Apabila takbir raya diharamkan di Pulau Pinang

Sunday, September 27, 2009



Hari ini 23 September 2009 merupakan hari ulang tahun penubuhan Pas untuk kali ke 58 tahun.

Pada hari ini 23 September 1951 Persatuan Ulama Malaya daripada Umno telah keluar dan menubuhkan parti Pas. Bantahan Dato’ On Jaafar dan Saadun Zubir tetap tinggal bantahan. Tunku tetap meneruskan kerjasama dengan Mca. Ini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan orang Melayu di luar Umno , yang melihat Umno akan ditelan oleh Mca. Disamping itu perpecahan yang semakin jelas dalam masyarakat Melayu. Sejak Dato’ Onn meninggalkan Umno, perpaduan orang Melayu mulai retak. Malah dengan krisis ini juga menyebabkan penubuhan Pas berlaku pada tarikh hari ini. Orang Melayu telah terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini tidak termasuk golongan aristokrat Melayu seperti Menteri Besar dan raj-raja Melayu. Ini benar-benar melemahkan orang Melayu; dan memberi peluang kepada Mca dan Cina memilih Umno yang sanggup berkompromi dengan mereka.


Maka sejak itu bermulakan perkataan Umno Kapir , Tunku Abd Rahman Kapir dan sehingga ke hari ini Umno telah dikapirkan oleh Pas. Tetapi Tuhan maka kaya. Hari ini mereka mengkapirkan diri mereka sendiri dengan bersekutu dengan Dap.

Malam Hari Raya lalu , satu berita menyedihkan telah diterima dari Permatang Pauh di masjid Sungai Rambai. Polis telah mengarahkan supaya masjid berhentikan takbir raya kerana melebihi jam 12 tengah malam. Ini juga pertama kali dalam sejarah negara yang berlaku di Pulau Pinang.

Ingat lah bahawa kaum Cina membakar mercun pada hari tahun baru dan cap goh meh bermula jam 12 malam. tetapi tiada siapa pun yang mengarahkan mereka berhenti daripada membuat bising malam-malam. kerana orang Melayu faham budaya mereka. Nik Aziz juga faham akan kelemahan orang cina, sebab tu Nik Aziz tak marah bila Dap menghina Islam.

Dahulu di Kinrara. mereka mengarahkan supaya azan tidak dilaungkan dengan pembesar suara. Ingatlah bahawa sebelum merdeka. Kaum lain telah bersetuju dengan jsu soli yang mana mereka hendaklah memahami adat, agama Islam, bahasa Melayu dan budaya Melayu sebagai syarat untuk menjadi warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang kini di sebut Malaysia setelah Singapore, Sarawak dan Borneo Utara merdeka dengan menyertai Malaya.

Melayu mudah lupa. Melayu semakin layu. Melayu sdg kuyu. Kalau Melayu masih tak sedar maka nasi akan menjadi bubur pastu nangislah dgn air mata darah sekali pun sudah pasti tiada lagi kuasa politik Melayu. Ibarat Singapura yang dikuasai kaum lain. Ibarat Pulau Pinang juga. Yang paling baik Melayu bangun sekarang tolak PKR, tolak PAS bersatu dalam UMNO. Hanya satu jalan itu saja ada utk selamatkan kuasa politik Melayu.

COURTESY : http://www.wenkt.com/blog/apabila-takbir-raya-diharamkan-di-pulau-pinang/

0 comments:

Post a Comment

Apa kata Blogger