TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Penyelewengan PAS terhadap Islam III - Syariat

Sunday, October 18, 2009


Penyelewengan Syariat


1.     HUKUM MENGIKUT RASA


PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.  Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999). Sekarang kita lihat PAS begitu intim dengan DAP dan sanggup mengeluarkan fatwa mengiyakan segala perbuatan DAP yang menyimpang dari Islam

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.
        
       Nampaknya macam PAS bercakap mengenai dirinya sekarang ini !


2.     PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat se kampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3.     MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4.   MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.


Amat sedih bila PAS tidak pernah mengiktiraf pemimpin-pemimpin UMNO yang membentuk atau mempelopori program-program ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

5.   AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati  syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999). Dan sekrang PAS menggunakan perkara yang sama iaitu PAS untuk Semua dalam Pakatan Rakyat.

6.   PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.  PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah.  Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas.  Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7.   DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad". Tidak pernah ada pembentang jumlah kutipan derma dalam setiap ceramah. 

8.   PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

9.      PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.


Kata-kata Nizar dalam DUN Perak menguatkan lagi penipuan PAS ini. Beliau telah mengatakan yang tiada dalam mana-mana memo, skrip atau tulisan yang mengatakan PAS ingin menubuhkan negara Islam.

10. BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini "Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit KulimMarang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).


Maka sebab itulah ditubuhkan pasukan Amal yang kerjanya membuat huru-hara dan bergaduh.

11.  MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri. 


Dalam kes di Kedah, Haji Hadi mengatakan yang hudud akan dilaksanakan tetapi sebaliknya Azizan mengatakan tidak.  Benarlah PAS hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa.

12.  PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif dan Pakata Rakyat. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.


Hari ini PAS sudah melanggari kata-katanya. Wanita sudah boleh bertanding. Wanita sudah boleh keluar rumah malam-malam untuk majlis-majlis rasmi. 


Dulu tidak boleh Sekarang Boleh. Hukum PAS berubah-rubah

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago