TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Kaedah memahami hukum al-Quran

Tuesday, January 26, 2010


AYAT-ayat al-Quran yang umum, tidak jelas dan mempunyai pelbagai makna yang dipanggil tidak qati'iyyah ad-dalalah atau tidak muktamad sering digunakan orang-orang tertentu untuk menghukum UMNO atau kerajaan sebagai tidak Islam atau kafir.

Penggunaan ayat-ayat yang tidak muktamad ini dilakukan secara meluas oleh puak pembangkang terutama dalam ceramah dan internet.

Berdasarkan kepada pengalaman peribadi, ada yang berhujah dengan ayat-ayat itu dalam banyak e-mel yang dikirim kepada penulis dan ada yang menggunakannya semasa berdialog dengan penulis dalam majlis-majlis ceramah.

Pokoknya penggunaan ayat-ayat al-Quran secara tidak tepat ini sudah menjadi satu fenomena yang membimbangkan kerana ada keghairahan di kalangan orang-orang tertentu yang bukan ahli dalam bidang agama mahu berhujah dengan ayat-ayat al-Quran.

Yang anehnya orang yang menggunakan ayat-ayat al-Quran secara tidak tepat ini bukan saja orang yang bukan ahli dalam bidang agama, tetapi ada juga mereka yang pernah mendapat pendidikan agama secara formal termasuk yang bergelar ustaz dan ulama.

Sebenarnya kita perlu mengambil tahu tentang kaedah memahami hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran agar tidak mudah tertipu dan terpedaya serta menganggap ayat-ayat yang dibaca oleh orang-orang tertentu tepat atau tidak dengan maksud dan hukum yang akan dijatuhkan kepada perkara-perkara yang dibincangkan.

Umpamanya seseorang membincangkan mengenai hukum hudud, sedangkan dia berhujah dengan ayat yang menyebut perkataan al-hudud. Ayat itu sebenarnya tidak ada kaitan dengan hukum hudud yang bermaksud hukuman potongan tangan dan rejam yang tidak dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidun itu. Sebaliknya maksud al-hudud itu ialah batasan atau segala suruhan dan larangan agama yang umum.

Para pembaca perlu faham dengan baik tentang kaedah untuk memahami hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran ini. Jika kita dapat memahami kaedah ini, insya-Allah kita akan dapat mengenali sedikit sebanyak sama ada ayat yang diguna dan dihujahkan oleh orang-orang tertentu itu tepat atau tidak.

Kaedah itu secara mudahnya dihuraikan seperti berikut: Setiap kali kita membaca al-Quran atau mendengar orang lain membacanya, kita perlu mengetahui apakah ia ayat yang muktamad atau tidak.

Jika ia ayat muktamad, maka wajiblah kita mengguna pakainya sebagai hukum tanpa boleh berbelah-bahagi, mempertikai dan memilih. Contoh ayat berkenaan ialah ayat-ayat yang membincangkan tentang pelbagai ibadat yang wajib seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain ibadat yang wajib.

Contoh ayat yang tidak muktamad pula ialah ayat-ayat yang umum, tidak jelas dan mempunyai banyak maksud seperti kebanyakan ayat yang membincangkan tentang politik, ekonomi, sosial dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan kita.

Di antara ayat-ayat yang tidak muktamad yang sering digunakan oleh orang-orang tertentu secara tidak tepat ialah ayat 44 daripada surah al-Maidah: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Ayat ini boleh dikategorikan sebagai ayat yang membincangkan tentang politik dan agama sekali gus.

Untuk tujuan menghentam kerajaan atau UMNO, ayat ini digunakan oleh golongan tertentu sebagai bukti bahawa kerajaan atau UMNO tidak melaksanakan hukum yang diturunkan oleh Allah. Maka ia dianggap kafir.

Penulis merujuk kepada penggunaan ayat secara tidak tepat seperti ayat 44 daripada surah al-Maidah itu oleh mereka yang mendakwa atau didakwa menjadi ustaz yang berdialog dalam beberapa majlis ceramah.

Seorang yang didakwa sebagai ustaz (tetapi sebenarnya beliau hanya cikgu sekolah) telah menggunakan ayat ini semasa berdialog dengan penulis di Kampar, Perak bulan lepas.

Ketika memberi jawapan, penulis menegur beliau dengan membaca sambungan ayat 44 daripada surah al-Maidah itu, iaitu ayat 45 dan 47. Ayat 45 itu bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim, manakala ayat 47 pula bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Membaca ayat 44 surah al-Maidah dan memberi erti yang bersifat hukum sedemikian tidak tepat.

Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah dalam ayat-ayat berkenaan mempunyai tiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik.

Inilah yang dipanggil ayat tidak jelas dan mempunyai banyak maksud iaitu tidak muktamad dan tidak qati'iyyah ad-dalalah.

Selain itu, ayat-ayat tersebut pula diturunkan ke atas kaum Yahudi dan tidak diturun ke atas orang Islam.

Cuba perhatikan ketiga-tiga ayat itu sepenuhnya.

Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam ayat al-Maidah: 45 Allah berfirman: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat al-Maidah: 47 pula Allah berfirman: Dan hendaklah ahli kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Jadi hanya dengan memerhatikan kepada maksud sepenuh ketiga-tiga ayat itu dapat kita mengetahui bahawa ia tidak muktamad kerana ayat itu diturunkan ke atas kaum Yahudi di mana hanya perlu mengambil iktibar saja.

Cuba kita perhatikan sedikit lagi apa kata Rasulullah, para sahabat, tabii dan ulama tentang ayat-ayat itu.

Dalam beberapa hadis yang diriwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan lain-lain ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat orang Yahudi dikenakan hukuman dengan dicoreng muka dan dipukul. Lalu baginda bertanya apakah salah orang Yahudi itu? Mereka menjawab, orang Yahudi itu telah berzina. Lalu baginda berkata, apakah ini hukumnya dalam kitab kamu? Mereka menjawab, ya.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak percaya. Lalu baginda menyuruh panggil seorang ulama mereka dan menuntutnya membaca hukum dalam kitab Taurat. Ulama Yahudi itu dengan terus terang berkata bahawa hukum dalam Taurat tidak begitu terhadap penzina kerana hukum sebenarnya ialah rejam. Ulama Yahudi itu berkata, jika bukan Rasulullah s.a.w yang bertanya tentang perkara itu, dia akan berdiam diri saja dan tidak akan menceritakan hukum yang sebenar.

Ulama Yahudi itu bercerita bahawa hukum yang ringan itu dilaksanakan kerana perzinaan sangat berleluasa di kalangan golongan bangsawan. Maka dengan itu dikenakan hukuman yang ringan itu.

Mendengar keterangan ulama Yahudi yang jujur itu Rasulullah menyeru kepada Allah: Ya Allah! Akulah yang mula-mula menghidupkan kembali perintah Engkau yang telah mereka matikan.

Bagaimanapun, para sahabat, tabii dan ulama berbeza pandangan mengenai hukum yang dikenakan ke atas Yahudi mesti dikenakan ke atas orang Islam atau tidak. Malah mereka juga berbeza pandangan tentang hukum orang yang tidak berhukum dengan ketiga-ketiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik sebagaimana tersebut dalam ayat-ayat al-Quran di atas.

Abdullah bin Abbas berpendapat ayat-ayat berkenaan diturun kepada Ahlul Kitab dan kepada orang Islam sekali gus. Cuma Ibn Abbas pula berpendapat bahawa hukum kafir itu bukan mencapai hukum kafir syirik, hukum zalim bukan mencapai hukum zalim syirik dan hukum fasik bukan mencapai hukum fasik syirik.

Asy-Sya'abi berpendapat bahawa ayat pertama dan kedua diturunkan kepada kaum Yahudi dan ayat ketiga diturunkan kepada kaum Kristian.

Said bin Jubair pula berpendapat bahawa ketiga-tiga ayat itu diturunkan kepada kaum Yahudi dan orang Islam sekali gus.

Manakala para ulama pula seperti bekas Syeikh al-Azhar Syeikh Mahmd Shaltut berpendapat bahawa kebanyakan mereka menganggap yang dianggap kafir itu ialah kafir amali (perbuatan) dan bukan kafir iktikadi (pegangan) kecuali jika seseorang itu beriktikad bahawa hukum Allah itu tidak betul dan tidak sesuai.

Sebahagian kecil ulama pula berpegang dengan zahir ayat-ayat tanpa mentakwil iaitu kerana luaran ayat-ayat itu menyebut hukum kafir, zalim dan fasik, maka mereka menghukum orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah adalah kafir, zalim dan fasik.

Seorang aktivis al-Ikhwan al-Muslim yang dikenakan hukum gantung oleh Presiden Gamal Abdel Nassir, Abdul Qadir Audah menyokong pandangan ulama kategori ini.

Perlu dijelaskan bahawa jika berlaku perbezaan pandangan di kalangan ulama terhadap sebarang hukum yang tidak jelas dalam al-Quran, maka hukum berkenaan tidak dianggap muktamad.


>Ketika memberi jawapan, penulis menegur beliau dengan membaca sambungan ayat 44 daripada surah al-Maidah itu, iaitu ayat 45 dan 47. Ayat 45 itu bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim, manakala ayat 47 pula bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Membaca ayat 44 surah al-Maidah dan memberi erti yang bersifat hukum sedemikian tidak tepat.

Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah dalam ayat-ayat berkenaan mempunyai tiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik.

Inilah yang dipanggil ayat tidak jelas dan mempunyai banyak maksud iaitu tidak muktamad dan tidak qati'iyyah ad-dalalah.

Selain itu, ayat-ayat tersebut pula diturunkan ke atas kaum Yahudi dan tidak diturun ke atas orang Islam.

Cuba perhatikan ketiga-tiga ayat itu sepenuhnya.

Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam ayat al-Maidah: 45 Allah berfirman: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat al-Maidah: 47 pula Allah berfirman: Dan hendaklah ahli kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Jadi hanya dengan memerhatikan kepada maksud sepenuh ketiga-tiga ayat itu dapat kita mengetahui bahawa ia tidak muktamad kerana ayat itu diturunkan ke atas kaum Yahudi di mana hanya perlu mengambil iktibar saja.

Cuba kita perhatikan sedikit lagi apa kata Rasulullah, para sahabat, tabii dan ulama tentang ayat-ayat itu.

Dalam beberapa hadis yang diriwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan lain-lain ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat orang Yahudi dikenakan hukuman dengan dicoreng muka dan dipukul. Lalu baginda bertanya apakah salah orang Yahudi itu? Mereka menjawab, orang Yahudi itu telah berzina. Lalu baginda berkata, apakah ini hukumnya dalam kitab kamu? Mereka menjawab, ya.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak percaya. Lalu baginda menyuruh panggil seorang ulama mereka dan menuntutnya membaca hukum dalam kitab Taurat. Ulama Yahudi itu dengan terus terang berkata bahawa hukum dalam Taurat tidak begitu terhadap penzina kerana hukum sebenarnya ialah rejam. Ulama Yahudi itu berkata, jika bukan Rasulullah s.a.w yang bertanya tentang perkara itu, dia akan berdiam diri saja dan tidak akan menceritakan hukum yang sebenar.

Ulama Yahudi itu bercerita bahawa hukum yang ringan itu dilaksanakan kerana perzinaan sangat berleluasa di kalangan golongan bangsawan. Maka dengan itu dikenakan hukuman yang rin>Ketika memberi jawapan, penulis menegur beliau dengan membaca sambungan ayat 44 daripada surah al-Maidah itu, iaitu ayat 45 dan 47. Ayat 45 itu bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim, manakala ayat 47 pula bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Membaca ayat 44 surah al-Maidah dan memberi erti yang bersifat hukum sedemikian tidak tepat.

Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah dalam ayat-ayat berkenaan mempunyai tiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik.

Inilah yang dipanggil ayat tidak jelas dan mempunyai banyak maksud iaitu tidak muktamad dan tidak qati'iyyah ad-dalalah.

Selain itu, ayat-ayat tersebut pula diturunkan ke atas kaum Yahudi dan tidak diturun ke atas orang Islam.

Cuba perhatikan ketiga-tiga ayat itu sepenuhnya.

Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam ayat al-Maidah: 45 Allah berfirman: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat al-Maidah: 47 pula Allah berfirman: Dan hendaklah ahli kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Jadi hanya dengan memerhatikan kepada maksud sepenuh ketiga-tiga ayat itu dapat kita mengetahui bahawa ia tidak muktamad kerana ayat itu diturunkan ke atas kaum Yahudi di mana hanya perlu mengambil iktibar saja.

Cuba kita perhatikan sedikit lagi apa kata Rasulullah, para sahabat, tabii dan ulama tentang ayat-ayat itu.

Dalam beberapa hadis yang diriwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan lain-lain ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat orang Yahudi dikenakan hukuman dengan dicoreng muka dan dipukul. Lalu baginda bertanya apakah salah orang Yahudi itu? Mereka menjawab, orang Yahudi itu telah berzina. Lalu baginda berkata, apakah ini hukumnya dalam kitab kamu? Mereka menjawab, ya.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak percaya. Lalu baginda menyuruh panggil seorang ulama mereka dan menuntutnya membaca hukum dalam kitab Taurat. Ulama Yahudi itu dengan terus terang berkata bahawa hukum dalam Taurat tidak begitu terhadap penzina kerana hukum sebenarnya ialah rejam. Ulama Yahudi itu berkata, jika bukan Rasulullah s.a.w yang bertanya tentang perkara itu, dia akan berdiam diri saja dan tidak akan menceritakan hukum yang sebenar.

Ulama Yahudi itu bercerita bahawa hukum yang ringan itu dilaksanakan kerana perzinaan sangat berleluasa di kalangan golongan bangsawan. Maka dengan itu dikenakan hukuman yang ringan.
Baca lagi ....

Carilah maklumat

Thursday, January 14, 2010

1. Ingatilah saudara jangan berbalah. Menabur fitnah amatlah mudah. Untuk merawatnya terimalah padah. Jangan bercakap sebelum berfikir dan janganlah buat sebelum mentadbir. Hati-hatilah kita memilih guru. Jangan terperangkap fatwa yang keliru.

2. Selalulah bepegang kepada amaran nabi s.a.w. dalam sabda baginda riwayat muslim
yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memandang pada rupa (iklan) dan harta kamu; bahkan Allah s.w.t. memandang pada hati dan amalan kamu".

3. Hindarkanlah did daripada orang alim yang menyalahgunakan ilmunya untuk kepentingan diri dan hidup hanya mencari kesempatan kepentingan diri. Takutilah amaran nabi s.a.w. di bawah ini:

yang bermaksud, "Apa yang aku paling takut (berlaku) ke atas kamu selepas (ketiadaan) aku ialah manusia hipokrit (pura-pura) yang berilmu hanya pada lidah" (Rlwayat al-Bazzar).

WALLAHU A'LAM.

Segala video dan audio rakaman ada disimpan. Cuma yang perlu dilakukan ialah cari dan tanya.
Baca lagi ....

SANDIWARA PAS TIGA BABAK


Pada tahun 1982 PAS mula menuduh Assobiyyah kepada perjuangan kebangsaan Melayu yang dulunya mereka perjuangkan bersama. Pada bulan September 1985 pula PAS Terengganu membuat ikrar kepada sekumpulan orang Cina dalam satu perancangan dialog PAS-Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu dengan mengatakan apabila PAS memerintah negara ini hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan.

Pada ketika itu dalam Perlembagaan Tubuh PAS Fasal 6 ceraian 7, 8 dan 9 masih tercatat lagi peruntukan mengenai bahasa, budaya dan hak Melayu. Bagaimanapun, pindaan 1987 Perlembagaan Tubuh PAS menghapuskan semua fasal yang menyebut Melayu itu.

Sandiwara PAS mengenai hak Melayu makin ketara apabila kita dapati ada pimpinan mereka menjamin hak Melayu ketika berhadapan denga orang Melayu, tetapi lain pula skrip yang dipakai ketika berhadapan dengan orang bukan Melayu.

Kalau PAS tidak bersandiwara tentulah mereka menerima realiti sejarah persefahaman dalam kontrak sosial antara kaum yang telah pun dipersetujui bahawa hak istimewa orang Melayu diberikan (Perkara 153 Perlembagaan) melalui harga jual beli hak kerakyatan kepada bukan Melayu (Bahagian 3 Bab 1 Fasal 14-22 Perlembagaan).

Ini bererti kalau hak keistimewaan Melayu mahu dihapuskan, maka hak kerakyatan bukan Melayu juga mesti dihapuskan. Tepuk dada tanya selera siapa yang rugi, siapa yang untung.

Bagaimanapun, sandiwara yang paling hebat ialah pementasan sandiwara drama tiga babak hukum Hudud. PAS telah berjaya melakonkan banyak episod penyelewengan hudud. Babak pertama ialah mula-mula membentangkan hukum hudud PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Ia kelihatan banyak bercanggah dengan hudud Allah terutama pada prinsip keadilan seperti ia terpakai ke atas orang Islam sahaja (Fasal 56), syarat-syarat menjadi hakim langsung tidak mengikut syarat syarie (Fasal 68) dan sebagainya. Kemudian dalam babak ini Harakah 28 Februari 1997 berjanji hukum Hudud akan dibawa ke Parlimen. TETAPI JANJI CUMA TINGGAL JANJI.

Sebaliknya UMNO dan Perdana Menteri dipersalahkan apabila timbul soalan mengapakah undang-undang Hudud itu tidak dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Undang Negeri Kelantan.

Sandiwara hudud PAS ini ketara lagi dalam babak kedua iaitu apabila Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliau membuat kenyataan, " Perlaksanaan Hudud melalui Proses yang Panjang." Mengapakah boleh menjadi panjang kalau hudud PAS Kelantan itu sebenarnya hudud Allah ? Ambil saja EJKS (II) 1993 Kelantan, bawa ke Dewan Undangan Negei Terengganu terima pakai, habis cerita. Tidakkah Abdul Hadi sendiri menjadi pengerusi jawatankuasa penggubal Hudud PAS Kelantan itu ? Mengapakah pengerusi sendiri menolak rang undang-undang yang digubal ?

Alangkah anehnya apabila penulis skrip sendiri menolak skrip yang ditulisnya.

Kalau kerajaan PAS Terengganu tidak mahu pakai EJKS (II) 1993 Kelantan, ternyatalah bahawa ia bukan hudud Allah. Hudud Allah sebenarnya hanyalah satu. Ia sesuai di mana jua.

Babak ketiga sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah". Mengapakah sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu besar ? Sekarang apabila sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu) daripada hukum Islam ?

Kalaulah hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sandiwara pementasan drama tiga babak oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain dengan mudah sahaja dipentaskan oleh PAS sekalipun tanpa skrip dan percanggahan sesama mereka. Misalnya, PAS pernah bersandiwara denga kebenaran menjual arak dan snuker - haram ketika UMNO dan harus ketika PAS dengan syarat tukar kata-kata atau pinda alasan.

Di Terengganu, replika penyu segera dibuang tetapi replika sotong dan udang boleh ditangguhkan. Gambar raja dibuang manakala gambar Menteri Besar bersama exco dipasang dengan megahnya. Menteri Besar Kelantan boleh menyembah Raja, tetapi Menteri Besar PAS Terengganu tidak buat demikian.  Di Kedah, pub dan pusat karaoke baru dibenarkan buka; pusat jualan arak di Langkawi masih dibuka. Kenapa tidak tutup semuanya? Bila ditanya kerajaan negeri, mereka berdalih yang kerajaan sekarang bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan PR. Siapa yang mereka nak tipu? Dan banyak lagi lakonan pura-pura politik cari makan menjadi sandiwara mereka.

Sepanjang masa pemerintahan PAS di Terengganu kelihatan juga sandiwara lain, daripada pakaian dan perawakan diri wakil-wakil rakyat mereka sehinggalah tindak-tanduk pentadbiran kerajaan negeri. Ia bercampur aduk antara kerajaan dengan parti.

Peraturan biasa ditolak ke tepi. Misalnya pegawai kerajaan negeri tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tetapi pegawai kerajaan pusat diperlukan bertugas dalam Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR). Pekeliling melarang khutbah sendiri sudah tidak dipakai lagi. Mimbar khutbah seumpama pentas ceramah, penuh dengan ucapan-ucapan emosi. Pekeliling pemilihan Jawatankuasa masjid yang baru memberi kuasa kepada anak mukim buat cadangan, tetapi perlaksanaannya ditapis diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Kerajaan PAS negeri juga yang akhirnya memutuskan siapa yang hendak dilantik).

Pembahagian bantuan orang miskin mengikut puak mereka. Dalam ucapan Menteri Besar PAS Terengganu ketika perasmian Mahkamah Syariah Terengganu, dia menyebut "Inilah titik permulaan melaksanakan hukum Allah sepenuhnya" sedangkan tidak ada satu pun pindaan baru perlembagaan tubuh negeri dibuat. Apakah terasminya sebuah bangunan Mahkamah Syariah yang indah tersergam pusaka UMNO dan kerajaan BN sebelum ini sudah cukup untuk melaksanakan hukum Allah sepenuhnya ?

Pada majlis sambutan hari Keputeraan Sultan Terengganu, Menteri Besar membuat pengakuan akan terus melaksanakan program pembangunan insan melalui Yayasan Islam, Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Ini bukti PAS berlakon sandiwara di pentas yang UMNO sediakan dahulu. Tidak ada satupun dasar pembangunan insan baru yang dikemukakan oleh PAS bagi menafikan segala dasar yang UMNO gubal selama ini. PAS tuduh UMNO memerintah secara sekular tetapi semua projek yang diasaskan atas dasar gubahan UMNO terus dipakai di Terengganu. Ternyatalah PAS hanya berlakon sandiwara di pentas lama denga skrip pusaka peninggalan orang.
Baca lagi ....

UMNO TAK BOLEH, PAS TAK MENGAPA

Wednesday, January 13, 2010


HUKUM PAS sangat jelas, berbeza sekali antara sebelum PAS memerintah negeri dahulu dengan selepas memerintah sekarang. Segala yang haram atau kafir dahulu kini sudah menjadi harus dan Islam belaka selepas PAS memerintah.

Ketika UMNO sahaja yang berkongsi kuasa memerintah negara dengan kafir, PAS hukumkan kafir atau haram; sekarang PAS berkongsi secara rasmi dengan DAP dan PKR sudah Islamik dan harus jua. Dulu UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah; sekarang PAS buat sama seperti UMNO juga sudah tidak timbul masalah. Dulu masjid yang dibina kerajaan BN tidak boleh dibuat sembahyang kerana perbelanjaannya daripada wang cukai. Setelah PAS memerintah Kelantan semua masjid yang tak boleh dahulu sekarang PAS pergunakan. Imam dan bilal UMNO dipecat dan digantikan dengan orang PAS; lalu berubahlah hukumnya sekarang menjadi tidak haram dan was-was lagi. Begitu juga prosesnya telah berlaku di Terengganu dan bakal kita lihat di Kedah juga; beransur-ansur buat pembersihan. Pemecahan sudah berlaku walaupun belum sampai beberapa bulan PAS memerintah negeri. Untuk menutup kedai judi dan arak tangguh lagi. Tapi pusat hiburan & pub baru dibuka.

PAS menafikan Islam yang dilaksanakan oleh UMNO, sehingga bank Islam pun tidak mahu diperakui YB Haji Abd Hadi kata sebagai kulit dan bukannya isi. Tetapi apabila Kerajaan PAS Kelantan mula menggunakan Bank Islam maka YB Haji Abd. Hadi juga yang mengecam dulu kini memuji. Beliau menyeru kerajaan negeri lain meniru Kelantan menyimpan di Bank Islam.


Mengenai pimpinan kerajaan pimpinan UMNO yang hadir meraikan perayaan orang kafir termasuk juga "Perayaan Tahun Baru Cina", dulu orang PAS hukumkan salah (menyerupai kafir) dengan membaca hadis ini menjadi sandaran: yang bermaksud, " Barang siapa yang bersyubahat dengan sesuatu kaum maka dia juga daripada golongan mereka", lalu dikatakan menjejaskan akidah Islam. Setelah PAS mula memerintah Kelantan nampaknya sampai sekarang YB Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sentiasa menghadiri majlis begini. Penyerahan watiqah perlantikan sami untuk ganti sami yang meninggal dunia di Wat Uttamaran. Teresek, Pasir Mas pun YAB datang menyerahkannya sendiri. PENDEKNYA SEKARANG SEMUA YANG TIDAK BOLEH DULU MENJADI BOLEH BELAKA DEMI KERANA PAS.



Baca lagi ....

PENDAPAT JUMHUR MENGENAI KHALIFAH


Terjemahan : Teks Asal Kitab Taarikhul Mazahibil Islamiah Karangan Al Imam Muhammad Abu Zahrah Jilid 1 Cetak 1987 Darul Fikril Arabiy Muka 80-81

. Pemahaman mengenai perkara di atas telah diseleweng oleh berbagai aliran kefahaman yang melampau misalnya orang-orang yang memuja Sayidina Ali, menganggap perlantikan khalifah ini hendaklah dilakukan dengan cara turun temurun dan berdasarkan keturunan dan wasit Nabi Muhammad S.A.W. Manakala golongan lain berpendapat bahawa tidak terikat kepada sesiapa.

Pendapat jumhur pula mengambil jalan tengah, mereka sepakat menyatakan bahawa khalifah itu seboleh-bolehnya mestilah daripada keturunan orang-orang Quraisy. Mereka berpegang kepada sebuah hadis yang bermaksud : Pemimpin-pemimpin itu hendaklah daripada Quraisy dan kenyataan ini lebih meyakinkan lagi dengan berlakunya pemerintahan "Khulafaaur Raasyidin".

· Jumhur ulama telah menetapkan bahawa 4 syarat hendaklah dilakukan bagi menegakkan khalifah supaya ianya berfungsi sebagai pengganti Nabi S.A.W bukannya raja atau pemerintah yang mutlak dengan mengikut sesuka hatinya

1. Quraisyiah
2. Raf'ah
3. Syura
4. Keadilan

AL QURAISYIAH

Yang dimaksudkan dengan Quraisyiah itu ialah seorang pemimpin itu adalah keturunan Quraisy. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menyebut kelebihan Quraisy yang memberi pengertian bahawa kepimpinan itu mestulah orang Quraisy:

HADIS I : Yang membawa maksud : hendaklah urusan pemerintah itu dipegang oleh orang-orang Quraisy selagi masih wujud dua dari rakyat jelata.

HADIS II : Yang bermaksud: Semua manusia itu adalah pengikut Quraisy dalam urusan pemerintahan. Yang Muslim mengikuti Quraisy Muslim dan yang kafir mengikut Quraisy kafir.

HADIS III: Yang bermaksud: Imam Bukhari meriwayatkan hadis daripada Muawiyah yang bermaksud: Aku dengar Nabi S.A.W bersabda : Sesungguhnya urusan pemerintahan ini hendaklah di tangan orang Quraisy. Mereka tidak boleh dilawan oleh sesiapa pun. Jikalau melawan maka Allah akan memurkainya selama mana ia menjalankan kegiatan Islam.

Nas yang tersebut di atas itu memberi kefahaman kepada kita tentang kelebihan orang-orang Quraisy, tambahan dalam realitinya pun bahawa Nabi S.A.W daripada orang Quraisy. Tetapi adakah hadis ini memberi pengertian bahawa jawatan khalifah itu mesti dipegang oleh orang Quraisy secara mutlak dan tidak boleh dipegang oleh orang lain ? Jawapannya memang demikianlah pada dasarnya kerana mesyuarat Thaqifah Bani Saudah telah membuat keputusan bahwa untuk melantik pemimpin khalifah mestilah daripada golongan orang Muhajirin berketurunan Quraisy. Keputusan tersebut diambil setelah mengikut pidato Syaidina Abu Bakar yang berterang-terangan mendedahkan kemuliaan dan keutamaan Quraisy. Semua hadis-hadis ini tidak syak lagi memberi pengertian sedemikian kecuali hadis dari Muawiyah yang mempunyai pengertian yang lain pula.

Adakah hadis itu memberi perkhabaran tentang kejadian yang telah berlaku ataupun bagaimana ? Sebab fakta yang telah berlaku ialah bahawa pemimpin yang sebenar ialah dari golongan Quraisy : selama mana Quraisy itu menegakkan agama Allah.
Baca lagi ....

PERBANDINGAN PENDEKATAN MELAYU DENGAN QURAISY DAN PAS

*Kalau nabi S.A.W memberi keutamaan kepimpinan kepada Quraisy di kalangan bangsa Arab yang punya berbagai suku qabilah; selaras Melayu di Malaysia diberi keutamaan dikalangan berbagai keturunan yang ada.

*Kalau dikatakan keutamaan kerana mereka pejuang Islam dan pembebas diri zaman Nabi S.A.W maka demikianlah juga Melayu di Malaysia adalah pejuang Islam sejak zaman awal Islam diMalaysia hingga ke hari ini dan Melayu inilah juga pembebas diri dari ikatan belenggu penjajahan.


* Kalau Melayu di Malaysia Assobiyah maka Quraisy di kalangan bangsa Arab pada zaman Nabi S.A.W juga sama assobiyah. Tentulah assobiyah di bawah kepimpinan Nabi S.A.W tidak ada sama sekali.

*Sebaliknya PAS menghidupkan rasa kepuakan dan tambah menebalkan lagi ASSOBIYAH KEPUAKAN kerana walaupun Melayu/Muslim masih mesti dipertikaikan selama tidak bersama dengan perjuangan PAS. Apatah lagi ditambah dengan salahguna kuasa setelah PAS dapat memerintah sebuah negeri Kelantan semenjak tahun 1990 hingga sekarang. (Sudah 2 penggal berlalu ternyata melakukan berbagai tekanan dan kezaliman kepada anggota puak lain yang tidak sebulu dengannya. Pulau memulau di kalangan umat Islam juga sebahagian daripada perbuatan asobiyah.
Baca lagi ....

ASSOBIYAH


1. Amaran Nabi Muhammad S.A.W :

Maksudnya : Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada assobiyah dan bukan daripada golongan kami mereka yang memperjuangkan assobiyah dan bukan daripada golongan kami mereka yang mati dalam assobiyah.

2.Siapakah Assobiyah ?

Sebenarnya sesiapa pun juga boleh menjadi assobiyah kerana assobiyah bukannya nama, bangsa atau puak atau jenis manusia; tetapi assobiyah ialah sifat dan perlakuan yang menjadi amalan seorang dan puak.

Pengenalan assobiyah perlu diambil daripada banyak sumber hadis, kamus, bahasa Arab dan perbahasan ulamak dalam kitab-kitab yang tertentu.

Konsep perlakuan assobiyah tulen yang mudah dikenali ialah pada zaman "Arab Jahiliah". Budaya mereka mementingkan puak semata-mata. Sehingga di kalangan mereka wujud suatu majlis khas hari pengistiharan membela puak yang dikenali dengan nama "Yaumul Arab".

3 . Assobiyah dalam makna Hadis

Maksudnya

Seorang lelaki bertanya Rasulullah S.A.W. Apakah assobiyah itu seseorang yang kasih kepada kaumnya (Puak) ? Rasulullah bersabda, Tidak. Tetapi assobiyah ialah orang yang menolong kaumnya atas dasar zalim.

Maksudnya

Daripada Wathilah bin Al Asqa' beliau mendengar bapanya bertanya Rasulullah S.A.W., Apadia assobiyah ? Sabda baginda S.A.W. Bahwa kamu menolong kaum kamu atas dasar zalim".

Maksudnya

Aku paling Arab dikalangan kamu, aku dari keturunan Quraisy. Pertuturan Ku ialah pertuturan Bani Saad Bin Bakar.

4. Kamus Al Munjid (Paling Jelas) - Mukasurat 481 Cetakan27/1994:

"Al Assobiyah" maknanya seseorang yang bersangatan pegang kepada pendapat sendiri atau jamaahnya (puaknya) dengan cara membabi buta (Fanatik) dan bersungguh-sungguh memperjuangkannya walaupun prinsip puaknya itu tidak realistik.

"At Taassub" maknanya tidak menerima (menolak) realiti kebenaran sedangkan jelas terbentang buktinya; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak. (Lihat teks ini )

5. Kitab Tarikhul Mazahibil Islamiah Karangan Al Imam Muhammad Abu Zahrah - Cetakan 1987 Juzuk 1 (satu) Mukasurat 80-81 (Ulasan Hadis)

Maksudnya : Sesungguhnya urusan kepimpinan negara hendaklah di tangan Quraisy.
Baca lagi ....

SEMBUNYI FAKTA SEBAR FITNAH

Wednesday, January 6, 2010



1.       "Dan sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh" - demikian maksud ayat 191 surah al-Baqarah.  Bunuh hanya mati seorang tetapi fitnah melibatkan apa dan siapa juga yang berkaitan dengannya.  Kalau fitnah itu kepada seorang pemimpin negara maka akibatnya boleh imej segala kepentingan negara, seperti menjejaskan perkembangan ekonomi, kestabilan politik, keselamatan dan sebagainya.

2.      Daripada pengamatan, telah banyak tersebar fitnah oleh pihak pembangkang ke atas YAB.  Perdana Menteri Malaysia.  Ketika YAB bercuti di luar negara sambil lawatan kerja baru-baru ini berbagai fitnah didengar.  Antara lain ketika berada di Mekah dikatakan YAB tidak membuat tawaf dengan sempurna sedangkan ada orang yang melihatnya YAB elok-elok pun tawaf  bersama mereka.  Ketika YAB berada di Argentina ada yang mengatakan mati dan kata sakit tenat kerana jatuh kuda.  Utusan Malaysia 28 Januari 2000 ada menyiarkan penjelasan oleh YAB sendiri dari London.  Tajuk berita itu berbunyi "Tunggang kuda sejauh 30 KM se hari di Argentina - Saya sihat". Mengapakah golongan ini sanggup mengkhianati kemudahan internet yang juga berupa jasa utama Perdana Menteri kita membawa kemajuan IT ke Malaysia.

3.      Lebih berat lagi ialah fitnah "Mahathir dan UMNO atau kerajaan BN tolak Islam, tolak hudud " dan yang seumpamanya. Fitnah seumpama ini boleh dibuktikan pada Harakah 04 Februari 2000 muka depan oleh YB.  Datuk Haji Fadzil Noor dan Harakah 07 Februari 2000 muka 04 ruangan Fikrah Editor.  Sepatutnya fitnah TOLAK HUDUD inilah yang mesti PAS tunjukkan bukti hitam puteh kerana menyentuh soal penolakan hukum Allah oleh seorang Islam adalah sangat besar bahananya boleh mejejaskan akidah menjadi murtad.

4.      YAB. Datuk Haji Nik Abd.  Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan sudah pun melakukan suatu penyelewengan menyembunyikan fakta dalam surat Perdana Menteri.  Apabila ditanya mengapakah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) 1993 Kelantan (HUDUD PAS) belum dilaksanakan lagi setelah PAS memerintah Kelantan LIMA tahun, beliau menjawab, "PM ugut jika laksana hudud" - demikian Harakah 20 November 1998.  Katanya lagi, "Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir".  Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya.  Mengapakah YAB.  Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsrikan bersama oleh anggota dewan ?

5.            Mari kita teliti sendiri surat YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang telah dihantar kepada YAB.  Datuk Haji Nik Ab.  Aziz selaku Menteri Besar PAS Kelantan dahulu.  Harakah 15 Jun 1998 telah pun menyiarkan sepenuhnya kandungan dan maksud surat tersebut.  Oleh sebab 5 bulan berlalu, YAB. Datuk Hj. Nik Aziz mungkin terlupa menyemaknva sehingga beliau menjadi terlupa juga hendak memberitahu sebab mengapakah YAB Perdana Menteri  dikatakan membuat ugutan:

Surat amaran Perdana Menteri itu berbunyi :
    "Kerajaan Malaysia yang sentiasa mempertahankan ajaran-ajaran Islam tidak membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditentukan oleh Islam.  Jika PAS cuba untuk menguatkuasakan undang-undang ini yang jelas sudah bercanggah dengan prinsip
prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajamya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam".  Selepas Ustaz Nashrudddin membaca surat tersebut, ia segera disambut dengan laungan takbir berkali-kali.



6.       Berdasarkan surat YAB Perdana Menteri kepada YAB.  Menteri Besar Kelantan itu tentulah semua orang akan berkata, "Inilah bukti YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad seorang yang tegas mempertahankan kesucian Islam, kerana sanggup menghalang sebarang pelaksanaan undang-undang yang bercanggah dengan Islam.  Demi mempertahankan ajaran-ajaran lslam di Malaysia, beliau tetap rela walaupun dimaki, dicemuh bahkan difitnahkan kononnya menolak hudud sehingga menyebabkan merosot popuiaritinya".  Akhirnya barulah orang tahu bahawa pimpinan PAS walaupun pengikut menggelarnya ulamak tetapi sanggup mambuat fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar surat Perdana Menteri secara hitam putih.  Begitu juga dengan fitnah KAFIR BERIKAT kepada orang UMNO 1963, PAS menyembunyikan fakta sejarah nabi s. a w. berkongsi kuasa dengan kafir Yahudi Madinah.

7.        Ertinya jikalau hudud PAS yang dinamakan EKJS(II) 1993 Kelantan itu tidak bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, baharulah layak YAB Perdana Menteri Malaysia dikatakan menolak hudud dengan mengugut akan mengambil tindakan.  Sebaliknya jikalau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu bercanggah dengan keadilan Islam maka YAB.  Menteri Besar Kelantan dan lain-lain pimpinan PAS mesti meminta maaf dan bertaubat dengan fitnah yang sudah ditabur merata desa dan kota.

8.        Bagi membuktikan kebenaran YAB.  Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia dan UMNO serta kerajaan BN maka mestilah dibuktikan duhulu bahawa hudud PAS yang bernama EKJS(II) 1993 Kelantan itu benar-benar BERCANGGAH DENGAN HUDUD ALLAH terutama di dalam perkara prinsip keadilan seperti yang dituntut oleh Islam.  Dalam laman ini cukuplah sekadar DUA CONTOH sahaja dipetik kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu.  Pertama fasal 56 "Hanya terpakai ke atas umat Islam sahaja"; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka.  Manakala fasal 68 pula mengenai "Syarat perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15 syarat".  Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak diambilnya.

9.        Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku 'Undang-undang Islam,  Jenayah dan Hudud" keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh 01 Oktober 1991. Pengambilan kandungan buku tersebut pula tanpa kebenaran penulisnya Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.  Disini pun sudah nampak tidak bersih, demi kerana kepentingan pilihanraya, pakai cedok sahaja tanpa mengira hak milik siapa. Soalnya mengapakah ketika berjanji mahu laksanakan hudud, maka hudud yang sebenar dipamerkan walaupun hak milik orang. Apabila tiba 25 November 1993 diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri terdapat banyak yang dipinda mengikut kepentingan sendiri bercanggah di sana sini ? Keterangan bukti yang lebih jelas ada dilampirkan khas dalam laman ini.



10.      Apa yang sangat ketara ialah PAS sendiri tidak ada kesungguhan menyediakan undang-undang HUDUD berkenaan, tidak seperti dakwaan YAB.  Datuk Haji Nik Ab. Aziz dalam Harakah 20 November 1998.  Buktinya sangat mudah dicari.  Kalau benarlah hudud PAS itu tidak bercanggah dengan hudud Allah mengapakah tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti ?  Di sana barulah tahu siapa yang menolaknya sesungguh hati.  Yang anehnya kenapa undang-undang MURTAD yang menjadi sebahagian dari EKJS(II) 1993 fasal 23 tergopoh-gapah dibawa ke parlimen ?  Mengapa pula anak dibawa sedang ibu ditinggalkan ?  Sebenarnya PAS telah berbohong kerana PAS telah berjanji dalam Harakah 28 Februari 1997 "Hudud akan dibawa ke parlimen ?".  Sampai hari ini pun nampaknya jauh dari panggang.  PAS hanya bijak berpidato menabur janji tetapi untuk menunaikannya bohong juga menjadi realiti Yang jelasnya apabila hidup berdolak dalik nyatalah kebenarannya berpilih-pilih.
Baca lagi ....

SEBAB YANG MENDORONG AMANAT HADI MENENTANG UMNO

SEBAB YANG MENDORONG AMANAT HADI MENENTANG UMNO

1.          Dalam perenggan pertama amanat Haji Ab.Hadi menyebut sebab-sebab yang mesti ditentang ialah kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturankafir, mengekalkan peraturan jahiliah".

2.         Sebab yang diutarakan oleh YB. Haji Ab. Hadi itu juga berupa FITNAH; kerana tidak pernah berlaku lagi UMNO dan BN mempertahankan perlembagaan dan segala peraturan yang ditinggal penjajah.  Sebaliknya sudah begitu banyak pindaan dibuat daripada semasa ke semasa ke atas perlembagaan dan peraturan yang ada.  Buktinya sehingga 1995 (Sama ada Akta atau Ordinance atau Kanun) sahaja; 39 pindaan perlembagaan negara sudah pun dibuat. Ertinya apabila dibuat pindaan bermakna itulah bukti tidak mempertahankannya.

3.         Apa yang sudah berlaku ialah DUN kerajaan PAS Kelantan telah membawa usul pertahan perlembagaan negeri pada tahun l993. Maka kerajaan PAS Kelantan sahajalah yang mempertahankan perlembagaan tubuh warisan BN dahulu.  Berita Harian 12 April 1993 melaporkan, "Semua ahli dewan berikrar untuk melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan"'. Oleh hal yang demikian berdasarkan hukum yang bersifat fatwa dalam amanat Tuan Guru Haji Ab.Hadi Awang itu maka adalah sepatutnya kerajaan PAS Kelantan itulah yang mesti ditentang kerana dialah yang terang-terang secara rasmi di DUN memperpertahankan perlembagaan penjajah.  Walaupun jelas apa yang sebenarnya berlaku ke atas PAS; tetapi apabila terkena batang hidung sendiri diam seriibu erti.  lnilah yang dikatakan hukum  agama PAS bercanggah dengan hukum Allah; kerana penggunaan yang berupa fatwa itu hanyalah kepada orang yang menjadi musuh politiknya tetapi tidak pula ke atas diri PAS sendiri.  Hukum PAS, HARAM untuk orang.

4.         Satu soalan mesti dijawab mengenai perlembagaan tubuh PAS sendiri.  Jikalau benarlah hukum menggunakan perlembagaan penjajah boleh meniadi kafir, mengapakah PAS juga melelakkan OTORITI Perlembagaan Malaysia begitu tinggi sehingga menjadi kunci perlembagaan tubuh PAS sendiri iaitu fasal (6) USAHA-USAHA:  Lihat pada ceraian (1 1) yang berbunyi:-

"Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar".

5.         Dengan peruntukan Fasal 6(11) perlembagaan tubuh PAS ini nyatalah bahawa segala slogan Islam, al-Quran dan negara Islam yang PAS laungkan selama ini hanyalah iklan pura-pura sahaja, kerana sebutlah apa-apa sekali pun hanyalah boleh dibuat apabila dibenarkan oleh perlembagaan negara.  Apakah pimpinan PAS terlupa batas perlembagaan negara ketika hendak melaungkan slogan dan janji? Ini bermakna PAS menipu orang yang tidak tahu, waliyazu billah.
Baca lagi ....

HAJI ABDUL HADI BUAT PENAFIAN

YB.  HAJI ABDUL HADI BUAT PENAFIAN

1.       YB. Hj.  Abd.  Hadi cuba membuat penafoan mengenai amanatnya dalam akhbar Eksklusif 21-27 Jun 1999; terdapat di muka depan seperti petikan di bawah ini:


         "Malahan dalam ucapan saya itu tidak pemah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma sava menyatakan batasan antara iman dan kufur".

2.      Adalah sangat menghairankan jikalau YB.  Haji Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang dicakapnya.  Soalan mudah ialah bagaimanakah boleh timbul hukum " Mati kita adalah mati syahid" kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir ? Apa yang jelasnya ialah kalau hukumnya boleh MATI SYAHID (Ma'arikah) bermakna mestilah orang Islam berperang dengan orang kafir harbi yang sedang memerangi agama dan menghalau orang Islam (Lihat maksud al-Quran dalam ayat 8 dan 9 surah al-Mumtahanah) :

(Surah Al-Mumtahanah Ayat 8)
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

(Surah Al-Mumtahanah Ayat 9)
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Oleh sebab realiti Malaysia tidak ada kafir seumpama itu maka teranglah pendapat berupa fatwa dalam amanat Haji Ab. Hadi amat barcanggah dengan ajaran Islam.

3.      Kalaulah hendak dikatakan pula tidak ditujukan kepada UMNO pun tidak benar juga kerana terdapat begitu jelas dalam para satu awal-awal lagi menyebut perkataan "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO... ". Oleh sebab itu berani ditegaskan mengikut fahaman bahawa Amanat Haji Abdul Hadi adalah mengandungi hukum agama yang bercanggah dengan Islam iaitu membawa maksud "LAWAN UMNO MATI SYAHID".  Ramai yakin penuh demikianlah juga fahaman IJMA' ahli-ahli majiis fatwa kebangsaan Malaysia (Yang terdiri daripada semua mufti yang ada) ketika bersidang di Pekan Pahang pada l9 Februari 1986.  Laporan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan disiarkan dalam Utusan Malaysia 20.02.1986 dengan tegas merakam fatwa berkenan iaitu AMANAH HADI BERCANGGAH DENGAN ISLAM.  Apa lagi ?  Bertaubat sahajalah sebaik-baiknya.

4.      Adapun tentang dakwaan YB.  Haji Ab.  Hadi mengenai ucapannya menjelaskan batasan antara iman dan kufur itu memang terang-terang bohong.  Mana ada perkataan yang menyebut atau condong kepada maksud menjelaskan batasan iman dan kufur ?  Apa yang tertulis dalam amanah itu ialah para satu sebab apa menentang UMNO dan BN.  Para dua mengandungi hukum " …. kerana kita berjuang dengan puak-puak ni mati kita mati syahid …... " dan para tiga " ....... kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".
Baca lagi ....

Apa kata Blogger

  • GELOMBANG MERAH 2.0 - Salam Semua peminat KedahTimes, Jom kita mulakan semual gelombang yang satu masa dulu telah menjadi fenomena di Kedah dan Di Malaysia. Dulu Gelombang Mer...
    5 weeks ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    6 years ago