SIAPAKAH YANG SESAT - UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Wednesday, March 3, 2010

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)

Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".

Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ? Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.

Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut ?

Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS, mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Nor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar menjadi ulama. Mereka semua mengaji kat mana ? Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ? Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah benar dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.

Baca lagi ....

Tindakan dan Perlakuan Golongan Pelampau agama Ini

Akibat dari tindakan dan perlakuan golongan pelampau agama ini bermacam-macam masalah dan huru-hara yang mengaibkan telah timbul dalam masyarakat Melayu Islam di negara kita termasuk :

  1. Sembahyang dua Jumaat serentak
  2. Sembahyang dua imam
  3. Nikah dua kali. Pasangan yang diakadnikahkan oleh kadi kerajaan kena akad nikah sekali lagi dengan kadi PAS
  4. Berlaku penceraian suami isteri kerana berlainan ideologi Politik
  5. Memutuskan silaturrahim dengan jiran. Mewujudkan puak-puak
  6. Memulau kenduri dan tidak makan sembelihan penyokong berlainan parti
  7. Tidak mengunjungi orang sakit atau meninggal dunia dari kalangan mereka yang berlainan parti
  8. Tidak menyembahyangkan jenazah dan mengkembumikan mayat muslimin lain kerana kononnya kafir, kubur berasingan bagi pengikut PAS
  9. Mengajar anak-anak kecil, kaum keluarga serta kumpulan mereka membenci pemimpin kerajaan
  10. Membakar bangunan dan merosakkan harta benda orang lain
  11. Menghalalkan perbuatan mencaci, menghina dan mencarut
  12. Mengisytiharkan mati syahid ke atas mereka yang mati kerana menentang golongan yang berlainan fahaman
  13. Menganggap segala perbuatan mereka sebagai jihad sedangkan orang lain kafir walaupun melakukan perbuatan baik.
Baca lagi ....

Fardu Kifayah

Wednesday, February 24, 2010

BERDASARKAN ajaran al-Quran dan Sunnah, pada umumnnya ada dua kewajipan utama bagi umat Islam mukalaf (dewasa dan berakal) laksanakan iaitu ibadah fardu ain dan fardu kifayah.

Fardu ain, ibadah yang pada prinsipnya boleh dilaksanakan sendiri oleh setiap orang Islam seperti digariskan dalam Rukun Iman dan Rukun Islam.

Fardu ain lebih utama daripada fardu kifayah kerana fardu ain, tanggungjawab individu dan tidak boleh menggantikannya kepada orang lain.

Tuntutan fardu ain adalah ibadah akar umbi bagi menguatkan keimanan umat Islam ke arah menjalankan tugas atau ibadah yang lebih luas kepada agama, masyarakat dan negara. Sebahagian besar fuqaha berpendapat fardu bermakna wajib berdasarkan dalil dalam al-Quran, sunnah, ijma dan qias.

Fardu kifayah pula, ibadah yang pada prinsipnya untuk manfaat orang ramai atau ibadah yang sukar dilaksanakan secara individu kerana memerlukan ilmu, kemahiran atau membabitkan kos tinggi.

Dalam kitab fiqh, contoh ibadah fardu kifayah seperti menjawab salam, menziarah orang sakit, menguruskan jenazah, mendirikan solat jenazah, berjihad, menerbitkan tafsir al-Quran, hadis dan ijtihad.

Hukum Islam menetapkan, memadai jika fardu kifayah itu dilaksanakan sekurang-kurangnya seorang atau sekumpulan saja, maka umat Islam di sesuatu kariah atau kelompok berkenaan terlepas daripada memikul dosa.

Sekali imbas berdasarkan contoh itu, konsep fardu kifayah berkisar kepada perkara yang berkaitan dengan agama saja.

Bagaimanapun, kalau kita perhatikan semangat dan kekuatan daripada contoh ibadah yang diberikan oleh fuqaha, didapati konsep fardu kifayah merujuk kepada tanggungjawab ibadah secara jemaah ke arah memenuhi tanggungjawab sosial dan penghayatan ajaran Islam menyeluruh.

Ini bermakna konsep fardu kifayah luas dan tidak berkisar kepada ibadah atau pekerjaan yang bersifat keagamaan semata-mata.

Oleh yang demikian, bidang pertanian, perundangan, pendidikan, kesihatan, perikanan, pengangkutan, ilmu sains dan teknologi, kesenian dan isu tanggungjawab sosial yang membawa keseiahteraan kepada agama, masyarakat dan negara adalah tuntutan fardu kifayah.

Dalam al-Quran diterangkan bahawa Allah memerintahkan, hendaklah ada sekumpulan di kalangan umat-Nya menyeru dan melaksanakan kebajikan, kebaikan dan mencegah kemungkaran bagi mendekatkan kita kepada Allah (ali-Imran: 104).

Abu Umamah meriwayatkan Rasulurah bersabda, "bahawa Allah, malaikat serta seluruh penghuni langit dan bumi termasuk semut di darat dan ikan di laut mengucap salawat (meminta ampun) untuk orang yang memberi perkhidmatan yang berfaedah kepada manusia (riwayat Tirmizi).

Ajaran Islam lebih mudah berkembang dan tersebar dengan pembabitan secara berjemaah.

Setiap individu mempunyal tanggungjawab bersama bagi membina kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara. Semua tanggungjawab itu bukan hanya untuk masyarakat atau negara, tetapi menjurus mendekatkan diri kita kepada AIlah.

Ketika zaman pemerintahan Abasiyah pada abad ke-11 Masehi, ulama dan umat Islam menterjemahkan konsep fardu kifayah itu dalam skop lebih luas. Sumbangan fardu kifayah mereka bukan saia dalam isu keagamaan tetapi juga dalam hal tanggungjawab sosial.

Sumbangan besar itu termasuk bidang perubatan, pendidikan, senibina, geografl, matematik dan ilmu sains. Kesan sumbangan besar.tamaddun Islam itu boleh dilihat hingga kini dan memberi manfaat besar kepada manusia.

Pada masa ini, bangsa Yahudi, Eropah, dan jepun dikagumi kerana mereka menjadi bangsa penggerak kemajuan dunia.

Bangsa ini menjadikan bidang ilmu yang berorientasikan teknologi tinggi dan professional sebagai pemangkin membawa kemajuan kepada mereka. Oleh itu kita dapati semua negara maju semakin pantas meneroka dengan mencipta pelbagai produk bersumberkan kepada ilmu sains dan teknologi.

Kalau dibandingkan dengan beberapa kaum minoriti di negara kita, ternyata umat Islam ketinggalan jauh dalam bidang sains teknologi walaupun umat Islam menjadi penduduk majoriti. Kelemahan ini boleh menggugat jati diri umat Islam.

Apakah faktor kelemahan itu sebahagiannya berpunca daripada salah faham terhadap konsep fardu kifayah ? Memang benar pembabitan minimum dalam fardu kifayah itu membebaskan umat Islam daripada berdosa tetapi Islam menghendaki umatnya berfikir secara positif, iaitu pembabitan umat Islam secara maksima paling afdal kerana mempercepatkan memenuhi tuntutan Allah itu.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam buku'nya Fiqh al Aulawiyat, bidang fardu kifayah mempunyai darjat berbeza-beza mengikut masa dan keadaan. Keperluan bidang fardu kifayah di sesuatu tempat yang tidak banyak umat Islam mengambil bahagian lebih afdal berbanding bidang yang banyak umat Islam terbabit.

Malah, menurut Syeikh Yusuf lagi bidang fardu kifayah itu boleh bertukar menjadi fardu ain jika keperluan itu amat terdesak dan menjaga maslahah umat Islam.

Ulama dan cendekiawan Islam wajar memberi perhatian terhadap pandangan Syeikh Yusuf itu. Kita yakin adalah tidak bercanggah dengan ajaran Islam jika kita mengkategorikan beberapa bidang ilmu sains teknologi dan beberapa bidang yang lain sebagai fardu ain bagi menggerakkan umat Islam, melaksanakan tuntutan Allah itu.

Dalam kelas pengajian di masjid dan surau di seluruh negara, kita dapati kelas fardu ain sejak turun temurun lagi ialah mempelajari sifat 20, iaitu ilmu mengenal Allah.

Sebahagian besar orang tua, terutama di luar bandar menghafaz sifat ini walaupun mereka sukar memahaminya. Mereka berbuat demikian kerana ia sebahagian tuntutan fardu ain dan jika tidak melaksanakannya maka mereka akan berdosa.

Konsep fardu ain dan fardu kifayah adalah dua konsep yang berkait rapat, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai kepentingan bagi meningkatkan jati diri umat Islam.

Kombinasi konsep ini, jika dihayati sepenuhnya akan mengseimbangkan pembangunan rohani dan fizikal. Pembangunan yang seimbang ini akan melahirkan umat Islam sebagai umat terbaik dan melahirkan negara aman makmur yang dinaungi Allah, iaitu baldatun tayyibatun warabbul ghafur.
Baca lagi ....

Antara ulama sejati dan ulama menyeleweng


Dalam al-Quran istilah ulama secara jelas disebut pada dua tempat, iaitu:

"Tidakkah mereka yang musyrik sedar akan kebenaran dan tidaklah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita agama Bani Israel mengetahui kebenaran al-Quran." (surah Asy-Syuara' ayat 197); dan:

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut kepada Allah daripada kalangan hambaNya hanya orang yang berilmu, sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun." (surah al-Fathir ayat 28)

Walaupun surah Ash-Syuara berkaitan dengan Bani Israel, ia menunjukkan bahawa seseorang dikatakan ulama apabila memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam khususnya ilmu fatwa. Ayat kedua menjelaskan seseorang dikatakan mencapai tahap ulama apabila memiliki rasa 'khasyyah' yang bermaksud 'takut dan cinta yang tinggi kepada Allah SWT serta sentiasa memelihara hubungannya dengan Allah.

Selain itu, pengajaran dan ilmu yang disampaikan kepada masyarakat mencerminkan takwanya kepada Allah. Dalam aspek ini, Said Hawwa dalam kitabnya 'al-Assasu fi-Tafsir (1985) mengupas pendapat Ibnu Mas'ud yang menyatakan bahawa ulama bukanlah semata-mata orang yang mempunyai banyak ilmu tetapi juga orang yang banyak 'khasyyah' (takut dan cinta yang tinggi) kepada Allah".

Ada hadis yang menjelaskan mengenai beberapa ciri ulama dan hampir keseluruhannya mengulas mengenai akhlak dan keperibadian serta sikap terhadap perkara hak dan batil dan sikap terhadap pemerintah. Hadis Riwayat Ahmad menyatakan, "Gambaran ulama di muka bumi adalah seperti bintang di langit yang memberi petunjuk dalam kegelapan di daratan dan lautan.

Apabila bintang berkenaan hilang, maka ditakuti manusia akan tersesat jalan."

Ulama adalah cermin dan pemimpin ummah. Barang siapa yang sentiasa bergaul dengannya bertambah kebaikannya" (Hadis Riwayat Jamaah). Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai keutamaan dan kemuliaan seseorang ulama yang mengamalkan ilmunya berbanding orang yang semata-mata digelar ulama tanpa didukung oleh keluasan ilmunya.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang lain (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi)

Ketinggian dan kemuliaan kedudukan seorang ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis ternyata bahawa seseorang ulama mempunyai penguasaan ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Mereka juga menjadi cermin dan pemimpin umat dalam menegakkan agama Allah, sanggup mengatakan perkara yang hak.

Taraf ulama adalah tinggi. Oleh itu, ulama disebut sebagai waris anbiya, malah Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Muliakanlah ulama kerana sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi. Barang siapa yang memuliakan ulama sesungguhnya mereka memuliakan Allah dan Rasul-Nya."(Hadis Riwayat Iman Khatib dari Jabir).

Berdasarkan hadis berkenaan istilah ulama tidak perlu lagi ditambah seperti ulama-cendekiawan kerana ulama memang mempunyai ciri-ciri cendekiawanan Muslim yang memahami dengan baik al-Quran, as-Sunnah dan ilmu syariat. Ini ditambah pula dengan ketakwaan dan keperibadian yang mulia.

Persoalannya sekarang wujudkah apa yang disebut sebagai ulama jahat? (as-su'u). Dalam hubungan ini, Rasulullah menyebut dalam beberapa hadisnya bahawa ada orang yang berilmu, mengetahui halal-haram, mengetahui hak dan batil dan memahami al-Quran serta al-hadis sanggup mencampur-adukkan perkara yang hak dan yang batil. Inilah yang dikatakan ulama yang menyeleweng (ulama syirar, as-syin, fasik).

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "apakah amal perbuatan yang paling utama?" Baginda menjawab, "Teman yang menolong kamu apabila kamu susah dan mengingatkan kamu jika kamu melakukan kesalahan." Sahabat berkenaan bertanya lagi, "manusia yang bagaimana yang paling buruk?" baginda menjawab, "ulama yang selalu membuat kerosakan." (Hadis Riwayat Jamaah).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad." (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin memberi peringatan mengenai wujudnya ulama yang membinasakan dirinya sendiri tetapi ingin menyelamatkan orang lain. Ini bermaksud ulama jenis ini berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran untuk orang lain, tetapi secara diam-diam mereka sendiri mengejar kedudukan dan harta duniawi.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Ketika seseorang dicampakkan ke dalam neraka jahanam pada hari kiamat dan bertaburan isi perutnya, ahli neraka lain bertanya: "mengapakah anda jadi begini sedangkan anda sentiasa menyuruh kami berbuat baik dan mencegah kemungkaran?" Dia menjawab: "Ya benar saya menyuruh kamu semua berbuat baik tetapi saya tidak melakukannya dan saya yang melarang anda tidak melakukannya tetapi saya sengaja melanggarnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa peringatan berkenaan menunjukkan wujudnya ulama yang tidak menepati ciri-ciri ulama. Apa yang penting ialah ilmu dan penghayatannya serta niat seseorang. Ulama yang berhati bersih, jujur, teguh pendiriannya dan mengutamakan Allah serta RasulNya tetap berpegang teguh pada prinsip dan amanah. Mereka memahami bahawa Allah melaknat mereka jika taraf ulama yang ada pada diri mereka diselewengkan.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan yang jelas dan petunjuk setelah kami nyatakan kepada manusia dalam al-Quran, mereka dilaknati Allah dan dilaknati semua makhluk yang dapat melaknati mereka." (al-Baqarah-159)

Ulama yang menunjukkan sikap jujur, bersih dan ikhlas demi menegakkan kalimah Allah dan syiar Islam, merekalah yang "Ulama warasatul anbiyaa".

Bagaimanapun, ulama yang mengingkari perjanjian dengan Allah serta mempunyai niat untuk kepentingan diri sehingga sanggup mengorbankan nilai ulama dan imej ulama umumnya perlu kembali ke pangkal jalan. Mereka perlu menghayati sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Seorang ulama yang menggunakan ilmunya untuk mencari keredhaan Allah, maka segala sesuatu akan tunduk dan kagum kepadanya. Tetapi jika dia menggunakan ilmunya hanya untuk mendapatkan harta dunia, maka hilanglah sesuatu daripadanya." (Hadis Riwayat Dailami)
Baca lagi ....

KENYATAAN NIK AZIZ TENTANG ISTANA

Dalam masa 10 tahun memerintah Kelantan juga Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan istana bagaikan bukan manusia.

Beliau juga pernah berkata bahawa raja walaupun muda adalah orang tua bagi negeri.

Sekarang apa jadi hubungan pemimpin Pas dengan sultan?

Rakyat tidak lupa dengan keengganan Yang Berhormat Mohamad Sabu dan Mazlan Ibrahim, Ketua Pemuda Pas Kawasan Kota Bharu untuk bertemu mata dengan Sultan Kelantan walau dijemput ke istana.

Dalam tahun 1996 dahulu heboh kononnya kerajaan Pas mahu meminda perlembagaan negeri Kelantan kononnya mahu menghalang campur tangan istana dalam politik Kelantan.

Nik Aziz sendiri dalam kenyataan pada 26 April 1996 menjelaskan bahawa Pas akan bertindak meminda perlembagaan negeri bagi mengehadkan kuasa sultan.

Sebagai sebuah kerajaan yang dikatakan kerajaan Islam sepatutnya Pas memastikan sama ada pindaan itu menepati kehendak Islam atau tidak.

Sampai sekarang Pas tidak berani menjelaskan isu pindaan undang-undang dari perspektif Islam.

Bagi rakyat dan istana tidak ada perkara yang hendak dihalang jika apa yang Pas mahu buat bertepatan dengan Islam. Soalnya sekarang kenapa Pas tidak berani memutuskan pindaan itu dari sudut hukum syarak jika benar Pas mahu memerintah berdasarkan Islam.

Jika pindaan itu wajib mengikut hukum Islam kerajaan Pas berdosa jika tidak memindanya. Jika pindaan itu haram di sudut Islam jelaslah Pas ini jenis parti bercakap dahulu baru berfikir.

Istana hanya menjalankan kuasa sepertimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan Kelantan seperti melantik Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan menaungi Majlis Agama Islam Kelantan.

Tindakan biadab pemimpin Pas seperti mendakwa jika sultan bertanding pilihan raya pun sultan akan kalah menggambarkan buruk laku dan celupar mulut pemimpin Pas seolah-olah jika Pas menang tidak perlu Pas mengangkat sumpah di hadapan sultan Kelantan.

Mereka seolah-olah tidak sedar bahawa sultan ada peranan, kerajaan ada peranan, rakyat ada peranan, pegawai kerajaan ada peranan dan semuanya ada peranan masing-masing.

Maka Pas sewajarnya menghormati peranan orang lain bukannya bercakap tak tentu hala seperti masuk hantu.

Di awal pemerintah di Kelantan, kerajaan Pas membangunkan Desa Taqwa.

Kerajaan BN dahulu mewujudkan kampung yang diidam-idamkan dan menyalurkan pelbagai bantuan untuk mewujudkan kampung yang sedemikian. Bila tiba zaman Pas, ditiru juga apa yang BN buat tetapi ditukar nama supaya berbunyi lebih sedap iaitu Desa Taqwa.

Kita tak tahu sudah ada berapa banyak Desa Taqwa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan. Apa yang kita tahu serupa sahaja kampung yang dinamakan Desa Taqwa dengan kampung yang tidak dipilih menjadi Desa Taqwa dari segi taqwa penduduknya. Akhlak rakyat di Desa Taqwa dengan desa tidak Taqwa serupa sahaja.

Inilah stail Pas indah khabar dari rupa. Lebih label dari isu. Lebih sudu dari kuah. Suatu contoh lagi sewaktu kerajaan BN memerintah semasa sidang dewan membahaskan belanjawan tahun 1987 ADUN Pas Lundang yang sekarang sudah jadi kembali ke alam baqa, Wardi Ahmad menegur kerajaan kerana mengadakan musabaqah al-Quran, kerana katanya usaha tersebut tidak kena pada tempatnya dan Islam tidak menyuruh membuatnya.

Alih tak alih apabila Pas memerintah, Pas buat juga musabaqah. Nampak sangat kalau orang lain tidak comel, kalau Pas buat baru comel.

Fatwa Nik Aziz mengenai bantuan yang diberi kepada pengundi tidak kurang menariknya. Pada 8 Mac 1978 Nik Aziz mengeluarkan fatwa yang berbunyi, "bahawa sesungguhnya pekerjaan menyuap atau memberi wang atau benda kepada pengundi-pengundi supaya mengundi calon-calon atau parti-parti tertentu adalah jenis rasuah dan tiap-tiap rasuah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama Islam. Tiap-tiap perbuatan yang dilarang oleh agama adalah maksiat.

Pada pilihan raya kecil Lundang Mac 1994 pula fatwa beliau berbunyi "beri gula kacau, beri kain pakai, beri duit ambil, bila mengundi pangkah bulan.

Begitu juga isu melawat ke tempat ibadat bukan Islam juga terbukti hanya isu untuk memburuk-burukkan pemimpin UMNO saja. Ini kerana selepas memerintah Kelantan pemimpin Pas sendiri mengunjungi rumah ibadat orang bukan Islam seperti di Ketik Terbok Tumpat, Ketik Terasek, Tasek Berangan dan tokong di Kampung China. Lebih dari itu mereka turut menyampaikan derma kepada tokong-tokong tersebut. Kalau orang lain buat jadi kafir, kalau orang Pas buat tak jadi kafir ke?
Baca lagi ....

Pecahkan orang Melayu, betulkah Pas memperjuangkan Islam?

Thursday, February 18, 2010

SOALAN ''Betulkah Pas memperjuangkan Islam'', perlu diajukan kepada orang Melayu, umumnya, dan anggota-anggota Pas, khususnya, sekarang, dan mereka perlu menjawabnya dengan betul dan ikhlas.

Ini adalah kerana dua bahaya besar sedang mengancam negara kita dan jika tersilap langkah boleh menyebabkan negara kita dijajah semula dan ketuanan Melayu lupus di tanah air orang Melayu sendiri.

Dua bahaya besar itu ialah, pertama, kebangkitan semula imperialisme Inggeris-Amerika Syarikat selepas tamatnya Perang Dingin, dan kedua, kebangkitan kaum ulama jumud dan oportunis dalam percaturan politik Islam di negara kita sejak Revolusi Islam Iran bermula dahulu.

Sejak penyingkiran Anwar Ibrahim dari parti dan kerajaan pada September 1998, satu kekeliruan politik yang besar telah berlaku dalam masyarakat Melayu.

Ramai pengulas politik, termasuk pemimpin-pemimpin parti pembangkang, menghuraikan kekeliruan ini kerana pengaruh dan wibawa Anwar Ibrahim didakwa sebagai seorang ahli politik dan pemimpin. Pada fikiran saya, pandangan dan dakwaan ini tidak benar sama sekali.

Mereka yang mengikuti kerjaya politik Anwar Ibrahim dan peristiwa yang menjadikannya sebagai seorang pemimpin tentu tahu bahawa Anwar bukan seorang pentadbir atau pemimpin yang baik.

Semasa beliau menjadi seorang pemimpin dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama enam belas tahun, tidak siapa pun boleh menunjukkan satu jasa beliau yang menonjol sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.

Apa yang jelas, beliau mempunyai dua kebolehan yang tidak ada pada Dr. Mahathir, pengasuh dan pendidik beliau dulu, dan musuh ketat beliau sekarang; iaitu Anwar seorang ahli pidato dan seorang pelakon yang baik!.

Jika Anwar bukan seorang pemimpin dan pentadbir yang hebat, apakah yang menyebabkan kekeliruan politik sekarang? Jawapannya mudah saja; kaum penjajah baru Inggeris-Amerika Syarikat di satu pihak, dan kaum agama jumud yang dipimpin oleh Pas. Di pihak lain.

Kedua-dua tenaga ini telah bergabung dan bersekongkol untuk menghancurkan benteng nasionalisme Malaysia di negara kita, iaitu UMNO umumnya, dan pimpinan Dr Mahathir khususnya.

Di antara kedua-dua gergasi ini terselit segelintir pembela 'hak asasi' dan 'demokrasi', dalam bentuk empat lima kerat peguam yang mempunyai cita-cita yang sama.

Ketiga-tiga kuasa ini, yang telah pun curiga terhadap Dr. Mahathir sejak satu dekad yang lalu, melihat peluang mereka yang keemasan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dan bersama-sama Dr. Mahathir, UMNO sendiri, inilah rahsia ''kekuatan'' Anwar.

Oleh yang demikian, pimpinan UMNO dan kerajaan dan penyokong-penyokong mereka tidak harus membesarkan perkara Anwar, tentang kepandaiannya membohong dan berlakon dan tentang pengaruhnya. mereka harus menumpukan perhatian mereka kepada mengkritik dan mendedahkan dua kumpulan ini, iaitu kaum penjajah baru Inggeris-AS dan kaum jumud Pas.

Mereka harus menggemblengkan tenaga-tenaga patriotik dalam negeri untuk menghancurkan dua musuh bangsa kita ini sekarang. Oleh kerana kedua-dua musuh ini juga bersifat antarabangsa, maka strategi luar kita hendaklah juga menggemblengkan tenaga anti-imperialis dan humanis untuk menumpaskan kedua-dua tenaga anti-kemanusiaan ini.

Gerakan Pas sekarang amat berbahaya kepada orang Melayu kerana tiga sebab. Pertama, mereka menggunakan sentimen Islam untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyokong politik sektarian dan oportunis mereka.

Kedua, fahaman Islam mereka menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Contohnya, teori 'kepimpinan ulama' mereka itu ialah ajaran kaum paderi Kristian pada zaman Pertengahan Eropah dulu, yang ditolak dalam Islam.

Ketiga, fahaman mereka yang menolak patriotisme atau fahaman kebangsaan Malaysia menguntungkan kaum penjajah dan akan menyebabkan Malaysia dijajah semula.

Pas lebih berbahaya daripada kaum penjajah baru dalam ertikata kaum penjajah baru ini lebih mudah dilawan daripada Pas. Pas sukar dilawan oleh kerana ia berselindung di sebalik agama Islam yang suci.

Oleh yang demikian, pimpinan UMNO dan cerdik pandai yang patriotik mestilah menyusun satu strategi yang menyeluruh untuk mengoyakkan topeng agama Pas serta mendedahkannya sebagai kaum oportunis, dan di samping itu, menunjukkan kepada rakyat perjuangan Islam yang sebenar sebagai satu cara hidup.

Untuk menunjukkan ajaran Islam yang sebenar, kita perlu berbalik kepada ajaran Quran sebagai sumber utama dan pokok. Sumber-sumber lain, seperti sejarah (termasuk hadis), falsafah dan sains perlu ditapis oleh sumber utama Quran.

Tidak ada jalan lain untuk menjawab dan meruntuhkan teori, dasar dan hujah-hujah Pas, kecuali dengan berbalik kepada ajaran Quran.

Quran mengajar kita supaya mewujudkan sebuah pimpinan masyarakat yang jujur dan berprinsip, tetapi pimpinan Pas sekarang mengajar rakyat menabur fitnah, berbohong, memaki hamun dan mencarut.

Quran mengajar kita bahawa tidak ada perantaraan antara seseorang individu atau masyarakat dengan Tuhan, tetapi pemimpin-pemimpin Pas melantik diri mereka sebagai ''ulama'' (baca; paderi) yang boleh memberikan kita syurga dan neraka! Pas menganjurkan hukum hudud yang tidak ada, malah ditentang dalam Quran, manakala Quran menyuruh kita memerintah dengan adil dan rahim dan membenarkan undang-undang nasional yang berbeza antara negara dengan negara.

Pas mengasingkan dunia dari akhirat dengan menganjurkan cara hidup yang mundur, beku dan pasif bagi umat Islam, sedangkan Quran menganjurkan cara hidup yang aktif, dinamik dan maju tanpa mengasingkan dunia dan akhirat.

Pas mendiskriminasi antara kaum lelaki dan wanita, sedangkan Quran mengajar kita persamaan antara kaum lelaki dan wanita. Pendek kata, pemimpin-pemimpin Pas tidak layak untuk mentadbirkan sebuah negara moden, kerana mereka tidak mempunyai sebuah falsafah politik Islam yang moden.

Ini semua bukan salah Islam, tetapi salah pimpinan Pas yang menyempitkan pemahaman Islam kepada pemikiran mereka yang amat terbatas.

Perkara-perkara yang kita sebut itu perlu dihuraikan kepada rakyat melalui buku, risalah, artikel syarahan dan ceramah.

Ini satu cabaran besar kepada pimpinan UMNO dan kepada cerdik pandai kita yang patriotik, kerana kebanyakan mereka selama ini, dari segi agama, menerima ajaran-ajaran 'ulama' (yang tidak banyak berbeza dari fahaman Pas) tanpa soal.

Walaupun ini satu cabaran besar, ia perlu dipikul sekarang, dan dipikul dengan berani dan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Jika mereka gagal berbuat demikian, padahnya sangat berat. Ia boleh menyebabkan tanah air kita dijajah semula dan melupuskan ketuanan Melayu sama sekali.
Kita harap cerdik pandai Melayu yang berada dalam dan di luar UMNO, malah semua rakyat Malaysia yang patriotik, akan mengambil berat tentang perkara ini dan bertindak segera, mengikut apa yang kita cadangkan di atas.

Kritikan kita terhadap Pas tidak bermakna kita menganggap UMNO dan Barisan Nasional sempurna dan tidak ada cacat celanya. Tetapi cara kita membaiki kelemahan-kelemahan kita harus dibezakan dengan sikap musuh terhadap kita. Tujuan masuk (kaum penjajah baru) ialah meruntuh dan memusnahkan negara dan bangsa kita.

Oleh itu mereka mencerca pemimpin kita dengan membohong dan membuat fitnah tentang negara kita. Di sesetengah negara, mereka bertindak lebih ganas, mereka mengenakan sekatan dan membom negara itu. Kita tidak boleh melakukan terhadap bangsa kita seperti yang dilakukan oleh kaum penjajah baru! Pemimpin-pemimpin Pas yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam sepatutnya menunjuk teladan yang baik kepada rakyat bagaimana hendak membaiki pemerintahan dan negara kita, dan bukan mencaci, membuat pembohongan dan menabur fitnah.

Mereka patut berusaha untuk menyatupadukan dan bukan memecah-belahkan rakyat. Kita menyeru kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya insaf dan balik ke pangkuan bangsa dan ke pangkal jalan, dan jangan jadi alat kaum penjajah baru untuk menghancurkan bangsa kita.
Baca lagi ....

KUPASAN HUKUM HUDUD KELANTAN

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri  Kelantan.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara.  Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya.  Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.

Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya. Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk  Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut. 

Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994

Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.

            Bila dirujuk di kalangan cerdik pandai agama, sebenarnya memang terdapat beberapa kekurangan yang serius dalam Undang-undang Hukum Hudud tersebut.  Di bawah ini penulis akan cuba memberikan sedikit kupasan berkenaan kekurangan-kekurangan tersebut, terutama sekali dalam bab zina.


PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):


BAHAGIAN III

Keterangan

39.     Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1)          Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
(2)          Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1)          Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.
(2)          Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1)          Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2)          Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
(3)          Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1)          Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
(2)          Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1)          Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2)          Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1)          Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
(2)          Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
(3)          Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

(1)          Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.
(2)          Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(3)          Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1)          Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2)          Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.
(3)          Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47.              Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42


          Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.  Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

          Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol.  Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina.  Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas.  Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina.  Adilkah begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

          Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

          Sekali lagi isu mangsa rogol timbul.  Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

          Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini?  Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu.  Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

          Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

          Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS.  Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas.  Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.
Baca lagi ....

Kaedah memahami hukum al-Quran

Tuesday, January 26, 2010


AYAT-ayat al-Quran yang umum, tidak jelas dan mempunyai pelbagai makna yang dipanggil tidak qati'iyyah ad-dalalah atau tidak muktamad sering digunakan orang-orang tertentu untuk menghukum UMNO atau kerajaan sebagai tidak Islam atau kafir.

Penggunaan ayat-ayat yang tidak muktamad ini dilakukan secara meluas oleh puak pembangkang terutama dalam ceramah dan internet.

Berdasarkan kepada pengalaman peribadi, ada yang berhujah dengan ayat-ayat itu dalam banyak e-mel yang dikirim kepada penulis dan ada yang menggunakannya semasa berdialog dengan penulis dalam majlis-majlis ceramah.

Pokoknya penggunaan ayat-ayat al-Quran secara tidak tepat ini sudah menjadi satu fenomena yang membimbangkan kerana ada keghairahan di kalangan orang-orang tertentu yang bukan ahli dalam bidang agama mahu berhujah dengan ayat-ayat al-Quran.

Yang anehnya orang yang menggunakan ayat-ayat al-Quran secara tidak tepat ini bukan saja orang yang bukan ahli dalam bidang agama, tetapi ada juga mereka yang pernah mendapat pendidikan agama secara formal termasuk yang bergelar ustaz dan ulama.

Sebenarnya kita perlu mengambil tahu tentang kaedah memahami hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran agar tidak mudah tertipu dan terpedaya serta menganggap ayat-ayat yang dibaca oleh orang-orang tertentu tepat atau tidak dengan maksud dan hukum yang akan dijatuhkan kepada perkara-perkara yang dibincangkan.

Umpamanya seseorang membincangkan mengenai hukum hudud, sedangkan dia berhujah dengan ayat yang menyebut perkataan al-hudud. Ayat itu sebenarnya tidak ada kaitan dengan hukum hudud yang bermaksud hukuman potongan tangan dan rejam yang tidak dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidun itu. Sebaliknya maksud al-hudud itu ialah batasan atau segala suruhan dan larangan agama yang umum.

Para pembaca perlu faham dengan baik tentang kaedah untuk memahami hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran ini. Jika kita dapat memahami kaedah ini, insya-Allah kita akan dapat mengenali sedikit sebanyak sama ada ayat yang diguna dan dihujahkan oleh orang-orang tertentu itu tepat atau tidak.

Kaedah itu secara mudahnya dihuraikan seperti berikut: Setiap kali kita membaca al-Quran atau mendengar orang lain membacanya, kita perlu mengetahui apakah ia ayat yang muktamad atau tidak.

Jika ia ayat muktamad, maka wajiblah kita mengguna pakainya sebagai hukum tanpa boleh berbelah-bahagi, mempertikai dan memilih. Contoh ayat berkenaan ialah ayat-ayat yang membincangkan tentang pelbagai ibadat yang wajib seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain ibadat yang wajib.

Contoh ayat yang tidak muktamad pula ialah ayat-ayat yang umum, tidak jelas dan mempunyai banyak maksud seperti kebanyakan ayat yang membincangkan tentang politik, ekonomi, sosial dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan kita.

Di antara ayat-ayat yang tidak muktamad yang sering digunakan oleh orang-orang tertentu secara tidak tepat ialah ayat 44 daripada surah al-Maidah: Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Ayat ini boleh dikategorikan sebagai ayat yang membincangkan tentang politik dan agama sekali gus.

Untuk tujuan menghentam kerajaan atau UMNO, ayat ini digunakan oleh golongan tertentu sebagai bukti bahawa kerajaan atau UMNO tidak melaksanakan hukum yang diturunkan oleh Allah. Maka ia dianggap kafir.

Penulis merujuk kepada penggunaan ayat secara tidak tepat seperti ayat 44 daripada surah al-Maidah itu oleh mereka yang mendakwa atau didakwa menjadi ustaz yang berdialog dalam beberapa majlis ceramah.

Seorang yang didakwa sebagai ustaz (tetapi sebenarnya beliau hanya cikgu sekolah) telah menggunakan ayat ini semasa berdialog dengan penulis di Kampar, Perak bulan lepas.

Ketika memberi jawapan, penulis menegur beliau dengan membaca sambungan ayat 44 daripada surah al-Maidah itu, iaitu ayat 45 dan 47. Ayat 45 itu bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim, manakala ayat 47 pula bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Membaca ayat 44 surah al-Maidah dan memberi erti yang bersifat hukum sedemikian tidak tepat.

Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah dalam ayat-ayat berkenaan mempunyai tiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik.

Inilah yang dipanggil ayat tidak jelas dan mempunyai banyak maksud iaitu tidak muktamad dan tidak qati'iyyah ad-dalalah.

Selain itu, ayat-ayat tersebut pula diturunkan ke atas kaum Yahudi dan tidak diturun ke atas orang Islam.

Cuba perhatikan ketiga-tiga ayat itu sepenuhnya.

Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam ayat al-Maidah: 45 Allah berfirman: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat al-Maidah: 47 pula Allah berfirman: Dan hendaklah ahli kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Jadi hanya dengan memerhatikan kepada maksud sepenuh ketiga-tiga ayat itu dapat kita mengetahui bahawa ia tidak muktamad kerana ayat itu diturunkan ke atas kaum Yahudi di mana hanya perlu mengambil iktibar saja.

Cuba kita perhatikan sedikit lagi apa kata Rasulullah, para sahabat, tabii dan ulama tentang ayat-ayat itu.

Dalam beberapa hadis yang diriwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan lain-lain ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat orang Yahudi dikenakan hukuman dengan dicoreng muka dan dipukul. Lalu baginda bertanya apakah salah orang Yahudi itu? Mereka menjawab, orang Yahudi itu telah berzina. Lalu baginda berkata, apakah ini hukumnya dalam kitab kamu? Mereka menjawab, ya.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak percaya. Lalu baginda menyuruh panggil seorang ulama mereka dan menuntutnya membaca hukum dalam kitab Taurat. Ulama Yahudi itu dengan terus terang berkata bahawa hukum dalam Taurat tidak begitu terhadap penzina kerana hukum sebenarnya ialah rejam. Ulama Yahudi itu berkata, jika bukan Rasulullah s.a.w yang bertanya tentang perkara itu, dia akan berdiam diri saja dan tidak akan menceritakan hukum yang sebenar.

Ulama Yahudi itu bercerita bahawa hukum yang ringan itu dilaksanakan kerana perzinaan sangat berleluasa di kalangan golongan bangsawan. Maka dengan itu dikenakan hukuman yang ringan itu.

Mendengar keterangan ulama Yahudi yang jujur itu Rasulullah menyeru kepada Allah: Ya Allah! Akulah yang mula-mula menghidupkan kembali perintah Engkau yang telah mereka matikan.

Bagaimanapun, para sahabat, tabii dan ulama berbeza pandangan mengenai hukum yang dikenakan ke atas Yahudi mesti dikenakan ke atas orang Islam atau tidak. Malah mereka juga berbeza pandangan tentang hukum orang yang tidak berhukum dengan ketiga-ketiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik sebagaimana tersebut dalam ayat-ayat al-Quran di atas.

Abdullah bin Abbas berpendapat ayat-ayat berkenaan diturun kepada Ahlul Kitab dan kepada orang Islam sekali gus. Cuma Ibn Abbas pula berpendapat bahawa hukum kafir itu bukan mencapai hukum kafir syirik, hukum zalim bukan mencapai hukum zalim syirik dan hukum fasik bukan mencapai hukum fasik syirik.

Asy-Sya'abi berpendapat bahawa ayat pertama dan kedua diturunkan kepada kaum Yahudi dan ayat ketiga diturunkan kepada kaum Kristian.

Said bin Jubair pula berpendapat bahawa ketiga-tiga ayat itu diturunkan kepada kaum Yahudi dan orang Islam sekali gus.

Manakala para ulama pula seperti bekas Syeikh al-Azhar Syeikh Mahmd Shaltut berpendapat bahawa kebanyakan mereka menganggap yang dianggap kafir itu ialah kafir amali (perbuatan) dan bukan kafir iktikadi (pegangan) kecuali jika seseorang itu beriktikad bahawa hukum Allah itu tidak betul dan tidak sesuai.

Sebahagian kecil ulama pula berpegang dengan zahir ayat-ayat tanpa mentakwil iaitu kerana luaran ayat-ayat itu menyebut hukum kafir, zalim dan fasik, maka mereka menghukum orang yang tidak berhukum dengan hukum Allah adalah kafir, zalim dan fasik.

Seorang aktivis al-Ikhwan al-Muslim yang dikenakan hukum gantung oleh Presiden Gamal Abdel Nassir, Abdul Qadir Audah menyokong pandangan ulama kategori ini.

Perlu dijelaskan bahawa jika berlaku perbezaan pandangan di kalangan ulama terhadap sebarang hukum yang tidak jelas dalam al-Quran, maka hukum berkenaan tidak dianggap muktamad.


>Ketika memberi jawapan, penulis menegur beliau dengan membaca sambungan ayat 44 daripada surah al-Maidah itu, iaitu ayat 45 dan 47. Ayat 45 itu bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim, manakala ayat 47 pula bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Membaca ayat 44 surah al-Maidah dan memberi erti yang bersifat hukum sedemikian tidak tepat.

Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah dalam ayat-ayat berkenaan mempunyai tiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik.

Inilah yang dipanggil ayat tidak jelas dan mempunyai banyak maksud iaitu tidak muktamad dan tidak qati'iyyah ad-dalalah.

Selain itu, ayat-ayat tersebut pula diturunkan ke atas kaum Yahudi dan tidak diturun ke atas orang Islam.

Cuba perhatikan ketiga-tiga ayat itu sepenuhnya.

Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam ayat al-Maidah: 45 Allah berfirman: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat al-Maidah: 47 pula Allah berfirman: Dan hendaklah ahli kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Jadi hanya dengan memerhatikan kepada maksud sepenuh ketiga-tiga ayat itu dapat kita mengetahui bahawa ia tidak muktamad kerana ayat itu diturunkan ke atas kaum Yahudi di mana hanya perlu mengambil iktibar saja.

Cuba kita perhatikan sedikit lagi apa kata Rasulullah, para sahabat, tabii dan ulama tentang ayat-ayat itu.

Dalam beberapa hadis yang diriwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan lain-lain ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat orang Yahudi dikenakan hukuman dengan dicoreng muka dan dipukul. Lalu baginda bertanya apakah salah orang Yahudi itu? Mereka menjawab, orang Yahudi itu telah berzina. Lalu baginda berkata, apakah ini hukumnya dalam kitab kamu? Mereka menjawab, ya.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak percaya. Lalu baginda menyuruh panggil seorang ulama mereka dan menuntutnya membaca hukum dalam kitab Taurat. Ulama Yahudi itu dengan terus terang berkata bahawa hukum dalam Taurat tidak begitu terhadap penzina kerana hukum sebenarnya ialah rejam. Ulama Yahudi itu berkata, jika bukan Rasulullah s.a.w yang bertanya tentang perkara itu, dia akan berdiam diri saja dan tidak akan menceritakan hukum yang sebenar.

Ulama Yahudi itu bercerita bahawa hukum yang ringan itu dilaksanakan kerana perzinaan sangat berleluasa di kalangan golongan bangsawan. Maka dengan itu dikenakan hukuman yang rin>Ketika memberi jawapan, penulis menegur beliau dengan membaca sambungan ayat 44 daripada surah al-Maidah itu, iaitu ayat 45 dan 47. Ayat 45 itu bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim, manakala ayat 47 pula bermaksud: dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Membaca ayat 44 surah al-Maidah dan memberi erti yang bersifat hukum sedemikian tidak tepat.

Maksud tidak berhukum dengan hukum Allah dalam ayat-ayat berkenaan mempunyai tiga hukum iaitu kafir, zalim dan fasik.

Inilah yang dipanggil ayat tidak jelas dan mempunyai banyak maksud iaitu tidak muktamad dan tidak qati'iyyah ad-dalalah.

Selain itu, ayat-ayat tersebut pula diturunkan ke atas kaum Yahudi dan tidak diturun ke atas orang Islam.

Cuba perhatikan ketiga-tiga ayat itu sepenuhnya.

Dalam ayat al-Maidah: 44 Allah berfirman: Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepada-Ku (dengan menjaga diri daripada melakukan maksiat dan patuh akan perintah-Ku); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam ayat al-Maidah: 45 Allah berfirman: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Dalam ayat al-Maidah: 47 pula Allah berfirman: Dan hendaklah ahli kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Jadi hanya dengan memerhatikan kepada maksud sepenuh ketiga-tiga ayat itu dapat kita mengetahui bahawa ia tidak muktamad kerana ayat itu diturunkan ke atas kaum Yahudi di mana hanya perlu mengambil iktibar saja.

Cuba kita perhatikan sedikit lagi apa kata Rasulullah, para sahabat, tabii dan ulama tentang ayat-ayat itu.

Dalam beberapa hadis yang diriwayat oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i dan lain-lain ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat orang Yahudi dikenakan hukuman dengan dicoreng muka dan dipukul. Lalu baginda bertanya apakah salah orang Yahudi itu? Mereka menjawab, orang Yahudi itu telah berzina. Lalu baginda berkata, apakah ini hukumnya dalam kitab kamu? Mereka menjawab, ya.

Bagaimanapun, Rasulullah tidak percaya. Lalu baginda menyuruh panggil seorang ulama mereka dan menuntutnya membaca hukum dalam kitab Taurat. Ulama Yahudi itu dengan terus terang berkata bahawa hukum dalam Taurat tidak begitu terhadap penzina kerana hukum sebenarnya ialah rejam. Ulama Yahudi itu berkata, jika bukan Rasulullah s.a.w yang bertanya tentang perkara itu, dia akan berdiam diri saja dan tidak akan menceritakan hukum yang sebenar.

Ulama Yahudi itu bercerita bahawa hukum yang ringan itu dilaksanakan kerana perzinaan sangat berleluasa di kalangan golongan bangsawan. Maka dengan itu dikenakan hukuman yang ringan.
Baca lagi ....

Apa kata Blogger