TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

Si Kitol & Raja Mendeliar I

Sunday, August 13, 2006

Jika orang Melayu dan ahli UMNO masih sangsi dengan kerisauan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedaulatan negara yang dinodai oleh kuasa asing terutamanya Sinagpura, mereka harus kenal beberapa individu yang menjadi dalang.

Banyak telah diperkatakan mengenai Datuk Kalimullah Hassan yang menjadi spin-doctor Pak lah. Hampir semua yang mengambil tahu sedar mengenai latarbelakangnya, terutama hakikat beliau gagal pada tahun 1988 menjadi setiausaha akhbar kepada Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan itu adalah kerana beliau dianggap "security risk" (ancaman keselamatan) oleh bahagian perisikan Malaysia.

Selepas itu beliau hilang dari pandangan umum dan muncul kembali beberapa tahun kemudian sebagai juruperunding media untuk Singapore Press Holdings dan beroperasi di Kuala Lumpur bagi akhbar Singapore Straits Times.

Biro-biro Singapore Straits Times di luar negara beroperasi sebagai "front' ataupun topeng untuk agen-agen ISB Singapura (Internal Security Department of Singapore) untuk beroperasi.

Mereka ini, menerusi Kalimullah, telah berjaya semasa itu menembusi UMNO dan telah mengumpul pelbagai rahsia dalaman parti dan juga mengenai pemimpin-pemimpin parti.

Salah satu rahsia yang berjaya dikumpul oleh Kalimullah dan agen Singapura ialah mengenai kegemaran seks luar tabii Anwar Ibrahim. Namun mereka tidak menyebarkan maklumat tersebut malahan terus berusaha merapatkan diri dengan Anwar.

Strategi mereka adalah mudah - biarkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan ketika itu, menggunakan semua maklumat tersebut untuk memeras ugut Anwar.

Tetapi perancangan Singapura gagal kerana Dr. Mahathir mendapat tahu mengenai kelemahan moral Anwar dan mengambil tindakan memecatnya pada tahun 1998.

Masalah moral Anwar diperakui sendiri oleh pemimpin Singapura Lee Kuan Yew. Semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur dalam tahun 2001, ketika bertemu pengarang kanan akhbar New Straits Times termasuk ketua pengarang kumpulan Tan Sri ABdullah Ahmad, telah menyatakan rasa simpati beliau kepada Dr Mahathir.

Simpati itu, kata Kuan Yew, adalah kerana apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir mengenai Anwar sebagai peliwat adalah benar dan telah diketahuinya menerusi agen rahsia Singapura sejak tujuh, lapan tahun sebelum ini.



Bersambung ......

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago