ADUN & MP Pas ikrar lafaz Taklik

Saturday, October 31, 2009


Petikan dari Blog Mahaguru58:


Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.


Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.


Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS,maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!

Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...

Hebat sungguh strategi PAS ini.

Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!

Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!

Saya memang bersetuju dengan cara ini!

Kamu lompat parti?


Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!


Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)

Lanjutan isu in, sila lawat http://cekatitembaga.blogspot.com/2009/10/wakil-rakyat-pas-akan-cerai-isteri.html

1 comments:

Detguaq said...

Nikah cerai bukan barang mainan, bukan barang dagangan.

2:41. Dan percayalah kepada apa yang Aku menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu, dan janganlah menjadi yang pertama tidak percaya kepadanya, dan janganlah menjual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit; dan kamu takutilah Aku.

Depa dok jual rata atas pentas....berapa sangatlah yang depa dapat keuntungan?

Post a Comment

Apa kata Blogger