercanggah pula dengan terjemahan kamus 'al-Munjid'. Huraian lanjut mengenai Asobiyyah akan diberikan kemudian melalui rencana khas pada siri yang lain. Disini sudah cukuplah untuk menafikan asobiyyah itu dengan penjelasan yang diberi melalui beberapa lampiran perbandingan LOGIKA. lngat! Jangan tolak kenyataan, kerana ianya salah satu sifat asobiyyah iaitu "Menolak realiti apabila jelas timbulnya bukti".

9. Makin hari semakin banyak kekeliruan hukum agama yang dibawa oleh pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar PAS Kelantan Antara lain Berita Minggu 24 April 1994 melaporkan YAB. Datuk Haji Nik Ab. Aziz berkata:

"Saya kata haram bagi mereka yang menentang cara pemerintahan Islam itu kerana ada terkandung dalam al-Quran dan hadis. Dan bagi mereka yang mempertikainya akan menerima balasan di akhirat"


10. Samada benar atau pun tidak hukum yang diberikan itu, orang awam yang mendengarnya sudah tentu membuat kesimpulan mudah; bahawa haram menentang PAS kerana PAS mendakwa dialah pemerintahan cara Islam atau PAS sahaja yang memperjuangkan Islam atau selalu juga kedengaran kata-kata bahawa PAS sahaja jamaah Islam. Pada realitinya di Malaysia banyak lagi kumpulan jamaah Islam terutama yang dikenali sebagai kumpulan dakwah. Banyak juga parti-parti politik lain vang memperjuangkan Islam seperti BERJASA, HAMIM dan termasuklah UMNO cuma PAS berbeza pada nama dan iklan. Dari segi hakikat yang tersurat dan realiti pada amalan, PAS tidak ada bezanya dengan parti-parti lain kerana memerintah negeri mengikut perlembagaan negara yang sama. Orang awam yang tidak tahu hakikatnya sangat mudah terpedaya dengan nama dan slogan PAS. Sedarkanlah kepada semua bahawa PAS dan parti-parti lain semuanya sama; tunduk akur kepada perlembagaan negara Malaysia belaka. Untuk PAS, lihat sahaja perlembagaan tubuhnya fasal 6(1 1) mencatit semua kegiatan dan tindakan PAS tertakluk kepada perlembagaan negara juga.

11. Begitulah seterusnya dengan berbagai pendapat lain yang dianggap hukum berbentuk fatwa oleh para pengikut PAS; seperti kata-kata Datuk Nik Aziz, "Calon UMNO diibaratkan lawan Nabi Muhammad" dalam Utusan Malaysia 15 April 1995. Dalam akhbar bahasa Inggeris New Straits Times 08 April 1995 pula melaporkan Nik Aziz kata, "Mengumpat dibenarkan bagi meluahkan dendam yang membara" yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada banyak pihak sebagaimana yang dilaporkan besoknya oleh Akhbar Berita Minggu 09 April 1995. YAB Perdana Menteri pula pernah mencabar Datuk Nik Ab. Aziz supaya menunjukkan bukti manakah ayat al-Quran yang membenarkan orang Islam mencarut; kerana sebelum ini YAB. Datuk Haji Nik Ab.Aziz pernah berkata, "Tuhan juga mencarut". Laporan Utusan Malaysia 20 Julai 1999 itu tidak berjawab hingga sekarang. Tidakkah semua ini membuktikan bahawa perkara mengeluarkan hukum-hukum yang bercanggah dengan ajaran Islam adalah menjadi lumrah amalan pimpinan PAS. Sama ada nak kata fatwakah, nak kata pendapatkah atau hukumkah terpulang, namun natijahnya akan diterima pakai oleh pengikut PAS sebagai fatwa tok guru mereka dan bagi mereka apa jua yang tok guru mereka kata adalah betul belaka, waliyazu biliah. 
Baca lagi ....

PENYELEWENGAN YANG AMAT MENAKUTKAN


1. Umat Islam mudah tunduk kepada hukum agama. Mereka mudah terpengaruh dengan sogokan bersifat fatwa agama biar pun hanya pada nama. Parti PAS dengan nama Islamnya telah berjaya membelenggu pemikiran umat Islam sehingga menjadi fanatik dengan pegaangan bersifat fatwa agama yang dikelirukan oleh pimpinan mereka. Namun pimpinan PAS sudah tentu tidak akan mengaku mereka membuat fatwa karut; bahkan sebaliknya akan menambah kekeliruan dengan berbagal kata - bukan fatwa, hanya pendapat dan sebagainya. Memang bukan fatwa kerana fatwa adalah hak Jawatankuasa Fatwa; tetapi pendapat mereka itu lebih bersifat sebagai fatwa cuma bezanya mengelirukan.

2. Sama ada mereka mahu akur atau tidak, itu adalah hak masing-masing. Namun tugas membentangkan segala bukti kenyataan yang diperolehi. Sama-samalah kita meneliti dan menilainya; demi kerana Allah penyelewenaan mesti ditolak. Sebagai muslim kami hanyalah menyahut seruan Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud:

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (Sehingga) jadilah agama itu semata-mata untuk Allah, Maka apabila mereka berhenti tidak ada lagi permusuhan kecuali ke atas mereka yang zalim"

3. Ini bukanlah tuduhan, tetapi sekadar membentangkan kenyataan. Banyak bukti yang ada dalam simpanan yang menunjukkan sebenarnya hukum-hukum agama telah diselewengkan PAS. Walaupun kebanyakan hukum yang pelik-pelik disampaikan dari mulut ke mulut secara bisik sukar dikesan; namun tidak kurang yang dapat dibuktikan secara saintifik melalui rentetan peristiwa dan rakaman audio-visual. Misalnya fatwa "UNDI PAS MASUK SYURGA" hanyalah dapat didengar melalui cakap-cakap yang dibawa oleh penyokong-penyokong PAS dalam kempen di kampung-kampung sukar dibuktikan. Walaubagaimana pun melalui flier yang bercetak begini: "Wajib menyokong PAS" boleh dibaca pada sebaran pilihanrava kecil Parlimen Padang Terap 1985 "Kami menyokong Parti Allah" dapat dilihat pada papan tanda PAS Cawangan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, kawasan Lembah Pantai yang ianya disokong pula oieh Haji Abd. Hadi Awang. Lihat siaran Utusan Malaysia 31 Julai 1986. Harakah 03 Oktober 1997 juga menyiarkan satu tajuk yang kontroversi berupa fatwa agama iaitu "Umat Islam di Malaysia Wajib Sertai PAS". Tajuk berita ini dipetik daripada ucapan Presiden PAS sendiri YB. Datuk Haji Fadzil Noor ketika menggulung majlis al-Liqa' al-Fikri di Markaz Ta-biyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Walaupun pimpinan PAS kata ia bukan fatwa, namun yang jelasnya semua contoh bukti ini tetap mengelirukan umat slam. Memanglah itu semua bukan fatwa; tetapi ianya sudah menyerupai fatwa yang jelas bercanggah dengan Islam. Kalau benarlah menyertai PAS itu HUKUMNYA WAJIB maka beroleh pahala besarlah orang-orang yang menyokong PAS dan berdosalah orang yang tidak menyokong PAS kerana mengingkari yang wajib waliyazu billah. Inilah dikatakan keliruan. Banyaklah lagi ayat-ayat lain bersifat fatwa yang seumpama ini menjurus kepada maksud jaminan Islam hanya bersama PAS; sehingga kalau mati pun anggota PAS di kebumikan di tanah perkuburan asing. Buktinva terdapat di Kampung Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Hulu Seladang, Setiu, Terengganu.

4. Sekarang ikutilah seterusnya hingga ke akhir penulisan ini berbagai bukti yang bersifat FATWA AGAMA PAS dan bercanggah dengan Islam. Bukti-bukti tersebut ada yang diperoiehi melalui kenyataan bertulis, kaset rakaman audio dan kaset rakaman video hasil kajian yang masih tersimpan dengan baik untuk menjadi sempadan zuriyat mendatang. Semoga Allah s.w.t. memelihara kebenaran bahan-bahan bukti yang dibentangkan nanti. Semoga bukti itu dapatlah meyakinkan hati kita semua bahawa beginilah musibahnya apabila politik parti menjajah akal manusia. Skop penyelewengan yang akan dibentangkan nanti meliputi salahguna ayat al-Quran, sembunyikan hukum atau fakta yang sebenar, salahtafsiran maksud al-Quran dan al-hadis, hukum ciptaan dan menabur fitnah.
Baca lagi ....

Renungkan lah

Wednesday, December 9, 2009


Apa yang disebutkan di blog bukanlah dilakukan kerana mengikut perasaan yang negatif dan secara terburu-buru, tetapi sebaliknya berdasarkan pertimbangan yang penuh wajar dengan jangkamasa yang lama serta penuh sedar. Dan amatlah mendukacitakan dengan apa yang telah dan sedang berlaku, lantaran wadah perjuangan parti PAS yang ada di Malaysia hari ini yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam ternyata masih jauh lagi daripada tahap dan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada sebuah organisasi yang mendakwa diri mereka sebagai parti Allah atau dengan kata lain sebagai parti Islam yang tulen.

Kepada para pembaca sekalian, marilah tuan-puan untuk bersama membuat perhitungan yang bijak dan tepat dalam mencari keredaan Allah khasnya dalam mengenal pasti kebenaran yang dibawa oleh golongan atau puak yang kononya memperjuangkan lslam yang tulen. Sesungguhnya Parti Allah bukan terletak pada nama semata-mata, sedangkan pada hakikatnya tidak menunaikan realiti yang sepatutnya ada dalam sesebuah organisi kepartian Islam.

Contohnya, jikalau hanya berdasarkan kepada nama, maka orang yang bernama Muda adalah bemasib baik kerana walaupun orang itu sudah menjangkau umur 100 tahun tetapi ia masih dipanggil Muda kerana namanya Muda.

Sesungguhnya parti Allah yang hakiki adalah berlandaskan kebenaran yang bersumberkan wahyu Allah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Perlaksanaannya juga hendaklah mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.
Baca lagi ....

PAS SEMAKIN MENYIMPANG


Sesiapa yang terus mengikuti perkembangan politik PAS pasti akur bahawa makin hari semakin ketara pendekatan PAS menyimpang dari landasan Islam dan mungkir janji.

Kalau sebelum berkuasa memerintah negeri, al-Quran dan al-Hadis disalahgunakan maksud dan pemakaiannya. Cerita yang baik-baik semuanya untuk PAS dan cerita yang buruk daripada al-Quran serta al-Hadis ditujukan kepada orang yang bukan PAS.

PAS menuduh UMNO tidak mahukan Islam atau menentang Islam, sebab itulah maksiat menjadi-jadi dan segala rancangan Islam PAS kononnya ditolak atau ditentang oleh UMNO.

Apabila PAS memerintah Kelantan baharulah segalanya menjadi kenyataan. Perlembagaan negeri yang selama ini dituduh tidak Islamik, sebaliknya terus disokong dan dibuat ikrar dalam dewan negeri Kelantan untuk mempertahankannya selama-lamanya serta dipakai oleh PAS tanpa membuatnya apa-apa perubahan. Kenaikan gaji Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut dicadang dan dinaikkan . Kereta-kereta yang lebih mewah dibelikan. Maksiat di bawah pemerintahan PAS masih seperti biasa. Panggung wayang gambar sebagai pusat hiburan dan punca maksiat masih berterusan. Arak masih diberi lesen oleh kerajaan negeri untuk dijual. Perkara kecil-kecilan berupa kewajipan peribadi diperbesarkan bagi menutup kelemahan pemerintahan yang tidak mampu dibuat perubahan.

Banyak salahguna kuasa berlaku sejak pemerintahan PAS di Kelantan, terutama untuk memecat orang walaupun kawan apabila tidak sefahaman. Dari mula PAS berkuasa di Kelantan (1990) pemecatan penghulu, pekerja Majlis Daerah, mubaligh dan imam telah dilakukan.

Dengan itu, teryata bahawa PAS bukanlah parti hendak melaksanakan syariat Islam, tetapi menggunakan kuasa untuk melepaskan dendam. Janji PAS untuk melaksanakan Islam apabila memerintah sudah jelas bohong. Lebih buruk lagi janji PAS hendak memperjuangkan keadilan dapat dinafikan; bermula dengan pecah amanah pemimpin iaitu derma dikutip tiada penyata jelas dinyatakan serta perkampungan-perkampungan yang dibina pengikut menjadi mangsa. Sekarang usaha PAS bukan lagi hendak melaksanakan syariat Islam malah menumpukan seluruh masa untuk kepentingan parti yang sekali gus boleh memberi kekuatan dan kekayaan peribadi pemimpin PAS. Pembangunan Islam dan rakyat turut terabai kerana kepincangan kestabilan politik.

Dari segi perpaduan ummah berasaskan UKHUWAH ISLAMIAH sudah jelas PAS melakukan yang bertentangan dengan lslam. Keadaan pengikut saling benci-membenci apabila berhadapan dengan berlainan parti menjadi realiti.

Pulau memulau di kampung tidak dapat dibendungkan lagi. Sebagai contoh sembahyang Jumaat berasingan di 39 buah kampung di Terengganu sebagai bukti yang realiti dan lain-lain lagi.

Kalaulah di kalangan sesama lslam PAS dengan Sultan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pun sudah tidak mampu disatukan, maka bagaimanakah PAS boleh memimpin parti yang pelbagai bangsa di peringkat negara ?

Ketidak sempurnaan pimpinan dan wadah perjuangan parti PAS jelas ternyata kini, apabila satu demi satu krisis dan kepincangan berlaku dalam pentadbiran negeri Kelantan yang kini berada di bawah pemerintahan parti PAS. Padahal PAS belum sampai ke tahap memerintah negara Malaysia. Daripada senario ini ternyata bahawa perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam sudah jauh menyimpang dan apatah lagi dalam meyakinkan kemampuan untuk menyatukan ummah bagi mempertahankan kuasa pohtik ketara gagal.
Baca lagi ....

ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS VII


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Ayat 79 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  
Pemimpin dan penyokong UMNO 1ah yang mencela apabila PAS mengadakan kutipan derma, oleh itu memang layak benarlah Allah akan humbankan mereka ke dalam neraka yang azabnya tidak terperi.

 
Ayat 84 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di(tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).  
Oleh sebab orang UMNO tidaklah kufur kepada semua ayat Allah maka sesuailah ayat ini dikenakan kepada mereka, oleh itu jangan sembahyang mayat Orang-orang UMNO Yang meinnggal dunia.

 
Ayat 85 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab Akhirat pula).  
Orang-orang PAS tak usah pelik jikalau didapati orang-orang UMNO lebih kaya dan akan mereka lebih ramai masuk Universiti daripada kita orang PAS kerana sengaja Allah lakukan sebegitu demi mencabut nyawa mereka dalam keadaan mewah.

 
Ayat 107 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan (di antara orang munafik juga ialah) orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.  Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Ayat 107 Surah at-Taubah

  Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.  Masjid ini ialah yang telah didirikan oleh kaum munafik di Quba' (tidak jauh dari bandar Madinah), terkenal dengan nama "Masjid Dhiraar" (masjid. yang ada bahayanya.)  
Sesungguhnya orang UMNO mendirikan masjid bukanlah atas dasar ikhlas kepada Allah, malah dilakukan atas dasar membahayakan umat Muslimin, oleh itu orang PAS mestilah mendirikan masjid sendiri dan jangan sembahyang di atas masjid yang baru yang didirikan oleh orang UMNO.

 
Ayat 108 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.  Didalam masjid itu ada orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Orang-orang PAS jangan sembahyang di masjid yang seperti ini.  Carilah dan bersembahyang lah di masjid-masjid lama yang didirikan oleh datuk nenek kita dahulu demi membersihkan diri.

 
Ayat 111 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah ? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.  
Berdasarkan kepada ayat ini maka sesiapa di kalangan kita yang sanggup berjihad dengan menjual diri dan harta mereka kepada Allah sama ada mereka menang atau mati tetap dikira oleh Allah sebagai mati Syahid dan balasan kepada mereka adalah Syurga.



Baca lagi ....

ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS VI

Tuesday, December 8, 2009


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.
 
Ayat 39 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Jika kamu tidak Pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikit pun kepada-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Seandainya tidak menyokong PAS khususnya tidak keluar berjihad beramai-ramai bersama parti PAS, maka Allah akan menyeksa kamu, diantara jihad ialah keluar beramai-ramai ke majlis ceramah PAS.



Ayat 41 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).  Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Oleh itu orang-orang PAS mestilah berjihad, sekrang-kurangnya menghadiri ceramah-ceramah PAS sama ada berjalan kaki atau berkenderaan, kerana cara yang demikian adalah perintah Allah s.w.t.




Ayat 67 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang perbuatan dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).  Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.  Sesungguhnya orang munafik itu, merekalah orang yang fasik.
Sifat-sifat seperti yang ditunjukkan oleh Allah dalam ayat ini adalah jelas berada pada diri pemimpin dan penyokong UMNO.




Ayat 68 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Allah menjanjikan orang munafik lelaki dan Perempuan serta orang kafir mereka dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya, Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
Oleh sebab kerajaan UMNO masih mengekalkan perkara maksiat dan melarang rakyat agar jangan berjihad menegakkan hukum Allah, maka mereka dianggap oleh Allah sebagai munafik.  Allah melaknat dan akan memasukkan mereka ke dalam Neraka Jahanam nanti.


Ayat 71 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya.  Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Sifat-sifat seperti yang ditunjukkan oleh Allah dalam ayat ini adalah jelas berada dalam diri orang-orang PAS, sebab itu mereka berhak mendapat keredaan Allah s. wt.



Ayat 73 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang kafir dan orang munafik dan bertindak keras terhadap mereka.  Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.  
Oleh sebab Nabi telah wafat maka yang dimaksudkan "Wahai Nabi" di sini ialah Wahai Pemimpin PAS!  Tentanglah orang-orang seperti UMNO dan bolehlah bertindak kasar kepada mereka sekiranya keadaan memerlukannya
Baca lagi ....

ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS V

Saturday, December 5, 2009


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Ayat 22 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Mereka kekal didalamnya selama-lamanya.  Sesungguhnya Allah menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar.
Orang-orang PAS akan masuk syurga secara berkekalan

Ayat 23 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Wahai orang yang beriman!  Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang yang didampingi jika mereka memilih kufur degan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang yang didampingi, maka merekalah orang yang zalim.
Antara yang memilih kekufuran ialah: Tidak ikut serta berjihad bersama-sama parti PAS, oleh itu walaupun ibubapa kita jikalau mereka memilih kekufuran tidak boleh di dampingi


Ayat 28 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya  (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurnia-Nya, jika Ia kehendaki.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
Berdasarkan ayat ini maka sesungguhnya orang-orang UMNO adalah najis, sebab itu janganlah mencampuri mereka


Ayat 29 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari Akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dan orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.
Oleh sebab kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO tidak mengharamkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah maka berjihadlah melawan mereka, jikalau perlu bolehlah berperang dengan mereka

Ayat 38 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) ditempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada kehidupan Akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya  sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di Akhirat kelak.
Apabila pemimpin PAS mengajak berjihad hatta berperang sekalipun maka Penyokong PAS tidak ada pilihan lain lagi, mestilah segera menyahutnya, sahutan ini disebabkan mengata Akhirat adalah lebih baik.  Sesungguhnya kesenangan di dunia adalah sementara sahaja.








Baca lagi ....

ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS IV

Tuesday, December 1, 2009


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.






Ayat 14 Surah at-Taubah


TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Ia akan memuaskan hati orang yang beriman.

Berjihadlah melawan orang-orang UMN0, kerana Allah berjanji menyeksa dan menghina seteru-Nya di Malaysia ini iaitu UMNO.



Ayat 16 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahui-Nya) orang yang berjihad diantara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman?  Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

Pertama, Allah hendak menguji orang-orang PAS adakah mereka benar-benar berjuang Islam.  Kedua, Allah hendak memberitahu bahawa orang yang tidak mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat, maka orang itulah yang benar-benar berjuang Islam dan yang berhak memasuki Syurga Allah nanti, lantaran mereka tidak mengambil orang bukan Islam menjadi teman rapatnya.





Ayat 19 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah?  Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama disisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang UMNO berbangga kerana melaluinyalah orang-orang dapat menunaikan haji.  Dalam ayat ini Allah menyatakan ada orang pada zaman dahulu telah memberi minum orang mengerjakan Haji serta membina Masjid al-Haram tetapi mereka tidak berjihad di jalan Allah, lalu Allah menganggap mereka zalim. Oleh yang demikian, mereka yang berjihad dijalan Allah kini ialah orang PAS sebab itu Allah akan memberi petunjuk kepada orang-rang PAS.




Ayat 20 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah (daripada orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya.

Orang-orang PAS akan ditinggikan darjatnya oleh Allah kerana mereka berjihad dijalan Allah.




Ayat 21 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripada-Nya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal

Orang-orang PAS akan diberi keredhaan, rahmat dan Syurga oleh Allah s.w.t. kerana mereka berjihad di jalan Allah




Baca lagi ....

Apa kata Blogger

  • GELOMBANG MERAH 2.0 - Salam Semua peminat KedahTimes, Jom kita mulakan semual gelombang yang satu masa dulu telah menjadi fenomena di Kedah dan Di Malaysia. Dulu Gelombang Mer...
    5 weeks ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    6 years ago