ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS VII

Wednesday, December 9, 2009


Lagi ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Ayat 79 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.  
Pemimpin dan penyokong UMNO 1ah yang mencela apabila PAS mengadakan kutipan derma, oleh itu memang layak benarlah Allah akan humbankan mereka ke dalam neraka yang azabnya tidak terperi.

 
Ayat 84 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di(tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).  
Oleh sebab orang UMNO tidaklah kufur kepada semua ayat Allah maka sesuailah ayat ini dikenakan kepada mereka, oleh itu jangan sembahyang mayat Orang-orang UMNO Yang meinnggal dunia.

 
Ayat 85 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab Akhirat pula).  
Orang-orang PAS tak usah pelik jikalau didapati orang-orang UMNO lebih kaya dan akan mereka lebih ramai masuk Universiti daripada kita orang PAS kerana sengaja Allah lakukan sebegitu demi mencabut nyawa mereka dalam keadaan mewah.

 
Ayat 107 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan (di antara orang munafik juga ialah) orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri), serta memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sebelum itu.  Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata". Ayat 107 Surah at-Taubah

  Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.  Masjid ini ialah yang telah didirikan oleh kaum munafik di Quba' (tidak jauh dari bandar Madinah), terkenal dengan nama "Masjid Dhiraar" (masjid. yang ada bahayanya.)  
Sesungguhnya orang UMNO mendirikan masjid bukanlah atas dasar ikhlas kepada Allah, malah dilakukan atas dasar membahayakan umat Muslimin, oleh itu orang PAS mestilah mendirikan masjid sendiri dan jangan sembahyang di atas masjid yang baru yang didirikan oleh orang UMNO.

 
Ayat 108 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya.  Didalam masjid itu ada orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Orang-orang PAS jangan sembahyang di masjid yang seperti ini.  Carilah dan bersembahyang lah di masjid-masjid lama yang didirikan oleh datuk nenek kita dahulu demi membersihkan diri.

 
Ayat 111 Surah at-Taubah

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah ? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.  
Berdasarkan kepada ayat ini maka sesiapa di kalangan kita yang sanggup berjihad dengan menjual diri dan harta mereka kepada Allah sama ada mereka menang atau mati tetap dikira oleh Allah sebagai mati Syahid dan balasan kepada mereka adalah Syurga.



0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger