TemplateGoal

Mutakhir

Artikel Terkini

ADUN & MP Pas ikrar lafaz Taklik

Saturday, October 31, 2009


Petikan dari Blog Mahaguru58:


Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.


Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.


Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS,maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!

Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...

Hebat sungguh strategi PAS ini.

Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!

Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!

Saya memang bersetuju dengan cara ini!

Kamu lompat parti?


Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!


Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)

Lanjutan isu in, sila lawat http://cekatitembaga.blogspot.com/2009/10/wakil-rakyat-pas-akan-cerai-isteri.html
Baca lagi ....

Nik Aziz - Ingatan



Kosing said...


Ada cerita bagitahu Arwah Tok Guru Haji Lah Pondok Lubuk Tapah semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru Pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya " Mu tengok molek sikit Nik Aziz ni, dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ".

Adakah kebimbangan ini berasas ?

Baca lagi ....

Fatwa daripada Ketua Ulama PAS.


Utusan Malaysia bertarikh 29/4/99 telah menyiarkan fatwa daripada ketua ulama PAS, kononnya Islam tidak melarang umatnya memaki, menghina, mencarut apabila menghadapi keadaan-keadaan yang tertentu.  Katanya dalam al-Quran sendiri ada Allah memaki Abu Lahab dan Allah juga telah mengatakan mereka buta tuli dan sebagainya tidakkah ini juga mencarut ?

Ketahuilah saudara-saudara, bahawa Allah s.w.t memang berhak melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki,  sedangkan manusiia terbatas kepada hukum-hukum yang telah ditetapkm oleh-Nya.

Sila lihat ayat 16 Surah an-Nahl yang bennaksud:

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

Mengikut Tafsir "Pimpinan Ar-Rahman" 'muka surat 666 edisi rumi ialah: Allah Ta'ala tidak membenarkan sesiapapun memandai-mandai menghalalkan atau mengharamkan sesuatu, dengan tidak berdasarkan hukum syarak.  Kerana perbuatan yang demikian hanya menurut hawa nafsu dan berdusta terhadap Allah Azza wa Jalla.
Baca lagi ....

Fatwa daripada pemimpin PAS


Sekiranya berlaku sesuatu isu yang tidak secocok dengan perasaan pemimpin PAS atau boleh menggugat parti mereka, maka fatwa atau hukum-hakam pun dilahirkan walaupun tidak mempunyai hujah atau nas yang qat'ie (tepat).  Dalam kontek ini kita dapati timbulnya fatwa yang berbeza-beza antara seorang pemimpin dengan pemimpin PAS yang lain.  Yang malang lagi, kadang-kala fatwa itu berbentuk akidah seperti mengkafirkan orang Islam dan menghukum murtad walaupun terhadap ahli kiblat yang sama dengan mereka.  Mana-mana individu atau jemaah lain yang menolak parti PAS sudah pasti mereka dicap sebagai kafir. Padahal Saidina Husin bin Ali bukan setakat menentang biasa terhadap kerajaan Yazid bin Muawiah, bahkan beliau mengumpul bala tentera bagi memerangi kerajaan Yazid yang pada akhirnya Saidina Husin gugur dan menerima kekalahan teruk di tangan Yazid.  Kenapakah PAS tidak menghukum kafir kepada Saidina Husin, sedangkan kerajaan Yazid yang dilawan oleh Saidina Husin adalah kerajaan Islam tetapi agak menyeleweng ?
Baca lagi ....

Ayat Allah menyuruh bercakap baik.

Maksudnya:

"Perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada pemberian yang diiringi dengan perbuatan atau perkataan yang menyakitkan hati.  Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar "  

(Surah al-Baqarah ayat 263)


Firman Allah lagi Yang bermaksud:

"Dan berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah katakata yang baik, merendah diri dan lembut berbicara kepada sesama manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat kerana kedua-dua ibadat ini merupakan rukun yang ada kena mengena dengan fizikal seseorang dan kewangan. "

(Ayat 83 al-Baqarah)

Baca lagi ....

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.

 Maksudnya:

"Wahai orang yang beriman!  Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim.  "

 (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman AlIah lagi yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati ? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.  "

(Surah al-Hujurat ayat 12).

Baca lagi ....

Ayat al-Quran yang melarang daripada memaki orang lain.

Maksudnya:

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

 (Surah al-An'am ayat 108)
Baca lagi ....

Mengenal Parti PAS

Monday, October 26, 2009


Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumah tangga Muslim. Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah tertegak negara Islam.

Suatu ketika dulu gendang "hukum hudud" dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain. Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendah orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut dan menentang lslam. Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang lslam tidak boleh menghina kumpulan atau individu kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik. Mereka juga lupakepada arahan Allah agar jangan memaki hamun walaupun kepada berhalayang disembah oleh orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusiayang sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS ?
Baca lagi ....

PARTI PAS


Di Malaysia, jemaah PAS telah menamakan partinya sebagai Jemaah Islamiah. Namun dari segi nama memang parti PAS adalah Jemaah Islamiah, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Jemaah Islamiah yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap sebagai Jemaah Islamiah atau Parti Allah yang hakiki. Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Jemaah Islamiah yang sebenar dengan parti politik PAS.

Jemaah Islamiah atau parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-ciriny. Kalau namanya sahaja lslam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Jemaah Islamiah atau Parti lslam. Oleh itu, kita jangan mudah keliru dengan label lslam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada amalan dan praktikal harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.

Sejak akhir-akhir ini, PAS berani mendakwa yang ia adalah Jemaah Islamiah. Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada yang mereka namakan ulama dan pemimpin PAS kini. Pada peringkat awal penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah merupakan pakatan orang-orang Islam sahaia, padahal minda dan syakhsiah peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.

Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas itu, kita mengkaji pula cara-cara perjalannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya ?

Sesungguhnya pada hakikat keadaan penubuhan parfi PAS tidak lebih daripada hanya sebuah organisasi serpihan UMNO. La sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain. Adalah dimaklumkan, walaupun parti PAS dicipta atas kehendak sedemikian, namun jikalau parti PAS dapat memenuhi ciri- ciri Parti Islam tulen sebagaimanayang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. maka iajuga boleh dianggap Jemaah Islamiah.

Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasullah s.a.w. atau mengikut ijma' fi'li (perbuatan para sahabat Nabi s. a. w.). Untuk itu marilah kita sama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen.

Baca lagi ....

Ciri-Ciri Pendokong Jemaah Islamiah

Ciri-ciri Pendokong Jemaah Islamiah



1.     Pendokong Jemaah Islamiah pula jumlahnya sedikit. Ia menepati apa yang disebut oleh Allah didalam Al Quran sebagaimana FirmanNya bermaksud:

"Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih". (Surah Saba' ayat 13)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

"Hai Nabi, kobarkanlah (perangsangkanlah) para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti. (maksudnya: mereka tidak mengerti bahawa perang itu haruslah untuk membela keyakinan dan mentaati perintah Allah. Mereka berperang hanya semata-mata mempertahankan tradisi jahiliyyah dan maksud-maksud duniawiyah lainnya)." (surah Al-Anfal ayat 65)

Yang dimaksudkan dengan jumlah sedikit dan 20 nisbah 200 dan 100 nisbah 1000 musuh itu ialah orang yang bertakwa, dinilai daripada segi kualiti iman dan takwa bukan dari segi tenaga fizikalnya.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:

"Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (ayat 249 surah al-Baqarah)

Jumlah yang sedikit itu juga terdiri daripada pelbagai profession. Ada golongan petani, pelajar, pensyarah, ahli perniagaan, orang miskin, orang kaya, berpendidikan agama, perpendidikan sains, ahli politik,  pegawai kerajaan, polis, tentera dan lain-lain. Tetapi semua professionalisme mereka digunakan untuk memajukan Islam dan bukan digunakan untuk mencari keuntungan peribadi.

2.     Pendukung Jemaah Islamiah berada di serata pelosok bumi. Walaupun antara mereka tidak kenal mengenal satu sama lain disebabkan tinggal berjauhan dan tidak pernah berjumpa, tetapi sikap tindak tanduk, minda dan juga akhlak mereka sama iaitu ingin memajukan Islam. Seolah-olah mereka itu datang daripada satu keluarga.

Gambaran sedemikian telah digambarkan oleh Saidina Ali krw. Katanya:
Allah mengumpul dan melengkapkan pilihan para sahabat Rasulullah SAW untuk peperangan Badar sebanyak bilangan tentera Tholut, iaitu 313 lelaki. Sifat-sifat mereka itu pula ibarat singa yang baru keluar dari hutan. Hati-hati mereka bagai kepingan besi (cekal). Jikalau mereka ingin untuk mengubah bukit, nescaya mereka dapat mengubahnya dari tempat asal (kerana kuat azam dan cita-cita mereka). Gaya mereka adalah sama, begitu juga dengan bentuk pakaian seragam mereka, mereka juga kelihatan seolah-olah datang daripada satu keturunan, (kerana hubungan kasih sayang dan ukhuwah mereka rapat)." (Daripada kitab Aqdud Durar Akhbar al-Muntazar).

3.     Ikatan ukhuwah antara para pengikut jemaah itu ibarat batu bata yang tersusun rapi.  Ia juga boleh diibaratkan sebagai satu tubuh badan , mana-mana satu anggota yang sakit maka anggota yang lain akan terasa sakit juga. Sifat itu seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sikap orang mukmin sesama mukmin yang lain ibarat batu bata pada sebuah bangunan. Satu sama lain kuat-menguat dan sokong menyokong". (Riwayat Muslim)

4.     Mereka menjadi singa pada siang hari (hebat dan kuat berjuang) dan menjadi 'abid pada malam hari (bangun beribadah malam dan bermunajat dengan Allah).

5.     Tidak terlibat dengan riba, maksiat dan sistem hidup orang lain, juga tidak bergantung hidup kepada yang lain selain daripada Jemaah Islamiah kerana mereka mempunyai sistem hidup dalam Jemaahnya sendiri dan kehidupan harian mereka dijamin oleh Jemaah yang menyediakan pelbagai projek kemajuan bagi menampung keperluan harian mereka.

6.     Pendukung Jemaah Islamiah bukan hanya didedahkan tentang hukum Allah dari segi persoalan jinayat, hudud atau yang ada hubungan dengan negara semata-mata. Malah hukum-hukum lain yang berhubungan dengan diri, keluarga, masyarakat, pekerjaan, pendidikan, pertanian, perubatan dan sebagainya. Bahkan mereka berusaha ke arah untuk menegakkannya.

7.     Pendokong Jemaah, cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang cintai lebih dari Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Surah At-Taubah ayat 24)

8.     Tidak sombong kerana pengikut ramai, sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 25 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak(megah) kerana banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.

Dalam peperangan Hunain, tentera Islam telah diserang hendap sehingga banyak diantara mereka yang telah bertempiaran lari (padahal pada permulaan perang mereka berasa megah dengan ahli perang yang ramai) kecuali Rasulullah SAW; dan sebilangan kecil sahabat-sahabat baginda yang bertahan menentang musuh dengan gagahnya. Setelah orang-orang Islam yang bertempiaran lari itu mendengar seruan Rasulullah SAW memberi semangat, kembalilah mereka beramai-ramai, yang pada peringkat akhirnya tentera Islam berjaya menghancurkan musuhnya.

9.     Tidak tamak kepada kemewahan dan harta benda dunia sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 249 yang bermaksud :

"Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutKu. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutKu." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

Baca lagi ....

Ciri-Ciri Jemaah Islamiah


Ayat-ayat yang disebutkan di bawah tajuk Jamaah Islamiah menjadi sumber utama tentang ciri-ciri Jemaah Islamiah dan sifat-sifat pendokongnya. Antara sifat-sifat pendokong Jemaah Islamiah berdasarkan ayat-ayat di atas ialah :

i) Benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul dan menjadikan kedua-duanya (Allah dan Rasul) sebagai pemimpin serta tempat rujuk bagi segala perkara

ii) Melantik orang-orang beriman sebagai pemimpin

iii) Beriman kepada hari Akhirat

iv) Mendirikan sembahyang Fardu

v) Mengeluarkan zakat

vi) Benar-benar patuh kepada perintah dan hukum Allah

vii) Tidak berkasih sayang dengan orang yang menentang agama (engkar hukum) Allah

viii) Tidak bersikap assobiyah qaumiah yakni tidak bertolak ansur dalam menjalankan
kegiatan Islam walaupun dengan ibubapa, anak-anak, saudara mara dan kaum kerabat
sekiranya mereka itu anti-Islam atau melakukan maksiat dan kemungkaran.


Para ulama juga merumuskan beberapa ciri-ciri lain berdasarkan kepada AlQuran tentang ciri-ciri Jemaah Islamiah yang sebenarnya. Antaranya:

i) Dapat menegakkan Islam secara syumul didalam Jemaah itu

ii) Menzahirkan kebenaran : iaitu mewujudkan sistem hidup Islam seperti sistem keluarga, masyarakat, ekonomi, sosial, kesihatan, kebajikan, media massa, dakwah dan perhubungan serta lain-lain secara Islam. Dengan sistem hidup ini mereka dapat mengisi program hidup harian dan juga dapat menampung hidup, sekaligus dapat memberi khidmat kepada masyarakat. Dari sini masyarakat pula dapat menumpang pelbagai kemudahan itu. Sistem-sistem yang ditegakkan itu bukanlah ditiru dari sistem jahiliah yang bersifat sekular atau bercampur-baur dengan perkara mungkar seperti sistem-sistem hidup tajaan orang-orang Barat. Tetapi ianya benar-benar berbeza dari segala sistem hidup ciptaan manusia. Kemunculan sistem hidup Islam ini memang mencabar sistem sekular dimana seterusnya berlaku pertembungan baik dari segi minda mahupun dari segi amali cara hidupnya. Walaubagaimanapun sistem Islam dalam Jemaah Islamiah itu tetap menang dan hidup lancar, tanpa boleh diganggu-gugat atau dirosakkan kerana ia sentiasa diberi pertolongan oleh Allah SWT.

iii) Jemaah yang hakiki ialah bersifat universal, iaitu ianya dianggotai oleh segala jenis bangsa di pelbagai negara. Ianya tidak bersifat lokal di negeri sendiri. Begitu juga dengan pemimpinnya boleh diterima oleh masyarakat sejagat. Pembawaan Jemaah ini dapat mengisi keinginan umat yang menyintai kebenaran dan perpaduan sejagat. Oleh itu Jemaah mampu mengisi fitrah semua manusia tanpa dibatasi oleh bangsa dan agama, juga tidak dibatasi oleh peringkat umur, golongan dan taraf pendidikan. Jemaah ini dapat menjadi model perpaduan sejagat kerana didalamnya ada pelbagai bangsa yang mengamalkan satu sistem hidup yang sama. Yang berlainan agama pula akur dengan sesuatu yang memang selari dengan fitrahnya, kerana agama Islam adalah agama fitrah manusia tanpa ada apa-apa kepentingan yang bernilai rendah (remeh-temeh). Walaupun mereka belum menukar akidah, tetapi dengan kebenaran syariat zahir mereka boleh menerima kebenaran Allah dengan dada terbuka.

iv) Jemaah Islamiah tidak bergantung harap kepada musuh dalam sebarang sistem dan keperluan hidup anggota dan juga Jemaahnya. Bahkan tidak terlibat sama sekali dengan sebarang bentuk mungkar. Ia mempunyai keupayaan tersendiri yang dapat menampung keperluan anggota, sehingga semua masyarakat lain (penganut agama lain) memerlukannya.Contohnya ialah seperti berlaku pada zaman Rasulullah saw dan pada zaman para sahabat. Islam ketika itu menjadi tempat rujukan dan dicontohi dalam semua persoalan.

v) Jemaah Islamiah, walaupun ianya belum sampai ketaraf sebuah negara atau sebuah kerajaan besar, namun ianya merangkumi sebuah sistem hidup yang lengkap seolah-olah menyerupai prinsip dalam sesebuah negara atau kerajaan. Bahkan ada sudut-sudut tertentu yang kerajaan besar mencontohinya, hasil daripada kebenaran yang dibawa oleh Jemaah Islamiah.

vi) Jemaah Islamiah memang dimusuhi oleh semua jenis taghut, tetapi ia tidak dapat dihancurkan dan dikalahkan oleh musuhnya, kerana Allah sendiri telah berjanji melalui lidah kekasih-Nya (Rasulullah saw) akan sentiasa memelihara Jemaah Islamiah daripada dirosakkan oleh orang yang membencinya. Sabda Rasulullah saw : Sentiasalah ada satu toifah (puak) yang dapat menzahirkan kebenaran ditengah-tengah masyarakat, dia tidak dapat dirosakkan oleh orang-orang yang menentangnya. Ia tetap kekal dan hidup sehinggalah hari Kiamat. (Riwayat Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

vii) Jemaah Islamiah kaya dan pendokongnya miskin. Bukan sebaliknya iaitu Jemaahnya miskin sedangkan para pemimpinnya menjadi kaya raya sehingga ada yang memilik banglo bertingkat-tingkat dan mempunyai beberapa buah kereta mewah sekaligus menonjolkan kekayaan mereka. Kekayaan mereka pula tidak disumbangkan kepada Jemaah yang didokonginya bagi menstabilkan imej perjuangan Islam.Antara sebab Jemaah menjadi kaya ialah kerana pendokongnya termasuk para pemimpinnya kuat berjihad dan banyak berkorban. Mereka berjuang kerana Allah dan bukan kerana mencari kepentingan dalam Jemaah. Jikalaupun ada yang berkhidmat sepenuh masa, mereka cuma mangambil habuan untuk keperluan hidup semata-mata. Kita dapati sesetengah pemimpin Jemaah Islamiah lampau merupakan individu yang kaya sebelum menyertai Jemaah, tetapi setelah berjuang bersama Jemaah mereka menjadi miskin. Ini menepati sejarah Rasulullah saw dan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Osman, Saidina Ab. Rahman bin 'Auf dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tersebut sebelum menyertai Jemaah mereka terdiri daripada tokoh-tokoh korporat dan saudagar. Tetapi setelah berjuang dalam Jemaah mereka telah mengorbankan harta ke jalan Allah sehingga mereka menjadi miskin.

viii) Jemaah Islamiah dinaungi oleh masyarakat sejagat. Puncanya ialah kerana perjuangan mereka membawa imej sejagat. Sebab itu ia mampu mengembangkan Islam keserata dunia, kadang-kadang tidak perlu melalui peperangan dan penaklukan fizikal. Caranya ialah dengan menyebar dan memautkan hati-hati insan dengan fitrah (tabiat semulajadi) kasih sayang sejagat dan juga aktiviti-aktiviti bercorak kebendaan dan kebenaran yang diperlukan oleh mesyarakat serta sesuai dengan semua fitrah manusia.

ix) Kekuatan Jemaah tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata, tetapi kepada kekuatan takwa. Oleh itu, penekanan asas dalam pendidikan pendokongnya ialah iman dan takwa, ukhuwah dan kasih sayang, pengorbanan, syura dan takut kepda Allah.
Baca lagi ....

JAMAAH ISLAMIAH (PARTI ALLAH)


Tidak boleh dinafikan bahawa Allah SWT dengan secara jelas dan tegas memperkenalkan Jemaah Islamiah dan Islam telah menetapkan dan mengarahkan umatnya agar memasuki Jemaah ini jikalau ianya benar-benar wujud.

Firman Allah SWT didalam  AlQuran yang bermaksud:
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)." (al-Maidah 5:55)

"Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah (iaitu orang yang menjadikan Allah, Rasulnya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya) itulah yang pasti menang." (al-Maidah 5:56)

Allah berfirman lagi dalam AlQuran yang bermaksud:
"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan (yang diamksudkan dengan pertolongan ialah kemahuan batin, kebersihan hati, kemenangan terhadap musuh dan lain-lain) yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung."(al-Mujadalah 58:22)
Baca lagi ....

Marilah kita tentang PAS

Sunday, October 18, 2009

  

1.            Kita menentang PAS menyedari tindakan keterlaluan pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sebagai penyelewengan aqidah, syariah dan akhlak, penyebar-penyebar fitnahpengumpat, pencaci, pencarut, perosak perpaduan ummah dan pengkhianatan masa depan orang Melayu.

Selagi PAS menjadi juara tersebut, kita wajib berjihad menentang mereka, Rasullullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditegah menggunakan tangan, kalau tidak mampu gunakan lidah, kalau tidak mampu gunakan hati dan itulah selemah-lemah iman".
                      (Hadis riwayat Muslim).


2.            Kita terpaksa menentang PAS kerana PAS boleh melemah dan menghilangkan kuasa politik orang Melayu apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan seterusnya menerima tuntutan 17 perkara yang dikemukakan oleh persatuan Cina serta menolak hak keistimewaan orang Melayu.
Baca lagi ....

Penyelewengan PAS terhadap Islam IV - Akhlak

Penyelewengan Akhlak

1.      DUSTA PERMAINAN PAS


PAS banyak melakukan dusta, menyeleweng fakta dan melemparkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap UMNO serta memberikan maklumat yang salah mengenai kerajaan dan agama kepada pengikutnya.

"PAS memperjuangkan Islam dan UMNO tak mahu memperjuangkan Islam. PAS Hizbullah dan UMNO Hizbus Syaitan. Orang Islam pilih hizbus syaitan, tidak pilih hizbullah".  Ucapan bekas Ketua Pemuda PAS Pusat Haji Abu Bakar Chik di Batu Rakit Darat, Ktiala Terengganu pada 13 November 1983.

2.   MAKI HAMUN AMALAN PAS

Pemimpin dan propagandis PAS sering mengeluarkan perkataan-perkataan menghina terhadap saudara muslimnya daripada UMNO, kata-kata kesat dan maki hamun. Pernah Presiden Parti itu, menghina keluarga YAB Timbalan Perdana Menteri dengan berkata "Badawi di negara Arab menjaga unta, tapi Badawi di Malaysia menjaga babi".  Maki hamun, mencela dan menghina adalah lumrah di dalam ucapan para pemimpin PAS.


Di dalam semua ceramah politik PAS, kerja penceramah ialah menceritakan keburukan orang lain. Orang PAS dianggap bersih dan disukai Allah, tetapi amat hina dan buruk ahli-ahli UMNO.

3.   FITNAH MEMFITNAH AGENDA PAS

PAS sering membuat fitnah dan mencipta berbagai pembohongan untuk memburukkan pemimpin UMNO.  Antaranya, Perdana Menteri tidak wukuf di Arafah ketika beliau mengerjakan haji lebih kurang setahun yang lalu.  PAS juga menyebarkan berita bohong kononnya Perdana Menteri jatuh kuda di Argentina dan mati.  Sebenarnya apa yang disebut itu adalah fitnah semata-mata.

4.   BENCI MEMBENCI AJARAN PAS

PAS menggunakan pendekatan membenci UMNO dan pimpinan-pimpinan kerajaan, BN dari peringkat anak-anak (di TASKI atau PASTI) hinggalah kepada segala pentas ceramah umum mereka.  Dengan itu PAS berjaya membentuk penyokong-penyokong mereka yang bersifat keras, bengis dan tidak berakhlak mengikut akhlak Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

5.   ALLAH DIPERMAIN OLEH PEMIMPIN PAS

     Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut.  Semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku bernama "Shit". Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang beriman (Lihat lampiran). Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi Barisan Nasional dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

"Novel Shit karya Shahnon Ahmad adalah sumbangan besar kepada rakyat. Melalui novel tersebut rakyat diberi gambaran perkembangan politik negara yang amat buruk dan memerlukan perubahan segera". kata Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor pada 24 April 1999 di Alor Setar, Kedah.

"Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam," kata Nik Aziz di Kota Bharu Kelantan.

Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi "membutakan mata" pengundi-pengundi hantu dalam pilihan raya nanti. Doa ini berbunyi "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
Baca lagi ....

Penyelewengan PAS terhadap Islam III - Syariat


Penyelewengan Syariat


1.     HUKUM MENGIKUT RASA


PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.  Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999). Sekarang kita lihat PAS begitu intim dengan DAP dan sanggup mengeluarkan fatwa mengiyakan segala perbuatan DAP yang menyimpang dari Islam

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, "orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai "UMNO")…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab "Munafiq") dan disambung dengan "Munafiq"

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.
        
       Nampaknya macam PAS bercakap mengenai dirinya sekarang ini !


2.     PERPECAHAN UMMAH

Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat se kampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.

3.     MEROSAKKAN AMAL IBADAT

Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.

4.   MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM

Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.


Amat sedih bila PAS tidak pernah mengiktiraf pemimpin-pemimpin UMNO yang membentuk atau mempelopori program-program ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.

"Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam". (Harakah - 26 Januari 1983).

5.   AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati  syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999). Dan sekrang PAS menggunakan perkara yang sama iaitu PAS untuk Semua dalam Pakatan Rakyat.

6.   PENYELEWENGAN ZAKAT

PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu.  PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah.  Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas.  Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.

7.   DERMA JIHAD YANG JAHAT

PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut "Derma kita adalah Jihad". Tidak pernah ada pembentang jumlah kutipan derma dalam setiap ceramah. 

8.   PULAU MEMULAU

Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).

9.      PEMBOHONGAN PAS

PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.


Kata-kata Nizar dalam DUN Perak menguatkan lagi penipuan PAS ini. Beliau telah mengatakan yang tiada dalam mana-mana memo, skrip atau tulisan yang mengatakan PAS ingin menubuhkan negara Islam.

10. BERGADUH SURUHAN ALLAH

Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:

"Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini "Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit KulimMarang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).


Maka sebab itulah ditubuhkan pasukan Amal yang kerjanya membuat huru-hara dan bergaduh.

11.  MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH

PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata "Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang". Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?

Haji Hadi juga berkata :" Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam". Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).

Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri. 


Dalam kes di Kedah, Haji Hadi mengatakan yang hudud akan dilaksanakan tetapi sebaliknya Azizan mengatakan tidak.  Benarlah PAS hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan kuasa.

12.  PAS HINA WANITA

PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif dan Pakata Rakyat. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.

"Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga," kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.

Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita "kurang rupawan" kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.


Hari ini PAS sudah melanggari kata-katanya. Wanita sudah boleh bertanding. Wanita sudah boleh keluar rumah malam-malam untuk majlis-majlis rasmi. 


Dulu tidak boleh Sekarang Boleh. Hukum PAS berubah-rubah
Baca lagi ....

Apa kata Blogger

  • Cerita Pemimpin Bogel dikata Cantik - Tun Mahathir seperti biasa sangat tajam pemikirannya dalam hal-hal berkaitan dengan Melayu, Islam dan negara. Pengalaman, ketajaman fikiran dan kebijaksan...
    4 days ago
  • Umno kena kencing??? - *SOKONG MEMBAWA REBAH* Pakatan Rakyat telah berjaya mematahkan usaha-usaha UMNO untuk menarik sokongan institusi agama di negeri Selangor bagi menyokon...
    3 years ago