TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Kegiatan yang Berbahaya

Monday, November 16, 2009


Kegiatan yang diasaskan atas nama lslam tulen, walaupun tidak boleh diterima oleh akal manusia, atau akal manusia menghukum berbahaya, maka Islam menganggap tidak berbahaya dan mesti diteruskan. Apa yang berlaku dalam organisasi PAS ialah pemusatan fikrah pemimpin PAS bukan ke arah Islam tulen, bahkan menuju ke arah memaju dan mencari kepentingan politik PAS, serentak mencari sesuatu demi kepuasan pemimpinnya bukannya kerana memenuhi tuntutan Allah. Sebagai contoh, di bawah ini disenaraikan beberapa kegiatan yang dianggap berbahaya:

1. Suatu ketika dulu ada seorang hamba Allah yang bergelar "Tok Wali Hasan"; beliau tidak mempunyai ilmu Islam yang banyak (kini sudah meninggal dunia). Beliau secara terus terang telah menuduh orang-orang UMNO kafir, segala sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Selepas fatwa tersebut dikeluarkan kita dapati banyak suami isteri yang telah bercerai, masjid berasingan, kubur berasingan, bernikah 2 kali, anak dan ibu bapa sudah tidak berpemergian, pulau-memulau, sembelihan korban berasingan dan lain-lain lagi. Fatwa tersebut telah direstui oleh pemimpin PAS, sebagai bukti kita dapati bahawa selepas itu Tok Wali Hasan telah dipilih menjadi calon PAS melawan Tengku Razaleigh di Parlimen Ulu Kelantan (ketika itu mewakili UMNO). Sehingga sekarang peminipin PAS belum membatalkan fatwa tersebut.

2. Ayat ini telah disebut sendiri oleh mulut Ustaz Nik Ab. Aziz semasa beliau mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan : "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid". Kaset ucapannya itu tidak diizinkan diedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semata-mata.

3. Sewaktu Omar Khalid terlibat secara langsung dalam kegiatan apa yang disebut "Jundullah" yang berakhir dengan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penglibatannya memang mendapat restu daripada pimpinan PAS. Sebagai bukti kebanyakan usrah, tamrin, kiamullail ke arah ekstrim, kursus-kursus dan sebagainya telah dihadiri oleh kebanyakan, pemimpin besar PAS. Dan apabila sesetengah pihak daripada kalangan PAS mempertikaikan kegiatan tersebut maka berkatalah kepimpinan PAS. "Apa salahnya mereka itu orang-orang yang berani". Kalau yang penakut diam-diam sajalah.

4. Segala keputusan dan resolusi hasil daripada beberapa ijtimak PAS telah memberi keyakinan kepada ahli-ahh ijtimak PAS bahawa UMNO adalah kafir, sesiapa yang menentang UMNO ia tetap mendapat balasan Syurga, nyawa dan harta UMNO adalah halal disisi lslam. Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS diarah menikah pasangan yang telah dinikahi oleh Imam UMNO dan sekirannya wali si perempuan itu terdiri daripada penyokong UMNO maka mereka terpaksa mencari pemimpin PAS yang lebih tinggi untuk menjadi "Wali Hakim".

5. Setiap pemimpin besar PAS mempunyai pengawal peribadinya sendiri. Pengawal peribadi ini diasuh dan diberi kursus untuk mempertahankan pemimpin PAS walaupun terpaksa mati. Seandainya mati kerana mempertahankan pemimpn PAS maka pengawal itu dianggap mati syahid, mereka diberi hujah ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi bagi memberi keyakinan kepada pengawal bahawa arahan tersebut adalah arahan Islam (baca tulisan seterusnya nanti, akan disenaraikan ayat-ayat yang menjadi rujukan mereka).

6. PAS telah membentuk Pengawal keselamatannya sendiri, mereka diberi latihan yang yang sesuai. Sebelum sesuatu majlis yang mungkin dihadiri oleh orang ramai maka pemimpin PAS akan memberi arahan agar pengawal-pengawal keselamatan PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan hatta terpaksa bertumpah darah sekalipun. Sebelum pengawal keselamatan PAS memulakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang memberi perangsang kepada pengawal untuk berlawan, mereka membaca ayat-ayat mengenai orang-orang Mukmim pada zaman Nabi yang melawan Para kafir dahulu, guna memberi semangat jihad kepada pengawal PAS agar jangan takut menghadapi UMNO bahkan melawan polis dan tentera sekalipun. Sebab itu, kita dapati di segenap pelosok kawasan ceramah PAS dipenuhi oleh pengawal keselamatan PAS. Antara pasukan pengawal PAS ini ada yang telah terbunuh di medan "Memali" dan masih ramai lagi yang masih hidup sedang bersiap sedia untuk mati syahid bagi melawan UMNO.

7. PAS mempunyai pasukan penggempur semangat dan pengganggu ceramah UMNO. Tugas penggempur ialah menghadiri mana-mana majlis ceramah PAS yang dianggap strategik walaupun terpaksa meninggal kerja harian, adapun tugas pengganggu pula ialah melakukan apa sahaja asalkan ceramah atau kerja-kerja UMNO tidak sampai kepada matlamat. Sebagai contoh kita dapati malam forum "Hukum Hudud" anjuran PAS di Balai Islam Kelantan yang oleh Prof. Dr Mahmood Zuhdi, beliau telah diganggu gugat sehingga tidak dapat meneruskan ucapannya. Hal ini terjadi disebabkan ada kata-kata Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak sesuai dengan pemikiran orang-orang PAS, sedangkan kita dapati ucapan beliau benar-benar menepati kehendak Islam.

8. Pemimpin PAS memberi kesedaran kepada penyokong-penyokongnya agar mendahului kegiatan parti PAS daripada kegiatan harian sendiri, termasuk untuk anak isteri masing-masing. Sebab itu, kita dapati bahawa penyokong PAS boleh hadir ke majlis ceramah ditempat-tempat yang jauh walaupun terpaksa membayar tambang atau menyewa kenderaan. Kadang-kadang kita dapati di antara para penyokong PAS yang hadir itu ialah mereka yang kurang berada sehingga hendak memberi belanja anak sekolah masing-masing pun tak cukup, tetapi mereka rela berkorban kepada parti PAS daripada keluarga sendiri. Ada yang terpaksa meninggalkan isteri yang sedang sakit untuk bersalin, kerana sanggup hadir berceramah atau bermuktamar PAS semasa gawat tersebut (diceritakan oleh bekas ahli PAS sendiri dari pengalamannya sendiri). Yang lebih menyayatkan lagi pernah dia meninggalkan anaknya yang sedang nazak kerana berceramah PAS, yang berkesudahan anaknya itu telah meninggal dunia pada malam itu juga.

9. Orang PAS menganggap orang-orang UMNO adalah lebih kotor daripada orang bukan Islam yang asli, sebab itu pemimpinnya mengarah agar jangan bermuamalat seperti berjual-beli dengan orang-orang UMNO, bahkan orang-orang PAS lebih suka membeli-belah di kedai orang bukan Islam jikalau tidak ada kedai orang-orang kita (PAS). Segala arahan PAS disertai dengan hujah syarak yang didapati melalui al-Quran tentang orang-orang kafir pada zaman Nabi s. a. w. dulu. Semua ayat al-Quran dan al-Hadis yang memberi gambaran sifat-sifat kafir, syirik, murtad, zalim dan fasik semuanya menjadi sasaran untuk puak-puak UMNO. Manakala ayat-ayat yang memberi gambaran orang baik-baik seperti para Anbia', para Aulia', para Solihin, para Mujtahidin, Siddiqin dan Muhsinin adalah kepunyaan orang-orang PAS.

10. Ustaz Omar Khalid pernah menerima arahan daripada kepimpinan PAS Terengganu supaya memberitahu penyokong-penyokong PAS jangan memberi zakat fitrah kepada 'amil yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional, penyokong-penyokong PAS wajib memberi zakat fitrah kepada 'amil yang dilantik oleh parti PAS di daerah masing-masing. Zakat yang dikeluarkan kepada 'amil kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sah. Arahan ini telah dia laksanakan sepenuhnya di dalam daerah Besut, Terengganu. Namanya dan juga pemimpin PAS yang lain ada tercatat dalam laporan kertas putih kerajaan Malaysia pada ketika itu. Apa yang mendukacitakan setelah kutipan zakat fitrah yang berpuluh-puluh ribu itu dipungut daripada penyokong PAS maka wang itu dipergunakan untuk kepentingan pemimpin PAS bahkan ada pemimpin PAS yang memiliki kereta mewah pada ketika itu (1970), pada hal mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan kurang berada pula. Perkara yang seperti ini pernah ditimbulkan dalam Mesyuarat Agung Parti PAS Besut oleh ahli-ahli yang hadir, tetapi telah ditutup rapat oleh pemimpin PAS Besut. Kenyataan ini boleh dirujuk pada bila-bila masa jua kerana kebanyakan ahlinya ada yang masih hidup lagi.

Demikianlah antara lain kegiatan parti PAS yang dianggap berbahaya, yang perlu dibendung segera agar ia tidak menular kepada anggota masyarakat seluruhnya. Musibah yang seperti ini jikalau tidak ditangani dengan bijaksana ia akan menjadi lebih buruk dan lebih besar lagi, di kala itu alangkah sukar untuk membendungnya. Apa yang membimbangkan mungkin pada suatu masa nanti nyawa manusia yang tak berdosa akan terkorban hasil daripada fatwa karut pemimpin PAS.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago