SANDIWARA PAS TIGA BABAK

Thursday, January 14, 2010


Pada tahun 1982 PAS mula menuduh Assobiyyah kepada perjuangan kebangsaan Melayu yang dulunya mereka perjuangkan bersama. Pada bulan September 1985 pula PAS Terengganu membuat ikrar kepada sekumpulan orang Cina dalam satu perancangan dialog PAS-Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Terengganu dengan mengatakan apabila PAS memerintah negara ini hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan.

Pada ketika itu dalam Perlembagaan Tubuh PAS Fasal 6 ceraian 7, 8 dan 9 masih tercatat lagi peruntukan mengenai bahasa, budaya dan hak Melayu. Bagaimanapun, pindaan 1987 Perlembagaan Tubuh PAS menghapuskan semua fasal yang menyebut Melayu itu.

Sandiwara PAS mengenai hak Melayu makin ketara apabila kita dapati ada pimpinan mereka menjamin hak Melayu ketika berhadapan denga orang Melayu, tetapi lain pula skrip yang dipakai ketika berhadapan dengan orang bukan Melayu.

Kalau PAS tidak bersandiwara tentulah mereka menerima realiti sejarah persefahaman dalam kontrak sosial antara kaum yang telah pun dipersetujui bahawa hak istimewa orang Melayu diberikan (Perkara 153 Perlembagaan) melalui harga jual beli hak kerakyatan kepada bukan Melayu (Bahagian 3 Bab 1 Fasal 14-22 Perlembagaan).

Ini bererti kalau hak keistimewaan Melayu mahu dihapuskan, maka hak kerakyatan bukan Melayu juga mesti dihapuskan. Tepuk dada tanya selera siapa yang rugi, siapa yang untung.

Bagaimanapun, sandiwara yang paling hebat ialah pementasan sandiwara drama tiga babak hukum Hudud. PAS telah berjaya melakonkan banyak episod penyelewengan hudud. Babak pertama ialah mula-mula membentangkan hukum hudud PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993. Ia kelihatan banyak bercanggah dengan hudud Allah terutama pada prinsip keadilan seperti ia terpakai ke atas orang Islam sahaja (Fasal 56), syarat-syarat menjadi hakim langsung tidak mengikut syarat syarie (Fasal 68) dan sebagainya. Kemudian dalam babak ini Harakah 28 Februari 1997 berjanji hukum Hudud akan dibawa ke Parlimen. TETAPI JANJI CUMA TINGGAL JANJI.

Sebaliknya UMNO dan Perdana Menteri dipersalahkan apabila timbul soalan mengapakah undang-undang Hudud itu tidak dilaksanakan selepas diluluskan oleh Dewan Undang Negeri Kelantan.

Sandiwara hudud PAS ini ketara lagi dalam babak kedua iaitu apabila Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu. Beliau membuat kenyataan, " Perlaksanaan Hudud melalui Proses yang Panjang." Mengapakah boleh menjadi panjang kalau hudud PAS Kelantan itu sebenarnya hudud Allah ? Ambil saja EJKS (II) 1993 Kelantan, bawa ke Dewan Undangan Negei Terengganu terima pakai, habis cerita. Tidakkah Abdul Hadi sendiri menjadi pengerusi jawatankuasa penggubal Hudud PAS Kelantan itu ? Mengapakah pengerusi sendiri menolak rang undang-undang yang digubal ?

Alangkah anehnya apabila penulis skrip sendiri menolak skrip yang ditulisnya.

Kalau kerajaan PAS Terengganu tidak mahu pakai EJKS (II) 1993 Kelantan, ternyatalah bahawa ia bukan hudud Allah. Hudud Allah sebenarnya hanyalah satu. Ia sesuai di mana jua.

Babak ketiga sandiwara hudud PAS ialah kenyataan Abdul Hadi Awang sebagaimana dilaporkan dalam Utusan Malaysia 7 Mac 2000 iaitu "hukum hudud adalah salah satu aspek daripada 0.0001 hukum Allah". Mengapakah sebelum Abdul Hadi memerintah Terengganu, UMNO dihukum tidak Islamik atau kafir kerana tidak melaksanakan hudud yang dianggap begitu besar ? Sekarang apabila sudah mendapat kuasa, hudud yang dianggap begitu besar dahulu telah berubah menjadi begitu kecil untuk PAS sehingga nilainya 1/10,000 (satu persepuluh ribu) daripada hukum Islam ?

Kalaulah hudud Allah pun boleh dipermainkan seperti lakonan sandiwara pementasan drama tiga babak oleh PAS, maka tidak hairanlah isu-isu lain dengan mudah sahaja dipentaskan oleh PAS sekalipun tanpa skrip dan percanggahan sesama mereka. Misalnya, PAS pernah bersandiwara denga kebenaran menjual arak dan snuker - haram ketika UMNO dan harus ketika PAS dengan syarat tukar kata-kata atau pinda alasan.

Di Terengganu, replika penyu segera dibuang tetapi replika sotong dan udang boleh ditangguhkan. Gambar raja dibuang manakala gambar Menteri Besar bersama exco dipasang dengan megahnya. Menteri Besar Kelantan boleh menyembah Raja, tetapi Menteri Besar PAS Terengganu tidak buat demikian.  Di Kedah, pub dan pusat karaoke baru dibenarkan buka; pusat jualan arak di Langkawi masih dibuka. Kenapa tidak tutup semuanya? Bila ditanya kerajaan negeri, mereka berdalih yang kerajaan sekarang bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan PR. Siapa yang mereka nak tipu? Dan banyak lagi lakonan pura-pura politik cari makan menjadi sandiwara mereka.

Sepanjang masa pemerintahan PAS di Terengganu kelihatan juga sandiwara lain, daripada pakaian dan perawakan diri wakil-wakil rakyat mereka sehinggalah tindak-tanduk pentadbiran kerajaan negeri. Ia bercampur aduk antara kerajaan dengan parti.

Peraturan biasa ditolak ke tepi. Misalnya pegawai kerajaan negeri tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tetapi pegawai kerajaan pusat diperlukan bertugas dalam Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR). Pekeliling melarang khutbah sendiri sudah tidak dipakai lagi. Mimbar khutbah seumpama pentas ceramah, penuh dengan ucapan-ucapan emosi. Pekeliling pemilihan Jawatankuasa masjid yang baru memberi kuasa kepada anak mukim buat cadangan, tetapi perlaksanaannya ditapis diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. (Kerajaan PAS negeri juga yang akhirnya memutuskan siapa yang hendak dilantik).

Pembahagian bantuan orang miskin mengikut puak mereka. Dalam ucapan Menteri Besar PAS Terengganu ketika perasmian Mahkamah Syariah Terengganu, dia menyebut "Inilah titik permulaan melaksanakan hukum Allah sepenuhnya" sedangkan tidak ada satu pun pindaan baru perlembagaan tubuh negeri dibuat. Apakah terasminya sebuah bangunan Mahkamah Syariah yang indah tersergam pusaka UMNO dan kerajaan BN sebelum ini sudah cukup untuk melaksanakan hukum Allah sepenuhnya ?

Pada majlis sambutan hari Keputeraan Sultan Terengganu, Menteri Besar membuat pengakuan akan terus melaksanakan program pembangunan insan melalui Yayasan Islam, Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

Ini bukti PAS berlakon sandiwara di pentas yang UMNO sediakan dahulu. Tidak ada satupun dasar pembangunan insan baru yang dikemukakan oleh PAS bagi menafikan segala dasar yang UMNO gubal selama ini. PAS tuduh UMNO memerintah secara sekular tetapi semua projek yang diasaskan atas dasar gubahan UMNO terus dipakai di Terengganu. Ternyatalah PAS hanya berlakon sandiwara di pentas lama denga skrip pusaka peninggalan orang.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger