TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Fatwa seleweng pecah belah ummah

Friday, December 25, 2009



Sebagai contoh, antara ucapan yang paling bahaya ialah Amanat Tuan Guru Haji Ab. Hadi yang dipetik daripada ceramah beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Hukum yang boleh difahami daripadanya ialah mati syahid kerana lawan UMNO dan BN.

Kesan buruk dari amanat itu telah mencatat 'hari ini dalam sejarah ibadat umat Islam' kerana menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan sembahyang dua Jumaat sekampung. Amalan ini masih berterusan sehingga sekarang di 39 buah kariah di Terengganu.

Peristiwa orang Pas menunggu orang UMNO selesai sembahyang Jumaat baru mereka menunaikan Jumaat berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di masjid kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Saya mempunyai rakaman video peristiwa itu sebagai bukti.

Peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 juga ada kaitan dengan amanat tersebut. Dalam video yang saya rakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan rumi.

Amanat Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Saya sendiri berada di dalam DUN itu ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan iringan tangis kerana sedih dengan fatwa karut itu. Abdul Hadi bangun mencelah, "itu memang benar ucapan saya''.

Peristiwa Memali adalah suatu tragedi yang sungguh menyayat hati. Wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis daripada menjalankan tugas. Golongan lemah ini kelihatan terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Penjenayah yang sebenar berlindung di dalam kawasan rumah pemimpin mereka, Ibrahim Libya.

Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin Pas akan terus menyelewengkan fakta bahkan mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut di samping terus menegakkan hukum ciptaan mereka.

Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut, Terengganu pada 29 Disember, 1985 mengulangi ketegasan hukum syahidnya itu (rakaman video ada pada saya).

Katanya; Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syhuhada, sebagai orang yang mati syahid dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid.

Fatwa yang sama juga pernah dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buktinya ada dalam buku Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi karangan Omar Khalid, bekas aktivis Pas.

Omar pada muka surat 26 dalam buku berkenaan menyebut: Saya telah mendengar sendiri daripada mulut ustaz Nik Abdul Aziz semasa dia mengajar di masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan, jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia maka kita dikira mati syahid.

Bagaimanapun, nampaknya akhir-akhir ini pimpinan Pas cuba menafikan seboleh-bolehnya tentang tindakan mereka mengkafirkan orang UMNO. Berita Harian 3 Jun 1999 melaporkan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan pelampau-pelampau Pas di mana beliau menganggap merekalah yang mengkafirkan orang UMNO.

Mingguan Malaysia 6 Jun 1999 pula melaporkan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dengan terang-terang menyalahkan UMNO mengenai isu mengkafirkan ahli UMNO ini. Pokoknya apabila sudah terkepung terpaksalah mencari pelindung. Belum lagi sampai ke akhirat sudah pun tidak sanggup bertanggungjawab. Apa pula halnya dengan ahli-ahli Pas yang sekian lama bermusuhan sesama saudara, bercerai-berai suami isteri dan sembahyang berlawanan selama ini? Sudahkah pemimpin Pas isytiharkan kepada ahli Pas bahawa orang UMNO tidak kafir dan parti mereka tidak boleh menjamin syurga dan neraka? Bagaimanakah pula kepada mereka yang telah mati?

Bagaimanapun, penafian mengkafirkan ahli UMNO ini nampaknya tidak disampaikan kepada ahli-ahli Pas. Dengan itu tidak hairan jika mereka tetap terus berpegang kepada fatwa lama dan menganggap orang UMNO kafir. Buktinya sangat mudah. Jika penafian berkenaan sudah sampai kepada ahli Pas dan mereka menerimanya, sudah tentu pemulauan tidak akan berlaku dan sembahyang Jumaat dua sekampung akan berhenti. Itulah jawapan praktikal saya.

Abdul Hadi juga cuba membuat penafian mengenai amanatnya dalam akhbar tabloid Eksklusif 21-27 Jun 1999 di mana beliau berkata: Malahan dalam ucapan saya itu tidak pernah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma saya menyatakan batasan antara iman dan kufur.

Hairannya, jika Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang diungkap oleh beliau, bagaimana boleh timbul hukum "mati kita adalah mati syahid'' kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir?

Kalau dikatakan hukum itu tidak ditujukan kepada UMNO, ia juga tidak benar kerana beliau begitu jelas berkata: Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO ....

Dengan itu saya berani menegaskan bahawa Amanat Haji Abdul Hadi mengandungi hukum yang bercanggah dengan Islam iaitu Lawan UMNO mati syahid. Saya yakin itulah juga kefahaman ahli Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ketika bersidang di Pekan, Pahang pada 19 Februari 1986.


RUJUK JUGA DOKUMEN DEWAN NEGARA 
DN.18.4.2000  Mukasurat 64

1 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, inilah ulama PAS..... bila-bila saja boleh menukar fatwa asal ada keuntungan diri.... sehinggakan rasuah boleh ditukar kepada hadiah...

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago