Parti PAS menganggap orang yang menentangnya atau orang yang tidak melaksanakan Islam sebagai kafir. Untuk ini sila lihat maksud ayat al-Quran yang berikut:
" Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman ", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keislaman kamu dengan memberi salam atau mengucap Kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan. " (ayat 94 Surah an-Nisa )
Adapun sebab-sebab turun ayat ini ialah: Pada suatu ketika di zaman Nabi Muhammad s.a.w dalam suatu peperangan, apabila seorang kafir terasa dirinya akan kalah, terus dia mengucap dua kalimah syahadah, tetapi orang Islam yang sedang memeranginya itu terus membunuh orang yang baru selesai bersyahadah dengan beranggapan dia bersyahadah secara berpura-pura. Melalui ayat ini jelaslah bahawa perbuatan menghukum seseorang itu kafir secara tidak wajar adalah salah. Apa yang berlaku sekarang ini orang PAS menghukum kafir kepada orang UMNO sedangkan orang UMNO telah bersyahadah dan telah pun melaksanakan rukun-rukun Islam yang lain.
0 comments:
Post a Comment