ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS III

Tuesday, December 1, 2009



Ikutilah ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.


Ayat 138 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperit sakitnya
Ayat ini ada kena mengena dengan ayat 137 surah yang sama, iaitu Allah mengejek-ngejek kepada manusia seperti UMNO dengan memasukkan mereka ke dalam neraka yang sangat kuat seksanya



Ayat 139 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

(Iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.  Tidaklah patut mereka (orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan disisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya).
Kalau di Malaysia ini, jelaslah orang UMNO yang mengambil orang bukan Islam menjadi teman rapat memerintah negara bersama, oleh itu Allah menyifatkan orang seperti itu adalah orang-orang munafik



Ayat 140 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam
Orang-orang yang mempersendakan hukum-hukum Islam di Malaysia ialah orang-orang UMNO, oleh itu sesiapa yang masih bergaul atau menyokong UMNO maka Allah akan himpunkan orang itu bersama pemimpin UMNO ke dalam neraka jahanam sekaligus.





Baca lagi ....

ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS II

Sunday, November 22, 2009


Ikutilah ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Ayat 84 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri (Perintah berperang itu harus dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w karena yang dibebani adalah diri beliau sendiri. Ayat ini berhubungan dengan keengganan sebagian besar orang Madinah untuk ikut berperang bersama Nabi ke Badar Shughra. Maka turunlah ayat ini yang memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. pergi berperang walaupun sendirian saja). Kobarkanlah semangat para mu'min (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).
Nabi Muhammad s. a. w sudah wafat yang tinggal sebagai pengganti Nabi membawa risalahnya di Malaysia ini ialah pemimpin PAS, oleh itu kami pemimpin PAS selaku pengganti Nabi s.a.w mengajak tuan-tuan dan memberi perangsang agar berjihad di jalan Allah.





Ayat 85 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripada-Nya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya.  Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-fiap sesuatu.
"Syafaat yang baik disini maksudnya: memberi bantuan dan turut berjuang membela Islam. "Syafaat yang buruk" pula maksudnya: perbuatan belot memihak kepada musuh. (Tafsir al-Maraghi, 5:109).
Oleh kerana PAS ingin melakukan kebaikan maka sesiapa sahaja yang memberi sokongan kepada PAS diatetap diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t. Sebaliknya pula, jikalau menyokong UMNO sedangkan kerajaan UMNO meluluskan lesen judi dan membiarkan maksiat-maksiat lain, maka orang yang menyokong atau mengundi Barisan Nasional tetap berdosa sama seperti orang yang minum arak, kerana arak ada di Malaysia berpunca daripada kelulusan lesen oleh kemenangan Barisan Nasional/ UMNO.


Ayat 97 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik)*, mereka ditanya oleh Malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Ayat suci ini mendedahkan perbuatan segolongan orang Islam penduduk Mekah yang tidak mahu keluar berhijrah dan mengambil bahagian berjuang membela Islam daripada ancaman musuh, kerana mereka hanya Islam pada zahirnya sahaja.  Dengan sikap mereka yang sedemikian, mereka telah menganiaya diri sendiri dan dimurkai Allah kerana mereka rela ditindas oleh kaum kafir musyrikin.  Dan di Malaysia ini pula, maka parti UMNO lah yang tidak memerintah mengikut perundangan Islam, oleh itu sesiapa yang menyokong UMNO maka orang-orang itulah tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam, lantaran mereka menzalimi diri sendiri kerana tidak berjihad.




Ayat 98 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)
Yang dimaafkan oleh Islam tidak ikut serta berjuang bersama PAS ialah golongan kanak-kanak, orang perempuan dan orang yang benar-benar uzur sahaja.





Ayat 100 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan lslam), nescaya ia akan dapati di mukabumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah.  Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
Ayuh!  Marilah kita berjuang bersama-sama dalam parti PAS, yang dimaksudkan berhijrah dalam ayat ini sesuai di Malaysia ialah kita pergi ke tempat ceramah PAS, walaupun kita tidak mempunyai pangkat dan kekayaan, Allah berjanji akan meluaskan rezeki kita kerana kita termasuk dalam golongan orang yang membela agama Islam dan seandainya kita mati pada waktu berjuang dalam parti PAS, Allah akan masukkan kita ke dalam SyurgaNya.




Ayat 104 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan janganlah kamu lemah (Hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu, kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari Akhirat kelak).  Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
Walaupun kita orang-orang PAS merasa cemas melawan UMNO, kerana maklum sahajalah UMNO mempunyal kerajaan yang besar, tetapi mereka pun terasa cemas juga untuk menghadapi kita.  Kita tetap mendapat Syurga, adapun UMNO tetap mendapat Neraka.





Ayat 105 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahi-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat
Diturunkan al-Quran untuk dijadikan undang-undang manusia, sebab itu kita orang-orang PAS mesti menegakkannya, jangan sekali-kali menjadi pembela kepada UMNO yang tidak mahu kepada hukum Allah secara syumul.






Ayat 137 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.
Orang-orang UMNO sifatnya ialah: Mula-mula yakin kepada hukum Islam.  Lepas itu tidak, lepas itu yakin pula.  Oleh itu, Allah tidak akan mengampun dosa penyokong UMNO kerana kekafirannya itu bertindan-tindan.








Baca lagi ....

ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS I

Monday, November 16, 2009


Ayat 65 Surah an-Nisa'





TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad), mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.
PAS telah menyifatkan UMNO sebagai orang yang tidak beriman kerana tidak menerima perundangan Islam.  Kalau dulu pernah Saidina Umar membunuh seorang yang tidak yakin kepada perundangan lslam yang menjadi sebab turunnya ayat ini,maka PAS juga menghukum halal membunuh orang-orang UMNO yang tidak yakin kepada hukum-hukum Islam.




Ayat 74 Surah an-Nisa'


TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Oleh itu, orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan Akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam).  Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah Ialu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
Yang membawa risalah Islam di Malaysia hanyalah parti PAS.  Dan parti PAS 1ah yang berjuang untuk menegakkan Islam sebab itu orang-orang PAS dianggap mengutamakan akhirat.  Adapun orang-orang UMNO ia menentang Islam.  Jikalau orang PAS mati tetap mendapat pahala seterusnya mendapat Syurga


Ayat 75 Surah an-Nisa' 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamaatkan) orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami!  Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpim yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".
Kenapakah orang-orang Islam di Malaysia tidak mahu berjihad dijalan Allah untuk menyelamatkan orang-orang Islam yang ditindas oleh kerajaan Barisan Nasional (dari segi hukum Islam dan harakah Islamiah)




Ayat 76 Surah an-Nisa' 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan).  Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
Orang-orang PAS dianggap beriman kerana mereka berjuang dijalan Allah.  Dan orang-orang UMNO dianggap tidak beriman dan mereka berjuang di jalan Taghut (Kebangsaan).






 Ayat 77 Surah an-Nisa' 

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka (orang yang menampakkan dirinya beriman dan meminta izin berperang sebelum ada perintah berperang) : "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat !" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata : "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami ? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi ?" Katakanlah : "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun (ertinya pahala untuk turut berperang tidak akan dikurangi sedikitpun).
PAS memberi perangsang kepada pengawal keselamatan atau pengawal peribadi pemimpin PAS agar jangan takut berjuang melawan UMNO.










Baca lagi ....

Kegiatan yang Berbahaya


Kegiatan yang diasaskan atas nama lslam tulen, walaupun tidak boleh diterima oleh akal manusia, atau akal manusia menghukum berbahaya, maka Islam menganggap tidak berbahaya dan mesti diteruskan. Apa yang berlaku dalam organisasi PAS ialah pemusatan fikrah pemimpin PAS bukan ke arah Islam tulen, bahkan menuju ke arah memaju dan mencari kepentingan politik PAS, serentak mencari sesuatu demi kepuasan pemimpinnya bukannya kerana memenuhi tuntutan Allah. Sebagai contoh, di bawah ini disenaraikan beberapa kegiatan yang dianggap berbahaya:

1. Suatu ketika dulu ada seorang hamba Allah yang bergelar "Tok Wali Hasan"; beliau tidak mempunyai ilmu Islam yang banyak (kini sudah meninggal dunia). Beliau secara terus terang telah menuduh orang-orang UMNO kafir, segala sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan. Selepas fatwa tersebut dikeluarkan kita dapati banyak suami isteri yang telah bercerai, masjid berasingan, kubur berasingan, bernikah 2 kali, anak dan ibu bapa sudah tidak berpemergian, pulau-memulau, sembelihan korban berasingan dan lain-lain lagi. Fatwa tersebut telah direstui oleh pemimpin PAS, sebagai bukti kita dapati bahawa selepas itu Tok Wali Hasan telah dipilih menjadi calon PAS melawan Tengku Razaleigh di Parlimen Ulu Kelantan (ketika itu mewakili UMNO). Sehingga sekarang peminipin PAS belum membatalkan fatwa tersebut.

2. Ayat ini telah disebut sendiri oleh mulut Ustaz Nik Ab. Aziz semasa beliau mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan : "Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid". Kaset ucapannya itu tidak diizinkan diedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semata-mata.

3. Sewaktu Omar Khalid terlibat secara langsung dalam kegiatan apa yang disebut "Jundullah" yang berakhir dengan penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penglibatannya memang mendapat restu daripada pimpinan PAS. Sebagai bukti kebanyakan usrah, tamrin, kiamullail ke arah ekstrim, kursus-kursus dan sebagainya telah dihadiri oleh kebanyakan, pemimpin besar PAS. Dan apabila sesetengah pihak daripada kalangan PAS mempertikaikan kegiatan tersebut maka berkatalah kepimpinan PAS. "Apa salahnya mereka itu orang-orang yang berani". Kalau yang penakut diam-diam sajalah.

4. Segala keputusan dan resolusi hasil daripada beberapa ijtimak PAS telah memberi keyakinan kepada ahli-ahh ijtimak PAS bahawa UMNO adalah kafir, sesiapa yang menentang UMNO ia tetap mendapat balasan Syurga, nyawa dan harta UMNO adalah halal disisi lslam. Sebab itu pemimpin-pemimpin PAS diarah menikah pasangan yang telah dinikahi oleh Imam UMNO dan sekirannya wali si perempuan itu terdiri daripada penyokong UMNO maka mereka terpaksa mencari pemimpin PAS yang lebih tinggi untuk menjadi "Wali Hakim".

5. Setiap pemimpin besar PAS mempunyai pengawal peribadinya sendiri. Pengawal peribadi ini diasuh dan diberi kursus untuk mempertahankan pemimpin PAS walaupun terpaksa mati. Seandainya mati kerana mempertahankan pemimpn PAS maka pengawal itu dianggap mati syahid, mereka diberi hujah ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi bagi memberi keyakinan kepada pengawal bahawa arahan tersebut adalah arahan Islam (baca tulisan seterusnya nanti, akan disenaraikan ayat-ayat yang menjadi rujukan mereka).

6. PAS telah membentuk Pengawal keselamatannya sendiri, mereka diberi latihan yang yang sesuai. Sebelum sesuatu majlis yang mungkin dihadiri oleh orang ramai maka pemimpin PAS akan memberi arahan agar pengawal-pengawal keselamatan PAS bersedia menghadapi segala kemungkinan hatta terpaksa bertumpah darah sekalipun. Sebelum pengawal keselamatan PAS memulakan tugas, mereka telah didedahkan dengan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w yang memberi perangsang kepada pengawal untuk berlawan, mereka membaca ayat-ayat mengenai orang-orang Mukmim pada zaman Nabi yang melawan Para kafir dahulu, guna memberi semangat jihad kepada pengawal PAS agar jangan takut menghadapi UMNO bahkan melawan polis dan tentera sekalipun. Sebab itu, kita dapati di segenap pelosok kawasan ceramah PAS dipenuhi oleh pengawal keselamatan PAS. Antara pasukan pengawal PAS ini ada yang telah terbunuh di medan "Memali" dan masih ramai lagi yang masih hidup sedang bersiap sedia untuk mati syahid bagi melawan UMNO.

7. PAS mempunyai pasukan penggempur semangat dan pengganggu ceramah UMNO. Tugas penggempur ialah menghadiri mana-mana majlis ceramah PAS yang dianggap strategik walaupun terpaksa meninggal kerja harian, adapun tugas pengganggu pula ialah melakukan apa sahaja asalkan ceramah atau kerja-kerja UMNO tidak sampai kepada matlamat. Sebagai contoh kita dapati malam forum "Hukum Hudud" anjuran PAS di Balai Islam Kelantan yang oleh Prof. Dr Mahmood Zuhdi, beliau telah diganggu gugat sehingga tidak dapat meneruskan ucapannya. Hal ini terjadi disebabkan ada kata-kata Prof Dr. Mahmood Zuhdi tidak sesuai dengan pemikiran orang-orang PAS, sedangkan kita dapati ucapan beliau benar-benar menepati kehendak Islam.

8. Pemimpin PAS memberi kesedaran kepada penyokong-penyokongnya agar mendahului kegiatan parti PAS daripada kegiatan harian sendiri, termasuk untuk anak isteri masing-masing. Sebab itu, kita dapati bahawa penyokong PAS boleh hadir ke majlis ceramah ditempat-tempat yang jauh walaupun terpaksa membayar tambang atau menyewa kenderaan. Kadang-kadang kita dapati di antara para penyokong PAS yang hadir itu ialah mereka yang kurang berada sehingga hendak memberi belanja anak sekolah masing-masing pun tak cukup, tetapi mereka rela berkorban kepada parti PAS daripada keluarga sendiri. Ada yang terpaksa meninggalkan isteri yang sedang sakit untuk bersalin, kerana sanggup hadir berceramah atau bermuktamar PAS semasa gawat tersebut (diceritakan oleh bekas ahli PAS sendiri dari pengalamannya sendiri). Yang lebih menyayatkan lagi pernah dia meninggalkan anaknya yang sedang nazak kerana berceramah PAS, yang berkesudahan anaknya itu telah meninggal dunia pada malam itu juga.

9. Orang PAS menganggap orang-orang UMNO adalah lebih kotor daripada orang bukan Islam yang asli, sebab itu pemimpinnya mengarah agar jangan bermuamalat seperti berjual-beli dengan orang-orang UMNO, bahkan orang-orang PAS lebih suka membeli-belah di kedai orang bukan Islam jikalau tidak ada kedai orang-orang kita (PAS). Segala arahan PAS disertai dengan hujah syarak yang didapati melalui al-Quran tentang orang-orang kafir pada zaman Nabi s. a. w. dulu. Semua ayat al-Quran dan al-Hadis yang memberi gambaran sifat-sifat kafir, syirik, murtad, zalim dan fasik semuanya menjadi sasaran untuk puak-puak UMNO. Manakala ayat-ayat yang memberi gambaran orang baik-baik seperti para Anbia', para Aulia', para Solihin, para Mujtahidin, Siddiqin dan Muhsinin adalah kepunyaan orang-orang PAS.

10. Ustaz Omar Khalid pernah menerima arahan daripada kepimpinan PAS Terengganu supaya memberitahu penyokong-penyokong PAS jangan memberi zakat fitrah kepada 'amil yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional, penyokong-penyokong PAS wajib memberi zakat fitrah kepada 'amil yang dilantik oleh parti PAS di daerah masing-masing. Zakat yang dikeluarkan kepada 'amil kerajaan Barisan Nasional adalah tidak sah. Arahan ini telah dia laksanakan sepenuhnya di dalam daerah Besut, Terengganu. Namanya dan juga pemimpin PAS yang lain ada tercatat dalam laporan kertas putih kerajaan Malaysia pada ketika itu. Apa yang mendukacitakan setelah kutipan zakat fitrah yang berpuluh-puluh ribu itu dipungut daripada penyokong PAS maka wang itu dipergunakan untuk kepentingan pemimpin PAS bahkan ada pemimpin PAS yang memiliki kereta mewah pada ketika itu (1970), pada hal mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan kurang berada pula. Perkara yang seperti ini pernah ditimbulkan dalam Mesyuarat Agung Parti PAS Besut oleh ahli-ahli yang hadir, tetapi telah ditutup rapat oleh pemimpin PAS Besut. Kenyataan ini boleh dirujuk pada bila-bila masa jua kerana kebanyakan ahlinya ada yang masih hidup lagi.

Demikianlah antara lain kegiatan parti PAS yang dianggap berbahaya, yang perlu dibendung segera agar ia tidak menular kepada anggota masyarakat seluruhnya. Musibah yang seperti ini jikalau tidak ditangani dengan bijaksana ia akan menjadi lebih buruk dan lebih besar lagi, di kala itu alangkah sukar untuk membendungnya. Apa yang membimbangkan mungkin pada suatu masa nanti nyawa manusia yang tak berdosa akan terkorban hasil daripada fatwa karut pemimpin PAS.
Baca lagi ....

Apa kata Blogger