Keegoan Pemimpin PAS

Friday, October 28, 2011

Sepatutnya kerajaan PAS Kelantan telah lama menubuhkan tribunal atau badan Hisbah bagi menyiasat harta-harta yang diperoleh oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan sebagai menunaikan janji-janji pilihanraya.

Mengikut Utusan Malaysia 19.01.1998 PAS membatalkan cadangan untuk mewujudkan sebuah badan yang dinamakan "Hisbah'. Menteri Besar Kelantan pernah mengumumkan bahawa tribunal itu tidak perlu ditubuhkan, sudah memadai dengan usrah-usrah dan kuliah-kuliah yang dijalankan oleh parti PAS.

Jawapan yang seperti itu adalah melambangkan sifat 'ujub (rasa hairan dan megah kepada diri sendiri) yang sepatutnya tidak berada pada diri manusia yang sangat-sangat lemah ini, lebih-lebih lagi pada diri mereka yang mengaku dirinya tok guru, kerana dalam realiti ternyata bahawa generasi Islam yang berada di sekeliling pinggang Nabi Muhammad s.a.w dulu, yang telah ditarbiahkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri pun terbukti ada yang menjadi munafik, syirik dan murtad.

Tidakkah sewaktu Tuan Guru mengajar sejarah Saidina Umar r.a kepada orangramai di Masjid Pulau Melaka dulu, Tuan Guru ada mengatakan: bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah memanggil pegawainya untuk dibuat pemeriksaan dan penyiasatan disebabkan pegawainya sering menukar pakaian harian dengan pakaian yang baru. Umar ingin mengurangkan gaji pegawainya jikalau terbukti pegawainya berlebihan wang gaji.

Apa yang berlaku dalam kerajaan PAS di Kelantan bukan hanya menukar baju baru, malah ada yang sering menukar kereta, menukar rumah dan lain-lain lagi. Berapa kalikah wakil-wakil rakyat atau pembesar-pembesar negeri Kelantan telah dipanggil oleh Tuan Guru untuk mengistiharkan harta masing-masing dan tidakkah Tuan Guru nampak kemewahan mereka sekarang ini?

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger