Selaku orang Islam, kita harus memahami ikrar syahadah, mengetahui bahawa di antara kandungannya ialah kemestian menegakkan kerajaan Allah di bumi sebagaimana seluruh alam ini wajib patuh kepada undang-undang Allah SWT. Tapi mulakan dengan diri dan keluarga sendiri dulu. Islam dapat diketengahkan hasil lantangnya suara laungan Tun Dr Mahathir. Kita nak kata apapun kepada Tun Dr Mahathir, katalah. TDM tetap dimuliakan oleh dunia Islam yang lain. Islamnya jika dibandingkan dengan Raja Saudi dan lain pemimpin dunia Islam jauh lebih baik. TDM berjaya dari segi ekonomi dan membangunkan negara sehinggakan Karpal Singh yang pemah kata langkah mayatnya dulu jika mahu tubuhkan kerajaan Islam terpaksa berkompromi dengan PAS demi untuk menjatuhkan TDM. Apakah Karpal Singh terpaksa akur kepada hakikat hanya dengan pertolongan umat Islam sendiri saja kerajaan yang ada ini holeh dijatuhkan? Ini kena tanya dengan peguam Anwar Ibrahim yang berjaya mencipta nama dalam dunia perundangan di Malaysia yang telah menukarkan nama Anwar kepada Subramaniam, nama kafir dan Anwar setuju.
Menjadi suatu hikmah yang besar bahawa negara Islam itu tidak akan kita miliki dengan secara hadiah percuma. 13 tahun lamanya Nabi yang ada hubungan dengan Allah melalui malaikat Jibrail memulakan dengan pembentukan golongan yang beriman kepada Islam. Ini dilakukan melalui ilmu dan perjuangan yang membuahkan keimanan.
Islamkan hati kita dulu. Tuhan tengok hati bukan tengok kopiah putih, janggut atau pandai berceramah. Sebab itu orang dulu-dulu dalam hikayat-hikayat Melayu mempersendakan mereka yang pakai kopiah putih tapi bebal, ilmunya tak ada, diibaratkan macam pipit uban yang berkepala putih atau janggut Pak Lebai yang disamakan dengan janggut kambing. Kita jangan lupa Islam yang kita amalkan hari ini adalah Islam yang pada namanya saja Islam kerana ia telah dicacamarbakan, dicampur aduk, di haru birukan macam filem yang kena pirate beberapa kali oleh orang Islam sendiri serta didalangi pula oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari orang-orang kafir dan orang Islam yang hatinya pun macam kafir.
Sebagai seorang umat Islam yang ingin memimpin sebuah negara yang majmuk, yang terdiri dan berbagai keturunan, berbeza adat resam dan kepercayaan dan agama, mereka sepatutnya menekankan peranan Islam dalam kehidupan mereka sebelum para pengikutnya, barulah boleh dijadikan satu unsur yang boleh menarik minat orang yang berlainan agama terhadap lslam. Islam itu tinggi, mulia dan sempuma. Bukan sekadar kopiah, tarbus dan serban sahaja yang tinggi atau suara yang tinggi.
Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad SAW dan kita mempunyai akhlak yang mulia. Kita maju dalam semua bidang terutama perniagaan yang berlandaskan Islam kerana Nabi Muhamad SAW sebelum berpolitik menceburi bidang perniagaan, mengembara dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat. Nabi tidak memperniagakan Islam untuk tujuan politik. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Nabi Muhammad SAW daripada amanah. Baginda mendapat gelaran 'Al-Amin' kerana perilakunya yang sangat mulia, berbudi pekerti indah, tidak pandai berbuat kejahatan apa lagi berbohong atau berdusta. Kerana amanah, kerana akhlak yang mulia, sopan santun dan tinggi budi bahasa selain datang dari keturunan keluarga yang dimuliakan maka apa saja yang baginda sampaikan tentang ajaran Islam yang datangnya dari Allah menerusi Jibrail, diterima oleh bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah-kabilah. Nabi SAW dapat damaikan, dan dalam jangkamasa 23 tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain.
Apakah kemajuan yang telah dibawa oleh PAS sejak ditubuhkan dari tahun 1952 hingga ke hari ini melainkan mahu merebut kuasa pilihan raya?
Pemimpin yang mahukan hudud dilaksanakan masih menyembah raja sebagai contoh, masalah air di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz masuk ke lstana, jumpa Tuanku, minum air secawan dan terus tandatangani perjanjian air tanpa di bawa berunding terlebih dahulu. Pemimpin tak sepatutnya takut dengan raja terutama ulamak. Tok Guru sepatutnya mencontohi Tok Kenali dimana sultan yang datang kepada Tok Kenali dan bukannya Tok Kenali yang datang menghadap sultan.
Biarpun kerajaan Kelantan hari ini dipimpin oleh ulama namun tidak berani berhadapan dengan Sultan yang kekebalannya sudah ditarik balik oleh TDM. Kepincangan ini jelas setelah mereka diberi kuasa memerintah Kelantan.
Negara Islam tidaklah muncul secara spontan. Di mana kewujudannya melalui proses naluri manusia, ia wujud dengan adanya umat yang berani mendokong cita-cita Islam dan ianya mesti dilakukan secara ikhlas seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi menolak tiga "Ta". Yang dimahukan oleh Nabi cuma membimbing manusia dan menyampaikan berita gembira dari Allah yang menjadi Raja Sekelian Alam.
Di antara bukti kesempurnaan Allah ialah betapa sempumanya lslam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW di mana ajarannya mencakupi segala aspek naluri dan kehidupan manusia, di antaranya masyarakat dan negara. Adalah tidak boleh diterima akal kalau Islam yang sempurna dan syumul itu tidak menyatakan kepada penganutnya aspek kenegaraan yang terkandung di dalarn peranan manusia sebagai 'Khalifatullah' seperti diisyaratkan oleh Allah kepada para malaikatnya.
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. AI-Maidah: 8
0 comments:
Post a Comment