TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

NIK AZIZ MEMASUKI PAS

Wednesday, September 30, 2009


Antara tahun 1960 hingga 1964 merupakan era yang dianggap sebagai era kegemilangan PAS. Kerana dalam pilihanraya 1959 PAS berjaya menawan dua negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu PAS memenangi 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala di Kelantan pula PAS berjaya menawan 28 daripada kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihanaraya 1964 PAS terus menguasai Kelantan dan memenangi 21 daripada 30 kerusi. Satu perkara yang tidak dinafikan ialah: Tok-Tok Guru Pondok adalah merupakan tunggak kekuatan PAS pada ketika itu. Tuan Guru (Haji) Abdul Ghani, Ketua Pondok Tuan Guru (Haji) Abdul Ghani Syed, Kubang Bemban, Pasir Mas juga adalah ketua PAS kawasan Pasir Mas pada ketika itu (sama dengan Ketua Bahagian dalam UMNO).

Haji Nik Aziz ketika itu bukanlah seorang tokoh PAS, sebaliknya sebagai seorang pendakwah bebas yang hanya dikenali dengan panggilan Ustaz sahaja, bukan Tok Guru. Dikalangan masyarakat Kelantan pada ketika itu, panggilan Tok Guru pada umumnya dianggap lebih tinggi daripada Ustaz. Seorang Tok Guru yang memimpin sebuah pusat pengajian pondok biasanya terdiri daripada ulama yang menamatkan pengajian dalam sistem berkenaan yang agak berbeza dengan sistem pengajian sekolah atau universiti. Dalam sistem pengajian pondok, pelajar-pelajar mengikuti pengajian ilmu-ilmu Islam secara menyeluruh tanpa mengkhususkan kepada jurusan-jurusan tertentu seperti Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Ulama atau Tok Guru yang mengepalai sesebuah institusi pengajian pondok biasanya telah menguasai dan mampu mengajar kitab-kitab dalam bidang-bidang disebutkan diatas. Mereka biasanya sangat teliti dalam perkara yang berkaitan dengan fatwa dan hukum. Salah seorang guru ada menceritakan tentang seorang guru beliau yang sangat alim ketika menuntut di Mekah. Apabila seseorang bertanyakannya tentang sesuatu masalah hukum, beliau meminta tempoh untuk membuka kitab terlebih dahulu sebelum memberi jawapan, walaupun apa yang ditanyakan itu agak mudah dijawab.

Inilah ciri-ciri Tok Guru di Kelantan sekitar tahun enam puluhan dahulu. Adalah jelas bahawa sekalipun hampir keseluruhan Tok Guru memakai serban, namun panggilan tersebut pada hakikatnya mempunyai latar belakang tersendiri dan bukanlah didasarkan kepada lilitan serban semata-mata.

Detik-detik kemasukkan Ustaz Haji Nik Aziz kedalam PAS telah dirakamkan oleh Allahyarham Dato' Asri dalam buku memori politiknya Meniti Arus. Menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tahun 1967 beliau menulis: "Ketenangan selepas bertarung dalam pilihanraya kecil Bachok itu tidak lama, apabila Haji Ahmad Abdullah atau Haji Ahmad Prai pula meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya yang berlaku dalam tahun 1967. Sekali lagi PAS terpaksa mencari calon pengganti untuk pilihanraya kecil di kawasan Kelantan Hilir."

"Dalam satu mesyuarat kecil di rumah kediaman saya (JKR No. 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan), kata sepakat telah diambil bagi mempelawa Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, untuk menjadi calon. Beliau lulus Sarjana Muda dari Dar al-Ulum India, dan menyambung pelajaran di Universiti Azhar dengan mendapat ijazah sarjana. Beliau pada masa itu menjadi guru di Maahad Muhammad dan bertugas sambilan sebagai pendakwah, yakni sebagai guru agama di kelas dewasa. Ustaz Nik Abdullah Arshad diberi tugas bagi menemui Ustaz Nik Abdul Aziz dan Alhamdulillah, pelawaan PAS disambut dengan baik oleh beliau. Haji Nik Aziz dibawa ke rumah Menteri Besar bagi menyelesaikan beberapa perkara, terutamanya untuk mengisi borang menjadi anggota PAS dan membuat persediaan yang sewajarnya, terutamanya untuk mengisi borang pencalonan. Saya masih ingat pada ketika itu beliau sedang uzur. Saya telah meminta setiausaha peribadi saya menjemput doktor dari hospital datang ke rumah. Alhamdullilah segala-galanya berjalan dengan lancar".

Berasaskan fakta sejarah yang dirakam oleh Dato' Asri di atas, pertanyaan yang mungkin timbul ialah: Sejak bilakah beliau mengetahui bahawa PAS adalah merupakan satu-satunya wadah perjuangan Islam yang disifatkannya sebagai 'tulin' berbanding dengan UMNO? Perlu disebutkan disini bahawa "kelas dewasa" yang disebut oleh Dato' Asri dalam Memoirnya itu adalah wadah yang diwujudkan oleh UMNO. PAS telah dibawa masuk ke Kelantan oleh Allahyarham Dato' Asri dan Dato' Othman Abdullah pada tahun 1954, dan telah mengharungi tiga pilihanraya 55, 59 dan 64 sebelum penyertaan Haji Nik Aziz. Tentulah tidak mudah untuk digambarkan pengorbanan serta jerih payah generasi peneroka yang memulakan kerjanya daripada titik sifar dalam mengembang dan membangunkan PAS sehingga sampai ke mercu kejayaan dalam tahun l967. Soalannya di sini:

Apakah setelah PAS mencapai kejayaan besar dalam dua pilihanraya 59 dan 64, kemudian berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kelantan Hilir, dan beliau ditawarkan untuk mengisi kekosongan tersebut, maka pada ketika itu barulah beliau menyedari bahawa PAS adalah satu-satunya wadah yang tulin bagi memperjuangkan cita-cita Islam, manakala yang lain adalah palsu belaka?

Semasa Dato' Asri menjadi menteri Kerajaan Pusat ketika PAS dalam Barisan Nasional, Nik Aziz sering ditemui di rumah Allahyarham No.10, Jalan Swee Guat, Kuala Lumpur, yang mana beliau ketika itu menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada parti PAS. Sehingga waktu itu beliau masih dirujuk dengan panggilan Ustaz Nik Aziz. Kemungkinan besar beliau dirujukkan dengan panggilan Tok Guru hanya setelah pengunduran Dato' Asri dan PAS memasuki era kepimpinan ulama.
Baca lagi ....

MANUSIA DIHARUSKAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN ? MENCARUT ADALAH HARUS? ISLAM UMNO TIDAK KESYURGA? ....


Tokoh agama adalah antara orang yang paling berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam di negara ini. Segala percakapan dan perbuatan seorang tokoh agama akan dijadikan ikutan. Oleh kerana pengaruh ini sangat kuat maka ujudlah keadaan dimana sekiranya tokoh agama itu terpesong maka semua pengikut yang taksub kepadanya akan turut terjerumus. Hal ini telah banyak berlaku di negara kita sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengharamkan ajaran yang sesat ini.


Kenyataan yang amat mengelirukan umat Islam di negara ini, apabila seorang Tok Guru PAS Dato' Nik Aziz menyatakan bahawa umat Islam diharuskan berkawan dengan syaitan untuk menang; dan mencarut itu juga diharuskan kerana Tuhan sendiri mencarut; Islam ahli UMNO seperti Islam Palestin dan tidak membawa ke syurga; orang muda adalah sampah; dan macam-macam lagi statement yang amat mengelirukan. Apakah yang menyebabkan Nik Aziz sanggup membuat kenyataan-kenyataan demikian ? Apakah yang lebih utama dalam Islam, kemenangan atau kebenaran ? Apakah Nik Aziz sekarang ini sanggup mengenepikan ajaran Islam semata-mata untuk mempertahankan suku sakatnya, lantas membenarkan politik Islamnya yang kian terpesong.
Baca lagi ....

Apabila takbir raya diharamkan di Pulau Pinang

Sunday, September 27, 2009



Hari ini 23 September 2009 merupakan hari ulang tahun penubuhan Pas untuk kali ke 58 tahun.

Pada hari ini 23 September 1951 Persatuan Ulama Malaya daripada Umno telah keluar dan menubuhkan parti Pas. Bantahan Dato’ On Jaafar dan Saadun Zubir tetap tinggal bantahan. Tunku tetap meneruskan kerjasama dengan Mca. Ini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan orang Melayu di luar Umno , yang melihat Umno akan ditelan oleh Mca. Disamping itu perpecahan yang semakin jelas dalam masyarakat Melayu. Sejak Dato’ Onn meninggalkan Umno, perpaduan orang Melayu mulai retak. Malah dengan krisis ini juga menyebabkan penubuhan Pas berlaku pada tarikh hari ini. Orang Melayu telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini tidak termasuk golongan aristokrat Melayu seperti Menteri Besar dan raj-raja Melayu. Ini benar-benar melemahkan orang Melayu; dan memberi peluang kepada Mca dan Cina memilih Umno yang sanggup berkompromi dengan mereka.
Baca lagi ....

GERHANA BULAN, GERHANA MATAHARI (ANTARA KEADILAN DAN PAS)

Saturday, September 26, 2009


Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.



Mari kita mulakan ayat pertama dengan ayat pertama dalam Surah Bulan.



Dalam Surah AI-Qamar ayat satu, Allah berfirman:



Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan [Yang dimaksud dengan "saat" di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan "terbelahnya bulan" ialah suatu mu'jizat Nabi Muhammad s.a.w]
Baca lagi ....

Thursday, September 17, 2009






SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAYAR. MAAF ZAHIR DAN BATIN 

Baca lagi ....

KESEDARAN DIRI

Satu kesyukuran yang kita mesti akui hasil dari dari perselisihan antara Anwar dan Tun Dr Mahathir ialah apabila PAS telah menangguk di air keruh dengan bergabung dengan Parti Keadilan serta telah memilih Anwar Ibrahim sebagai calun Perdana Menteri. Sepatutnya kena tunggulah sampai pembicaraan selesai.  Salah pertama kerana memilih KeADILan sebagai rakan kongsi, masih o.k. Ini ditambah pula cara, gaya dan bahasa yang digunakan oleh penceramah-penceramah politik yang terdiri dari ustaz-ustaz instant, ustaz jadi-jadian yang memperdagangkan Islam.  Cuma ucapan, "oh my God" apa dah jadi pada umat Islam hari ini? Apakah mereka terlupa bahawa di satu ketika dulu, sewaktu Anwar Ibrahim masih menjadi TPM, beliau adalah musuh utama PAS.  Mereka lebih suka Tun Dr Mahathir dari Anwar yang banyak berbelit dan menyimpan agenda yang tersembunyi di belakang. Bila Anwar sudah dijandakan, dicerai dengan talak tiga, Anwar tiba-tiba jadi bersih. Yang ini yang amat susha difahami. Kayu ukur apa yang dipakai untuk mengukur kebaikan orang bila orang sudah jadi rakan kongsi.  

Selaku orang Islam, kita harus memahami ikrar syahadah, mengetahui bahawa di antara kandungannya ialah kemestian menegakkan kerajaan Allah di bumi sebagaimana seluruh alam ini wajib patuh kepada undang-undang Allah SWT. Tapi mulakan dengan diri dan keluarga sendiri dulu. Islam dapat diketengahkan hasil lantangnya suara laungan Tun Dr Mahathir. Kita nak kata apapun kepada Tun Dr Mahathir, katalah. TDM tetap dimuliakan oleh dunia Islam yang lain.  Islamnya jika dibandingkan dengan Raja Saudi dan lain pemimpin dunia Islam jauh lebih baik. TDM berjaya dari segi ekonomi dan membangunkan negara sehinggakan Karpal Singh yang pemah kata langkah mayatnya dulu jika mahu tubuhkan kerajaan Islam terpaksa berkompromi dengan PAS demi untuk menjatuhkan TDM. Apakah Karpal Singh terpaksa akur kepada hakikat hanya dengan pertolongan umat Islam sendiri saja kerajaan yang ada ini holeh dijatuhkan? Ini kena tanya dengan peguam Anwar Ibrahim yang berjaya mencipta nama dalam dunia perundangan di Malaysia yang telah menukarkan nama Anwar kepada Subramaniam,  nama kafir dan Anwar setuju.

Menjadi suatu hikmah yang besar bahawa negara Islam itu tidak akan kita miliki dengan secara hadiah percuma. 13 tahun lamanya Nabi yang ada hubungan dengan Allah melalui malaikat Jibrail memulakan dengan pembentukan golongan yang beriman kepada Islam. Ini dilakukan melalui ilmu dan perjuangan yang membuahkan keimanan.

Islamkan hati kita dulu. Tuhan tengok hati bukan tengok kopiah putih, janggut atau pandai berceramah. Sebab itu orang dulu-dulu dalam hikayat-hikayat Melayu mempersendakan mereka yang pakai kopiah putih tapi bebal, ilmunya tak ada, diibaratkan macam pipit uban yang berkepala putih atau janggut Pak Lebai yang disamakan dengan janggut kambing. Kita jangan lupa Islam yang kita amalkan hari ini adalah Islam yang pada namanya saja Islam kerana ia telah dicacamarbakan, dicampur aduk, di haru birukan macam filem yang kena pirate beberapa kali oleh orang Islam sendiri serta didalangi pula oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari orang-orang kafir dan orang Islam yang hatinya pun macam kafir.

Sebagai seorang umat Islam yang ingin memimpin sebuah negara yang majmuk, yang terdiri dan berbagai keturunan, berbeza adat resam dan kepercayaan dan agama, mereka sepatutnya menekankan peranan Islam dalam kehidupan mereka sebelum para pengikutnya, barulah boleh dijadikan satu unsur yang boleh menarik minat orang yang berlainan agama terhadap lslam. Islam itu tinggi, mulia dan sempuma. Bukan sekadar kopiah, tarbus dan serban sahaja yang tinggi atau suara yang tinggi.

Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad SAW dan kita mempunyai akhlak yang mulia. Kita maju dalam semua bidang terutama perniagaan yang berlandaskan Islam kerana Nabi Muhamad SAW sebelum berpolitik menceburi bidang perniagaan, mengembara dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Nabi tidak memperniagakan Islam untuk tujuan politik. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Nabi Muhammad SAW daripada amanah. Baginda mendapat gelaran 'Al-Amin' kerana perilakunya yang sangat mulia, berbudi pekerti indah, tidak pandai berbuat kejahatan apa lagi berbohong atau berdusta. Kerana amanah, kerana akhlak yang mulia, sopan santun dan tinggi budi bahasa selain datang dari keturunan keluarga yang dimuliakan maka apa saja yang baginda sampaikan tentang ajaran Islam yang datangnya dari Allah menerusi Jibrail, diterima oleh bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah-kabilah. Nabi SAW dapat damaikan, dan dalam jangkamasa 23 tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain.

Apakah kemajuan yang telah dibawa oleh PAS sejak ditubuhkan dari tahun 1952 hingga ke hari ini melainkan mahu merebut kuasa pilihan raya?

Umat Islam hari ini bukan sahaja tidak faham apa ertinya keadilan Islam, tetapi mereka sering kali dihadapkan dan dirasakan dengan kezaliman yang dilakukan oleh orang lain terhadap Islam tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Semangat Islam hidup semula di Malaysia apabila TUN Dr. Mahathir melahirkan keberanian bersuara besar di Timur dan di Barat dan bergabung dengan negara Afrika. Akhirnya PAS bangun untuk cuba menegakkan hukum Allah tapi masih ada rasa takut dan gentar kepada makhluk.

Pemimpin yang mahukan hudud dilaksanakan masih menyembah raja sebagai contoh,  masalah air di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz masuk ke lstana, jumpa Tuanku, minum air secawan dan terus tandatangani perjanjian air tanpa di bawa berunding terlebih dahulu. Pemimpin tak sepatutnya takut dengan raja terutama ulamak. Tok Guru sepatutnya mencontohi Tok Kenali dimana sultan yang datang kepada Tok Kenali dan bukannya Tok Kenali yang datang menghadap sultan.  

Biarpun kerajaan Kelantan hari ini dipimpin oleh ulama namun tidak berani berhadapan dengan Sultan yang kekebalannya sudah ditarik balik oleh TDM. Kepincangan ini jelas setelah mereka diberi kuasa memerintah Kelantan.

Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Di mana kewujudannya melalui proses naluri manusia, ia wujud dengan adanya umat yang berani mendokong cita-cita Islam dan ianya mesti dilakukan secara ikhlas seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi menolak tiga "Ta". Yang dimahukan oleh Nabi cuma membimbing manusia dan menyampaikan berita gembira dari Allah yang menjadi Raja Sekelian Alam.

Di antara bukti kesempurnaan Allah ialah betapa sempumanya lslam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW di mana ajarannya mencakupi segala aspek naluri dan kehidupan manusia, di antaranya masyarakat dan negara. Adalah tidak boleh diterima akal kalau Islam yang sempurna dan syumul itu tidak menyatakan kepada penganutnya aspek kenegaraan yang terkandung di dalarn peranan manusia sebagai 'Khalifatullah' seperti diisyaratkan oleh Allah kepada para malaikatnya.

Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. AI-Maidah: 8
Baca lagi ....

PERJUANGAN YANG TIDAK KONSISTEN

Thursday, September 10, 2009

Jika kita bertanya kepada pemimpin PAS apakah pemikiran politk PAS yang mendokong perjuangannya untuk menegakkan negara Islam, mereka tidak dapat menjelaskannya. Ini ialah kerana mereka tidak mempunyai pemikiran politik yang dapat menjelaskan bagaimana sebuah negara Islam itu hendak dibina. Pada tahun-tahun 50 dan 60 an PAS mendokong nasionalisme Melayu dan Islam. Nasionalisme Melayu PAS dilihat sebagai ekstrim. PAS menentang UMNO, kerana menganggap nasinalisme Melayu UMNO tidak sempurna. UMNO tidak cukup Melayu kerana itulah PAS menentang UMNO. UMNO dianggap tidak cukup Melayu kerana menerima kemerdekaan yang terpaksa berkongsi kuasa dengan kaum lain dan menerima dasar kerakyatan Jussuli. Justeru itu kemerdekaan negara dianggap separuh masak. Perjuangan PAS untuk mendapatkan monopoli kuasa di tangan orang-orang melayu dilihat sebagai ekstrim. Tetapi itlah pemikiran politk PAS dengan kemelayuannya yang begitu tebal dan ekstim.

PAS bukan sahaja menganggap UMNO tidak sempurna kemelayuannya, kerana bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan kaum-kaum lain. Bahkan dengan berdasarkan hujah-hujah agama, PAS memperkukuhkan kemelayuannya itu dengan fatwa agama bahawa bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan orang-orang bukan Islam adalah haram dan membawa kepada kekufuran. UMNO bagi PAS bukan sahaja kurang Melayu, tetapi juga tidak sempurna Islam kerana bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam dan berkongsi kuasa dengan mereka di dalam pemerintahn negara.

PAS menyertai Barisan Nasional selepas berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Penyertaan PAS di dalam BN, ternyata bercanggah dengan pemikiran politiknya selama ini, yang melarang bekerjasama dengan bukan Islam dan tidak menerima konsep perkongsian kuasa. Berdasarkan kepada pemikiran politik PAS sebelum 13 mei, PAS turut menjadi kurang Melayu dan tidak sempurna Islamnya. Sepanjang berada dalam BN, PAS dengan imejnya sebagai Parti Melayu yang mendokong nasinalisme Melayu dan Islam, sudah tidak releven lagi. Ia menjadi lebih tidak relevan lagi apabila Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Dasar yang turut disokong oleh PAS sebagai anggota BN ini, merealisasikan agenda perjuangan Melayu dalam pembangunan negara untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Apabila PAS disingkirkan daripada Barisan Nasional pada tahun 1977 perjuangan Nasionalisme Melayu yang didokong oleh PAS, tidak bermakna lagi kerana agenda perjuangan Melayu itu diisi sepenuhnya oleh UMNO. Pada ketika ini, PAS berada di tahap paling lemah, di dalam sejarahnya.

PAS menyingkir Tan Sri Dato' Asri daripada kepimpinan PAS dan diambil alih oleh sekumpulan pemimpin muda yang menggelarkan diri mereka kepimpinan ulama. Di era kepimpinan ulama ini, PAS menggugurkan perjuangan kebangsaan melayu dan membina imejnya sebagai wadah perjuangan Islam tulin. Perjuangan kebangsaan melayu yang dilabelkan sebagai asobiyyah yang dilarang oleh Islam.

Demikianlah perjuangan PAS, yang tidak mempunyai pemikiran dan pendirian politik yang konsisten. Sesekali ia menjadi parti melayu yang ekstrim, kemudian bertukar menjadi parti liberal sehingga berubah pendiriannya yang menolak bekerjasama dengan kaum lain kepada bekerjasama serta menerima dasar-dasar yang ditentangnya. Setelah itu menggugurkan perjuangan kebangsaan melayunya dan mendokong pula perjuangan Islam yang kononnya adalah perjuangan Islam tulin. Kita lihat apakah yang dilakukan oleh PAS setelah lagi sekali menukarkan fikrah politiknya.

Setelah menolak nasionalisme Melayu yang menjadi pemikiran politiknya di tahun-tahun 50 dan 60an, dan setelah mengisytiharkan dirinya sebagai wadah perjuangan Islam tulin, PAS menumpukan kegiatannya ke arah pembinaan akidah. PAS tidak banyak membicarakan tentang persoalan ekonomi, sosial, pendidikan dan perundangan Islam, dibuat secara tohor dan umum. Ini ialah kerana keupayaan intelektual dan pengetahuan Islam dikalangan para pemimpin PAS amat terbatas dan mereka tidak mampu membincangkan isu-isu secara mendalam. Bahkan isu-isu Islam yang mereka berbicara secara lantang menyentuh hanya isu-isu popular yang mana hukumnya telah diketahui oleh kebanyakkan orang, seperti judi, arak dan lain-lain. Isu-isu ini lebih bertujuan mempromosikan dirinya sebagai Islam dan bukan iltizam PAS bagi menentang gejala kerosakan sosial itu.
Baca lagi ....

TUDUH UMNO ATAS APA JUA KEJADIAN

MENGATA DULANG PAKU SERPIH

FITNAH terkini PAS terhadap UMNO dan pemimpin negara ialah mensensasikan perkataan 'sandiwara'. Pemimpin-pemimpin PAS mula mensensasikan istilah ciptaan baru mereka itu ekoran peristiwa rompakan senjata di Kem 304, Gerik dan Tragedi Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada 2 hingga 7 Julai 2000. Pada mereka segala yang terjadi itu adalah 'sandiwara' kerajaan dan UMNO. Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMN0 dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak AIIah S.W.T tembelang PAS mengenai Tabung Mangsa Memali meletup!

Begitu cara pemimpin PAS memutarbelitkan sesuatu isu atau peristiwa. Oleh kerana tragedi itu boleh menjejaskan imei PAS, mereka secara melulu mengalihkan tumpuan umum dari menuding jari ke arah PAS kepada UMNO dan kerajaan. Tepatlah kalau ada yang mengatakan bahawa PAS merupakan parti politik yang paling pakar dalam pu-tar-belit.

Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMNO dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak Allah SWT tembelang PAS mengenai Tabung mangsa Memali meletup. Baunya sangat busuk dan hanyir. Dentumnya sangat memalukan PAS. Pemimpin PAS, khususnya Datuk Fadil Nor jadi panik. Pada mereka, jika tidak dibendung segera imej PAS akan tercemar.

Justeru, bila heboh mengenai dakwaan Tabung @ Mangsa Memali diselewengkan, Presiden PAS, Datuk Fadzil Nor, berkata peristiwa itu tidak ada kena-mengena. Alasan beliau ialah segala urusan mengenai tabung berkenaan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa madrasa di kampung itu.

Akal siapa yang boleh menerima hakikat bahawa PAS tidak terlibat, sedangkan lidah rasminya, Harakah masih menyiarkan iklan untuk tabung mangsa itu walaupun tragedi berkenaan telah telah berlalu 15 tahun.

Lebih mencurigakan lagi, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mohammad Sabu pula telah mengadakan ceramah di Madrasah Islahiah Diniah, Memali pada 8 September 2000, kononnya untuk mengendurkan ketegangan yang gagal ditangani dengan baik oleh Datuk Fadzil.

Malangnya, ceramah Mohamad Sabu mengeruhkan lagi suasana malah menyerlahkan sikap 'sandiwara' PAS selama ini. Oleh kerana para pemimpin PAS suka melabel seseorang dengan pelbagai andaian yang mencemuh, maka golongan yang tidak puas hati dengan perjalanan dan pentadbiran tabung berkenaan dikecam hebat. Mereka yang membuat aduan polis dicap sebagai sama seperti kaum Nabi Noh, dan Nabi Lut yang ingkar. Mereka juga dipetuakan sebagai ahli neraka.

ltulah 'sandiwara' permimpin-pemimpin PAS. Daripada membela waris mangsa tragedi agar mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya melalui kutipan tabung berkenaan, Mohamad Sabu memilih untuk menghina, membersendakan, memperlekeh mereka pula. Kalau selama ini mereka bertindak memecahbelahkan masyarakat Melayu setempat kerana politik PAS dan UMNO, kini mereka juga bertindak terhadap sesama ahli PAS.

lsu utama kes ini bukanlah laporan oleh seorang bekas petugas Madrasah Islahiah pada 27 Julai 2000 yang dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai perbuatan terkutuk. Persoalannya ialah apakah yang dilakukan oleh PAS selama ini untuk memastikan Tabung Mangsa Memali itu diurus dengan telus, dan ikhilas agar waris mangsa tragedi itu mendapat bantuan dan pembelaan ?

Kalau barisan pemimpin PAS sudah tidak sanggup lagi membela nasib mereka biarkan tanggungjawab itu diambil oleh kerajaan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pihak lain boleh membantu mereka dengan lebih baik dan telus. Kalau PAS memikirkan waris mangsa tragedi sudah tidak lagi memberi keuntungan politik, biarkan mereka menentukan nasib sendiri. Bebaskan mereka dari kongkongan PAS yang ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab.

Apa yang berlaku membuktikan bahawa PAS menerusi pelbagai sandiwaranya tidak mahu dipertanggung-jawabkan. Kerana itulah mereka enggan menjawab segala persoalan mengenai berapa banyak sumbangan yang sudah dikutip, berapa banyak sudah dibelanjakan dan kepada siapa telah diagihkan. Bukankah para penyumbang juga berhak mengambil tahu?

Satu memorandum telah lama disampaikan kepada Datuk Fadzil Noor supaya menyiasat perkara itu tetapi bukan saja tiada sebarang tindakan diambil, sebaliknya mereka yang sepatutnya mendapat pembelaan pula dimarahi dan dilabel dengan pelbagai istilah yang mencemuh.

Apakah ini tidak membuktikan bahawa dalam kes Tabung Mangsa Memali ini sahaja, PAS dan para pemimpinnya telah menutup pekung dengan 'sandiwara' ? Dan sesungguhnya 'sandiwara' mereka memakan masa yang amat panjang - 15 tahun.

Kalau kes sekecil itu menampakkan bahawa selama ini PAS bersandiwara, bagaimana pula dengan isu-isu penting yang lain ? Tidakkah PAS juga bersandiwara dalam lsu "Amanat Haji Hadi" ?

Apa pula 'sandiwara' PAS Terengganu dalam isu wang Ihsan ? Bagaimana pula dengan sandiwara Datuk Nik Aziz dalam isu wabak taun di Kelantan baru-baru ini ?

Apapun, kesimpulannya PAS hanya mampu bersandiwara dan menimbulkan perasaan benci-membenci. Malangnya kebencian yang ditanam oleh PAS itu cuma berkisar pada isu sesama Melayu.

Mungkin itulah antara sebab mengapa Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS membuktikan khidmat dan jasa mereka pada agama, bangsa dan negara.
Baca lagi ....

ISLAM DAN PERPADUAN ISLAM

Tuesday, September 8, 2009

Melalui setiap sendi ajarannya, Islam membentuk penganutnya supaya menjadi umat yang yang bersatu. Mereka bukan sahaja beriman dengan tuhan yang satu, tetapi juga berpegang dengan kitab yang satu, melakukan ibadah yang satu menghadap ke arah satu kiblat, mengikut manhaj atau method yang satu dan menuju ke arah matlamat yang satu.

Ajaran yang ditujukan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat begitu banyak sekali dapat kita temui dalam Quran dan Hadis. AI-Quran memperakui persaudaraan sejagat di kalangan penganut lslam.

"Sesungguhnya orang-orang mukmim itu adalah bersaudara.". (Surah AI-Hujurat, ayat 10).




Mereka wajib mensyukuri nikmat perpaduan ini dengan berpegang teguh dengan 'tali' yang menghubungkan antara mereka dengan Allah, iaitu kitabNya:




"Hendaklah kamu sekelian berpegang dengan 'tali Allah (kitab Allah) dan jangan berpecah-pecah; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu sekelian, ketika mana kamu bermusuhan, lalu Allah jinakkan antara hati-hati kamu, maka dengan nikmatnya kamu jadi bersaudara." (Surah Ali Imran, ayat 103).

Dalam masa yang sama, sebarang bentuk perpecahan adalah dilarang keras, kerana ia merupakan langkah ke arah kelemahan dan kehancuran umat.




"Dan janganlah kamu bersengketa, kerana dengan persengketaan akan menyebabkan kamu hilang kekuatan kamu." (Surah Al-Anfal, ayat 46).




Sebarang persengketaan yang timbul di kalangan masyarakat Islam, wajiblah dicari jalan perdamaian, sekalipun dengan menggunakan kekuatan jika perlu bagi memastikan perpaduan umat tidak terjejas. Malah kewajipan mengusahakan perdamaian di kalangan umat Islam tidak kurang darjatnya dari ibadat-ibadat utama seperti sembahyang, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

"Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan." Sekalipun dusta adalah satu akhlak yang dicela dalam Islam tetapi memandangkan perpaduan merupakan kewajipan yang penting ia dibenar dalam usaha mewujudkan perdamaian seperti yang dinyatakan hadis yang bermaksud: " Bukanlah pendusta orang yang mendamaikan di antara manusia; lalu ia menyampaikan perkara yang baik.

Ini tidak menghairankan kerana Rasulullah S.A.W amat mementingkan perpaduan di kalangan umatnya dan melarang perpecahan di dalam banyak Hadis-hadisnya seperti: "Jemaah itu adalah rahmat dan perpaduan itu adalah azab, sesiapa yang memecahkan perpaduan, maka ia bukanlah dari golongan kita." "Pertolongan Allah adalah berada bersama jemaah (kumpulan terbesar)", "Janganlah kamu bersengketa; kerana umat sebelum kamu telah bersengketa lalu mereka binasa."

Pelajaran secara amali mengenai perpaduan ummah ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Hijrah. Antara usaha-usaha awal yang baginda jalankan setibanya di Madinah ialah membina masjid, mempersaudarakan antara Muhajrin dan Ansar, dan membentuk Piagam Madinah sebagai asas kepada pembentukan ummah yang bersatu dan negara Islam yang sedang dibina oleh Rasulullah. Setiap gejala yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat tidaklah boleh dipandang ringan. la ibarat bunga-bunga api yang kelihatan kecil, tetapi jika dibiarkan boleh membakar umat.

Dalam rangka memperjuangkan keagungan Islam, perpaduan umat umat adalah merupakan perkara asas. Tanpa perpaduan, matlamat dan ciri-ciri menegakkan Islam tidak mungkin dapat ditegakkan. Hakikat ini jelas dapat dilihat dalam sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W sebagai ikutan terbaik (uswah hasanah) bagi kita umat Islam. Malah tanpa perpaduan, kita bukan sahaja tidak dapat mencapai apa yang belum dicapai, tetapi yang telah berada dalam genggaman juga akan berciciran. Setelah Saidina Ali dilantik menjadi khalifah selepas syahidnya Saidina Othman ekoran daripada kekacauan yang ditimbulkan oleh golongan pelampau, para sahabat menuntut khalifah melaksanakan had terhadap pembunuh-pembunuh Saidina Othman. Syaidina Ali memberi jawapan bahawa dalam keadaan kekacauan dan perpecahan umat seperti sekarang, beliau tidak mampu melaksanakannya. Beliau meminta tempoh untuk memulihkan keadaan dan memperkukuhkan kekuasaan sebelum dapat menjalankan qisas terhadap pembunuh-pembunuh Saidina Othman. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang sedang berjalan dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruh di tangan Umat Islam.

Kalau perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang sedang berkuatkuasa dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruhnya berada di tangan umat Islam, maka bagaimana pula halnya dalam negara yang mewarisi sistem penjajahan sejak ratusan tahun dalam mana syariat tidak dijalankan disamping penjajahan pemikiran dan kekuasaan pula berbelah bagi antara Islam dan bukan Islam ? Jawapannya sudah tentu bahawa dalam suasana begini perpaduan amat lebih diperlukan.

Dalam rangka mewujudkan perpaduan umat, barangkali kata-kata hikmat daripada Saidina Hasan bin Ali R.A ketika menyeru pengikut-pengikutnya bersatu di bawah kepimpinan Muawiyah, boleh dijadikan bahan renungan : "Sesungguhnya apa yang kamu sekelian tidak suka dalam berjemaah (bersatu) adalah lebih baik dari apa yang kamu suka dalam berpecah."

Baca lagi ....

SEMPADAN TAAT KEPADA PEMERINTAH

Tuesday, September 1, 2009

Dari hadis-hadis yang dikemukakan di atas juga dapat difahami bahawa ketaatan kepada pemerintah meliputi semua perkara kecuali perintah melakukan maksiat kepada Allah Taala.

Inilah sebenarnya pengertian yang dimaksudkan oleh hadis:

"Tiada taat kepada makhluk pada perintah maksiat Al-Khaliq (Allah).
Sesetengah pihak cuba memesongkan Hadis ini dengan memberi pengertian: Tiada taat kepada makhluk (pemerintah) yang melakukan maksiat.
Pengertian ini, bukan sahaja tidak benar dari segi susunan bahasanya, ianya satu pengertian yang mustahil, kerana yang maksum (tidak melakukan dosa) hanyalah Nabi sahaja, sedangkan Allah dan Rasulnya memerintahkan kita supaya taat kepada pemerintah Islam selepas Rasul S.A.W. Selain dari itu, pengertian ini bertentangan dengan hadis-hadis lain yang jelas maksudnya seperti hadis tersebut.
"Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu suka dan mereka juga menyukai kamu, mereka mendoakan untukmu dan kamu juga mendoakan untuk mereka; pemimpin-pemimpin kamu yang tidak baik pula ialah mereka yang kamu tidak suka dan mereka juga tidak sukakan kamu; kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu. Rasulullah SAW ditana: bolehkah kami menentang mereka dengan pedang (kekuatan)? Rasulullah menjawab: tidak boleh, selagi mereka menegakkan sembahyang di kalangan kamu. Apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai pada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu membenci perbuatannya sahaja, tetapi janganlah kamu menarik balik kesetiaan kamu terhadapnya." (riwayat Muslim, Tabrani dan Baihaqi).
Bertolak dari garis panduan ini, maka sebarang tindakan yang diambil oleh pemerintah dalam mentadbir negara, sama ada dalam membuat peraturan, perlantikan, pemecatan dan sebagainya, adalah wajib dipatuhi. Malah dalam hal-hal yang berkaitan dengan masalah hukum yang terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenainya (masalah khilafiah), maka pendapat yang didokong oleh pemerintah hendaklah dipatuhi, seperti dalam menentukan tarikh puasa, hariraya, perlantikan imam, hakim dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Qarafi: "Seluruh ulama sependapat (ijmak) mengatakan hukum Allah Taala ialah apa yang ditentukan oleh pemerintah dalam perkara-perkara ijtihad; hukum tersebut wajib dipatuhi oleh seluruh umat dan haram ke atas setiap orang mencabarnya." (al-Ahkam)
Baca lagi ....

Apa kata Blogger

  • GELOMBANG MERAH 2.0 - Salam Semua peminat KedahTimes, Jom kita mulakan semual gelombang yang satu masa dulu telah menjadi fenomena di Kedah dan Di Malaysia. Dulu Gelombang Mer...
    5 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    6 years ago