Suara Rakyat Biasa

Wednesday, September 20, 2006

Beberapa hari ini kita telah dihidangkan dengan pelbagai komen dan pandangan dari pemimpin-pemimpin persekutuan, negeri serta UMNO bahagian. Pelbagai bentuk komen dan cadangan dilemparkan.

Tetapi kalau dihalusi kebajikan komen-komen adalah lebih berbentuk komen peribadi ke atas TDM. Sebaliknya bukan komen-komen atau jawapan-jawapan ke atas segala pertanyaan yang di luahkan oleh TDM kepada kerajaan.

Contoh erbaik ialah oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, yang hanya meluahkan harapan agar TDM berdiam diri dan beliau akan
Mungkin komen/jawapan mereka berlainan jika pertanyaan yang diluahkan oleh TDM itu diluahkan oleh rakyat biasa yang tiada sebarang jawatan besar dalam kerajaan atau ex-orang besar kerajaan.

Reaksi Malaysia berbeza-beza mengikut golongan bila bercakap mengenai kemelut antara Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah. Walaupun reaksi-reaksi politikus kerajaan dan pembangkang sudah dijangkakan, ia tetap menarik untuk dinilai.

Media memaparkan tajuk “Dr.Mahathir kritik Pak Lah”. Apakah benar ini yang berlaku? Rakyat lebih maklum bahawa sebenarnya Pak Lah yang terlebih dahulu mengkritik, menuduh dan menyindir Dr. Mahathir. Dr. Mahathir sebenarnya hanya membela diri dan memberi reaksi terhadap kritikan, tuduhan dan sindiran tersebut tetapi telah ditafsir sebagai mengkritik atau menghentam (slams) Pak Lah oleh kerajaan dan media.
Jika kita melihat kemelut ini dari sudut pandangan rakyat dan bukan pandangan politikus atau orang yang berkepentingan dalam kerajaan dan Parti, kita akan faham bahawa Dr. Mahathir hanya memberi reaksi terhadap kritikan bahawa beliau menghabiskan duit negara dengan mengadakan projek mega. Beliau hanya menjawab tuduhan kononnya beliau bertanggungjawab menyebabkan negara hampir bankrup. Reaksi beliau juga sudah pasti dipengaruhi oleh rasa tersinggung bila disindir Pak Lah yang mengatakan tidak perlu membina projek mega dan bandaraya bergemerlapan untuk diingati. Lebih dari itu, Dr. Mahathir hanya mahukan jawapan tentang persoalan yang dibangkitkan seperti isu AP, penjualan anak syarikat Proton, jambatan bengkok dan beberapa isu lain - isu-isu yang mana nampaknya didiamkan oleh pihak kerajaan dengan harapan Dr. Mahathir juga pelupa seperti mereka dan pembangkang.

Kerana itu, sudut pandangan politikus yang mengalami amnesia ini tidak perlu diambil peduli sangat – tidak kiralah dari mana-mana parti pun. Hari ini caci, esok puji, hari ini sokong projek, esok batal projek. Melihat gelagat mereka di Parlimen, kita terpaksa berfikir panjang bagaimana mereka-mereka ini boleh kita biarkan terus menjadi pemimpin kita?

Rakyat yang matang tahu menilai kenyataan politikus-politikus yang tiada nilai ini. Lihat saja bagaimana semua menteri sedang berusaha menonjolkan bahawa merekalah penyokong kuat Pak Lah agar tidak perlu meletak jawatan. Di celah-celah itu ada juga yang sememangnya gembira dapat mengambil kesempatan untuk membidas Dr. Mahathir dengan harapan agar bidasan mereka tampak paling bijaksana antara yang lain, sekaligus dapat meningkatkan populariti diri. Dan ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk melepaskan dendam atau iri hati yang lama terpendam terhadap Dr. Mahathir.

Politikus ini semua gagal untuk melihat bahawa ini bukan soal siapa kritik siapa atau siapa sokong siapa, ini adalah soal isu-isu dalaman negara.

Yang ini, penulis harap para politikus semua ambil maklum, kerana mungkin para politikus semua agak susah untuk memahami sesuatu yang ‘direct’ dan tidak berbelit serta tidak punya kepentingan diri seperti di bawah:

i). Rakyat yang sedang bersungut dan merungut di dalam internet kerana tidak ada ruang untuk merungut di media ini, tidak sekali-kali meminta Dr. Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan kembali tetapi rakyat melihat kebenaran dalam isu-isu yang dibangkitkan Dr. Mahathir dan;

ii). Rakyat masih tidak mendapat keyakinan dari jawapan balas para menteri dan Perdana Menteri sendiri terhadap isu-isu tersebut.

iii) Rakyat tidak faham kenapa adanya usaha dari kerajaan sendiri untuk memburukkan dan menafikan jasa Dr. Mahathir serta menidakkan keupayaan projek-projek yang telah terdahulu dipersetujui bersama Dr. Mahathir sedangkan projek-projek itu semua telah diperjelaskan oleh Dr. Mahathir kepada rakyat dan rakyat yakin serta menyokong penuh keputusan kerajaan waktu itu.

iv) Rakyat menyokong BN bukannya Pak Lah atau mana-mana menteri secara individu semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Sokongan ini datangnya dari keyakinan kami atas kepimpinan terdahulu yang menerajui Parti dan negara dengan baik sekali. Seandainya Najib yang berada di tempat Pak Lah, atau mana-mana menteri bermulut celupar yang merendahkan martabat menteri pun berada di tempat Pak Lah pada waktu itu, akan tetap mendapat undi yang sama, kerana rakyat pada waktu itu berada di kemuncak semangat patriotik yang amat tinggi yang disemai Dr. Mahathir ke dalam dada kami hingga kami amat bangga dan sayangkan negara ini.

v) Rakyat bukan taksub kepada Dr. Mahathir, tetapi rakyat tidak punya keyakinan dengan kerajaan sekarang. Rakyat tidak mahu mulut Dr. Mahathir ditutup kerana itu juga akan bermakna menutup mulut rakyat yang sememangnya tidak punya saluran lagi untuk bersuara dalam suasana kepimpinan sekarang.


vi) Rakyat tertanya-tanya, melihat dari suasana muram Malaysia hari ini dengan beban kenaikan harga yang tiada henti, mungkinkah ada satu usaha yang lebih besar untuk membangkitkan kemarahan rakyat dan menghuru-harakan negara? Atau adakah ini semua dilakukan kerana yakin rakyat Malaysia bukannya jenis yang suka memberontak lalu golongan ini dapat mengaut kekayaan tanpa banyak masalah? Atau adakah ini semua ‘simply an unplanned situation?’

Rakyat yang sebelum ini telah 22 tahun hidup aman makmur dan penuh semangat di bawah pemerintahan Dr. Mahathir sudah begitu faham dengan keikhlasan, keberanian, kebijaksanaan dan kelantangan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir tidak perlukan sokongan sesiapa apabila beliau bersuara. Beliau sanggup berdiri di tengah-tengah pertempuran walaupun berseorangan, dalam mempertahankan pendapat yang beliau pasti benar. Beliau tidak perlukan simpati apabila dibuang, dipinggir, dicaci atau dituduh kerana beliau tahu di mana beliau berdiri, iaitu di pentas kebenaran.


Untuk memburukkan nama beliau atau melenyapkan terus kebenaran dan jasa-jasa Dr. Mahathir, Pak Lah, menantu beliau, Nazri Aziz, para menteri dan bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri tidak akan berjaya melakukannya dengan hanya mengawal media. Mereka perlu lakukan lebih dari itu kerana jasa dan kebenaran Dr. Mahathir telah terpahat dalam minda dan jiwa bangsa, tersemat dalam ketamadunan Malaysia dan abadi dalam sejarah dunia.


Kerana itu, untuk menjayakan misi mereka, mereka bukan sahaja perlu membunuh semua rakyat Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya lewat 20an ke atas, tetapi juga semua warga dunia yang mengagumi Dr. Mahathir serta perlu juga menghapuskan semua dokumen-dokumen media massa serta buku-buku pemikiran Dr. Mahathir yang dihasilkan oleh penulis-penulis luar negara. Malah, mungkin mereka juga perlu membunuh diri kerana kebenaran itu tidak akan lenyap dari kotak pemikiran mereka sendiri.


Di akhir hayat, si peliwat tetap mengenali siapa dirinya yang sebenar dan akan tetap terpahat dalam sejarah sebagai peliwat. Orang yang berjasa, akan tetap terpahat dalam sejarah sebagai orang yang berjasa.


Begitu juga dengan orang yang menggadaikan harta negara, melingkupkan syarikat-syarikat milik negara dan menjatuhkan negara, akan pasti terpahat dalam sejarah sebagai seorang pengkhianat, atau sibodoh yang menjual negara.

Simpati penulis kepada mereka yang berkenaan, semoga dijauhkan semua ini dari bumi Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger