Fatwa daripada pemimpin PAS

Saturday, October 31, 2009


Sekiranya berlaku sesuatu isu yang tidak secocok dengan perasaan pemimpin PAS atau boleh menggugat parti mereka, maka fatwa atau hukum-hakam pun dilahirkan walaupun tidak mempunyai hujah atau nas yang qat'ie (tepat).  Dalam kontek ini kita dapati timbulnya fatwa yang berbeza-beza antara seorang pemimpin dengan pemimpin PAS yang lain.  Yang malang lagi, kadang-kala fatwa itu berbentuk akidah seperti mengkafirkan orang Islam dan menghukum murtad walaupun terhadap ahli kiblat yang sama dengan mereka.  Mana-mana individu atau jemaah lain yang menolak parti PAS sudah pasti mereka dicap sebagai kafir. Padahal Saidina Husin bin Ali bukan setakat menentang biasa terhadap kerajaan Yazid bin Muawiah, bahkan beliau mengumpul bala tentera bagi memerangi kerajaan Yazid yang pada akhirnya Saidina Husin gugur dan menerima kekalahan teruk di tangan Yazid.  Kenapakah PAS tidak menghukum kafir kepada Saidina Husin, sedangkan kerajaan Yazid yang dilawan oleh Saidina Husin adalah kerajaan Islam tetapi agak menyeleweng ?

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger