ANTARA AYAT-AYAT YANG DISELEWENG PAS II

Sunday, November 22, 2009


Ikutilah ayat-ayat seterusnya yang diseleweng oleh Pemimpin PAS . Kerja-kerja ini berterusan sehingga sekarang. Cuba kaji dengan betul dan fahami kenapa mereka beriya-iya memperalatkan ayat-ayat Allah untuk kepentingan mereka dan parti mereka. Dan kini ayat-ayat Allah dibaca oleh kafir dan didengari oleh penyokong-penyokong PAS yang mengaku lebih Islam dari yang lain dalam ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Ayat 84 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri (Perintah berperang itu harus dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w karena yang dibebani adalah diri beliau sendiri. Ayat ini berhubungan dengan keengganan sebagian besar orang Madinah untuk ikut berperang bersama Nabi ke Badar Shughra. Maka turunlah ayat ini yang memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. pergi berperang walaupun sendirian saja). Kobarkanlah semangat para mu'min (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak serangan orang-orang yang kafir itu. Allah amat besar kekuatan dan amat keras siksaan(Nya).
Nabi Muhammad s. a. w sudah wafat yang tinggal sebagai pengganti Nabi membawa risalahnya di Malaysia ini ialah pemimpin PAS, oleh itu kami pemimpin PAS selaku pengganti Nabi s.a.w mengajak tuan-tuan dan memberi perangsang agar berjihad di jalan Allah.





Ayat 85 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik, nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripada-Nya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya.  Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-fiap sesuatu.
"Syafaat yang baik disini maksudnya: memberi bantuan dan turut berjuang membela Islam. "Syafaat yang buruk" pula maksudnya: perbuatan belot memihak kepada musuh. (Tafsir al-Maraghi, 5:109).
Oleh kerana PAS ingin melakukan kebaikan maka sesiapa sahaja yang memberi sokongan kepada PAS diatetap diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah s.w.t. Sebaliknya pula, jikalau menyokong UMNO sedangkan kerajaan UMNO meluluskan lesen judi dan membiarkan maksiat-maksiat lain, maka orang yang menyokong atau mengundi Barisan Nasional tetap berdosa sama seperti orang yang minum arak, kerana arak ada di Malaysia berpunca daripada kelulusan lesen oleh kemenangan Barisan Nasional/ UMNO.


Ayat 97 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh Malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik)*, mereka ditanya oleh Malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang yang demikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam dan Neraka Jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
Ayat suci ini mendedahkan perbuatan segolongan orang Islam penduduk Mekah yang tidak mahu keluar berhijrah dan mengambil bahagian berjuang membela Islam daripada ancaman musuh, kerana mereka hanya Islam pada zahirnya sahaja.  Dengan sikap mereka yang sedemikian, mereka telah menganiaya diri sendiri dan dimurkai Allah kerana mereka rela ditindas oleh kaum kafir musyrikin.  Dan di Malaysia ini pula, maka parti UMNO lah yang tidak memerintah mengikut perundangan Islam, oleh itu sesiapa yang menyokong UMNO maka orang-orang itulah tempat akhir mereka ialah Neraka Jahanam, lantaran mereka menzalimi diri sendiri kerana tidak berjihad.




Ayat 98 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)
Yang dimaafkan oleh Islam tidak ikut serta berjuang bersama PAS ialah golongan kanak-kanak, orang perempuan dan orang yang benar-benar uzur sahaja.





Ayat 100 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan lslam), nescaya ia akan dapati di mukabumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya disisi Allah.  Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
Ayuh!  Marilah kita berjuang bersama-sama dalam parti PAS, yang dimaksudkan berhijrah dalam ayat ini sesuai di Malaysia ialah kita pergi ke tempat ceramah PAS, walaupun kita tidak mempunyai pangkat dan kekayaan, Allah berjanji akan meluaskan rezeki kita kerana kita termasuk dalam golongan orang yang membela agama Islam dan seandainya kita mati pada waktu berjuang dalam parti PAS, Allah akan masukkan kita ke dalam SyurgaNya.




Ayat 104 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Dan janganlah kamu lemah (Hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu, kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari Akhirat kelak).  Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
Walaupun kita orang-orang PAS merasa cemas melawan UMNO, kerana maklum sahajalah UMNO mempunyal kerajaan yang besar, tetapi mereka pun terasa cemas juga untuk menghadapi kita.  Kita tetap mendapat Syurga, adapun UMNO tetap mendapat Neraka.





Ayat 105 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahi-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat
Diturunkan al-Quran untuk dijadikan undang-undang manusia, sebab itu kita orang-orang PAS mesti menegakkannya, jangan sekali-kali menjadi pembela kepada UMNO yang tidak mahu kepada hukum Allah secara syumul.






Ayat 137 Surah an-Nisa'

TAFSIRAN SEBENAR

TAFSIRAN PAS

Sesungguhnya orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.
Orang-orang UMNO sifatnya ialah: Mula-mula yakin kepada hukum Islam.  Lepas itu tidak, lepas itu yakin pula.  Oleh itu, Allah tidak akan mengampun dosa penyokong UMNO kerana kekafirannya itu bertindan-tindan.








0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger