TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

KUMPULAN ARTIKEL 11

Wednesday, July 19, 2006

Pada 14 Mei 2006 umat Islam dan beberapa NGOs Islam di Malaysia telah mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang untuk menentang forum yang dianjurkan oleh Kumpulan Artikel 11. Antara agenda forum tersebut ialah untuk menuntut kebebasan murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan

Kumpulan Artikel 11 telah menuntut isu kebebasan murtad melalui Artikel 11 berikutan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam kes Allahyarham Mohamed Abdullah @Moorthy , S. Shamala dan Nyonya Tahir" .

Sehubungan dengan isu ini, Kumpulan Artikel 11 telah juga cuba untuk mencabar undang-undang syariah dengan meminta bidang kuasa Mahkamah Syariah yang termaktub di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda atau dihapuskan.

Mereka mahu Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ini dipinda supaya Mahkamah Sivil dapat mengatasi Mahkamah Syariah berhubung dengan perkara-perkara yang melibatkan umat Islam.

Jika Perkara 121(1A) dipinda, maka Mahkamah Sivil dapat menundukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan dengan demikian apa-apa tuntutan dan aduan yang terkandung di dalam Memorandum Suruhanjaya Antara Agama adalah terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Antara tuntutan yang terdapat dalam Memorandum tersebut adalah seperti berikut:-

1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke Mahkamah Syariah.

2. Sesorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi Islam.

3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

4. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

Tindakan Kumpulan Artikel 11 sekaligus mempertikai syariat Islam di mana setiap umat Islam dilarang sama sekali meninggalkan agamanya.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah di Perkara 121(1) Perlembagaan mesti dikekalkan kerana Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang memiliki peraturan yang tersendiri dan sempurna sehingga kepada hal-hal peribadi umatnya.

Justeru itu umat Islam perlulah mengambil berat atas matlamat dan objektif utama Kumpulan ini dengan tujuan untuk mencampurtangan dalam urusan orang Islam dan seterusnya mengenepikan hak orang Islam yang terlindung di bawah Perlembagaan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger

  • SELAMAT TAHUN BARU 2016 - Assalamualaikum semua pengikut KedahTimes. Selamat tahun baru masehi 2016. Moga dengan kedatangan 2016, kita berolehi kejayaan terutama dalam membangunkan...
    11 months ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    5 years ago