TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI - BILA MAHU HENTIKAN?

Saturday, October 3, 2009


Berbalik kepada hukum mencarut, memaki dan menggunakan kata-kata yang keji, pertamanya kita perlu merujuk kepada Quran sebagai sumber hukum Islam yang paling utama.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 197 Allah berfirman (maksudnya):

"Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasik (fusuk), dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji".

Terdapat beberapa pengertian mengenai makna "rafath". Menurut Ibnu Umar, "Rafath ialah bersetubuh dan bercakap mengenainya". Ata' Bin Abi Rabah berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh dan mengucapkan kata-kata lucah. Hukumnya adalah haram". Mengenai perkataan "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat". Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji" (Ibnu Kathir, Tasfir al Quran al-Azim).

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut:

"Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".

Memulakan perbincangannya beliau menyebut:  "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.

Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban);

"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

"Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).

Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:

"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".

Setelah menyebut Hadis-Hadis diatas, Imam Ghazali mengulas : "Itulah Hadis-Hadis yang mencela percakapan yang keji (alfuhsy).

Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya; sebahagiannya lebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adat sesebuah negeri" (Lihat al- Gha'zali, al- Ehya, jld. 3).

Jadi bila Nik Aziz dan pengikut seangkatan dengannya nak berhenti dari melakukan perkara-perkara sebegini?

Dan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya juga bila lagi nak bertaubat? Lidah anda semua sudah keras untuk bercakap tentang kebenaran; mungkin juga sumpahan dari mangsa-mangsa Awar sendiri?

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago