TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

PAS SEMAKIN MENYIMPANG

Wednesday, December 9, 2009


Sesiapa yang terus mengikuti perkembangan politik PAS pasti akur bahawa makin hari semakin ketara pendekatan PAS menyimpang dari landasan Islam dan mungkir janji.

Kalau sebelum berkuasa memerintah negeri, al-Quran dan al-Hadis disalahgunakan maksud dan pemakaiannya. Cerita yang baik-baik semuanya untuk PAS dan cerita yang buruk daripada al-Quran serta al-Hadis ditujukan kepada orang yang bukan PAS.

PAS menuduh UMNO tidak mahukan Islam atau menentang Islam, sebab itulah maksiat menjadi-jadi dan segala rancangan Islam PAS kononnya ditolak atau ditentang oleh UMNO.

Apabila PAS memerintah Kelantan baharulah segalanya menjadi kenyataan. Perlembagaan negeri yang selama ini dituduh tidak Islamik, sebaliknya terus disokong dan dibuat ikrar dalam dewan negeri Kelantan untuk mempertahankannya selama-lamanya serta dipakai oleh PAS tanpa membuatnya apa-apa perubahan. Kenaikan gaji Ahli-ahli Yang Berhormat juga turut dicadang dan dinaikkan . Kereta-kereta yang lebih mewah dibelikan. Maksiat di bawah pemerintahan PAS masih seperti biasa. Panggung wayang gambar sebagai pusat hiburan dan punca maksiat masih berterusan. Arak masih diberi lesen oleh kerajaan negeri untuk dijual. Perkara kecil-kecilan berupa kewajipan peribadi diperbesarkan bagi menutup kelemahan pemerintahan yang tidak mampu dibuat perubahan.

Banyak salahguna kuasa berlaku sejak pemerintahan PAS di Kelantan, terutama untuk memecat orang walaupun kawan apabila tidak sefahaman. Dari mula PAS berkuasa di Kelantan (1990) pemecatan penghulu, pekerja Majlis Daerah, mubaligh dan imam telah dilakukan.

Dengan itu, teryata bahawa PAS bukanlah parti hendak melaksanakan syariat Islam, tetapi menggunakan kuasa untuk melepaskan dendam. Janji PAS untuk melaksanakan Islam apabila memerintah sudah jelas bohong. Lebih buruk lagi janji PAS hendak memperjuangkan keadilan dapat dinafikan; bermula dengan pecah amanah pemimpin iaitu derma dikutip tiada penyata jelas dinyatakan serta perkampungan-perkampungan yang dibina pengikut menjadi mangsa. Sekarang usaha PAS bukan lagi hendak melaksanakan syariat Islam malah menumpukan seluruh masa untuk kepentingan parti yang sekali gus boleh memberi kekuatan dan kekayaan peribadi pemimpin PAS. Pembangunan Islam dan rakyat turut terabai kerana kepincangan kestabilan politik.

Dari segi perpaduan ummah berasaskan UKHUWAH ISLAMIAH sudah jelas PAS melakukan yang bertentangan dengan lslam. Keadaan pengikut saling benci-membenci apabila berhadapan dengan berlainan parti menjadi realiti.

Pulau memulau di kampung tidak dapat dibendungkan lagi. Sebagai contoh sembahyang Jumaat berasingan di 39 buah kampung di Terengganu sebagai bukti yang realiti dan lain-lain lagi.

Kalaulah di kalangan sesama lslam PAS dengan Sultan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pun sudah tidak mampu disatukan, maka bagaimanakah PAS boleh memimpin parti yang pelbagai bangsa di peringkat negara ?

Ketidak sempurnaan pimpinan dan wadah perjuangan parti PAS jelas ternyata kini, apabila satu demi satu krisis dan kepincangan berlaku dalam pentadbiran negeri Kelantan yang kini berada di bawah pemerintahan parti PAS. Padahal PAS belum sampai ke tahap memerintah negara Malaysia. Daripada senario ini ternyata bahawa perjuangan PAS untuk melaksanakan syariat Islam sudah jauh menyimpang dan apatah lagi dalam meyakinkan kemampuan untuk menyatukan ummah bagi mempertahankan kuasa pohtik ketara gagal.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago