TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAINANNYA (BHG 2)

Monday, December 6, 2010

Dari Abi Said Al Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah s.a.w. dan baginda sedang membahagi-bahagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berlaku adillah!” Bersabda Rasulullah s.a.w. “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika aku tidak berbuat adil? Nescaya aku akan celaka dan binasa jikalau tidak berlaku adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Izinkan aku memenggal lehernya.” Bersabda Rasulullah s.a.w., “Biarkanlah dia. 

Sesungguhnya dia mempunyai banyak teman, di mana dianggap remeh solat di antara kamu semua berbanding solat mereka, puasa kamu semua berbanding puasa mereka, mereka membaca Al-Quran tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Pada hari Hunain, Rasulullah s.a.w. mengutamakan sebahagian manusia dalam pembagian ghanimah. Baginda memberikan Al?Aqra bin Habis Al?Handhaly 100 unta, memberikan Uyainah bin Badrul Fijary dengan jumlah yang serupa dan memberikan kepada para pembesar Arab, baginda mengutamakan mereka dalam pembahagian. Maka berkata salah seorang, “Demi Allah, pembahagian ini tidak adil dan tidak bertujuan untuk mencari ridha Allah!” (HR. Muslim)

Dalam riwayat yang lain: “Sesungguhnya dari keturunan ini ada kaum yang membaca Al-Quran yang tidak sampai kecuali pada kerongkongan. Mereka membunuh orang Islam dan membiarkan penyembah berhala. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busurnya. Jika aku menemui mereka, pasti akan aku bunuh mereka seperti membunuh kaum Aad.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Tiga maksud hadis di atas merupakan cerminan kepada kaum Khawarij yang sudah pun wujud pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup.Sikap mereka yang keterlaluan dan ekstrim sehinggakan tidak menghormati baginda Rasulullah s.a.w begitu ketara, terutama dalam hal pembahagian ghanimah atau harta rampasan perang.

Sebenarnya terdapat banyak pembuktian tentang Khawarij dan kesesatan mereka, sungguhpun mereka kelihatan seperti ALIM ULAMA dan cakap-cakap mereka bersifat sangat tebal agamanya.

Berikut adalah ciri-ciri atau sifat-sifat Khawarij yang mudah ditemui:

1. Mencela dan Menyesatkan
Golongan Khawarij sangat mudah mencela dan menganggap Muslim yang tidak sehaluan atau sependapat dengan mereka sebagai sesat, bahkan dalam satu peristiwa, Rasulullah s.a.w sendiri dikatakan sesat kerana tidak berlaku adil dalam pembahagian ghanimah. Seandainya kepada Rasulullah s.a.w pun mereka sanggup berkata seperti itu, termasuklah kata-kata seperti “Nabi Muhammad s.a.w itu dimuliakan kerana wahyu yang diturunkan kepadanya,” atau “Kalau tak kerana wahyu, Muhammad bin Abdullah tu sama macam kita saja. Macam budak-budak kampung yang lain,” apatah lagi terhadap Muslim yang lain. Mereka telah mengkafirkan Syaidina Ali r.a, Syaidina Muawiyyah r.a, dan Sahabat-Sahabat r.a yang lain.

Fenomena sebegini telah dan sedang berlaku dalam masyarakat Melayu-Islam di Malaysia, terutama dari fikrah politik yang bertentangan. Kesannya, wujudlah isu kafir-mengkafirkan dan kerelaan untuk melihat kemusnahan umat Islam yang berlainan fikrah dan ideologi politik dengan ‘MENERIMA BANTUAN DARI SYAITAN’.

2. Buruk Sangka atau Berprasangka
Kaum Khawarij telah dibuktikan menjadi golongan yang paling mudah berburuk sangka. Dalam catatan sejarah, mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah s.a.w dalam pembahagian ghanimah, bahkan sehingga sanggup menuduh Rasulullah s.a.w tidak mencari keredhaan Allah Taala. Mereka tidak sabar-sabar untuk membuat kesimpulan daripada sebab Rasulullah s.a.w melebih-lebihkan pembesar berbanding golongan marhein. Padahal apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w adalah dalam rangkai dakwah dan ta’liful qulub. Mereka juga menuduh Syaidina Uthman Affan r.a sebagai pengamal nepotisme dan menuduh Syaidina Ali r.a sebagai pemimpin yang tidak berwawasan.

Fenomena ini sedang berjalan dengan giatnya di negara kita. Sikap buruk sangka sudah menjadi sebahagian daripada rangka dakwah atau pengembangan pengaruh. Sebarang keburukan yang membabitkan kaum yang disokongnya, segera dikatakan sebagai berita palsu atau adu-domba dan fitnah sekalipun dia belum lagi melakukan siasatan yang membenarkan sangkaannya.

3. Berlebih-lebihan Dalam Ibadah
Golongan Khawarij adalah orang yang sangat sederhana dalam serba-serbi sehingga dikatakan pakaian mereka menjadi jarang dan benang-benangnya dapat dilihat kerana mereka hanya mempunyai sehelai pakaian dan sering dicuci. Muka mereka pucat kerana jarang tidur malam. Jidat mereka hitam kerana lama dalam sujud. Tangan dan kaki mereka kematu dan bengkak-bengkak. Mereka juga disebut sebagai quro’ kerana bacaan al Quran mereka sangat baik dan panjang.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah membuat bandingan antara Syaidina Umar r.a dengan golongan Khawarij yang menurut baginda s.a.w, Syaidina Umar r.a masih tidak dapat menandingi ibadat golongan ini.

4. Bersikap Keras Sesama Muslim Tetapi Lunak Terhadap Golongan Kafir
Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan golongan Khawarij sangat cenderung untuk membunuh atau menjatuhkan hukum terhadap orang Islam, tetapi sangat bersikap sangat lunak terhadap penyembah berhala dan kaum kafir. Sebuah riwayat Abdil Bar menceritakan, “Ketika Abdullah bin Habbab bin Al-Art berjalan dengan isterinya, mereka telah bertemu dengan golongan Khawarij. Golongan Khawarij tersebut telah meminta Abdullah untuk menyampaikan hadis-hadis yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Kemudian Abdullah menyampaikan hadis tentang terjadinya fitnah,

(Maksudnya) “Yang duduk pada waktu itu lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan….”

Golongan Khawarij itu segera bertanya, “Adakah engkau mendengar sendiri daripada Rasulullah?” Demi dijawab ‘ya’ oleh Abdullah, serta-merta mereka memenggal kepala Abdullah. Isterinya yang sarat mengandung turut dibunuh dan janin yang sedang dikandungnya dikeluarkan.

Dalam satu peristiwa yang lain di Kuffah, golongan Khawarij telah melihat seekor babi yang kemudiannya mereka bunuh haiwan tersebut. Namun setelah diingatkan bahawa babi berkenaan milik seorang kafir Zimmah, si pembunuh babi tadi segera mencari tuan punya haiwan yang telah dibuuh itu, langsung meminta maaf dan membayar tebusan.

Golongan Khawarij seringkali digambarkan di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w sebagai golongan muda yang hanya mempunyai semangat yang meluap-lupa. Manakala pengalaman mereka terlalu cetek. Malah pemahaman mereka terhadap agama juga sangat dangkal sehinggakan mereka digelarkan sebagai Sufahaa-ul ahlaam (orang bodoh). Mereka berdakwah kepada manusia agar mengamalkan al Quran dan kembali kepada ajaran al Quran sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkannya dan memahami isi kandungan al Quran. Bahkan mereka sangat cenderung untuk memilih bahagian-bahagian al Quran yang dirasakan bersesuaian dengan hawa nafsu mereka dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Sesuatu yang sangat pasti ialah golongan Khawarij sangat mudah keluar dari Islam sama ada mereka sedar atau sebaliknya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya.”

Golongan Khawarij akan sentiasa wujud sehingga kedatangan kiamat sebagaimana yang tercantum dalam sebuah hadis yang bermaksud, “‘Mereka akan sentiasa keluar sampai yang terakhir keluar bersama-sama Al-Masih ad-Dajjah.”

Khawarij adalah seburuk-buruk makhluk dan berkedudukan sangat rendah di kalangan umat Islam. Pada hari akhirat, merekalah yang disebutkan sebagai ANJING NERAKA. Dek kerana itulah, Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyuruh kita agar membunuh mereka seandainya bertemu mereka.

Khawarij akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Bermula dengan ketidakpercayaan (‘adamuts tsiqah) sebahagian mereka kepada pemimpin kaum Muslimin iaitu Syaidina Uthman Affan r.a yang mereka anggap tidak adil, pengamal nepotisme dan kronisme sehinggalah ke zaman kini di mana mereka bertindak sebagai pemecah belah umat Islam dengan teori-teori atau dogma-dogma politik mereka dalam mencari kekuasaan.
Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, Al-Fatawa menyatakan Khawarij adalah Firqah Bathil yang pertama muncul dalam Islam.

“Bidaah yang pertama muncul dalam Islam adalah bidaah Khawarij”

Bersambung

Oleh: Kelembai Bukit untuk Perak Today
Baca lagi ....

PAS DAN KHAWARIJ, DI MANA PERSAMAAN, DI MANA KELAINANNYA (BHG 1)

UNGKAPAN Khawarij kembali bergema. Para pengikut PAS mengumpamakan UMNO sebagai sebuah kumpulan Khawarij kerana menentang PAS yang konon-kononnya berperlembagaankan Al-Quran dan Sunnah. Manakala UMNO pula mengumpamakan PAS sebagai Khawarij kerana kecenderungan mereka untuk menentang serta mengusulkan pemberontakan secara senyap dengan menggunakan landasan demokrasi memandangkan UMNO adalah pihak kerajaan, manakala PAS pula menjadi pembangkang.

Ramai yang tidak tahu apa itu KHAWARIJ dan bagaimana sejarah KHAWARIJ serta signifikannya kumpulan ini dalam sejarah ketamadunan Islam.

Secara harfiahnya, KHAWARIJ bermaksud ‘mereka yang terkeluar’. Kali pertama gerakan ini muncul adalah pada penghujung abad ke-7 di kawasan selatan Iraq. Pada mulanya mereka merupakan kelompok orang Islam yang menyokong Syaidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun akhirnya menolak kepimpinan Ali r.a. Khawarij ditanggapi secara berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.

Gerakan khawarij mula berakar umbi setelah pembunuhan Syaidina Uthman bin Affan r.a, khalifah Ar-Rasyidin ketiga. Pembunuhan tersebut mengakibatkan kaum keluarganya dari Bani Umayyah menuntut agar Syaidina Ali bin Abi Talib r.a yang diangkat menjadi khalifah Ar-Rasyidin keempat mengambil tindakan pantas terhadap pembunuh dan ahli-ahli komplot jenayah itu.

Bagaimanapun, Syaidina Ali r.a yang agak sibuk menguruskan negara yang mula berpecah belah angkara Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dan munafik yang menjadi dalang kepada pembunuhan Syaidina Uthman r.a, mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan maslahat berkenaan.

Umat Islam pada waktu itu terpecah akibat tiga bidang iaitu;

(1) Bidang politik
(2) Bidang aqidah
(3) Bidang syariat (penetapan hukum ibadah)

Keadaan semakin tegang apabila Bani Umayyah yang dipimpin oleh Muawiyyah bin Abi Sufyan yang mempunyai pertalian kekerabatan dengan Syaidina Uthman Affan r.a menuntut agar Syaidina Ali r.a mempercepatkan siasatan dan menjatuhkan hukuman untuk keseluruhan ahli keluarga pembunuh khalifah ketiga itu. Syaidina Ali r.a bagaimanapun tidak bersetuju, sebaliknya hanya ingin menghukum si pelaku pembunuhan itu sahaja, bukan keseluruhan keluarga atau puaknya.

Kesempatan itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Khawarij segera berpihak kepada pasukan Syaidina Ali r.a dan mengacum-acum agar berlaku peperangan antara kumpulan Syaidina Ali r.a dengan kumpulan Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a. Ternyata usaha mereka berhasil sehingga tercetusnya dua peperangan iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Taktik khawarij ialah apabila pasukan Syaidina Ali r.a mahupun Muawiyyah bin Abi Sufyan lemah, mereka akan memerangi kedua-duanya dan merampas tampuk pemerintahan.

Sewaktu Perang Siffin, pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan hampir mengalami kekalahan. Lantas mereka segera mengangkat al Quran dalam apa yang dikenali sebagai Tahrim. Syaidina Ali r.a apabila melihat peristiwa tersebut segera mengarahkan pasukannya menghentikan serangan ke atas pasukan Muawiyyah r.a dan memutuskan untuk berdamai. Satu perjanjian dibuat dan atas kebijaksanaan atau lebih tepat lagi, tipu daya Amr Al-As, Syaidina Ali r.a kehilangan jawatan sebaliknya yang naik menjadi khalifah adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan.

Ketika itulah, khawarij keluar daripada menyokong Syaidina Ali r.a. Mereka membuat perancangan untuk membunuh Syaidina Ali r.a, Muawiyyah r.a dan Amr Al-As. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya membunuh Syaidina Ali r.a ketika menantu dan sepupu Nabi s.a.w itu sedang mengimamkan solat.

Itu adalah penglibatan aktif pertama khawarij dalam mengucar-ngacirkan Daulah Islamiyyah yang dibentuk oleh Nabi s.a.w daripada kesepaduan iman, dan kasih sayang antara umat Islam. Khawarij pada ketika itu sering berkumpul di suatu tempat yang disebut Khouro yang terletak di daerah Kufah sekaligus membuatkan mereka juga dikenali sebagai golongan Al-Khoruriyyah. Golongan khawarij bagaimanapun merujuk diri mereka sebagai ahl al-adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Secara umum, antara intipati ajaran utama golongan khawarij adalah;
1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat golongan Muktazilah)
2. Kaum muslimin yang terlibat dalam Perang Jamal iaitu perang antara Syaidatina Aisyah r.a, Thalhah r.a, dan Zubair r.a menentang Ali bin Abi Talib r.a serta orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak semestinya daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak semestinya berketurunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan mana pun boleh menjadi khalifah asalkan mampu memimpin dengan baik.

Khawarij sebenarnya terbahagi kepada 8 firqah besar yang daripada 8 firqah tersebut berpecah kepada beberapa firqah-firqah lain yang lebih kecil. Bagaimanapun, kesemua firqah Khawarij itu berkongsi beberapa persamaan:

(1) Persamaan pandangan tentang kepimpinan. Mereka sepakat bahawa khalifah hendaklah diserahkan secara mutlak kepada rakyat untuk memilihnya dan tidak ada keharusan dari segi kabilah atau keturunan tertentu seperti Quraisy atau keturunan Nabi s.a.w.

(2) Persamaan pandangan tentang aqidah. Mereka berpendapat bahawa perintahperintah agama adalah sebahagian daripada iman, bukan iman secara keseluruhan.

Suatu perkara yang sangat sinonim dengan khawarij ialah kecenderungan mereka untuk mengajak umat mengikut garis pemikiran mereka. Kaum khawarij juga sering menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah. Paling nyata, mereka mudah menghukum seseorang agar kewujudan khawarij kurang ditentang atau dipersoalkan. Mereka juga cenderung dengan amalan takfir iaitu amalan mengkafirkan orang Islam yang lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Dengan menggunakan tafsiran inilah, kaum Khawarij menghalalkan darah Syaidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a untuk dibunuh.

Bersambung…

Terima kasih Perak Today
Baca lagi ....

Apa kata Blogger

  • Benarkah seperti apa yang dikata - Isu hangat ini disiarkan oleh blog TheKedahReport yang dikatakan melibatkan seorang Exco Kedah yang bertandang ke Johor. Selepas itu terdapat komen atau ...
    2 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    7 years ago