PAS PUNCA UMAT ISLAM BERPECAH

Monday, October 12, 2009


Adalah amat mengejutkan apabila dalam manifesto Pakatan Rakyat tidak menyebut sebarang rujukan hasrat penubuhan sebuah negara Islam.  Ini kerana parti yang menjadi tunjang kepada pakatan itu, Pas selama ini lantang memperjuangkan sebuah negara Islam di Malaysia.  Malah, pengikut Pas selama ini mencemuh Umno sebagai tidak Islamik kerana kononnya Umno tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang hudud.  Umno juga dikutuk kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam sepertii MCA, MIC dan Gerakan menerusi Barisan Nasional (BN).

Hari ini, disebabkan suasana politik yang gawat, Pas mula menukar lagunya.  Kalau dulu Umno tidak lslamik kerana bersahabat dengan bukan Islam, hari ini kerana hendak berkuasa, Pas sanggup menelan kata-katanya sendiri dan mencadangkan pembukaan keahlian parti Pas kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu.  Apabila rancangan ini mendapat tentangan hebat, maka Pas mendiamkan diri berkaitan isu ini.  Sekarang Pas bekerjasama dengan DAP.

Pas tidak sanggup bekerjasama dengan sebuah parti umat Islam seperti Umno, kerjasama kononnya akan dilakukan jika Umno menerima perjuangan menegakkan pemerintahan Islam.  Inilah fatwa Mursyidul Amnya.  Tetapi yang menghairankan Pas hari ini sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semuanya tidak mahukan penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia.  Ini seiring dengan fatwa Pas yang akan menghalalkan apapun hatta kerjasama dengan syaitan dan perbuatan mencarut jika ia mendatangkan keuntungan kepada politik PAS.

Tindakan terbaru Pas menggugurkan tuntutan penubuhan negara Islam di dalam manifesto Pakatan Rakyat membuktikan Pas sanggup melupakan teras perjuangan partinya semata-mata kerana takutkan DAP.  Jika demikian bagaimana dengan fatwa Pas yang mengkafirkan sesama Islain selama ini kerana kononnya mereka tidak mahukan pemerintahan Islam.  Bagaimanakah mereka,yang kononnya dikatakan mati syahid di Memali kerana menentang taghut.  Bagaimanakah nasib keluarga yang bercerai-berai dan berpecah-belah kerana akad nikah orang Umno tidak sah, sembelihan orang Umno tidak halal dan perkuburan orang Umno hina.  Ini adalah kesan perpecahan di kalangan umat Islam yang selama ini berlaku di sebabkan ajaran Pas bahawa tidak cukup Islam orang yang tidak mahu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.

Alasan pengikut Pas bahawa ini samalah dengan strategi di dalam perjanjian Hudaibiyyah tidak boleh diterima pakai kerana pada masa itu, perjanjian membabitkan umat Islam di satu pihak dan orang kafir di satu pihak lain serta pada masa itu umat Islam lemah.  Hari ini di dalam Pakatan Rakyat dari tiga buah parti didalamnya, dua daripadanya diketuai oleh orang Islam, cuma satu bukan Islam.  Adakah ini bermakna PAS mengatakan di dalam Pakatan Rakyat umat Islam lemah sehinggakan terpaksa mengorbankan prinsip PAS mengenai penubuhan sebuah Islam.,

Apakah sikap PKR  komponen Pakatan Rakyat terhadap penubuhan sebuah negara Islam.  Jika mereka tidak bersetuju terhadapnya kenapakah Pas perlu meneruskan kerjasama dengan mereka? Adakah mereka juga tidak Islamik? Jika Umno kononnya tidak Islamik pada pandangan Pas kerana tidak mahu menubuhkan negara lslam maka rakan-rakannya juga di dalam Pakatan Rakyat tidak Islamik.  Jadi atas dasar/alasan apa Pas bekerjasama dengan mereka dan tidak dengan Umno?  Apakah Presiden MCA Dato Seri Ong Tee Kiat menghina Islam sedangkan Karpal Singh pemah berkata langkah mayatnya dulu sebelum menubuhkan negara Islam?

Pemimpin Pas juga memberi alasan supaya tunggu selepas pilihan raya untuk melihat perkembangan konsep negara Islam yang digugurkan dari agenda perjuangan Pas.  Ini alasan bagi memperdaya rakyat agar mengundi mereka dulu sebelum fatwa baru dikeluarkan selepas pilihanraya jika mereka menang yang akan menghalalkan ketidakperluan penubuhan negara lslam.  Kita juga perlu melihat pembahagian kerusi di dalam Pakatan Rakyat.  Jika Pas tidak mendapat sekurang-kurangnya dua pertiga daripada peruntukan kerusi Parlimen akan datang maka bagaimana Pas ingin meminda Perlembagaan Persekutuan yang selama ini disifatkan oleh Pas sebagai perlembagaan penjajah yang tidak Islamik dan perlu ditukar untuk menubuhkan sebuah negara Islam.  Ini kerana majoriti pertiga perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Adakah Pas bermaksud untuk mengisytiharkan darurat jika pemimpinnya menjadi Perdana Menteri jika ia tidak mempunyai majoriti dua pertiga di dalam Parlimen.

Kenapa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersetujui oleh Pas sebagai bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang?  Adakah Pas tidak berasakan pemimpinnya layak?  Kemanakah perginya slogan kepemimpinan ulamak parti itu?  Anwar bukannya seorang ulamak, malah apabila Anwar memilih menyertai Umno berbanding Pas pada 1982, Anwar dituduh masuk tong taik.  Adakah seorang yang masuk tong taik kembali menjadi harum kerana ia bersesuaian dengan nafsu politik dan orang ini pula layak untuk dinobatkan menjadi pemimpin.

Pas menuduh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed diktator dan tidak boleh dikritik.  Sebenanya Pas lebih maha dahsyat.  Pemimpinnya tidak langsung boleh dikritik kerana semuanya kononnya ulama.  Mengkntik mereka bermakna mengkritik ulama pewaris Nabi walaupun yang dikritik adalah perkara yang membabitkan fungsi mereka sebagai pentadbir kerajaan negeri.  Tidak ada orang yang pernah difatwakan kafir kerana mengkritik, menghina, malah menfitnah pemimpin Umno.

Matilah kita merayu kepada pemimpin Pas berhentilah dari sikap buruk mereka yang suka memfitnah dan memperdaya rakyat.  Bertaubatlah sebelum terlambat.  Pintu taubat sentiasa terbuka luas.  Sebelum itu mohonlah maaf kepada individu yang mereka 'bunuh' melalui lidah mereka.  Mohonlah maaf juga kepada pengikut, penyokong dan rakyat Malaysia semuanya sebelum tiba ketentuan Allah s.wt di padang Mahsyar yang kita tidak dapat lari daripadanya.
Baca lagi ....

Fatwa Ringkas Bertentangan dengan Akidah Islam

FATWA RINGKAS BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ISLAM


Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama :

1.      Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964.  Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Pakatan Rakyat yang ikut serta parti DAP dan PKR telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.

2.      Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik  dan dengan itu menjadi kafir.

Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.


Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.

Tetapi selepas wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah luas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan.

Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.

Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).

3.      Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."

Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."

Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.

4.      Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."

Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.

5.      Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.

   Di Bagan Pinang tempohari PAS melihat ahli UMNO sebagai musuh utama dan sanggup  
   melakukan apa saja untuk menyakiti hati mereka.


6.      Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.

Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.


SMS yang disebarkan olehh PAS di Bagan Pinang mengukuhkan lagi perkara ini.

7.      Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.

Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV telah menegaskan demikian.  Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Fatwa ini secara sedar atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.

8.      Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.

9.      Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.

   Begitu juga dengan perlantikan menantu beliau memegang jawatan CEO Kelantan MB Incorp.
   Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai statement bagi menghalalkan perlantikan tersebut.
   bayangkan kalau orang lakukan perkara tersebut! Nik Aziz akan mengeluarkan segala fatwa
   yang memburukkan mereka-mereka tersebut.


Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.

Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak boleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.

Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik.  Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.

Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.

10.  Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:

a)      Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b)      Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c)      Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d)      Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.
e)   Boikot majlis kenduri atau apa saja program bukan politik ahli-ahli UMNO


Baca lagi ....

Penyelewengan PAS terhadap Islam 2

Wednesday, October 7, 2009


Penyelewengan Akidah


1.      PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS


PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menetang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS.

2.   HARAM HALAL JADI POLITIK PAS

Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.

Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, "Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram". (Harakah, 23 April 1994).

3.   SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS

Ada lagi alasan lain bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim. Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka. Apa lagi menyokong, mengundi dan menjadi ahli UMNO.

4.   AJARAN KARUT DAN KHURAFAT

PAS menyebarkan kurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya,  kononnya parti itu mendapat restu dan pertolongan Allah. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat.  Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan menghasilkan buah yang lebat. Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yang lebat itu adalah berkat kemenangan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan di Perak, pada tahun yang sama.

5.   KEPERCAYAAN SESAT

Mempercayai bahwa sesuatu tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala Allah yang menimpa penentang-penentang Allah s.w.t yang anehnya, mereka mendiamkan diri apabila banjir besar melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda.

6.   FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFIR

Di dlaam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahla Sunnnah Wal  al-Jamaah. Beliau berkata: "Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku". Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politk suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.

Menurut kaedah usuluddin : Tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwil sebagai tidak bermaksud kekufuran.
Baca lagi ....

Pengkhianatan PAS terhadap Islam 1

Tuesday, October 6, 2009


 PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM - PENGENALAN

Pengenalan




1.   PAS PARTI SERPIHAN

PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO.  Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, ia keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS.



2.     PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969.  Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya.  Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS, kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.


3.     SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkir Tan Sri Asri daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Aziz, Hj. Hadi dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama. Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai asabiyyah kerana assobiyyah dilarang dalam Islam.

4.     PEMALSUAN AQIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah, menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan antara usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah (isu-isu politik).  Bagi pemimpin dari ahli-ahil PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam, menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan AlKhawarij, (satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al-Rasyidin).



5.     MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU, TAKSUB


PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al-Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.

6.     SEJARAH KHAWARIJ

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman (ra.) lagi di mana mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t.; dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir (takfir) ialah halal darah, maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada pertumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah dan Khalifah Islam ketiga dengan matinya beliau.

Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya, yang berakhir dengan peperangan al-Jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali. Peperangan al-Jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam.

Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali r.a. Golongan Khawarij bukan saja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya, tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan mereka ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat.

7.     BERTOPENG ISLAM GAGAL ATASI UMNO

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik, pemerintahn, sosial, pendidikan dan lain-lain. Justeru itu, PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatif kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya. UMNO walaupun tanpa diberikan jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakan dalam pembangunan, tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.

8.     SIKAP EKSTRIM ALA KHAWARIJ

Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO. Di samping meneruskan sikap ekstrim ala khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk membenci UMNO. Gerakan membenci UMN0 telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Dato' Seri Anwar Ibrahim kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami minyak petrol yang menyemarakkan.

Sejarah menceritakan bagaimana seorang pegawai kepada Syaidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandungan telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak Khawarij, sebabnya kerana mereka tidak sanggup mengkufurkan Saidina Ali

Diperhatikan juga bagaimana takfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrim yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim, dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.

9.         KESAN MELAMPAU MEROSAKKAN IBADAT, RUMAHTANGGA DAN NEGARA

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam seperti sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau-memulau, tragedi berdarah Memali dan penderhakaan di Bukit Jenalek, Sauk.


Baca lagi ....

CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI - BILA MAHU HENTIKAN?

Saturday, October 3, 2009


Berbalik kepada hukum mencarut, memaki dan menggunakan kata-kata yang keji, pertamanya kita perlu merujuk kepada Quran sebagai sumber hukum Islam yang paling utama.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 197 Allah berfirman (maksudnya):

"Barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan-bulan tersebut untuk mengerjakan haji, maka janganlah ia bercakap lucah (rafath), melakukan kerja fasik (fusuk), dan berbantah-bantah dalam masa mengerjakan haji".

Terdapat beberapa pengertian mengenai makna "rafath". Menurut Ibnu Umar, "Rafath ialah bersetubuh dan bercakap mengenainya". Ata' Bin Abi Rabah berpendapat, "Rafath ialah bersetubuh dan mengucapkan kata-kata lucah. Hukumnya adalah haram". Mengenai perkataan "Fusuq" pula, Ibnu Abbas mentafsirkan sebagai, "Semua bentuk maksiat". Manakala Ibnu Umar mengatakan, "Fusuq ialah maki". Al-Dahhak pula mentafsirkannya dengan, "Menggelarkan seseorang dengan gelaran yang keji" (Ibnu Kathir, Tasfir al Quran al-Azim).

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya' ulum al- Din menyebut:

"Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan)".

Memulakan perbincangannya beliau menyebut:  "Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela".

Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu.

Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:

"Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban);

"Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni);

"Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim);

"Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya);

"Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).

Beliau seterusnya memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah:

"Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing".

Setelah menyebut Hadis-Hadis diatas, Imam Ghazali mengulas : "Itulah Hadis-Hadis yang mencela percakapan yang keji (alfuhsy).

Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejinya; sebahagiannya lebih keji daripada yang lain, dan kadang-kadang ia berbeza-beza mengikut adat sesebuah negeri" (Lihat al- Gha'zali, al- Ehya, jld. 3).

Jadi bila Nik Aziz dan pengikut seangkatan dengannya nak berhenti dari melakukan perkara-perkara sebegini?

Dan Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya juga bila lagi nak bertaubat? Lidah anda semua sudah keras untuk bercakap tentang kebenaran; mungkin juga sumpahan dari mangsa-mangsa Awar sendiri?
Baca lagi ....

SIAPAKAH YANG SESAT - UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Friday, October 2, 2009


Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)

Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyai ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. 


Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".

Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ?  


Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.

Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? 


Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. 


Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato Nik Aziz mengeluarkan fatwa  yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut ?


Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi  pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS,  mestilah terdiri dari ulama. 


Masaalahnya ialah sejak bila Arwah Fadzil Nor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar menjadi ulama. Mereka semua mengaji kat mana ? Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ? Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah  SAW adalah benar  dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.
Baca lagi ....

AKIBAT TINDAKAN GOLONGAN PELAMPAU

Tindakan dan Perlakuan Golongan Pelampau agama Ini
Akibat dari tindakan dan perlakuan golongan pelampau agama ini bermacam-macam masalah dan huru-hara yang mengaibkan telah timbul dalam masyarakat Melayu Islam di negara kita termasuk :
  • Sembahyang dua Jumaat serentak
  • Sembahyang dua imam
  • Nikah dua kali. Pasangan yang diakadnikahkan oleh kadi kerajaan kena akad nikah sekali lagi dengan kadi PAS
  • Berlaku penceraian suami isteri kerana berlainan ideologi Politik
  • Memutuskan silaturrahim dengan jiran. Mewujudkan puak-puak
  • Memulau kenduri dan tidak makan sembelihan penyokong berlainan parti
  • TIdak mengunjungi orang sakit atau meninggal dunia dari kalangan mereka yang berlainan parti
  • Tidak menyembahyangkan jenazah dan mengkembumikan mayat muslimin lain kerana kononnya kafir, kubur berasingan bagi pengikut PAS
  • Mengajar anak-anak kecil, kaum keluarga serta kumpulan mereka membenci pemimpin kerajaan
  • Membakar bangunan dan merosakkan harta benda orang lain
  • Menghalalkan perbuatan mencaci, menghina dan mencarut
  • Mengisytiharkan mati syahid ke atas mereka yang mati kerana menentang golongan yang berlainan fahaman
  • Menganggap segala perbuatan mereka sebagai jihad sedangkan orang lain kafir walaupun melakukan perbuatan baik.

Klik untuk gambar besar




Baca lagi ....

AMANAT HADI AWANG - Menzalimi Agama Islam.


Dalam peristiwa berdarah di Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985, seramai 18 orang termasuk Ibrahim Libya telah terkorban kerana terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO.


Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bermesyuarat pada 3 dan 4hb. Februari 1986 telah mengisytiharkan bahawa Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya tidak mati syahid.


Jawatankuasa itu juga menetapkan bahawa kematian Ibrahim Libya dan para pengikutnya sebagai "Penderhaka dan   Berdosa" kerana tidak taat kepada negara Islam Malaysia. Malaysia adalah negara Islam yang sah mengikut pendapat terkuat "ULAMAK AL-MUHAKKIKUN" berasaskan pegangan mazhab Imam Al-Shafie.


Majlis Agama Islam Negeri Kedah pula menetapkan kumpulan Ibrahim Libya telah menyerupai "Bughah" dan bukan "mati syahid Ma'araakah". 


Parlimen yang meluluskan kertas putih pada 11 Mac 1986 dengan jelas mengaitkan peristiwa hitam itu dengan Amanat Hadi Awang.


Amanat Hadi Awang telah melahirkan golongan pelampau agama yang berperwatakan seperti berikut:-
1. Taksub kepada pemimpin mereka sahaja.


2. Keras kepala, keras hati dan degil




3. Bertindak keras tidak bertempat



4. Bersikap kasar dan agressif terhadap orang lain



5. Jahat sangka terhadap orang lain


6. Gemar menabur fitnah dan mengkafir sesama Islam


Makna kepada kafir mengkafir ialah kemuncak perlakuan jahat kerana apabila sesorang Islam dikafirkan bermakna kehormatan, harta benda, darah dan nyawanya halal untuk diceroboh.


BUKTI AMANAT HAJI HADI
AMANAT
TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG

"Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menetang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka, oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku."
PAS
(Parti Islam SeMalaysia)
Penerangan PAS Kelantan
Baca lagi ....

NIK AZIZ MEMASUKI PAS

Wednesday, September 30, 2009


Antara tahun 1960 hingga 1964 merupakan era yang dianggap sebagai era kegemilangan PAS. Kerana dalam pilihanraya 1959 PAS berjaya menawan dua negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu PAS memenangi 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala di Kelantan pula PAS berjaya menawan 28 daripada kerusi yang dipertandingkan. Dalam pilihanaraya 1964 PAS terus menguasai Kelantan dan memenangi 21 daripada 30 kerusi. Satu perkara yang tidak dinafikan ialah: Tok-Tok Guru Pondok adalah merupakan tunggak kekuatan PAS pada ketika itu. Tuan Guru (Haji) Abdul Ghani, Ketua Pondok Tuan Guru (Haji) Abdul Ghani Syed, Kubang Bemban, Pasir Mas juga adalah ketua PAS kawasan Pasir Mas pada ketika itu (sama dengan Ketua Bahagian dalam UMNO).

Haji Nik Aziz ketika itu bukanlah seorang tokoh PAS, sebaliknya sebagai seorang pendakwah bebas yang hanya dikenali dengan panggilan Ustaz sahaja, bukan Tok Guru. Dikalangan masyarakat Kelantan pada ketika itu, panggilan Tok Guru pada umumnya dianggap lebih tinggi daripada Ustaz. Seorang Tok Guru yang memimpin sebuah pusat pengajian pondok biasanya terdiri daripada ulama yang menamatkan pengajian dalam sistem berkenaan yang agak berbeza dengan sistem pengajian sekolah atau universiti. Dalam sistem pengajian pondok, pelajar-pelajar mengikuti pengajian ilmu-ilmu Islam secara menyeluruh tanpa mengkhususkan kepada jurusan-jurusan tertentu seperti Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Ulama atau Tok Guru yang mengepalai sesebuah institusi pengajian pondok biasanya telah menguasai dan mampu mengajar kitab-kitab dalam bidang-bidang disebutkan diatas. Mereka biasanya sangat teliti dalam perkara yang berkaitan dengan fatwa dan hukum. Salah seorang guru ada menceritakan tentang seorang guru beliau yang sangat alim ketika menuntut di Mekah. Apabila seseorang bertanyakannya tentang sesuatu masalah hukum, beliau meminta tempoh untuk membuka kitab terlebih dahulu sebelum memberi jawapan, walaupun apa yang ditanyakan itu agak mudah dijawab.

Inilah ciri-ciri Tok Guru di Kelantan sekitar tahun enam puluhan dahulu. Adalah jelas bahawa sekalipun hampir keseluruhan Tok Guru memakai serban, namun panggilan tersebut pada hakikatnya mempunyai latar belakang tersendiri dan bukanlah didasarkan kepada lilitan serban semata-mata.

Detik-detik kemasukkan Ustaz Haji Nik Aziz kedalam PAS telah dirakamkan oleh Allahyarham Dato' Asri dalam buku memori politiknya Meniti Arus. Menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam tahun 1967 beliau menulis: "Ketenangan selepas bertarung dalam pilihanraya kecil Bachok itu tidak lama, apabila Haji Ahmad Abdullah atau Haji Ahmad Prai pula meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya yang berlaku dalam tahun 1967. Sekali lagi PAS terpaksa mencari calon pengganti untuk pilihanraya kecil di kawasan Kelantan Hilir."

"Dalam satu mesyuarat kecil di rumah kediaman saya (JKR No. 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan), kata sepakat telah diambil bagi mempelawa Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, untuk menjadi calon. Beliau lulus Sarjana Muda dari Dar al-Ulum India, dan menyambung pelajaran di Universiti Azhar dengan mendapat ijazah sarjana. Beliau pada masa itu menjadi guru di Maahad Muhammad dan bertugas sambilan sebagai pendakwah, yakni sebagai guru agama di kelas dewasa. Ustaz Nik Abdullah Arshad diberi tugas bagi menemui Ustaz Nik Abdul Aziz dan Alhamdulillah, pelawaan PAS disambut dengan baik oleh beliau. Haji Nik Aziz dibawa ke rumah Menteri Besar bagi menyelesaikan beberapa perkara, terutamanya untuk mengisi borang menjadi anggota PAS dan membuat persediaan yang sewajarnya, terutamanya untuk mengisi borang pencalonan. Saya masih ingat pada ketika itu beliau sedang uzur. Saya telah meminta setiausaha peribadi saya menjemput doktor dari hospital datang ke rumah. Alhamdullilah segala-galanya berjalan dengan lancar".

Berasaskan fakta sejarah yang dirakam oleh Dato' Asri di atas, pertanyaan yang mungkin timbul ialah: Sejak bilakah beliau mengetahui bahawa PAS adalah merupakan satu-satunya wadah perjuangan Islam yang disifatkannya sebagai 'tulin' berbanding dengan UMNO? Perlu disebutkan disini bahawa "kelas dewasa" yang disebut oleh Dato' Asri dalam Memoirnya itu adalah wadah yang diwujudkan oleh UMNO. PAS telah dibawa masuk ke Kelantan oleh Allahyarham Dato' Asri dan Dato' Othman Abdullah pada tahun 1954, dan telah mengharungi tiga pilihanraya 55, 59 dan 64 sebelum penyertaan Haji Nik Aziz. Tentulah tidak mudah untuk digambarkan pengorbanan serta jerih payah generasi peneroka yang memulakan kerjanya daripada titik sifar dalam mengembang dan membangunkan PAS sehingga sampai ke mercu kejayaan dalam tahun l967. Soalannya di sini:

Apakah setelah PAS mencapai kejayaan besar dalam dua pilihanraya 59 dan 64, kemudian berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kelantan Hilir, dan beliau ditawarkan untuk mengisi kekosongan tersebut, maka pada ketika itu barulah beliau menyedari bahawa PAS adalah satu-satunya wadah yang tulin bagi memperjuangkan cita-cita Islam, manakala yang lain adalah palsu belaka?

Semasa Dato' Asri menjadi menteri Kerajaan Pusat ketika PAS dalam Barisan Nasional, Nik Aziz sering ditemui di rumah Allahyarham No.10, Jalan Swee Guat, Kuala Lumpur, yang mana beliau ketika itu menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada parti PAS. Sehingga waktu itu beliau masih dirujuk dengan panggilan Ustaz Nik Aziz. Kemungkinan besar beliau dirujukkan dengan panggilan Tok Guru hanya setelah pengunduran Dato' Asri dan PAS memasuki era kepimpinan ulama.
Baca lagi ....

Apa kata Blogger