ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS VI

Tuesday, December 8, 2009


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.
 
Ayat 39 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Jika kamu tidak Pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah-membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikit pun kepada-Nya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Seandainya tidak menyokong PAS khususnya tidak keluar berjihad beramai-ramai bersama parti PAS, maka Allah akan menyeksa kamu, diantara jihad ialah keluar beramai-ramai ke majlis ceramah PAS.



Ayat 41 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).  Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Oleh itu orang-orang PAS mestilah berjihad, sekrang-kurangnya menghadiri ceramah-ceramah PAS sama ada berjalan kaki atau berkenderaan, kerana cara yang demikian adalah perintah Allah s.w.t.




Ayat 67 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang perbuatan dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).  Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.  Sesungguhnya orang munafik itu, merekalah orang yang fasik.
Sifat-sifat seperti yang ditunjukkan oleh Allah dalam ayat ini adalah jelas berada pada diri pemimpin dan penyokong UMNO.




Ayat 68 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Allah menjanjikan orang munafik lelaki dan Perempuan serta orang kafir mereka dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya, Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
Oleh sebab kerajaan UMNO masih mengekalkan perkara maksiat dan melarang rakyat agar jangan berjihad menegakkan hukum Allah, maka mereka dianggap oleh Allah sebagai munafik.  Allah melaknat dan akan memasukkan mereka ke dalam Neraka Jahanam nanti.


Ayat 71 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya.  Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Sifat-sifat seperti yang ditunjukkan oleh Allah dalam ayat ini adalah jelas berada dalam diri orang-orang PAS, sebab itu mereka berhak mendapat keredaan Allah s. wt.



Ayat 73 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang kafir dan orang munafik dan bertindak keras terhadap mereka.  Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.  
Oleh sebab Nabi telah wafat maka yang dimaksudkan "Wahai Nabi" di sini ialah Wahai Pemimpin PAS!  Tentanglah orang-orang seperti UMNO dan bolehlah bertindak kasar kepada mereka sekiranya keadaan memerlukannya

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger