Saya ingin berbalik kepada persoalan tentang kemampuan Nik Aziz untuk memberi fatwa. Adakah beliau menguasai dengan mendalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fatwa dan ijtihad seperti ilmu fiqh, usul al-fiqh, qawa'id al-fiqh, maqaasid al syariah dan seterusnya, yang mana ia dipelajari secara mendalam dalam jurusan Syariah dengan pengkhususan dalam ilmu usul al-fiqh. Menurut al-Syaukani, ilmu usul al-fiqh merupakan tiang seri kepada ijtihad dan menjadi asas untuk tegak segala sendinya. Al-Fakh al-Razi menegaskan: "Sesungguhnya ilmu yang paling penting bagi seseorang yang ingin berijtihad ialah ilmu usul al-fiqh". Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Imam Ghazali: "Sesungguhnya pengetahuan yang paling penting dalam berijtihad mengandungi tiga cabang ilmu, iaitu Hadis, Bahasa Arab, dan usul al-fiqh" (lihat al-Syaukani, Irsyad al-Fuhul). Persoalan pengkhususan tidak boleh dipandang ringan dalam berurusan dengan hukum Allah. Ini kerana terdapat peringatan yang agak berat daripada Rasulullah melalui sebuah Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi fatwa tanpa ilmu yang mencukupi, ia akan dilaknat oleh Malaikat di langit dan di bumi" (Ibnu 'Asakir).
Kenyataan kedua oleh Haji Nik Aziz yang boleh mengelirukan jika tidak diberi penjelasan ialah tentang keharusan berkawan dengan syaitan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam. Ini ialah memandangkan Quran dan Sunnah dengan jelas dan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjadikan syaitan sebagai musuh mereka yang paling utama tanpa sebarang kompromi. Kerana syaitan itu sendiri merupakan punca kejahatan yang tidak boleh diharapkan apa-apa kebaikan daripadanya pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun, seperti yang ditegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya laknat itu tetap menimpamu (iblis) sampai hari kiamat" (Thoha. 35). Menurut Ibnu al-Qayyim: "Sesiapa yang meneliti Quran dan Sunnah akan mendapati kedua-duanya memberi penekanan yang lebih banyak dalam memperingatkan manusia tentang tipu helah syaitan dan keperluan memeranginya, berbanding dengan peringatan tentang bahaya nafsu" (Ighathah al-Lahfan, jld. 1). Ibnu Kathir, ketika mengulas ayat yang memerintahkan umat Islam berbuat baik terhadap manusia yang bermusuh dengan mereka (Fushshilat: 34), beliau menyatakan: "Allah memerintahkan umat Islam supaya berdamai dengan musuh yang terdiri daripada manusia serta berbuat baik kepada mereka; supaya dengan itu permusuhan dapat dijernihkan disebabkan terdapat asas kebaikan dalam diri setiap manusia. Tetapi Allah memerintahkan supaya mereka memohon perlindungan daripada syaitan, kerana permusuhannya dengan manusia bersifat total dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk berdamai dan berbaik-baik lagi. Ini ialah memandangkan seluruh usaha syaitan ditumpukkan untuk membinasakan anak Adam disebabkan permusuhan yang sangat ketat antaranya dengan bapa mereka Adam sebelum ini" (Tafsir al-Quran al-'Azim, jld. 1).
Apa yang disebutkan oleh Ibnu Kathir ini dapat disaksikan dalam banyak ayat Quran, antaranya firman yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh; kerana sesungguhnya syaitan itu hanya menyeru puaknya supaya mereka menjadi penghulu neraka sa'ir" (Faathir: 6). Menurut AI-Quran, hanya orang yang tidak beriman sahaja yang menjadikan syaitan sebagai pembantunya, seperti yang dinyatakan dalam surah al-A'raaf ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu sebagai pembantu-pembantu kepada orang-orang yang tidak beriman". AI-Quran seterusnya menegaskan bahawa orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai kawan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerugian di dunia dan di akhirat: "Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai penolong selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Maksud ayat 119 surah Annisaa').
Jadi persoalan syaitan sebagai musuh utama umat Islam dan tidak boleh dijadikan kawan atau pembantu dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam adalah merupakan perkara yang qat'ei (tidak terdapat perbezaan pandangan atau tafsiran mengenainya). la termasuk dalam hukum yang dikategorikan oleh ulama sebagai "al-ma'lum min al-din bi al-dharurah" (hukum yang diijmak oleh ulama dan dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu kajian yang mendalam). Hukum seperti ini tidak boleh dipermainkan; kerana mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu sebarang bentuk kenyataan yang boleh menampakkan percanggahan dengan keterangan Quran yang jelas dan qatei ini boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan orang ramai, memandangkan ia menyentuh persoalan akidah yang tidak boleh ada sebarang ijtihad lagi mengenainya.
Mudah-mudahan dengan penjelasan ini saya berharap telah dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Bagi pihak orang ramai pula, mereka berpeluang meneliti manakah pandangan yang benar dan menyakinkan untuk dijadikan pegangan dan amalan, yang mana mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak terhadap pegangan tersebut secara bersendirian - bukan secara berparti. Wallahu A'Iam.
Wan Zahidi Wan Teh
Rakan Blogger
- Abe MIE terjah
- Al Muslim
- Anak Merdeka
- Another Brick in the Wall
- Anwar Ibrahim DotCom
- Apa Kata AloqSetaq
- Bahagian Kuala Kedah
- Cakcibo
- Dare To Change
- Dari Chedet
- Datuk Mukhriz
- Dedah di Kedah
- Depa Kata
- Duke Of UMNO
- House of PK
- Jejak Dr Mahathir
- Kedah Times
- Kelab Chedet
- Kelab Maya TDM
- Kembara Politik
- Khir Toyo
- Komuniti WebKL
- Kuda Kepang Dato' Rohanie
- Mayang Perapu
- Minaq Jinggo
- Minda Islami: Gerbang Maklumat Politik, Ekonomi, Sosial dan Agama
- My Longest Yard
- Oh Politik
- Pakatan Malaysia
- Parlimen Jerlun
- Pelantaq Hujah
- Penulisan Seorang Puteri
- Pusaka Ayahanda
- Suara Melayu Baru
- Surat Dalam Botol
- Sutra Dari Kedah
- Tempua
- The Dark Side
- The Scribe A Kadir Jasin
- The Sense, Credibility and Accountability
- The “thirteen million plus Ringgit” guy
- Thoughts in Tangents
- Tun Teja
- Tunku Aisha
- Waadat
- Wan Azmi Sik
- Yang Gambi
TemplateGoal
Mutakhir
KEMAMPUAN NIK AZIZ MEMBERI FATWA
Tuesday, August 18, 2009Posted by Raja Bersiung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa kata Blogger
-
-
Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...14 years ago
0 comments:
Post a Comment