SEBAB YANG MENDORONG AMANAT HADI MENENTANG UMNO

Wednesday, January 6, 2010

SEBAB YANG MENDORONG AMANAT HADI MENENTANG UMNO

1.          Dalam perenggan pertama amanat Haji Ab.Hadi menyebut sebab-sebab yang mesti ditentang ialah kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturankafir, mengekalkan peraturan jahiliah".

2.         Sebab yang diutarakan oleh YB. Haji Ab. Hadi itu juga berupa FITNAH; kerana tidak pernah berlaku lagi UMNO dan BN mempertahankan perlembagaan dan segala peraturan yang ditinggal penjajah.  Sebaliknya sudah begitu banyak pindaan dibuat daripada semasa ke semasa ke atas perlembagaan dan peraturan yang ada.  Buktinya sehingga 1995 (Sama ada Akta atau Ordinance atau Kanun) sahaja; 39 pindaan perlembagaan negara sudah pun dibuat. Ertinya apabila dibuat pindaan bermakna itulah bukti tidak mempertahankannya.

3.         Apa yang sudah berlaku ialah DUN kerajaan PAS Kelantan telah membawa usul pertahan perlembagaan negeri pada tahun l993. Maka kerajaan PAS Kelantan sahajalah yang mempertahankan perlembagaan tubuh warisan BN dahulu.  Berita Harian 12 April 1993 melaporkan, "Semua ahli dewan berikrar untuk melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan"'. Oleh hal yang demikian berdasarkan hukum yang bersifat fatwa dalam amanat Tuan Guru Haji Ab.Hadi Awang itu maka adalah sepatutnya kerajaan PAS Kelantan itulah yang mesti ditentang kerana dialah yang terang-terang secara rasmi di DUN memperpertahankan perlembagaan penjajah.  Walaupun jelas apa yang sebenarnya berlaku ke atas PAS; tetapi apabila terkena batang hidung sendiri diam seriibu erti.  lnilah yang dikatakan hukum  agama PAS bercanggah dengan hukum Allah; kerana penggunaan yang berupa fatwa itu hanyalah kepada orang yang menjadi musuh politiknya tetapi tidak pula ke atas diri PAS sendiri.  Hukum PAS, HARAM untuk orang.

4.         Satu soalan mesti dijawab mengenai perlembagaan tubuh PAS sendiri.  Jikalau benarlah hukum menggunakan perlembagaan penjajah boleh meniadi kafir, mengapakah PAS juga melelakkan OTORITI Perlembagaan Malaysia begitu tinggi sehingga menjadi kunci perlembagaan tubuh PAS sendiri iaitu fasal (6) USAHA-USAHA:  Lihat pada ceraian (1 1) yang berbunyi:-

"Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar".

5.         Dengan peruntukan Fasal 6(11) perlembagaan tubuh PAS ini nyatalah bahawa segala slogan Islam, al-Quran dan negara Islam yang PAS laungkan selama ini hanyalah iklan pura-pura sahaja, kerana sebutlah apa-apa sekali pun hanyalah boleh dibuat apabila dibenarkan oleh perlembagaan negara.  Apakah pimpinan PAS terlupa batas perlembagaan negara ketika hendak melaungkan slogan dan janji? Ini bermakna PAS menipu orang yang tidak tahu, waliyazu billah.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger