TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Kes Mat Sabu

Saturday, November 14, 2009


Apa yang diperkatakan bahawa pemimpin PAS seolah-olah pelakon filem yang sedang beraksi mencari pengaruh, kini menjadi kenyataan.

Sebagai contoh didalam kes khalwat Mat Sabu - Norma misalnya. Walau dalam apa jua bentuk sekali pun apabila lelaki dan perempuan yang tidak muhrim berdua-duaan di dalam sebuah bilik tanpa mahramnya atau tidak kerana darurat, Islam tetap menghukumnya salah. Mahkamah Syariah Kelantan telah menghukum tidak bersalah adalah disebabkan fakta-fakta perundangan yang tidak cukup untuk dihukum bersalah, kerana perbicaraan tersebut melalui proses undang-undang dunia, sedangkan Mat Sabu tidak boleh terlepas daripada dosa terhadap Allah s.wt. Yang anehnya dalam kes tersebut, YA.B. Dato' Nik Ab. Aziz telah hilang pedoman dan melakukan kesilapan besar terhadap Islam yang dipelajari dan diajarinya.

Atas dasar hukum Islam manakah yang menyebabkan beliau memberi kenyataan kepada pemberita di hari penangkapan bahawa: "Mat Sabu diperangkap" sedangkan pada masa itu beliau belum membuat siasatan rapi, sepatutnya seorang Tok Guru tidak boleh meletakkan politik lebih atas daripada hukum Islam.

Adakah Islam mengharuskan wanita yang ajnabi berdua-duaan di dalam satu bilik ?

Mereka berdua-duaan di dalam bilik Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan sehingga sempat pegawai pencegah maksiat dan pemberita datang.

Sepatutnya dalam kes ini, Dato' Nik Ab.Aziz merujuk kepada peristiwa yang berlaku kepada Siti 'Aisyah isteri Rasulullah, bagaimana cara Rasulullah s.a.w. menyelesaikan kes tersebut sewaktu Saidatina 'Aisyah r. a. difitnah berkhalwat dengan Safuan bin Muatal dulu. Sebelum Nabi memanggil isterinya maka baginda tidak melabel terlalu awal dengan mengatakan bahawa isteri baginda telah diperangkap atau isterinya seorang yang baik-baik, pada hal jikalau Rasulullah hendak membela isterinya pun memang layak kerana isteri Nabi memang orang baik-baik dan telah diakui Allah s.w.t masuk Syurga pula.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago