ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS IV

Tuesday, December 1, 2009


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.






Ayat 14 Surah at-Taubah


TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Ia akan memuaskan hati orang yang beriman.

Berjihadlah melawan orang-orang UMN0, kerana Allah berjanji menyeksa dan menghina seteru-Nya di Malaysia ini iaitu UMNO.



Ayat 16 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahui-Nya) orang yang berjihad diantara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman?  Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

Pertama, Allah hendak menguji orang-orang PAS adakah mereka benar-benar berjuang Islam.  Kedua, Allah hendak memberitahu bahawa orang yang tidak mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat, maka orang itulah yang benar-benar berjuang Islam dan yang berhak memasuki Syurga Allah nanti, lantaran mereka tidak mengambil orang bukan Islam menjadi teman rapatnya.





Ayat 19 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah?  Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama disisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Orang-orang UMNO berbangga kerana melaluinyalah orang-orang dapat menunaikan haji.  Dalam ayat ini Allah menyatakan ada orang pada zaman dahulu telah memberi minum orang mengerjakan Haji serta membina Masjid al-Haram tetapi mereka tidak berjihad di jalan Allah, lalu Allah menganggap mereka zalim. Oleh yang demikian, mereka yang berjihad dijalan Allah kini ialah orang PAS sebab itu Allah akan memberi petunjuk kepada orang-rang PAS.




Ayat 20 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya disisi Allah (daripada orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya.

Orang-orang PAS akan ditinggikan darjatnya oleh Allah kerana mereka berjihad dijalan Allah.




Ayat 21 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripada-Nya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal

Orang-orang PAS akan diberi keredhaan, rahmat dan Syurga oleh Allah s.w.t. kerana mereka berjihad di jalan Allah




1 comments:

Anonymous said...

Penceramah tazkirah hari jumaat ini 4.12.09, meriwayatkan Rasullulaah Nabi Muhammad mohon doa depan Kaabah agar Hancur kan kaum Quraish dan di bacakan tiga kali.
Sebab ahli kaum Quraish meletakkkan perut unta di atas belakang Nabi ketika sedang sujud.
Ini sindiran pertama.
Kemudian penceramah teruskan menceritakan bahawa Rasul doa Hancur kan ...di sebut dengan nama 6 orang kaum quraish dan penceramah lupa nama ke 7 yang di sebut olih Rasul.
Di sokong olih kitab tafsir dan seerah Nabi.
Itu lah sindiran ke2.
Tapi penceramah sembunyi ilmu dan ini tunjuk kan belia adalah orang PAS.
Apa yang dia sembunyi-- dia tidak mahu ulas bahawa 7 orang yang di di sebut nama olih Rasul adalah KAFIR belum ISLAM dan ta masuk Islam.
Seterus nya penceramah itu meriwayatkan bahawa 7 orang kaum Quraish mati.(saolah nya manusia tak mati).
changkat lobak.
arjuna waspada

Post a Comment

Apa kata Blogger