Renungkan lah

Wednesday, December 9, 2009


Apa yang disebutkan di blog bukanlah dilakukan kerana mengikut perasaan yang negatif dan secara terburu-buru, tetapi sebaliknya berdasarkan pertimbangan yang penuh wajar dengan jangkamasa yang lama serta penuh sedar. Dan amatlah mendukacitakan dengan apa yang telah dan sedang berlaku, lantaran wadah perjuangan parti PAS yang ada di Malaysia hari ini yang mendakwa sebagai sebuah parti Islam ternyata masih jauh lagi daripada tahap dan ciri-ciri yang sepatutnya ada pada sebuah organisasi yang mendakwa diri mereka sebagai parti Allah atau dengan kata lain sebagai parti Islam yang tulen.

Kepada para pembaca sekalian, marilah tuan-puan untuk bersama membuat perhitungan yang bijak dan tepat dalam mencari keredaan Allah khasnya dalam mengenal pasti kebenaran yang dibawa oleh golongan atau puak yang kononya memperjuangkan lslam yang tulen. Sesungguhnya Parti Allah bukan terletak pada nama semata-mata, sedangkan pada hakikatnya tidak menunaikan realiti yang sepatutnya ada dalam sesebuah organisi kepartian Islam.

Contohnya, jikalau hanya berdasarkan kepada nama, maka orang yang bernama Muda adalah bemasib baik kerana walaupun orang itu sudah menjangkau umur 100 tahun tetapi ia masih dipanggil Muda kerana namanya Muda.

Sesungguhnya parti Allah yang hakiki adalah berlandaskan kebenaran yang bersumberkan wahyu Allah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w. Perlaksanaannya juga hendaklah mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger