Ciri-Ciri Pendokong Jemaah Islamiah

Monday, October 26, 2009

Ciri-ciri Pendokong Jemaah Islamiah



1.     Pendokong Jemaah Islamiah pula jumlahnya sedikit. Ia menepati apa yang disebut oleh Allah didalam Al Quran sebagaimana FirmanNya bermaksud:

"Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih". (Surah Saba' ayat 13)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Hai Nabi, kobarkanlah (perangsangkanlah) para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti. (maksudnya: mereka tidak mengerti bahawa perang itu haruslah untuk membela keyakinan dan mentaati perintah Allah. Mereka berperang hanya semata-mata mempertahankan tradisi jahiliyyah dan maksud-maksud duniawiyah lainnya)." (surah Al-Anfal ayat 65)

Yang dimaksudkan dengan jumlah sedikit dan 20 nisbah 200 dan 100 nisbah 1000 musuh itu ialah orang yang bertakwa, dinilai daripada segi kualiti iman dan takwa bukan dari segi tenaga fizikalnya.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:

"Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (ayat 249 surah al-Baqarah)

Jumlah yang sedikit itu juga terdiri daripada pelbagai profession. Ada golongan petani, pelajar, pensyarah, ahli perniagaan, orang miskin, orang kaya, berpendidikan agama, perpendidikan sains, ahli politik,  pegawai kerajaan, polis, tentera dan lain-lain. Tetapi semua professionalisme mereka digunakan untuk memajukan Islam dan bukan digunakan untuk mencari keuntungan peribadi.

2.     Pendukung Jemaah Islamiah berada di serata pelosok bumi. Walaupun antara mereka tidak kenal mengenal satu sama lain disebabkan tinggal berjauhan dan tidak pernah berjumpa, tetapi sikap tindak tanduk, minda dan juga akhlak mereka sama iaitu ingin memajukan Islam. Seolah-olah mereka itu datang daripada satu keluarga.

Gambaran sedemikian telah digambarkan oleh Saidina Ali krw. Katanya:
Allah mengumpul dan melengkapkan pilihan para sahabat Rasulullah SAW untuk peperangan Badar sebanyak bilangan tentera Tholut, iaitu 313 lelaki. Sifat-sifat mereka itu pula ibarat singa yang baru keluar dari hutan. Hati-hati mereka bagai kepingan besi (cekal). Jikalau mereka ingin untuk mengubah bukit, nescaya mereka dapat mengubahnya dari tempat asal (kerana kuat azam dan cita-cita mereka). Gaya mereka adalah sama, begitu juga dengan bentuk pakaian seragam mereka, mereka juga kelihatan seolah-olah datang daripada satu keturunan, (kerana hubungan kasih sayang dan ukhuwah mereka rapat)." (Daripada kitab Aqdud Durar Akhbar al-Muntazar).

3.     Ikatan ukhuwah antara para pengikut jemaah itu ibarat batu bata yang tersusun rapi.  Ia juga boleh diibaratkan sebagai satu tubuh badan , mana-mana satu anggota yang sakit maka anggota yang lain akan terasa sakit juga. Sifat itu seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sikap orang mukmin sesama mukmin yang lain ibarat batu bata pada sebuah bangunan. Satu sama lain kuat-menguat dan sokong menyokong". (Riwayat Muslim)

4.     Mereka menjadi singa pada siang hari (hebat dan kuat berjuang) dan menjadi 'abid pada malam hari (bangun beribadah malam dan bermunajat dengan Allah).

5.     Tidak terlibat dengan riba, maksiat dan sistem hidup orang lain, juga tidak bergantung hidup kepada yang lain selain daripada Jemaah Islamiah kerana mereka mempunyai sistem hidup dalam Jemaahnya sendiri dan kehidupan harian mereka dijamin oleh Jemaah yang menyediakan pelbagai projek kemajuan bagi menampung keperluan harian mereka.

6.     Pendukung Jemaah Islamiah bukan hanya didedahkan tentang hukum Allah dari segi persoalan jinayat, hudud atau yang ada hubungan dengan negara semata-mata. Malah hukum-hukum lain yang berhubungan dengan diri, keluarga, masyarakat, pekerjaan, pendidikan, pertanian, perubatan dan sebagainya. Bahkan mereka berusaha ke arah untuk menegakkannya.

7.     Pendokong Jemaah, cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At-Taubah ayat 24)

8.     Tidak sombong kerana pengikut ramai, sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 25 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak(megah) kerana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.

Dalam peperangan Hunain, tentera Islam telah diserang hendap sehingga banyak diantara mereka yang telah bertempiaran lari (padahal pada permulaan perang mereka berasa megah dengan ahli perang yang ramai) kecuali Rasulullah SAW; dan sebilangan kecil sahabat-sahabat baginda yang bertahan menentang musuh dengan gagahnya. Setelah orang-orang Islam yang bertempiaran lari itu mendengar seruan Rasulullah SAW memberi semangat, kembalilah mereka beramai-ramai, yang pada peringkat akhirnya tentera Islam berjaya menghancurkan musuhnya.

9.     Tidak tamak kepada kemewahan dan harta benda dunia sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 249 yang bermaksud :

"Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutKu. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutKu." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger