Pengkhianatan PAS terhadap Islam 1

Tuesday, October 6, 2009


 PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM - PENGENALAN

Pengenalan




1.   PAS PARTI SERPIHAN

PAS ialah parti politik serpihan daripada UMNO.  Apabila ketuanya Tuan Haji Ahmad Fuad selaku Pengerusi Biro Agama UMNO kalah dalam pertandingan melawan Tunku bagi merebut jawatan Yang Dipertua Agung (Presiden) UMNO pada 25 Ogos 1951, ia keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti politik baru pada 16 September 1951, iaitu PAS.



2.     PENYERTAAN PAS DALAM BN

PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei 1969.  Pada tahun 1973 PAS bersama UMNO dan MCA dalam Kerajaan Campuran di Kelantan dan pada tahun 1974 PAS menyertai Barisan Nasional. Semasa UMNO melancarkan Dasar Ekonomi Baru bagi merealisasikan agenda Melayu di dalam pembangunan negara, PAS turut menyokongnya.  Apabila PAS keluar daripada Barisan Nasional dalam tahun 1977, perjuangan membela bangsa Melayu sudah tidak relevan lagi untuk PAS, kerana perjuangan itu telah diisi sepenuhnya oleh UMNO.


3.     SINGKIR ASRI KERANA KEPIMPINAN ULAMA

Pada tahun 1983 PAS menyingkir Tan Sri Asri daripada kepimpinannya, kemudian diganti oleh sekumpulan pemimpin baru yang terdiri daripada Haji Yusof Rawa, Fadzil Noor, Nik Aziz, Hj. Hadi dan lain-lain. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kepimpinan ulama. Dalam era tersebut PAS melabelkan perjuangan kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai asabiyyah kerana assobiyyah dilarang dalam Islam.

4.     PEMALSUAN AQIDAH KERANA POLITIK

Apabila PAS menjadikan politik sebagai aqidah, menyebabkan berlakunya campur-aduk antara persoalan aqidah dan politik tanpa membezakan antara usul siasiyyah (prinsip politik) dengan qadaya siasiyyah (isu-isu politik).  Bagi pemimpin dari ahli-ahil PAS yang tidak memiliki pengetahuan yang mantap mengenai politik dan aqidah Islam, menjadikan mereka golongan yang mengulangi penyelewengan AlKhawarij, (satu golongan yang mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka di akhir pemerintahan Khulafah Al-Rasyidin).



5.     MEMBINA PEMIKIRAN PELAMPAU, TAKSUB


PAS mula membina pemikiran-pemikiran politik melampau dengan memulau dan mengkafirkan sesama Islam yang tidak sehaluan dengannya dan berbagai-bagai tindakan lagi dilakukan oleh PAS menyebabkan parti itu boleh dianggap sama dengan pemikiran kaum Al-Khawarij sepanjang penglibatan kaum itu dalam politik.

6.     SEJARAH KHAWARIJ

Sejarah perkembangan umat Islam telah menunjukkan kepada kita betapa adanya individu atau kumpulan yang mahukan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja sekalipun memutarbelitkan hukum agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kumpulan Khawarij di zaman Saidina Ali dan Muawiyah.

Sebenarnya golongan yang sangat taksub kepada Saidina Ali ini telah melakukan tindakan yang melampau sejak zaman pemerintahan Saidina Uthman (ra.) lagi di mana mereka telah menuduh Saidina Uthman sebagai kafir dengan alasan baginda tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t.; dan hal ini mengakibatkan berlakunya fitnah besar di kalangan umat Islam.

Oleh kerana salah satu natijah penting daripada tuduhan kafir (takfir) ialah halal darah, maka tuduhan kufur terhadap Saidina Uthman telah membawa kepada pertumpahan darah seorang sahabat besar Rasulullah dan Khalifah Islam ketiga dengan matinya beliau.

Ekoran daripada pembunuhan Saidina Uthman, timbul di kalangan masyarakat Islam waktu itu golongan yang ingin menuntut bela terhadap darahnya, yang berakhir dengan peperangan al-Jamal antara kumpulan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah dan Saidina Ali. Peperangan al-Jamal telah mengakibatkan penumpahan darah ribuan umat Islam.

Fitnah takfir berulang lagi pada zaman Saidina Ali r.a. Golongan Khawarij bukan saja mengkafirkan Saidina Ali dan pengikut-pengikutnya, tetapi juga umat Islam yang bukan Khawarij serta menghalalkan darah mereka. Malah lebih jauh lagi pegangan mereka ini mereka jelmakan dalam tindakan dengan membunuh siapa saja orang Islam bukan Khawarij yang mereka temui.

Peristiwa sejarah telah memperlihatkan betapa besarnya bahaya dan kemusnahan akibat perbuatan takfir terhadap akidah dan perpaduan umat.

7.     BERTOPENG ISLAM GAGAL ATASI UMNO

Dengan strategi bertopengkan imej perjuangan Islam, PAS gagal mengemukakan dasar-dasar perjuangan Islam yang sebenarnya baik di bidang ekonomi, politik, pemerintahn, sosial, pendidikan dan lain-lain. Justeru itu, PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu mengemukakan alternatif kepada dasar dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh UMNO untuk memenuhi kehendak perjuangan Islam yang sebenarnya. UMNO walaupun tanpa diberikan jenama Islam kepada apa yang telah dilaksanakan dalam pembangunan, tetapi ternyata PAS tidak mampu menyainginya.

8.     SIKAP EKSTRIM ALA KHAWARIJ

Menyedari kelemahannya, PAS mengambil jalan singkat yang merbahaya dan kotor untuk terus berhadapan dengan UMNO. Di samping meneruskan sikap ekstrim ala khawarij, PAS juga menggerakkan jentera penerangannya untuk membenci UMNO. Gerakan membenci UMN0 telah dilaksanakan sejak lama dahulu dan apabila berlakunya krisis Dato' Seri Anwar Ibrahim kebencian itu seolah-olahnya baru bagaikan disirami minyak petrol yang menyemarakkan.

Sejarah menceritakan bagaimana seorang pegawai kepada Syaidina Ali bersama seorang isteri dan anaknya masih di dalam kandungan telah dibunuh oleh sekumpulan pemberontak Khawarij, sebabnya kerana mereka tidak sanggup mengkufurkan Saidina Ali

Diperhatikan juga bagaimana takfir telah melahirkan pegangan dan tindakan ekstrim yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam, sehingga buah tamar seorang Nasrani lebih berharga daripada nyawa seorang Muslim, dan nyawa seorang musyrik lebih terpelihara daripada nyawa seorang Muslim yang tidak sama pegangannya.

9.         KESAN MELAMPAU MEROSAKKAN IBADAT, RUMAHTANGGA DAN NEGARA

Kesan pendekatan melampau, taksub, fitnah dan membenci yang digunakan oleh PAS telah melahirkan banyak kerosakan dalam masyarakat Islam seperti sembahyang dua imam, kubur berasingan, bercerai suami isteri, pulau-memulau, tragedi berdarah Memali dan penderhakaan di Bukit Jenalek, Sauk.


0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger