Penyelewengan PAS terhadap Islam IV - Akhlak

Sunday, October 18, 2009

Penyelewengan Akhlak

1.      DUSTA PERMAINAN PAS


PAS banyak melakukan dusta, menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada pengikutnya.

"PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam. PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan. Orang Islam pilih hizbus syaitan, tidak pilih hizbullah".  Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Haji Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Ktiala Terengganu pada 13 November 1983.

2.   MAKI HAMUN AMALAN PAS

Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO, kata-kata kesat dan maki hamun. Pernah Presiden Parti itu, menghina keluarga YAB Timbalan Perdana Menteri dengan berkata "Badawi di negara Arab menjaga unta, tapi Badawi di Malaysia menjaga babi".  Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah di dalam ucapan para pemimpin PAS.


Di dalam semua ceramah politik PAS, kerja penceramah ialah menceritakan keburukan orang lain. Orang PAS dianggap bersih dan disukai Allah, tetapi amat hina dan buruk ahli-ahli UMNO.

3.   FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS

PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO.  Antaranya, Perdana Menteri tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji lebih kurang setahun yang lalu.  PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya Perdana Menteri jatuh kuda di Argentina dan mati.  Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.

4.   BENCI MEMBENCI AJARAN PAS

PAS menggunakan pendekatan membenci UMNO dan pimpinan-pimpinan kerajaan, BN dari peringkat anak-anak (di TASKI atau PASTI) hinggalah kepada segala pentas ceramah umum mereka.  Dengan itu PAS berjaya membentuk penyokong-penyokong mereka yang bersifat keras, bengis dan tidak berakhlak mengikut akhlak Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

5.   ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS

     Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut.  Semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku bernama "Shit". Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang beriman (Lihat lampiran). Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

"Novel Shit karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat diberi gambaran perkembangan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera". kata Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar, Kedah.

"Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam," kata Nik Aziz di Kota Bharu Kelantan.

Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi "membutakan mata" pengundi-pengundi hantu dalam pilihan raya nanti. Doa ini berbunyi "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger