Nik Aziz Kata Ahli Umno Tak Akan Masuk Syurga

Tuesday, August 18, 2009

BUKIT MERTAJAM, 17 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini Isnin selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.

Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. -- BERNAMA


Di Dunia kita ada beberapa perhubungan. Pertamanya perhubungan Manusia dengan Tuhannya. Jika kita melakukan kesalahan atau doa, maka kita boleh memohon bila-bila masa sahaja kemapunan dari Nya.

Kedua, ialah perhubungan sesama mahkluk terutama manusia. Jika kita melakukan kesalahan kepada sesama makhluk, maka kita diminta memohon maaf dari makhluk yang mana kita berlaku salah kepadanya.

Tetapi nampaknya Nik Aziz dah hilang perhubungan kedua tersebut.

Pas membawa ajaran kebencian sesama Umat

UMNO membawa ajaran menyatukan umat.

Syurga Neraka adalah milik Allah, dia yang menentukan sesiapa yang layak masuk syurga atau neraka ... bukan Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Umat Islam terutamanya yang bergelar pendakwah perlu sentiasa menjaga akhlak dan percakapan agar apa yang dipertuturkan itu tidak melampaui batas kewajaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Datuk Jamil Khir Baharom.

Katanya sejauh mana seseorang itu mengaku dirinya sebagai arif dalam hukum Islam, dia tetap manusia biasa dan ada batas dan hukum yang perlu dijaga.

"Allah mengingatkan kita (dalam menyampaikan sesuatu) supaya jangan menggelarkan sesuatu yang tak baik pada orang lain, dan sentiasa menjaga keharmonian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program televisyen Tijarah Ramadan di sini Isnin.

Oleh itu amat penting bagi seseorang pendakwah yang bertanggungjawab menyebarkan perkara kebaikan untuk menjaga akhlak dan percakapan supaya tidak melampaui batas kewajaran.

"Walaupun berbeza parti, asalkan dia hamba Allah ada akhlak dan tatasusila yang perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir hari ini.

-- BERNAMA

"Salam ini bukan antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dengan Pusat, tak timbul masalah UMNO, pergi jahanamlah UMNO.” Ini petikan kenyataan Nik Aziz yang disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini.

Apakah mungkin Utusan Malaysia sengaja “memutarbelitkan” dan tidak mungkin seorang yang digelar Tok Guru oleh Pas mengeluarkan kenyataan, “pergi jahanamlah UMNO”.

Dalam blog pro Pas, tidak pula disebut kenyataan Nik Aziz ini, yang ditulis oleh tukang-tukang sorak dalam blog pro Pas adalah benda-benda lain. “Seburuk-buruk” ahli UMNO, mereka belum pernah menggunakan, “Pergi jahanamlah Pas.”

Kalau ada tentu surat khabar Pas dan blog pro Pas sudah melaporkan.

Barangkali ahli-ahli UMNO termasuk pemimpin UMNO tidak cukup ilmu agama yang membolehkan mereka mengeluarkan kenyataan begitu.

Daripada berita Utusan Malaysia hari ini, apa yang dapat pelajari adalah bukan semua orang boleh berkata, “pergi jahanam” yang sama ertinya dengan “pergi mampus”. Orang yang berkata demikian mesti mempunyai ilmu agama yang tinggi kerana itulah lesen untuk menghina atau mempersendakan orang lain.

Sebab itu kadang-kadang kita macam tidak percaya apabila disindir atau dipersenda oleh kalangan yang “arif agama” dan berilmu tinggi dalam agama. Orang yang tak berilmu tinggi kena menerima hakikat ini bahawa itulah lesen mereka(yang bergelar ilmu tinggi) untuk berkata atau menulis apa saja.

Mulai hari ini kita semua yang kurang arif bab agama, tak belajar tinggi ilmu agama jangan berasa kecil hati apabila dihina kerana mereka yang berilmu agama tinggi boleh menghina. Jangan sama sekali mempertikaikan kerana apa yang mereka tulis atau katakan itu lahir dari ketinggian ilmu mereka.

Nik Aziz sebagai pemimpin utama Kelantan sepatutnya telah memberikan satu teladan yang baik kepada orang yang dipimpinnya dan rakyat jelata Kelantan. Kalau ada orang Kelantan bersikap seperti Nik Aziz itu adalah keberkesanan “kepimpinan melalui teladan” atau "kepimpinan Ularmak".

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger