HAJI ABDUL HADI BUAT PENAFIAN

Wednesday, January 6, 2010

YB.  HAJI ABDUL HADI BUAT PENAFIAN

1.       YB. Hj.  Abd.  Hadi cuba membuat penafoan mengenai amanatnya dalam akhbar Eksklusif 21-27 Jun 1999; terdapat di muka depan seperti petikan di bawah ini:


         "Malahan dalam ucapan saya itu tidak pemah saya mengatakan UMNO itu kafir, cuma sava menyatakan batasan antara iman dan kufur".

2.      Adalah sangat menghairankan jikalau YB.  Haji Abdul Hadi tidak boleh faham apa yang dicakapnya.  Soalan mudah ialah bagaimanakah boleh timbul hukum " Mati kita adalah mati syahid" kalau orang yang kita tentang itu tidak kafir ? Apa yang jelasnya ialah kalau hukumnya boleh MATI SYAHID (Ma'arikah) bermakna mestilah orang Islam berperang dengan orang kafir harbi yang sedang memerangi agama dan menghalau orang Islam (Lihat maksud al-Quran dalam ayat 8 dan 9 surah al-Mumtahanah) :

(Surah Al-Mumtahanah Ayat 8)
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

(Surah Al-Mumtahanah Ayat 9)
"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Oleh sebab realiti Malaysia tidak ada kafir seumpama itu maka teranglah pendapat berupa fatwa dalam amanat Haji Ab. Hadi amat barcanggah dengan ajaran Islam.

3.      Kalaulah hendak dikatakan pula tidak ditujukan kepada UMNO pun tidak benar juga kerana terdapat begitu jelas dalam para satu awal-awal lagi menyebut perkataan "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO... ". Oleh sebab itu berani ditegaskan mengikut fahaman bahawa Amanat Haji Abdul Hadi adalah mengandungi hukum agama yang bercanggah dengan Islam iaitu membawa maksud "LAWAN UMNO MATI SYAHID".  Ramai yakin penuh demikianlah juga fahaman IJMA' ahli-ahli majiis fatwa kebangsaan Malaysia (Yang terdiri daripada semua mufti yang ada) ketika bersidang di Pekan Pahang pada l9 Februari 1986.  Laporan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan disiarkan dalam Utusan Malaysia 20.02.1986 dengan tegas merakam fatwa berkenan iaitu AMANAH HADI BERCANGGAH DENGAN ISLAM.  Apa lagi ?  Bertaubat sahajalah sebaik-baiknya.

4.      Adapun tentang dakwaan YB.  Haji Ab.  Hadi mengenai ucapannya menjelaskan batasan antara iman dan kufur itu memang terang-terang bohong.  Mana ada perkataan yang menyebut atau condong kepada maksud menjelaskan batasan iman dan kufur ?  Apa yang tertulis dalam amanah itu ialah para satu sebab apa menentang UMNO dan BN.  Para dua mengandungi hukum " …. kerana kita berjuang dengan puak-puak ni mati kita mati syahid …... " dan para tiga " ....... kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku".

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger